Isnin, 28 Disember 2009

Sepatutnya

- Manusia sepatutnya bersyukur kepada Allah s.w.t.
- Allah s.w.t. telah memberikan nikmat yang banyak kepada manusia.
- Ramai manusia tidak mahu berterima kasih atas pemberian Allah s.w.t.
- Manusia leka dengan kebendaan duniawai tanpa menghiraukan Allah s.w.t.
- Sebagai bukti terima kasih kepada Allah s.w.t. hendaklah mendirikan solat.
- Manusia yang Islam sendiripun ramai yang tidak mahu bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan mendirikan sembahyang, inikan pula yang tidak Islam, yang tidak mahu mengenali Islam dan yang memhsuhi Islam.
- Tidak sepatutnya manusia melupai nikmat pemberian Allah s.w.t.
- Manusia diberikan kebebasan untuk mesyukuri atau tidak nikmat pemberian Allah s.w.t. itu.
- Ramai manusia memilih tidak mahu mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Buktinya mereka tidak hiraukan seruan azan, tidak hiraukan sembahyang.
- Ramai manusia menangguhkan untuk bersembahyang, kerana alasannya mati lambat lagi.
- Kalau hidup 50 tahun, katakan dia tahu 2 tahun lagi nak meninggal dunia, maka dia pun sembahyang 2 tahu. Bagaimana yang 48 tahun itu?. Ertinya 2 tahun syukur dan 48 tahun tak syukur. Bagaimana orang ini?
- Sepatutnya manusia menjaga kebersihan. Jangan sampai orang lain memperingatinya.
- Sebelum sembahyang terlebih dahulu bersuci, basuh baju, mandi, wuduk dan barulah mendirikan sembahyang.
- Manusia sepatutnya menggunakan semua kemudahan yang ada untuk mendekati diri kepada Allah s.w.t. dan mencari keredhaanNya.
- Carilah keredhaan Allah s.w.t. dengan berdoa, berzikir, berselawat, sembahyang dan menunaikan zakat.