Khamis, 30 September 2010

Perkahwinan Dalam Islam :(Perkahwinan Mengikut Rukun-Rukunnya)

PERKAHWINAN MENGIKUT RUKUN-RUKUNNYA.

Perkahwinan dapat dilakukan apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Diantara syarat-syarat yang telah dijelaskan ialah seseorang lelaki yang hendak bernikah itu hendaklah memastikan dia terlebih dahulu bahawa perempuan yang bakal dinikahinya bukan isteri orang. Perempuan itu juga bukan perempuan yang sedang menunggu tamat iddahnya dan bukan pula menjadi mahramnya yang ditegah bernikah.

Sebelum berlakunya perkahwinan atau pernikahan, proses melamar antara salah satu perkara penting sebelum seseorang wanita itu dilamar untuk menjadi isteri. Berikut adalah proses-proses perkahwinan bermula dari proses memilih dan melamar isteri, rukun-rukun nikah sehingga ke majlis perkahwinan.

Memilih isteri yang baik.
Memilih isteri yang baik menjadi sesuatu perkara yang penting dalam segi keturunannya serta dari sei budi pekerti dan agamanya. Yang diutamakan dalam hal ini ialah agama dan budi pekerti. Sedangkan harta dan kecantikan itu mudah rosak dan ditelan masa. Martabat dan keturunan pula tidaklah menjadi ukuran jika tidak diiringi dengan budi pekerti dan agama. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW. bersabda; ”Kahwinilah orang yang beragama itu dan yang berbudi pekerti baik. ”(Riwayat Ahmad)

Melihat perempuan yang dilamar itu.
Ini adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. etika dalam Islam. Hal ini mendorong kita supaya kita supaya melakukan sesuatu persetujuan, malah hampir-hampir merupakan suatu pendahuluan untuk diterima.

Di kalangan sahabat Nabi pada masa lampau, apabila mereka hendak mengahwinkan anak-anak mereka, mereka terlebih dahulu melihat orang yang akan menjadi menantunya, dengan maksud supaya jangan terjadi penyesalan di kemudian hari. Yang mereka lihat cukuplah wajah dan kedua belah telapak tangannya. Wajah itu menunjukkan kecantikkan dan sebaliknya, dan kedua belah telapak tangan itu menunujukkan kesuburan tubuh perempuan itu. Selain daripada wajah dan telapak tangan adalah dilarang melihatnya.

Rukun-rukun nikah.
Terdapat 5 rukun nikah :

i)Akad nikah melalui Ijab dan Qabul

Sekiranya seseorang lelaki itu hendak bernikah dia hendaklah menyempurnakan terlebih dahulu rukun nikah pertama iaitu akad Ijab dan Qabul. Akad Ijab dan Qabul hendaklah dilafazkan dalam satu majlis khas nikah yang dihadiri oleh kedua belah pihak yang berkenaan iaitu wali nikah dan calon pengantin atau pun wakil-wakil mereka dihadapan dua orang saksi lelaki yang menjadi rukun nikah kedua.

Akad Ijab boleh dimulakan oleh wali perempuan kepada pengantin lelaki. Contohnya,

” Aku nikahkan engkau dengan Salmah binti Kamal dengan maskahwinnya tiga ratus ringgit tunai berdasarkan hukum Allah”. Akad Ijab dan Qabul juga boleh dilakukan oleh Qadi atau juru nikah yang telah ditauliahkan oleh Pemerintah untuk mengakad nikah perkawinan. Cara begini adalah amalan yang biasa diamalkan dalam masyarakat sekarang. Dalam keadaan begini, wali perempuan itu hendaklah melafazkan wakil kepada Qadi atau juru nikah untuk menikahkan anaknya terlebih dahulu. Contohnya, ” Saya wakilkan kepada tuan untuk menikahkan anak perempuan saya Halimah binti Musa dengan Abdul Karim bin Jamaluddin dengan maharnya tiga ratus ringgit tunai. ”

Digalakkan menyebut mahar atau maskahwin dalam akad nikah.

Dalam akad nikah melalui Ijab dan Qabul adalah digalakkan menyebut terus tentang pemberian mahar oleh suami kepada isteri, sama ada secara tunai ataupun hutang. Maskahwin merupakan suatu pemberian yang telah ditetapkan oleh syara’ Islam ke atas orang lelaki supaya memberi isterinya bermunasabah berkahwin dengannya. Di dalam istilah ilmu al-fiqh atau feqah adalah nama bagi sesuatu nilai wang yang wajib ke atas orang lelaki memberi kepada perempuan dengan sebab nikah atau dengan sebab persetubuhan shubhah atau dengan sebab mati.

Bedasarkan nas al-Quran, maskahwin disyara’kan Islam ialah untuk menerangkan kemuliaan akad nikah itu sendiri dan menerangkan kepentingannya. Ia bukanlah sebagai pertukaran milik suami untuk berseronok-seronok dengan isterinya. Ia juga melambangkan pemberian hadiah kasih sayang suami kepada isteri ketika mula-mula membangunkan rumahtangga.

Hikmat mahar diperundangkan dalam Islam.

Di dalam syara’ Islam hikmat menyuruh suami memberi mahar kepada isteri kerana perkahwinan dan mahar itu pula sebagai hak isteri adalah untuk menunujukkan pengiktirafann taraf yang tinggi terhadap kaum perempuan dalam Islam kerana seseorang perempuan ia boleh memiliki harta sendiri, walaupun setelah bersuami.

Namun begitu, hal ini haruslah tidak menjadi penghalang kepada pemuda-pemuda yang tidak mahu berkahwin kerana tidak sanggup memikul beban yang berat, iaitu membayar mahar yang wajib itu kerana terlalu tinggi nilai yang ditetapkan oleh pihak perempuan.

Khutbah nikah.
Berdasarkan kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. adalah disunatkan membaca khutbah nikah sebelum akad Ijab dan Qabul dijalankan. Ini sebagai memperkuatkan nilai kemuliaan dan kepentingan akad nikah itu sendiri. Kandungan khutbah hendaklah mengandungi antaranya puji-pujian bagi Allah, meminta perlindungan dan pertolongan dengan Allah. Mengucap dua kalimah syahadah dan membaca beberapa potong ayat al-Quran.

Tujuan membaca khutbah nikah sebelum akad Ijab dan Qabul dijalankan ialah selain mengingatkan pentingnya nikah, juga mengingatkan orang yang berkahwin tentang konsep bertanggungjawab penuh terhadap kewajipan serta patut mempraktikkan ketaqwaan terhadap Allah, baik dari segi kata-kata ataupun perlakuan dalam pergaulan sesama manusia. Jadi sewajarnyalah kedua-dua pengantin itu mengambil perhatian dalam soal ini. Seelok-eloknya didengari dan difahami bersama-sama agar faedahnya diperoleh oleh kedua-dua pihak dan tidaklah sebelah pihak sahaja iaitu pengantin lelaki.

ii)Saksi daripada dua orang lelaki.

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, akad nikah melalui Ijab dan Qabul sebagai rukun nikah pertama hendaklah dilafazkan oleh kedua pihak berkenaan atau wakil-wakil mereka dihadapan dua orang saksi lelaki. Dua orang saksi ini hendaklah lelaki, Islam, baligh, berakal, mendengar, adil dan merdeka.

iii)Wali.

Rukun nikah yang ketiga pada mazhab ash-shafi’i, seseorang perempuan mestilah dikahwinkan melalui wali nikahnya. Sekiranya dia tida ada wali nikah, maka Qadi umpamanya boleh mengendalikan akad nikahnya. Dalam mazhab Hanafi seseorang perempuan yang akil baligh dan berkeahlian penuh, boleh berkahwin tanpa wali sekiranya lelaki yang mengahwininya itu sekufu’ dengannya.

iv)Calon lelaki.

Untuk menyempurnakan rukun nikha, hendaklah ada calon lelaki yang mahu bernikah. Maka rukun nikah yang keempat mestilah ada calon lelaki sebagai suami. Orang lelaki ini pula mestilah seseorang yang tertentu dalam erti kata lain orang yang mahu berkahwin itu diketahui siapa orangnya.

v)Calon perempuan.

Rukun nikah yang kelima pula ialah mesti ada calon perempuan sebagai isteri. Seperti mana calon lelaki, calon perempuan juga mestilah diketahui siapa orangnya.

HIKMAH-HIKMAH SESEBUAH PERKAHWINAN.

-Menghalalkan hubungan antara lelaki dengan perempuan.
-Mengelakkan daripada berlakunya zina secara berleluasa.
-Sunnah bagi umat Islam dan merupakan tuntutan dalam Islam
-Mengeratkan silaturrahim diantara dua buah keluarga.
-Melahirkan keturunan atau generasi yang mulia di sisi Allah dan masyarakat.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Yusrahadifah Binti Md Nor

Martabat Wanita Sebagai Seorang Isteri Di Sisi Islam

PENDAHULUAN

Pesanan rasullullah terhadap wanita

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim).

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi).

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

bilamana bibir kita menyebut akan hal ini, iaitu martabat wanita dalam Islam, pasti fikiran kita membayangkan sejauh mana Islam agama yang Haq ini memuliakan martabat wanita. Sering dilihat pada zaman ini ramai dikalagan wanita yang muslim itu sendiri menafikan hak mereka ditegakkan dalam segenap hal. Puas sudah telinga mendengar dakwaan bahawa Islam itu tidak berlaku adil pada golongan wanita apatah lagi dalam soal poligami, pembahagian harta pusaka, saksi dan banyak lagi. Justeru itu kita seharusnya meninjau kembali bagaimana Islam meninggikan martabat seorang wanita itu sendiri.

Merenung sejenak sebelum zaman kebangkitan Islam yang berlaku hampir 1430 tahun yang lalu, wanita ketika itu bukan hanya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, apatah lagi mereka dipergunakan segala macam cara yang bagi kita, perbuatan-perbuatan tersebut tidak mencontohkan bahawa golongan ini dilayan dengan peri kemanusiaan. Dalam tamadun china, golongan wanita ini kebanyakannya ditangkap atas arahan maharaja untuk dijadikan gundik mereka. Dipisahkan dengan keluarga dan apatah lagi dipaksa menjadi gundik diraja. Dalam tamadun india pula golongan wanita yang ingin berkahwin pula yang dipaksa membayar mahar atau dowry kepada bakal suami mereka. Dan selepas mereka berkahwin, keluarga mertua boleh melakukan apa-apa saja terhadap si isteri. Tamadun arab pula merendahkan wanita serendahnya. Mereka adalah semata-mata simbol seks dan dianggap hina dalam masyarakat. Anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup ataupun disembunyikan seumur hidup bagi mengelakkan malu. Menjadi budaya mereka isteri ditukar-tukar sesuka hati dan ada pula yang mempunyai sehingga puluhan isteri. Kebajikan mereka tidak pernah diambil berat dan mereka dipergunakan sesuka hati.

Namun hadirnya Islam membawa sinar harapan kepada golongan wanita. Martabat mereka diangkat dan dimuliakan sehingga satu tahap nama-nama seperti Saidatina Khadijah Khuwalid, Saidatina Aishah menjadi tongak utama kebangkitan Islam. Islam benar-benar telah mengangkat harkat dan martabat kaum wanita dan memuliakannya dengan kemuliaan yang belum pernah dilakukan oleh agama lain. Wanita dalam Islam merupakan saudara kembar lelaki; sebaik-baik mereka adalah yang terbaik bagi keluarganya.

Wanita muslimah pada masa bayinya mempunyai hak disusui, mendapatkan perhatian dan sebaik-baik pendidikan dan pada waktu yang sama ia merupakan curahan kebahagiaan dan buah hati bagi kedua ibu dan ayahnya serta saudara lelakinya. Apabila wanita telah memasuki usia remaja, ia dimuliakan dan dihormati. Walinya menjaganya dengan penuh perhatian.
Dan apabila dia bernikah, maka hal itu dilaksanakan dengan kalimatullah dan perjanjian yang kukuh. Dan dia tinggal di rumah suami sebagai pendamping setia dan dengan kehormatan yang terpelihara. Suami pula berkewajiban menghargai dan berbuat baik (ihsan) kepadanya dan tidak menyakiti fizikalnya mahupun perasaannya.

Apabila ia telah menjadi seorang ibu, maka (perintah) berbakti kepadanya dinyatakan seiringan dengan perintah Allah, kedurhakaan dan perlakuan buruk terhadapnya ditegah secara jelas di dalam Al-Quran.

Apabila ia adalah sebagai saudara perempuan, maka dia adalah orang yang diperintahkan kepada saudaranya untuk dijalin hubungan silaturrahim, dimuliakan dan dilindungi. Selagimana dia belum berkahwin, wajib keatas ayahnya, saudara lelakinya ataupun walinya untuk memberi nafkah padanya. Islam menjadikan lelaki tempat bergantung dan berlindungnya wanita: "Lelaki adalah pemimpin (pelindung, penjaga) bagi perempuan, karena Allah telah melebihkan yang satu (kaum lelaki) terhadap yang lain (kaum perempuan), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian harta yang mereka miliki. " (an-Nisa':34)

Apabila ia sebagai nenek atau telah lanjut usianya, maka kedudukan dan nilainya bertambah tinggi di mata anak-anak, cucu-cucunya dan seluruh kerabat dekatnya. Permintaannya hampir tidak pernah ditolak dan pendapatnya tidak diremehkan. Masyarakat Islam masih tetap memelihara hak-hak tersebut dengan sebaik-baiknya sehingga wanita benar-benar memiliki nilai dan kedudukan yang tidak akan ditemukan di dalam masyarakat bukan islam. Di antara penghargaan Islam kepada wanita adalah Islam memerintahkan kepadanya dalam hal-hal yang dapat memelihara, menjaga kehormatannya dan melindunginya dari lisan-lisan (fitnah), pandangan mata dan tangan-tangan kejahatan. Maka dari itu, Islam memerintahkan kepadanya berhijab dan menutup aurat, menghindari perbuatan tabarruj (berhias diri untuk umum), menjauh dari percampuran dengan lelaki yang bukan mahramnya dan dari setiap hal yang dapat menyeret kepada fitnah.


Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahwasanya Islam memerintahkan kepada suami agar menafkahinya, mempergaulinya dengan baik, menghindari perbuatan zalim dan tindakan menyakiti fizikal atau perasaannya:Dan bagi (istri-istrimu) yang kamu ketahui meresahkanmu perbuatannya, maka nasehatilah mereka (terlebih dahulu), (jika masih saja begitu) berpisahlah tidurmu dari mereka, (kalaupun itu tidak menyadarkan mereka) pukullah mereka. Namun bila mereka telah kembali pada ketaatan, janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar"(an-Nisa':34)

Bahkan termasuk dari keindahan ajaran Islam bahwasanya Islam memperbolehkan bagi kedua suami-isteri untuk berpisah (bercerai) bila tidak ada kesepakatan dan tidak dapat hidup bahagia bersamanya. Maka, suami boleh menceraikannya setelah gagal melakukan berbagai upaya islah (damai), dan di saat kehidupan keduanya tidak tenteram.

Dan Islam memperbolehkan isteri meninggalkan suaminya jika suami melakukan penganiayaan terhadap dirinya. Maka dalam keadaan itu isteri boleh meninggalkannya dengan syarat membayar ganti rugi yang disepakati bersama suami, atau melakukan kesepakatan bersama(soal harta dsb) atas hal tertentu agar kemudian isteri boleh meninggalkannya.

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian.

Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

-kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan. Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu. Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain.

-Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat. Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.

-Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami. Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

-Islam juga tidak membezakan amalan antara lelaki dan wanita:“Sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan. ” (an-Nahl:97).


"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian dari kamu melebihi sebagian yang lain. Untuk para lelaki ada bagian atas yang mereka usahakan, (begitupun) untuk para perempuan ada pula bagian atas yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (an-Nisa':32)

Cuma perlu ditekankan dalam beribadah sunat (cth:berpuasa isnin dan khamis), bagi wanita yang berkahwin perlulah memohon izin suaminya. Ini kerana awlawiyat(keutamaan) mentaati suami yang wajib hukumnya berbanding amalan yang sunat hukumnya untuk dilaksanakan.

Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahwasanya golongan lelaki dibolehkan berpoligami, iaitu bernikah lebih dari satu isteri. Lelaki boleh menikah dengan dua, tiga atau empat orang isteri dan tidak boleh lebih dari itu, dengan syarat berlaku adil dalam memberikan nafkah, tempat tinggal dan memenuhi hak di antara mereka dan paling penting untuk berlaku adil dan sekiranya suami merasakan cukup bernikah dengan seorang isteri saja, maka itu adalah haknya.

ANTARA TANGGUNGJAWAB WANITA DALAM ISLAM ADALAH

Taat dan patuh kepada Allah SWT dan mengabdikan diri kepadaNya dalam dalam memenuhi tuntunan perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu. ” (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 56).

Memelihara diri, dan keluarga sebaiknya dan mendidik anak-anak supaya berada di bawah tarbiyah Islamiah. Menguruskan keluarga bersama suami berpandukan Quran dan Sunnah.

"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka" (At Tahriim:6)

Membentuk keluarga yang sentiasa harmoni dengan amar makruf dan nahi mungkar.

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. ” (Ali Imran:110).

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Dalam islam, seseorang wanita memiliki kedudukan yang mulia dan terhormat. kedudukan ini dari satu segi boleh dianggap lebih tinggi daripada kedudukan seseorang lelaki. islam telah meletakkan garis panduan dan peraturan tentang wanita, tidak kira sama ada dia seorang ibu, anak, kakak atau isteri. begitu juga wanita terhadap lelaki.

Berlaianan dengan agama lain di dunia, islam telah menghapuskan tanda keaiban “keji’’ dan “ tercemar’’ yang diletakkan pada wanita. “wanita” tegas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ‘ialah sebahagian kembar lelaki’’.

Baginda SAW menamamkan rasa hormat terhadap wanita dalam sabdanya:Maksudnya : sesuatu yang paling berharga di dunia ini ialah wanita solehah.

Hadith-hadith berikut boleh menjelaskan maksud perintah baginda :Terjemahan : orang yang sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekertinya, dan yang terbaik diantara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (Riwayat tirmidzi)

Terjemahannya : seorang muslim tidak seharusnya mencaci isterinya, dan jika dia tidak menyukai sesuatu yang buruk yang ada pada isterinya maka dia akan menyukai sesuatu yang baik yang ada padanya. (Riwayat muslim)

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang shalih, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Karena berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setiap muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal.

Kesesatan dan penyimpangan umat tidaklah terjadi melainkan karena jauhnya mereka dari petunjuk Allah dan dari ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul-Nya. Rasulullah bersabda,

“Aku tinggalkan pada kalian dua perkara, di mana kalian tidak akan tersesat selama berpegang dengan keduanya, yaitu Kitab Allah dan sunnahku. ” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’ kitab Al-Qadar III)

Sungguh telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an betapa pentingnya peranan wanita, baik sebagai ibu, istri, saudara perempuan, mahupun sebagai anak. Demikian pula yang berkenaan dengan hak-hak dan kewajiban-kewajibannya. Adanya hal-hal tersebut juga telah dijelaskan dalam sunnah Rasul.

Peranan wanita dikatakan penting karena banyak beban-beban berat yang harus dihadapinya, bahkan beban-beban yang semestinya dipikul oleh lelaki. Oleh karena itu, menjadi kewajiban bagi kita untuk berterima kasih kepada ibu, berbakti kepadanya, dan santun dalam bersikap kepadanya.

Kedudukan ibu terhadap anak-anaknya lebih didahulukan daripada kedudukan ayah. Ini disebutkan dalam firman Allah, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali. ” (QS. Luqman: 14)

Begitu pula dalam firman-Nya, “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapaknya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandung dan menyapihnya adalah tiga puluh bulan. ” (QS. Al-Ahqaf: 15)

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa pernah ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk berlaku kebajikan kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu. ” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu. ” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu. ” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu. ” (HR. Bukhari, Kitab al-Adab no. 5971 juga Muslim, Kitab al-Birr wa ash-Shilah no. 2548)

Dari hadits di atas, hendaknya besarnya bakti kita kepada ibu tiga kali lipat bakti kita kepada ayah. Kemudian, kedudukan isteri dan pengaruhnya terhadap ketenangan jiwa seseorang (suami) telah dijelaskan dalam Al-Qur’an. Allah berfirman, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. ” (QS. Ar-Rum: 21)

Al-Hafizh Ibnu Katsir -semoga Alah merahmatinya- menjelaskan pengertian firman Allah: “mawaddah wa rahmah” bahwa mawaddah adalah rasa cinta, dan rahmah adalah rasa kasih sayang.
Seorang lelaki menjadikan seorang wanita sebagai isterinya karena cintanya kepada wanita tersebut atau kerana kasih sayangnya kepada wanita itu, yang selanjutnya dari cinta dan kasih sayang tersebut keduanya mendapatkan anak.

Sungguh, kita bisa melihat teladan yang baik dalam masalah ini dari Khadijah, isteri Rasulullah, yang telah memberikan andil besar dalam menenangkan rasa takut Rasulullah ketika beliau didatangi malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama kalinya di goa Hira’.

Nabi pulang ke rumah dengan gemetar dan hampir pingsan, lalu berkata kepada Khadijah,

“Selimuti aku, selimuti aku! Sungguh aku khawatir dengan diriku. ” Demi melihat Nabi yang demikian itu, Khadijah berkata kepada beliau, “Tenanglah. Sungguh, demi Allah, sekali-kali Dia tidak akan menghinakan dirimu. Engkau adalah orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim, senantiasa berkata jujur, tahan dengan penderitaan, mengerjakan apa yang belum pernah dilakukan orang lain, menolong yang lemah dan membela kebenaran. ” (HR. Bukhari, Kitab Bad’ al-Wahyi no. 3, dan Muslim, Kitab al-Iman no. 160)

KESIMPULAN

sebagai kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa, islam merupakan agama yang mengangkat martabat wanita yang bergelar isteri berbanding agama yang lain, banyak kisah-kisah para sahabat dan isteri rasullullah dan contoh yang boleh kita ikuti dan jadikan sebagai ukuran dalam menjalani hidup ini.

Kita juga tentu tidak lupa dengan peranan ‘Aisyah isteri nabi. Banyak para sahabat, baik yang laki-laki mahupun yang perempuan, menerima hadits darinya berkenaan dengan hukum-hukum agama.

Kita juga tentu mengetahui sebuah kisah yang terjadi belum lama ini berkenaan dengan istri Imam Muhammad bin Su’ud, raja pertama kerajaan Arab Saudi. Kita mengetahui bahwa isteri beliau menasihati suaminya yang seorang raja itu untuk menerima dakwah Imam al-Mujaddid Muhammad bin Abdul Wahhab. Sungguh, nasihat isteri sang raja itu benar-benar membawa pengaruh besar hingga membuahkan kesepakatan antara Imam al-Mujaddid Muhammad bin Abdul Wahhab dengan Imam Muhammad bin Su’ud untuk menggerakkan dakwah. nasihat isteri raja itu hingga hari ini, hal mana aqidah merasuk dalam diri anak-anak negeri ini. Ini mana contoh-contoh ini jelas menunjukkan bahawa wanita sebagai seorang isteri telah di beri penghormatan yang tinggi di sisi islam, malah hadirnya islam memberi sinar harapan kepada golongan wanita yang belm pernah di lakukan oleh agama lain. insyallah…


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Fatin Izzati Binti Suhaimi

Kekeluargaan Islam

Dalam Islam terdapat tiga bentuk ikatan kekeluargaan iaitu keturunan atau nasab, perkahwinan atau musaharah dan susunan atau radi’ah.

Kekeluargaan yang terbentuk berasaskan kepada keturunan adalah ikatan yang paling kuat dan sama sekali tidak dapat dipisahkan atau diputuskan. Ibarat kata pepatah Melayu “air yang dicincang tidak akan putus” atau “biduk lalu kiambang bertaut”. Dari segi hukumnya, ikatan kekeluargaan mempunyai implikasi tertentu seperti larangan berkahwin, sabitan perwarisan, perwalian perjagaan, nafkah dan lain-lain.

Perkahwinan atau persemendaan adalah ikatan yang terjalin berasaskan kepada akad nikah dengan syarat-syarat yang mencukupi untuk menghalalkan hubungan. Perkahwinan inilah yang akan membiakkan zuriat keturunan seperti firman Allah SWT dalam surah an-Nahl(16), ayat 72 yang bermaksud‘‘…dan jadikan bagi kamu dari pasangan kamu:anak-anak dan cucu-cicit…”

Dari perkahwinan terbentuklah rumah tangga. Ketua bagi keluarga adalah lelaki atau bapa. Dalam ayat an-Nissa’(4), ayat 34 yang bermaksud, ‘‘Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan)atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan(memberi nafkah)sebahagian dari harta mereka…”

Kelebihan dan darjat yang lebih diberikan kepada suami kerana kepimpinan dan nafkah keluarga yang dikeluarkan olehnya. Darjat ini bukan memberi keutamaan kepada lelaki tetapi lebih menekankan kepada peranan mereka dalam rumah tangga.

Bagi menjamin pembinaan keluarga yang bahagia pihak suami hendaklah berlaku baik terhadap isteri atau husna mu’asyarah. Sesungguhnya, isteri itu adalah amanah Allah yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kaum lelaki untuk dijaga dengan baik.

Gesaan berlaku baik terhadap isteri turut dinyatakan dalam sebuah hadis lain yang bermaksud;‘‘Yang paling baik di antara kamu ialah yang bersikap baik terhadap isterinya. Dan aku lebih bersikap baik daripada kamu semua terhadap isteri. ”(Hadith Riwayat at-Tarmizi)

Oleh itu, tidak wajar bagi seseorang suami melakukan kekasaran seperti menyakiti tubuh badan, perasan dan emosi isteri sedangkan pada ketika yang lain si suami memerlukan isterinya untuk tidur bersama. Jadi, di manakah maruah suami yang bersifat kasar dan kejam tetapi dalam masa yang sama mengharapkan kasih sayang isteri untuk melayan kehendaknya?

Isteri adalah pengurus kepada rumah tangga. Oleh itu, isteri bertanggungjawab menjaga kedudukan rumah tangga dan harta benda suami serta anak-anaknya. Wanita sebagai ibu kepada anak-anak mempunyai kedudukan yang mulia. Ini kerana ibulah yang mengandungkan anak-anak tersebut. Ini terbukti dalam ayat 15, surah al-Ahqaaf(46) yang bermaksud;‘‘Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah…”

Anak-anak pula wajib menghormati dan mematuhi arahan ibu bapa dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam. Hal ini penting walaupun mereka berlainan kefahaman dan kepercayaan. Sebuah hadis menyatakan yang bermaksud‘‘Seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, ‘Siapakah orang yang paling berhak bersamaku? ’Jawab Rasulullah SAW. ‘Ibumu’. Tanya lelaki itu lagi, ‘Kemudian siapa?’Jawab Baginda, ‘Ibumu. ’Tanya lelaki itu lagi, Kemudian siapa?’Jawab Rasulullah SAW. ‘Ibumu. ’Lelaki itu bertanya lagi, ‘kemudian siapa?’Jawab Rasulullah SAW. ‘Bapamu. ’”(Hadith Riwayat Bukhari)

Nilai-nilai Kekeluargaan
Institusi keluarga adalah sebuah institusi yang terulung dalam sejarah kehidupan manusia. Dalam al-Quran diceritakan kisah pasangan Adam dan Hawa. Pada peringkat permulaan, pembentukan sebuah keluarga terbatas kepada kumpulan dan kelompok tertentu bergantung kepada cara hudup bangsa dan nilai dalam masyarakat berkenaan.

Dalam Islam, keluarga dibentuk berdasarkan kepada perkahwinan. Asas-asas ini dijelaskan dalam al-Quran dan Sunnah. Beberapa ayat berikut menjelaskan hal ini. Surah an-Nissa’(4), ayat 1 yang bermaksud, ‘‘Wahai sekalian manusia!Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu(bermula) dari diri yang satu(Adam) itu pasangannya(isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai…”

Manakala Surah an-Nahl(16), ayat 72 yang bermaksud;‘‘Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan(isteri), dan jadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit…”

Manakala, terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang pembentukan keluarga. Diantaranya, hadis yang bermaksud;‘Perkahwinan itu adalah sunnahku. Maka sesiapa yang tidak suka menerima sunnahkundia bukanlah dari golonganku”. (Hadith Riwayat Baukhari)

Agama Islam sendiri menggalakkan golongan belia supaya berkahwin seperti hadis yang bermaksud;‘Wahai pemuda-pemuda sekalian, sesiapa dari kalangan kamu yang berkemampuan menanggung beban perkahwinan hendaklah dia berkahwin”(Hadith Riwayat Bukhari). Hadis ini secara tidak langsung menjelaskan sifat‘berkemampuan’ sebagai satu ukuran dalam membuat pertimbanagn untuk memilih jodoh.

Beberapa hadis lain pula ada menyatakan dengan maksudnya;‘‘Sesungguhnya dunia ini pada keseluruhannya adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan adalah perempuan yang solehah”(Hadith Riwayat Muslim). Manakala dalam hadis lain yang bermaksud, ‘‘Jangan kamu kahwini perempuan kerana kecantikan, kerana mungkin kecantikan itu boleh menjerumuskan mereka sendiri. Jangan kamu kahwini perempuan kerana harta mereka, mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Kahwinilah mrereka kerana agama”(Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Dalam Islam juga terdapat beberapa larangan dalam perkahwinan, di antaranya adalah:
i. Keturunan-seseorang yang mempunyai keturunan yang sama misalnya adik-beradik tidak dibenarkan berkahwin. Begitu juga ibu bapa dan nenek.
ii. Perbezaan agama-dalam surah al-Baqarah(2), ayat 221 yang bermaksud;‘‘…dan sesungguhnya seorang hamba perempuan beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu…”. Bagaimanapun, seorang lelaki Islam dibenarkan berkahwin dengan perempuan Kitabiyah tetapi tidak sebaliknya.

Salah satu tujuan perkahwinan adalah melahirkan keturunan. Oleh itu kesuburan pasangan dan kemampuan isteri untuk melahirkan anak adalah penting. Sebuah hadis menjelaskan dengan maksudnya;Telah datang seorang lelaki kepada Rasullullah SAW. dan bertanya, “Saya mengenali seorang perempuan berketurunan baik dan berkedudukan tetapi tidak mampu melahirkan anak, patutkah saya mengahwininya?”Rasulullah SAW. melarang lelaki itu dari mengahwininya. Lelaki itu datang kali kedua dan Rasulullah SAW. terus melarangnya. Lelaki itu datang buat kali ketiga dan Rasulullah tetap melarangnya dan bersabda, ‘‘Kahwinilah perempuan yang penyayang dan berkemampuan melahirkan ramai anak”(Hadis Riwayat Abu Daud).

Dalam memilih pasangan hidup, bukan faktor kesuburan sahaja yang penting dan perlu diberi pertimbangan. Akhlak juga menjadi nilai utama. Akhlak ini bukan sahaja pada diri seseorang tetapi termasuk juga keluarga. Ini dapat diperhatikan menerusi sebuah hadis yang bermaksud;‘‘Jauhilah rumput hijau di tengah lumpur. Baginda ditanya apa itu rumput hijau di tengah lumpur?Baginga menjawab perempuan cantik dan keluarga jahat”(Hadith Riwayat Darul Qutni).

Justeru itu, akhlak seseorang menjadi panduan penting dalam membuat pemilihan pasangan. Dalam sebuah hadis dinyatakan maksudnya;‘Apabila datang kepada kamu (untuk melamar)seseorang yang kamu suka akan agama dan akhlaknya maka kahwinilah dia”(Hadis Riwayat Abu Hurairah). Selain daripada asas-asas diatas terdapat perkara-perkara lain yang juga perlu diambil perhatian dalam mendirikan rumah tangga misalnya pemilihan pasangan berdasarkan aspek ‘‘kufu”.

Terdapat tiga nilai terus dalam kehidupan kekeluargaan. Hal ini adalah berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah ar-Rum(30), ayat 21 yang bermaksud, ‘‘Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu(suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…”

Perasaan kasih sayang dan belas kasihan adalah perasaan yang bersifat timbal balas. Ini bermakna perasaan ini perlu ditunjukkan oleh kedua belah pihak. Jika hanya satu pihak sahaja yang menunjukkan perasaan sedemikian sedangkan pihak yang lain tidak, maka perkara ini tidak boleh mengakibatkan eksploitasi. Bukan sahaja eksploitasi malahan boleh memudaratkan pihak yang benar-benar menghayati nilai kasih sayang ini. Perasaan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak tidak terbatas di dalam bilik atau di rumah tetapi perlu ditunjukkan pada setiap waktu dan d imana-mana sahaja.

Pasangan dalam rumah tangga dipanggil suami isteri. Di dalam al-Quran, perkataan isteri atau zauj kerapkali disebut misalnya dalam surah al-Baqarah(2), ayat 35 yang bermaksud; ‘‘Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu(zaujuka) dalam syurga…’. Bukan itu sahaja, suami digalakkan berdoa untuk isterinya seperti dalam surah an-Nissa’(4), ayat 57 yang bermaksud;‘‘Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang(mahu) bertakwa. ”

Dalam pada itu, apabila isteri melakukan kekufuran dan tidak mengikut perintah Allah SWT mereka dipanggil perempuan atau Imra’ah. Ini dapat diperhatikan sebutannya di dalam beberapa ayat seperti dalam surah Yusuf(12), ayat 30 yang bermaksud:‘‘Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di Bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata:‘Isteri Al- ‘Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya;sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.

Kasih kepada Anak dan Tanggungjawab

Fitrah semula jadi manusia mengasihi anak dan mempunyai kecenderungan berpihak kepada mereka. Oleh itu, lahirlah kudrat untuk memberi pendidikan, menyediakan keperluan harian serta mamberi perhatian terhadap masa depan mereka. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. bersabda kepada Umar bin al-As dengan berpesan yang bermaksud;Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak”(Hadis Riwayat Muslim).

Anak-anak dilahirkan dengan fitrah iaitu mempunyai kesediaan dalam diri untuk menerima kebenaran. Kebenaran itu adalah agama Islam. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan fitrah sempurna, mudah menerima ajaran-ajaran ke arah kebaikan. Malahan, kanak-kanak sangat mudah mendekati ajaran-ajaran kebaikan tersebut. Ini kerana Allah SWT. telah menjadikan kanak-kanak dengan sifat mudah menerima dan hal ini juga bersesuaian dengan kejadian yang difitrahkan ke atasnya.

Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa pula boleh mengubah fitrah anak-anak. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka dari segi perkembangan jasmani, kerohanian minda dan daripada ditimpa kesusahan atau kemudaratan. Kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan untuk menjangka akibat sesuatu perkara ke atas diri mereka dan mereka juga tidak tahu membezakan perkara yang membawa manfaat atau sebaliknya. Selain itu, mereka juga tidak mampu menyara diri sendiri sama ada dari segi makanan, pakaian atau tempat tinggal. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan asas tersebut dan anak-anak pula hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa mereka.

Tanggungjawab ibu bapa dalam memelihara dan mendidik anak-anak disebutkan di dalam hadis berikut yang bermaksud;‘‘Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggunjawab terhadap mereka, dan perempuan/isteri penjaga ke atas rumah tangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka”(Hadis Riwayat Bukhari).

Menurut Imam Nawawi, Ra’y adalah penjaga yang beramanah dan beriltizam terhadap kebajikan. Penjaga dikehendaki berlaku adil kepada setiap orang yang berada di bawah jagaannya. Panjaga juga perlu melaksanakan keadilan itu dengan tujuan maslahahnya dalam hal-hal agama, keduniaan dan sebagainya.

Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab ke atas isteri dan anak-anak. Tanggungjawab ini merangkumi pemberian hak-hak mereka seperti nafkah serta pergaulan yang baik dan mesra. Tanggungjawab isteri adalah mengurus rumah tangga dengan baik, amanah dalam menjaga harta suami dan anak-anak. Perkara utama dalam mengurus anak-anak adalah memelihara akidah mereka, beriltizam dengan hukum agama, berakhak mulia dan memastikan mereka melaksanakan ibadat. Selepas itu, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan anak-anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan keagamaan dan keduniaan.

Antara kerosakan akhlak anak-anak berpunca daripada kecuaian memberi pendidikan dan menyerahkan kepada unsur-unsur luaran serta merosakkan anak-anak dengan mendedahkan kepada mereka gejala-gejala kehancuran. Oleh itu, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak tentang halal-haram serta menjaukan diri dari segala maksiat dan dosa. Ini dijelaskan dalam surah al-Tahrim(66), ayat 6 yang bermaksud;‘‘Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakar-bakarannya:manusia dan batu (berhala).

Di dalam sebuah hadis pula dijelaskan agar ibu bapa menyurh anak-anak mendirikan sembahyang ketika berumur tujuh tahun dan mereka boleh dipukul jika tidak melaksanakannya pada usia sepuluh tahun. Oleh itu, hadis ini telah meletakkan permulaan tanggungjawab mendirikan sembahyang bermula ketika anak-anak mencapai umur sepuluh tahun. Jika tidak, mereka boleh dihukum atau dipukul sebagai satu pengajaran dan pendidikan kepada anak-anak.

Di dalam al-Quran juga diberikan beberapa peringatan mengenai anak-anak. Misalnya dalam firman Allah SWT. yang bermaksud;‘‘Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu dilalaikan oleh(urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu dari mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”(Surah al-Munaafiquun, 63:9)

Selain itu, di dalam sebuah hadis diceritakan bahawa anak-anak boleh menyebabkan bapanya menjadi takut, iaitu takut kepada mati, kerana anak-anak akan menjadi anak yatim dan hal ini akan membawa kesusahan dan kepedihan hidup anak-anak itu. Kadang kala, perbuatan khianat dan rasuah serta memakan harta haram boleh berlaku demi kepentingan anak-anak itu. Akibatnya bapa dihukum kerana kesalahan itu lalu mendapat kehinaan di dunia dan akhirat. Anak-anak juga boleh menjadi punca seorang bapa menjadi bakhil dan tidak mahu membelanjakan hartanya ke atas pihak lain.

Anak-anak Perhiasan Hidup

Menjadi lumrah hidup manusia mencari kekayaan hidup di dunia ini. Malahan, hidup manusia juga sering diukur dengan kekayaan, darjat dan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Kadangkala kekayaan ini disamakan pula dengan anak-anak.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan zuriat keturunan iaitu anak-anak. Sebagaimana kekayaan, anak-anak juga sebenarnya adalah perhiasan dunia. Ini dinyatakan di dalam surah al-Khafi(18), ayat 46 yang bermaksud;‘‘Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia…”

Manusia suka kepada kekayaan kerana mendapat manfaat darinya. Namun, hakikatnya anak-anaklah yang mendorong hidup dan memberi kekuatan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak kekal. Jika mereka tidak meninggalkan kita, kita pula akan meninggalkan mereka.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat(misalnya dalam surah Luqman dan Hud) yang merupakan nasihat-nasihat berguna seorang bapa kepada anaknya. Oleh itu, dalam ayat-ayat Luqman(31)yang diturunkan di bawah ini terdapat beberapa panduan nasihat yang boleh diturunkan kepada anak-anak:

-Ayat 13 yang bermaksud;‘‘Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:‘‘Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
-Ayat 14 yang bermaksud;‘‘Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal megandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibi bapamu…”
-Ayat 15 pula membawa maksud;‘‘Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau-dengan fikiran sihatmu-tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka;dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang ruju’ kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang Salih)…”
-Ayat 17 yang bermaksud;‘‘Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”.
-Ayat 18 membawa maksud;‘‘Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. ”
-Ayat 19 dengan maksudnya;‘‘Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
Manakala, dalam surah Hud(11), diceritakan pula tentang hubungan ayah dengan anak yang tidak mendengar nasihat bapanya. Ayat-ayat itu adalah:
-Ayat 45 yang bermaksud:‘‘Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku!Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”.
-Ayat 46 dengan maksudnya:‘‘Allah berfirman:Wahai Nuh!Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu(kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang salih, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya…
-Dalam kehidupan ini, ibu bapa mesti sentiasa berdoakan atau meminta perkara-perkara baik demi masa hadapan anak-anak. Contoh terbaik adalah seperti doa Nabi Zakaria yang ditunjukkan dalam ayat 38, surah Ali-Imran(3) dengan maksudnya;‘‘Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya:Wahai Tuhan ku!Kurniakanlah kepada ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
-Selain itu, ayat 74, surah al-Furqan(25) juga merupakan satu doa yang baik dibaca terutamanya selepas sembahyang. Ayat ini bermaksud;‘‘Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang(mahu) bertakwa”.

Penutup
Rumah tangga adalah tempat terbentuknya keluarga. Oleh itu, rumah tangga itu perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang digariskan dalam Islam iaitu Sakinah, Mawaddah dan Rahmat. Dalam hubungan kekeluargaan juga, sifat Ulfah dan memelihara keluarga dengan cara makruf adalah penting dan jika sesuatu yang mengeruhkan hubungan berlaku maka hendakalah ditangani dengan cara yang ihsan.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Rohainida Binti Dhalan

Hidup Ibadat

PENDAHULUAN
Bersyukur kepada Allah serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. , sahabat-sahabat dan keluarga baginda sekalian dilimpahkan Allah akan rahmatNya kepada semua kita muslimin dan muslimat. Amin ya rabbal a’lamin

Dengan kehendak dan iradat Allah SWT dapat saya sempurnakan kerja yang telah diberikan ini dengan kadar yang termampu oleh tenaga dan kesanggupan yang ada pada diri saya yang lemah dan serba kekurangan ini. Di kesempatan ini saya dengan rasa besar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga serta pensyarah kerana memberi sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan amanat yang telah diberikan oleh saya ini dengan jayanya.

Melalui ruangan ini, saya menyeru kepada semua umat islam supaya mendekati cerdik pandai Islam yang boleh membawa kita mendekati Allah dengan cara yang sebenar. Jangan sesekali terpengaruh dengan cerdik pandai Islam YANG BUKAN AHLI DALAM SELOK-BELOK ISLAM yang sudah tentu akan membawa kita ke jalan yang salah dan lalai.

Ada orang menganggap bahawa dirinya sempurna, bagus, baik dan cukup berdisiplin dan mempunyai harga diri yang tinggi walaupun dia sering melalaikan sembahyang yang di perwajibkan ke atas dirinya sebagai seorang hamba, dan berani melanggar perintah Allah secara terang-terangan dan tersembunyi.

Kita begitu patuh pada peraturan dunia atau alam nyata sehinggakan manusia begitu takut dan taksub akan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan akan tetapi yang menyedihkan peraturan mengenai pentingnya sembahyang yang telah diutuskan kepada kita sejak dahulu kala lagi mengapa kita begitu berani mengabaikannya?ini menunjukkan kita terlalu mengagung-agungkan peraturan dunia, tanpa segan atau takut kita sering melakukan perkara yang melanggar syarat-syarat dalam islam.

Melalui tulisan ini saya menyeru semua pembaca supaya mentaati Allah dan RasulNya dengan meninggalkan apa yang dilarang dan mengerjakan apa sahaja yang disuruh dan janganlah menantikan umur tua baru mahu berjinak dengan surau atau masjid.

Ingatlah, bahawa umur baligh seseorang itu melambangkan ianya dewasa dan segala hukum telah tertanggung di atas dirinya sendiri. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh serta mendapat keredhaan Allah.

Sekian,
Wabillahi Taufik walhidayah,
Wassalamu a’laikum warahmatullah.
BERSUCI DAN BERSIH
- Agama menekankan pentingnya bersuci seperti firman Allah yang bermaksud “sesungguhnya Allah amat kasih kepada orang-orang yang suka bertaubat dan orang yang bersih”
- Islam mengklasifikasikan bersih dan suci dari segala najis dan hadas pada tubuh badan, pakaian atau tempat sehingga boleh mengerjakan sembahyang.

i. Hikmat Bersuci
- Supaya seseorang itu sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan segar
- Supaya segala amalan diterima Allah
- Dapat menjauhi diri daripada kuman-kuman pemyakit
- Kebersihan lahir boleh membawa kebersihan batin

ii. Bahagian Bersuci
- Bersuci daripada najis
- Bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar

iii. Alat-alat Untuk Bersuci
- Air
- Debu-debu tanah untuk bertayamun
- Benda-benda kesat seperti batu untuk menyuci tempat keluar najis
- Samak-menggunakan bahan-bahan tertentu untuk menyuci kulit-kulit bangkai selain daripada anjing dan babi dan keturunannya.

iv. Hukum Bersuci
- WAJIB

WUDHUK
- Iaitu cara menghilangkan hadas dengan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu
- Hukumnya wajib bagi hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya
Firman Allah:
“Wahai orang yang beriman!apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang maka hendaklah basuh muka kamu, dua tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah dua kaki kamu hingga ke buku lali”

Sabda Rasulullah SAW.
“Allah tidak menerima sembahyang seseorang daripada kamu apabila berhadas sehingga ia mengambil wudhuk”

Fardhu atau Rukun Wudhuk:
1. Niat ketika membasuh muka:”Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”
2. Membasuh muka. Membasuh dari tempat tumbuh rambut du kepala hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu air ke kepala sama ada menyapu sebahagian rambut yang ada di dalam ruangan kepala
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
6. Tertib

Hikmat Wudhuk:
1. Membersih anggota-anggota yang terdedah kepada kekotoran
2. Dapat menyegarkan badan dan menenangkan jiwa
3. Dapat membersih kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota-anggota tertentu

SEMBAHYANG
SOLAT :
- Sembahyang merupakan satu medan pertempuran kita dengan nafsu, kita perlu bijak melawan nafsu supaya ianya tidak tewas.
- Dalam hadits nabi juga mengatakan bahawa sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka dia meruntuhkan agamanya.
- Solat dari segi bahasa ertinya Doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.
- Solat juga dapat mencegah kita daripada melakukan sifat-sifat mazmumah seperti Firman Allah swt:

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)

- Selain itu, ia merupakan amal yang pertama akan dihisap
Sabda rasulullah SAW. : Amal yang pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain. (Thabrani)

- Solat terbahagi kepada dua iaitu Solat fardhu dan Solat Sunat
- Solat sunat sangat dituntut oleh agama kerana ia sedikit sebanyak akan memperbanyakkan pahala sunat.
- Pakaian serta tubuh badan kita hendaklah bersih daripada hadas besar dan hadas kecil, seharusnya kita membersihkan diri dahulu sebelum melakukan sembahyang

Faedah Solat:
- Menenangkan Jiwa
- Dapat Memelihara Diri Dari Melakukan Kemungkaran
- Menunaikan Rukun Islam Yang-2
- Menghapuskan Dosa-dosa Kecil
- Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Contoh-contoh Solat:
- Solat Berjemaah
- Solat Jumaat
- Solat Qasar & Jama’
- Solat Sunat
- Solat Khauf

Syarat-syarat Wajib Sembahyang:
- Islam
- Baligh – sampai umur
- Berakal yakni tidak gila
- Suci daripada haidh dan nifas

Syarat–syarat Sah Sembahyang:
- Yakin waktu sembahyang itu sudah masuk
- Tidak ada najis pada badan, pakaian, dan tempat sembahyang
- Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
- Tutup aurat:
1. Lelaki:Tutup antara pusat hingga lutut
2. Perempuan:Tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan dau tangannya
- Menghadap kiblat

Rukun Sembahyang 13 Perkara:
1. Niat
2. Berdiri betul bagi yang mampu
3. Takbiratul ihram
4. Membaca suratul Fatihah
5. Rukuk serta toma’ninah
6. I’tidal serta toma’ninah
7. Sujud dua kali serta toma’ninah
8. Duduk antara dua sujud serta toma’ninah
9. Duduk kerana hendak membaca tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca salawat keatas Nabi
12. Memberi salam
13. Tertib

Syarat Sujud 9 Perkara :Jika tidak, tidak sah sujud
1. Mesti ada toma’ninah, di dalam sujud itu
2. Meletakkan dua lututnya pada lantai
3. Meletakkan dua perut tapak tangan ke lantai
4. Menegakkan perut jari kedua-dua kakinya pada lantai
5. Memberatkan kepala pada tempat sujud
6. Bermaksud sujud. Tidak sah jika sujud kerana terjatuh
7. Meninggikan punggungnya daripada kepalanya ketika sujud
8. Jangan sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya yang boleh bergerak-gerak benda itu seperti pada hujung serbannya, atau tangan bajunya
9. Jangan ada sesuatu yang berlapik pada sekalian dahinya. umpamanya sujud di atas daun kayu;jika daun kayu itu melekat pada dahi pada sujud pertama, maka hendaklah dibuangkan pada sujud kali kedua

Perkara-perkara Yang Makruh Dalam Sembahyang :
1. Ketika sembahyang ia menahan diri dari buang air kecil dan besar
2. Sembahyang dalam keadaan lapar kecuali disebabkan waktu sembahyang hampir lupu
3. Sembahyang sembil bercekak pinggang
4. Memalingkan muka ke kanan dan kiri
5. Memberi isyarat selain daripada isyarat menjawab salam atau sesuatu haat yan sudah terpaksa
6. Menyapu pasir dan meratakannya tidak lebih dari 3 kali ketika hendak sujud
7. Melipat atau membetulkan rambut atau baju
8. Meludah ke pihak hadapan ataupun ke pihak kanan
9. Menyelat-nyelati anak jari
10. Meninggalkan segala sunat dalam sembahyang
11. Memejamkan mata
12. Merapatkan lengan kepada rusuk ketika rukuk dan sujud
13. Melampau-lampau memberatkan kepala
14. Meninggalkan membaca surah pada dua rakaat yang pertama
15. Meninggalkan takbir intiqalat
16. Meninggalkan zikir-zikir dalam rukuk, i’tidal, sujud, dan duduk antara dua sujud

Diantara Perkara yang Menghilangkan Khusyuk :
1. Mengingatkan perkara-perkara yang di luar dari sembahyang
2. Sembahyang di tengah jalan, atau di tengah pecan
3. Sembahyang ketika sangat mengantuk
4. Tergopoh gapah dalam sembahyang

Qadha Sembahyang:
- Mengqadhakan sembahyang yang tertinggal adalah dengan mengerjakan sembahyang bukan dalam waktunya lagi, tetapi dalam waktu yang dibelakangnya

Dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari “dari Jabir Bin Abdullah, beliau berkata:bahawa Sayyidina Omar bin Al-khattab dating kepada Rasulullah pada ketika peperangan Khandaq sesudah terbenam matahari. Pada ketika itu(Sayyidina Omar)memaki-maki Kafir Quraisy dan berkata kepada Rasulullah:Ya Rasulullah!saya hampir tidak sembahyang Asar sampai matahari terbenam. Maka Nabi menjawab:Demi Allah, saya juga belum sembahyang Asar, (beekata Jabir)maka kami semuanya berangkat ke Buthan kemudian berwudhuklah Nabi dan kami juga berwudhuk, lalu baginda sembahyang Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu barulah baginda sembahyang Maghrib”

Dari Hadis Ini Dapat Diambil 5 Pengertian:
1. Sembahyang yang ditinggalkan wajib diqadhakan baik yang ditinggalkan kerana lupa kerana tertidur atau kerana sengaja.
2. Dalam mengqadhakan sembahyang yang ditinggalkan boleh dilakukan secara berjamaah.
3. Qadha sembahyang dengan cara berjamaah itu disyariatkan juga azan
4. Mengqadha sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja wajib disegarakan dan harus didahulukan dari mengerjakan sembahyang yang ada(tunai), umpamanya Rasululah qadha sembahyang Asar dahulu kemudian baru sembahyang maghrib pula
5. Dalam waktu yang sangat sulit seperti dalam peperangan yang berkecamuk itu, boleh meninggalkan sembahyang dan tidak berdosa sesuai dengan hukum darurat, tetapi wajib diqadha dalam satu kesempatan yang pertama

- Nabi tidak menggalakkan umatnya meninggalkan sembahyang seperti dalam hadisnnya
Dalam hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud “ketahuilah bahawa dalam keadaan tertidur tidak ada sia-sia, yang sia-sia(yang akan dapat hukuman)ialah orang yang tidak mengerjakan sembahyang sampai datang waktu sembahyang yang lain. Maka barangsiapa yang memperbuat demikian hendaklah ia bayar ketika ia ingat akan sembahyang itu”

Dari Hadis ini Dapat Dipetik Hukum:
1. Sembahyang yang tertinggal kerana tertidur tidaklah berdosa. Yang berdosa ialah orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja.
2. Waktu sembahyang itu, selain Subuh adalah panjang
3. Sembahyang yang tertinggal wajib diqadhakan
4. Setiap orang mesti sembahyang pada waktunya. Jika tidak dapat pada awal waktu, ditengahnya, atau dihujungnya. Sembahyang tidak boleh ditinggalkan sama sekali

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Muhammad Akmal Bin Hassan

10 Golongan Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW

PENDAHULUAN
Syafaat Nabi SAW merupakan pertolongan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya pada hari akhirat kelak disaat ummatnya tidak ada pertolongan lain selain daripada syafaat baginda. Tetapi hanya golongan yang memperoleh segala keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT serta memperoleh kecintaan Rasululah SAW akan memperoleh syafaat Nabi di akhirat kelak. Kerugian yang sangat besar bagi insane dan golongan yang tidak memperoleh kasih sayang bahkan dibenci oleh Rasulullah SAW kerana kebencian baginda mengandungi makna kebencian Allah SWT. Jika Rasulullah SAW membenci seseorang bererti kebencian tersebut bedasarkan kebatilan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Di antara golongan – golongan yang tidak mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak adalah golongan yang derhaka, golongan yang di dalam hatinya ada penyakit, Golongan yang membenci islam, golongan yang hanya memikirkan hal dunia, golongan yang meremehkan islam, golongan yang mengabaikan akhlak mulia, golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup, golongan yang derhaka kepada ibu bapa, suami yang tidak menjaga isteri dari neraka, dan isteri yang tidak mahu menyayangi dan mengurus anak. 10 golongan ini tidak akan mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak. Justeru, sama – samalah kita renungi dan hayati coretan ini agar kita tidak tergolong di dalam golongan – golongan ini pada hari pembalasan kelak…

GOLONGAN YANG DERHAKA

1)Golongan Yang Kufur Kepada Allah
a. Kufur Nikmat
// Manusia yang kufur nikmat adalah manusia yang tidak mengenali Zat Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Pencipta, dan Maha Pentadbir. Mereka akan berada di dalam kegelapan dan kejahilan sehingga akhir hayat mereka. Kekufuran juga merupakan kezaliman yang paling besar dan jahat

b. Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.
// Golongan ini menggunakan anggota – anggota tubuh badan mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan melakukan perbuatan – perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

c. Golongan Ingkar.
// Golongan ingkar ini merupakan manusia yang melengah – lengahkan hak – hak dirinya terhadap Allah SWT demi mengejar kepentingan diri mereka sendiri.

d. Golongan Yang Tidak Menunaikan Hak Ibu Bapa.
// Golongan ini tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai anak terhadap kedua – dua ibu bapa mereka. Hak kepada ibu bapa merupakan hak paling besar bagi manusia di dunia ini.

e. Golongan Yang Membangkang Terhadap Perintah Allah.
// Golongan ini adalah mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT, enggan mengaku Illahiyah-Nya dan Rabbaniyah-Nya dan membangkang titah perintah-Nya.

f. Golongan Yang Tidak Mengenal Allah.
// Golongan ini tidak akan mendapat ilmu yang benar dan akal mereka akan melalui jalan – jalan yang susah dan berliku dalam segenap bidang kehidupan.

GOLONGAN YANG DI DALAM HATINYA ADA PENYAKIT.

1)Mensyirikkan Allah SWT.
// Penyakit hati ini berpunca daripada kesombongan manusia yang enggan mengakui kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

2)Melakukan Amalan Yang Berdosa.
// Golongan ini gemar melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

3)Lalai TerhadapTugas
// Golongan ini lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang muslim.

4)Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan.
// Golongan ini menganggap segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Mereka merasakan keputusan Allah SWT menjatuhkan maruah mereka.

5)Menghina orang yang dimuliakan Allah SWT.
// Golongan ini gemar menghina dan memandang kecil orang yang dikasihi dan disokong oleh Allah SWT.

6)Tidak merujuk kepada Allah SWT.
// Golongan ini tidak merujuk kepada Allah SWT segala permasalahan mereka sebaliknya mereka mengambil rujukan yang lain.

7)Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji – janji Allah SWT.
// Golongan ini curiga, syak, dan sangsi kepada janji – janji dan ingatan – ingatan Allah SWT seperti sangsi dan curiga terhadap jaminan syurga oleh Allah SWT terhadap orang yang beriman.

GOLONGAN YANG MEMBENCI ISLAM

1)Kerana Islam Bertentangan Dengan Jahilliyah.
// Faktor terbesar yang menyebabkan islam dimusuhi iaitu factor akidah islam yang berlawanan dengan jahilliyah atau kufur. Islam mengajak kepada akidah yang sohih serta reality hidup yang Salimah, Syamilah, dan Kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran.

2)Kerana Islam Memerintahkan Keadilan.
// Berlaku adil adalah salah satu perkara yang amat dituntut di dalam islam. Golongan yang gemar melakukan keburukan menganggap sifat adil ini menyushakan diri mereka kerana menghalang mereka untuk mendapatkan ape yang mereka inginkan.

GOLONGAN YANG HANYA MEMIKIRKAN DUNIA.

1)Hanya Untuk Hidup Semata – Mata.
// Golongan ini hidup hanya untuk dunia semata – mata. Mereka dinamakan golongan Ad-Dahriyyan.

2)Hilang Pedoman.
// Golongan Ini telah hilang pedoman, terumbang – ambing, aqidah bersimpang – siur, melakukan sesuatu dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Mereka berfahaman kebendaan walaupun kaangkala mereka melakukan kerja berbentuk kerohanian.

GOLONGAN YANG MEREMEHKAN ISLAM

1)Islam Dianggap Menghambat Kemajuan.
// Golongan ini menganggap undang – undang islam tidak lojik dan ketingalan zaman. Mereka menuntut undang – undang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada pelaksanaan undang – undang yang lain.

2)Islam Dianggap Menyusahkan.
// Golongan ini melihat pada cara Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah dan dianggap sebagai menyusahkan kerana bagi mereka terdapat cara yang lain yang lebih senang. Mereka sebenarnya tidak meyakini bahawa setiap tindakan baginda besabit dengan konsep Dakwah Islamiyyah dan cara penyampaian dakwah baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT.

GOLONGAN YANG MENGABAIKAN AKHLAK MULIA.

Golongan ini gemar melakukan perilaku – perilaku yang buruk dan bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Allah SWT. Mereka dikuasai oleh tingkah laku buruk dan menyebabkan hidup mereka porak peranda dan kacau bilau. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula daripada pembinaan sistem nilai yang kukuh yang dipengaruhi unsur – unsur kebaikan yang terpancar daripada akidah yang benar.

Justeru, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.

GOLONGAN YANG MELUPAKAN KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HIDUP.

1)Kehidupan Yang Sempit.
// Golongan ini merupakan golongan yang tidak paham atau kenal Allah SWT dan tidak kenal dirinya sendiri. Hatinya sentiasa sempit, tidak lapang, kusut, dan tidak tenang walaupun pada zahirnya mereka Nampak tenang. Mereka menjadi begini kerana hati mereka tidak merasakan bahawa mereka berTuhankan Allah SWT. Jadi mereka tiada tempat untuk mengadu apabila mengalami bermacam – macam masalah didalam hidup. Mereka terpaksa bergantung pada diri mereka sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

2)Tidak Mengenal Diri Sendiri.
// Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak merasakan diri mereka hamba kepada Allah SWT. Hanya pada lisan sahaja mereka mengakui tetapi tidak pada hati mereka. Maka, akan timbullah sifat sombong, bongkak dan sebagainya. Tiada rasa ketenangan dalam diri mereka walaupun setinggi mana kedudukan mereka.

3)Melupakan Kewajipan.
// Golongan – golongan ini merupakan mereka yang lupa tanggungjawap mereka sesame saudara islam mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan mewah tetapi mereka tidak mahu tolong – menolong dan bantu – membantu saudara islam mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak menghormati dan memuliakan kedua ibu bapa mereka. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Tidak menghormati ibu bapa merupakan dosa yang paling besar sebagai seorang anak.

SUAMI YANG TIDAK MENJAGA ISTERI DAIPADA API NERAKA.

Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak membimbing isteri – isteri mereka melakukan perkara – perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti menutup aurat, menjaga kehormatan diri mereka dan suami, tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami, dan sebagainya. Mereka gagal membimbing isteri – isteri merka untuk menghormati diri mereka sebagai seorang suami dan gagal membimbing isteri – isteri mereka untuk mendidik anak mereka menjadi anak – anak yang soleh dan solehah.

ISTERI YANG TIDAK MAHU MENYAYANGI DAN MENGURUS ANAK.

1)Membiarkan Anak.
// Mereka tidak mengasuh dan mendidik anak mereka supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi pekerti.

2)Mengabaikan Anak.
// Mereka tidak mendampingi anak anak atau member perhatian kepada anak – anak mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui perasaan dan permasalahan anak – anak mereka. Anak – anak mereka akan mencari kawan – kawan rapat mereka untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Ini tidak salah tetapi jikalau mereka tersalah memilih kawan ini akan menyebabkan mereka terpengaruh ke arah unsur – unsur social yang tidak sihat. Perhatian daripada ibu bapa terhadap anak – anak amat penting pada masa kini.

3)Tidak Berkumpul Dan Beramah Mesra.
// Mereka tidak mahu meluangkan masa bersama – sama anak mereka seperti beriadah bersama – sama untuk mendekati dan mengenali hati budi anak – anak mereka selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4)Sibuk Bekerja.
// Di dalam islam sebenarya wanita tidak digalakkan bekerja kerana ianya dapat merenggangkan hubungan mesra antara anak dan ibu, begitu juga hubungan antara isteri dan suaminya. Ini berlaku kerana wanita terlalu tumpukan pada kerjaya mereka hingga tanggungjawab mereka sebagai isteri dan ibu terabai.

KESIMPULAN

Seperti apa yang telah kita ketahui, 10 golongan yang tidak akan mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak merupakan golongan yang derhaka, golongan yang di dalam hatinya ada penyakit, Golongan yang membenci islam, golongan yang hanya memikirkan hal dunia, golongan yang meremehkan islam, golongan yang mengabaikan akhlak mulia, golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup, golongan yang derhaka kepada ibu bapa, suami yang tidak menjaga isteri dari neraka, dan isteri yang tidak mahu menyayangi dan mengurus anak.

Justeru, sebagai umat islam wajar bagi kita ingat mengingati akan perkara ini bukan sahaja untuk diri kita sendiri, bahkan sesama saudara seislam kita juga perlu bagi kita mengingatkan mereka agar tidak tergolong didalam golongan – golongan ini.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Amirul Faisal Bin Ishak

Kepimpinan Dalam Islam

MUQADDIMAH
Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan dan realiti serta terus lemah dan berdiam diri, akan tetapi ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa untuk memastikan agama Allah ini berterusan kekal di muka bumi bahkan lebih dari itu iaitu menegakkan daulah Islamiyyah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah Islamiyyah di bumi ini di atas asas yang teguh mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiyyah.

Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam gerakan atau jemaah Islam, maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam iaitu bentuk pemilihan, tanggungjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertepatan. Tidak boleh sebenarnya sebarang pemilihan terhadap pemimpin dilakukan secara sambil lewa dan tidak serius tanpa melalui pemerhatian yang mendalam. Apatah lagi jika berlakunya rasuah atau penyelewengan dalam menentukan pemimpin yang akan mencorakkan masa depan pasti akan menjadi hijab kepada keberkatan dan akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Pemimpin dalam sesebuah organisasi adalah umpama kepala kepada badan, akan menentukan tujuan, menghimpunkan di sisinya segala maklumat, mengkaji dan berfikir dengan bantuan keupayaan yang khusus, juga memberi penerangan serta mengawasi perlaksanaan sehingga semua kerja berjalan dalam bentuk yang betul.

Setakat mana kepimpinan itu kuat dan mempunyai kesedaran serta berada di peringkat yang baik dari segi kebolehannya maka setakat itulah pergerakan, pekerjaan, pengeluaran dan selamatnya pejalanan sesebuah organisasi. Begitulah sebaliknya, kerana sejauhmana kelemahan pemimpin, kekurangan kebolehannya akan menyebabkan lambat, lemah atau kekurangan dalam menghasilkan matlamat. Kesimpulnnya, semuanya berbalik kepada sejauhmana kesatuan organisasi dan keteguhan pegangan kepada Allah SWT seperti mana firmanNya:

“Dan berpegang teguhlah kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai” (Surah Al- Imran:103)

PENGERTIAN PEMIMPIN & KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lain serta symbol kepada jemaah di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawannya.

Kepimpinan pula adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia kea rah matlamat yang dihalakan, oleh yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu, potensi-potensi yang lain mestilah diambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut tanzim dan organisasi.

Kepimpinan dalam jemaah juga merupakan lambing kesatuan dan kerapian saf (barisan). Telah menjadi perkara yang dimaklumi bahawa kesatuan adalah lambang kekuatan. Oleh kerana itu kepimpinan dalam jemaah mempunyai kepentingan serta kedudukan tersendiri. Kepimpinan tidak harus menjadi bentuk lambang sahaja tanpa mempunyai budibicara atau kekesanan, sebagaimana juga tidak boleh diberi budibicara yang bebas tanpa sekatan dan batasan dari jamaah.

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai bentuk kepimpinan iaitu sama ada ia secara individu atau berkumpulan. Boleh jadi setiap pendapat ada kebaikan dan keburukannya. Malah ada syarat-syarat dan jaminan-jaminan yang tertentu.

Apabila kita bentangkan dalam perbincangan mengenai kepimpinan dan amanahnya, kita tidak membataskannya kepada pemimpin tertinggi sahaja. Bahkan juga kita maksudkan setiap ahli dalaman yang mempunyai tanggungjawab. Walau bagaimanapun, tidaklah keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa setiap ahli dalam jamaah dianggap berada di atas satu lubang yang dapat dimasuki musuh dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Dengan ini ia bersama dengan kepimpinan umum dalam tanggungjawabnya.

TUGAS DAN MATLAMAT PEMIMPIN ISLAM
-Tugas dan matlamat utama setiap pemimpin di dalam jemaah Islamiyyah adalah mendokong amanah khalifah di muka bumi selepas kewafatan Rasulullah SAW dan lenyapnya sistem khalifah di kalangan umat Islam.
-Berusaha mengembalikan khilafah dan daulah Islamiyyah melalui sistem gerakan dan jemaah untuk menaungi ummah di bawah naungan khilafah kerajaan Islam yang adil.
-Berjihad menyebarkan keadilan yang hakiki kepada ummah manusia yang masih piatu di sistem kemanusiaan yang sebenar tanpa bergantung kepada sistem-sistem ciptaan.
-Matlamat kepimpinan gerakan Islam ialah untuk mewujudkan kesatuan sof Islami yang telah dikelarpisahkan oleh musuh-musuh Islam yang mempunyai rantaian perancangan yang berterusan untuk meleburkan Islam dan ummahnya.
-Tugas kepimpinan Islam adalah memberi kebebasan kepada umatnya untuk melaksana kehidupannya di bawah naungan Islam berlandaskan undang-undang dan syariat.

TANGGUNGJAWAB & AMANAH PEMIMPIN DALAM ISLAM

Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan. Kepimpinan dalam bidang amal Islami merupakan tanggungjawab dan seberat-berat amanah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang paling penting dan besar, di mana manusia dicipta kerana ianya agama yang diredhai oleh Allah untuk hambanya yang akan disusuli ke atasnya natijah yang penting dan besar sama ada di dunia atau di akhirat. Bukankah Allah akan menyoal setiap penjaga tentang jagaanya dan akan dihitung setiap amalan walaupun sebesar zarah. Beban kepimpinan akan bertambah setiap kali meluasnya medan kerja serta bertambah bilangan orang yang dilindungi oleh pemimpin berkenaan.

Terdapat sebahagian hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang bebanan dan amanah ini. Dari Ibnu ‘Umar Radiyallahu’anhu katanya:

Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Semua kamu adalah penjaga (pengawal) dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap jagaanmu. Imam penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Seorang lelaki penjaga terhadap keluarganya dan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang isteri pengawal di rumah suaminya dan bertanggungjawab ke atas kawalannya. Hamba adalah penjaga kepada harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaanya. Setiap kamu penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abi Ya’la Maqal bin Yasar Radhiyallahu’anhu, katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang pun dari hamba Allah yang diberikannya (amanah) mengawal rakyat kemudian ia meninggal dunia di mana di hari kematian itu ia menipu (mengkhianati) rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga. (Muttafaq’alaih)

Dalam satu riwayat lain:Jika tidak dapat ia menjaga rakyatnya dengan nasihatnya, ia tidak akan mendapati bau syurga.

Dalam riwayat Muslim:Tidak ada seorang pemimpin pun yang dilantik untuk urusan Muslimin kemudian ia tidak bersusah payah untuk mereka dan menasihati mereka, kecuali tidak dimasukkanya ke syurga bersama-sama mereka.

Daripada Abu Zarr Radiyallahu’anhu, katanya:Aku berkata: “ Wahai Rasulullah SAW, kenapa engkau tidak melantik aku bekerja. “ Lalu Baginda meletakkan kedua tangannya ke atas bahuku sambil berkata: “Wahai Abu Zarr, sesungguhnya engkau lemah dan sesungguhnya ia satu amanah dan sesungguhnya ia di hari kiamat satu kehinaan dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan secara haq dan menunaikan perkara yang diwajibkan ke atasnya di dalam amanah ini. ” (Riwayat Muslim)

Kepimpinan dalam jamaah Islam, natijahnya besar dan amanahnya berat oleh kerana beberapa sebab yang akan kita sebut setengah darinya. Menjadi kemestian kepada setiap individu dan pemimpin untuk sama-sama merasakan natijah yang besar serta amanahnya yang berat itu untuk menghasilkan kerjasama dalam memikul bebanan tersebut secara bersama.

Natijah yang besar disebabkan luasnya bidang kerja beserta berbagai cabangnya, kerana Islam adalah agama yang menyeluruh dan sempurna.
-Tanggungjawab pemimpin besar dan berat disebabkan besarnya matlamat dan tujuan yang kita berusaha ke arahnya.
-Amanah kepimpinan berta kerana luasnya medan kerja yang terus bertambah sehinnga hampir merangkumi seluruh keluasan dunia.
-Tanggunjawab pemimpin besar kerana besarnya jumlah bilangan orang yang termasuk ke dalam tanggungjawabnya.
-Amanah kepimpinan berat kerana tanggunjawab pemimpin mengarahkan setiap anggota jamaah dan memudahkan punca-punca kerja dan hasilnya dalam bidang dakwah mereka.
- Amanah kepimpinan berat kerana besar natijahnya yang akan menyusul hasil pencapaian tujuan yang diusahakan oleh jamaah.
-Amanah kepimpinan berat kerana banyaknya permasalahan dunia Islam yang mendesak dan saling berkaitan serta setiap permasalahn memerlukan kepada usaha dan jihad, memerlukan sumbangan dan pengorbanan.
-Amanah kepimpinan berat kerana orang Islam di medan sedang memerhatikan jamaah kita sebagai tempat diletakkan cita-cita yang diharapkan untuk menyelamatkan mereka terhadap apa yang dialami dari suasana yang amat buruk.
-Amanah kepimpinan berat kerana panjangnya jalan dakwah di samping banyak halangan, banyak tepat kegilinciran serta liku-liku.
-Amanah kepimpinan berat kerana kerana besarnya cabaran yang dihadapi oleh harakah yang mengawalnya dari musuh-musuh Allah di Timur dan Barat serta konco-konco mereka di negara Islam.
Allah SWT telah meggesa telah menggesa kita supaya meminta pertolonganNya dalam memikul amanah ini dengan kesabaran dan sembahyang sepertimana firmanNya:

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu; sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ” (Surah Al-Baqarah, ayat 153)
Allah juga telah menawarkan kita kepada pahalaNya sebagai balasan kepada sabar. Firman Allah:

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. ” (Surah Az-Zumar, ayat 10)

AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN ISLAM

Pemimpin atau orang yang bertanggungjawab dalam mana-mana kedudukan dianggap sebagai contoh kepada orang lain yang menggambarkan jamaah dalam semua perkara sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Di sini dibentangkan setengah dari sifat-sifat dan akhlaq yang mesti ada secara sempurna di sisi pemimpin dan orang yang bertanggungjawab.
-Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’.
-Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya.
-Mesti bersifat dan berakhlak lemah-lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. Orang yang bertanggungjawab akan terdedah kepada berbagai ragam manusia. Oleh itu, hendaklah ia melapangkan untuk mereka semua dengan kelembutannya dan berusaha untuk menarik mereka, atau sekurang-kurangnya tidak bermusuhan dengan mereka. Firman Allah SWT:
-Oleh kerana rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.
(Surah Ali-‘Imran, ayat 159)
-Lembut adalah akhlak yang mesti bagi orang yang ingin menduduki kepimpinan. Terdapat hadis Rasulullah SAW mengenai sifat ini:
-Sesungguhnya Allah itu lembut dan suka kepada sikap lembut dan memberikan ke atas sifat ini perkara yang tidak diberi ke atas sikap kasar dan perkara yang tidak diberi ke atas selainnya.
-Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Sebaik-baik keberanian ialah berterus-terang dalam kebenaran, menyembunyikan rahsia dan mengakui kesalahan.
-Benar adalah akhlaq asasi yang lazim dan setiap anggota mesti sentiasa bersifat benar. Ini lebih dituntut dan dimestikan ke atas orang yang bertanggungjawab.
-Tawadhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Dengan tawadhu’ akan menghimpunkan hati-hati di sekeliling pemimpin, dan meninggi diri akan menjauhkan hati-hati (orang ramai) darinya. Firman Allah SWT:

“Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. ” (Surah Asy-Syu’ara’, ayat 215)
Di antara sifat orang yang beriman yang dikasihi Allah serta mereka mengasihi Allah ialah:

“Mereka bersikap lemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir. ” (Surah Al-Ma’idah, ayat 54)
Di tempat lain pula Allah SWT berfirman:

“Keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. ” (Surah Al-Fath, ayat 29)

Dari Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu, katanya; bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bersedekah tidak akan mengurangkan harta dan Allah menambah kemuliaan kepada seseorang kerana member kemaafan. Allah akan mengangkat darjat seseorang kerana sifat tawadhu. (Riwayat Muslim)

Kemaafan dan dapat menahan kemarahan adalah juga akhlak yang harus ada pada pemimpin apatah lagi orang yang berada di peringkat pimpinan. Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. ” (Surah Ali-‘Imran, ayat 134)

Kemudian arahan keTuhanan yang berkesan ini:
“Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?” (Surah An-Nur, ayat 22)

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nik Mohd Kamal B. Ibrahim @ Nik Hanafi

Peringatan Dan Ancaman

PENDAHULUAN
Manusia dicipta oleh Allah SWT dan dilengkapi dengan segala macam keperluan adalah bertujuan untuk beribadah kepadanya. Dengan ertikata lain, menumpukan segala kepatuhan dan ketaatan hanya kepada Allah SWT dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan laranganNya. Adalah menjadi suatu perkara yang tidak wajar apabila manusia bertindak mengikut kemahuan hawa nafsu mereka dan melupakan ancaman-ancaman Allah SWT terhadap mereka yang menderhaka. Oleh itu, terdapat beberapa ancaman dari Allah SWT melalui al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW tentang perlanggaran terhadap beberapa perkara yang dilarang dalam islam untuk dijadakan pengajaran kepada manusia.

JENIS-JENIS ANCAMAN DAN PERINGATAN DARI ALLAH
ANCAMAN KEPADA AHLI ILMU.
Orang yang menyembunyikan ilmu agama itu lebih berat tanggungjawab di hadapan Allah pada hari kiamat daripada mereka yang jahil dan penyembah berhala serta diancam dengan siksaan yang dahsyat. Allah mengutuk para ulama’ yang menyembunyikan ilmu. Firman Allah SWT:“Sesungguhnya orang yang menyembunyikan keterangan dan petunjuk yang Kami turunkan setelah kami menjelaskan kepada manusia di dalam kitab, mereka itu dikutuk oleh Allah dan dikutuk oleh seluruh manusia kecuali kepada mereka yang telah bertaubat. ” (al-Baqarah: 159-160)

Sabda rasulullah SAW:“Siapa yang ditanyakan tentang sesuatu ilmu, lalu dia enggan menerangkannya nescaya Allah akan mengekangnya di hari Kiamat dengan kekangan daripada api Neraka. ” (HR al-Hakim)

ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU.
Solat lima waktu adalah kunci segala kebaikan. Orang yang meninggalkan solat tidak diterima amalnya. Di akhirat nanti, seorang hamba akan disekat dengan sebab amalan solat yang dilakukannya sewaktu di dunia. Jika solat sempurna maka diterima segala amalannya yang lain. Orang yang meninggalkan solat dihukum kafir. Di dalam kitab al-Muhazzab, seseorang yang meninggalkan solat kerana malas ianya dihukum sebagai fasiq dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sehingga ia menjadi insaf. Orang yang meninggalkan solat masuk neraka. Firman Allah SWT:“Penduduk Syurga bertanya kepada ahli di neraka: Kenapa kamu sampai masuk neraka Saqar?Mereka menjawab: Kerana dahulu kami tidak mengerjakan solat. ” (Al-Muddatsir: 42-43)

Memperlambatkan solat dengan mengerjakan di akhir waktu sehingga datang kepada waktu yang lain juga berdosa. Kesimpulannya, meninggalkan solat itu akan ditimpa ancaman di dunia dan di akhirat.

ANCAMAN BAGI MEREKA YANG MENDERHAKAI IBU BAPA
Penderhaka kedua ibu bapa mendapat kutukan dari Allah. Allah menjatuhkan kutukan kepada orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Hadis Nabi SAW:“Allah melaknat(kutuk) orang yang menderhakai kedua ibu bapanya. ” (HR Ibnu Hibban)

Penderhaka kedua ibu bapa dimurkai Allah dan berdosa besar. Seorang muslim tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ibu bapa merasa marah dan tersinggung hatinya kerana kemarahannya itu merupakan kemurkaan Allah. Rasulullah SAW bersabda:“Keredhaan Allah(terhadap seorang lelaki) terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemarahan kedua ibu bapa. ” (HR Tarmizi, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Penderhaka kedua ibu bapa tidak masuk syurga. “Tidaklah akan masuk syurga orang yang membangkit-bangkit pemberian, orang yang menderhakai kedua ibu bapanya dan orang yang sentiasa minum arak. ” Rasulullah SAW bersabda:“Ada 4 orang, hak atas Allah untuk tidak memasukkan hambanya ke dalam syurga dan tidak memberi kesempatan kepada mereka untuk menikmati kebaikan syurga:
-Peminum arak
-Pemakan harta riba’
-Pemakan harta anak yatim
-Penderhaka ibu bapa


ANCAMAN BAGI MEREKA YANG TIDAK MEMBAYAR ZAKAT.
Orang yang tidak membayar zakat mendapat siksaan. Rasulullah SAW bersabda:“Orang yang menahan zakat itu, pada hari kiamat ada di dalam neraka. ” (HR Thabrani)

Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan setiap orang Islam mampu membayarnya. Allah SWT murka kepada mereka yang tidak mahu menyahut perintah pembayaran zakat. Firman Allah SWT:“Sesekali janganlah orang yang bakhil dengan hartanya yang Allah kurniakan. Mereka menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya, kebakhilan itu amat buruk bagi mereka. Harta yang mereka sayangi itu akan dikalungkan pada lehernya pada hari kiamat kelak. ” (Ali Imran: 180)

Harta benda itu adalah kurniaan Allah yang merupakan pinjaman. Allah mengingatkan manusia supaya tidak mencuaikan tanggugjawab di dalam pembayaran zakat. Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa yang Allah telah berikan kepadanya harta benda, lalu ia tidak mengeluarkan zakatnya, nescaya ia akan diserupakan pada hari Kiamat bagaikan ular yang botak dan mempunyai dua taring. Ular tersebut melilitnya pada hari Kiamat kemudian menangkap dengan kedua rahangnya, lalu ia berkata: “Aku adalah harta bendamu dan aku adalah barang simpananmu. ”Kemudian ia membaca ayat al-Quran yang bermaksud: Sesekali janganlah kamu menjadi orang yang bakhil dengan hartanya……” (HR Bukhari dan Muslim)

Orang yang tidak membayar zakat akan dilaknat. Islam meletakkan kedudukan orang yang tidak membayar zakat itu sebarisan dengan mereka yang memakan harta riba’ dan lain-lain kejahatan yang mendapat laknat dari Rasulullah SAW. Imam Ibnu Khuzaimah telah mendedahkan perkataan Abdullah Ibnu Mas’ud r. a yang berkata:“Orang yang tidak membayar zakat, orang-orang Arab desa yang murtad sesudah hijrah. Mereka semua akan dikutuk menerusi lidah junjungan Nabi Muhammad SAW di hari Kiamat. ” (Sahih Ibnu Khuzaimah dengan sanad hasan)

ANCAMAN BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN FARDHU HAJI.
Tidak bererti kehidupan orang yang meninggalkan haji. Sesungguhnya orang-orang yang sihat tubuh badan, mempunyai harta yang berlebihan dan usia yang panjang, tetapi tidak berusaha untuk menunaikan fardhu haji, kehidupannya tidak memberikan apa-apa kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:“Allah SWT berfirman: Sesungguhnya seorang hamba yang Aku telah berikan kesihatan tubuh badannya dan telah Aku berikan kelapangan di dalam kehidupannya, maka berlalulah usianya selama 5 tahun sedangkan ia tidak datang menemui Aku(menunaikan fardhu haji), nescaya ia tidak mendapat apa-apa(kebaikan). ” (HR Ibnu Hibban)

Orang-orang yang enggan menunaikan fardhu haji, akan berada di dalam keburukan di akhir hayatnya. Ertinya, seseorang itu tidak mempunyai sebarang halangan selama hidupnya tetapi enggan pergi ke Mekah menunaikan haji. Halangan-halangan tersebut seperti lemah anggota, kurang perbelanjaan, terdapat musuh di dalam perjalanan dan sebagainya.

ANCAMAN TERHADAP LELAKI YANG MEMANDANG DAN BERDUAAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM.

Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis Qudsi bahawa Allah berfirman:“Sekali pandangan itu adalah panah beracun dari panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan iman yang ia akan mendapat kemanisannya di dalam hatinya. ” (HR Thabrani dan Hakim)

Pandangan mata merupakan zina. Setiap mata yang memandang merupakan zina melainkan mata yang melihat perkara-perkara yang dibenarkan oleh agama seperti melihat wajah ibu bapa, menatap wajah isteri dan melihat al-Quran.
Sesungguhnya penzinaan antara lelaki dan perempuan itu adalah kejahatan yang terkutuk. Rasulullah SAW bersabda:“Ditulis pada anak Adam nasibnya dari zina. Maka ia pasti akan menemuinya. Dua mata zinanya adalah pandangan, dua telinga zinanya adalah mendengarkannya, lisan zinanya adalah ucapan, tangan zinanya adalah memukul dan kaki zinanya adalah setiap langkahnya. Sedang hatinya cenderung dan mengharapkan…” (HR Bukhari dan Muslim)

Betapa buruknya perbuatan sentuh menyentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya yang disebut di dalam sebuah hadis:“Sesungguhnya ditusuk pada kepala salah seorang dari kamu dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada ia menyentuh orang perempuan yang tidak halal baginya. ” (HR Thabrani dan Baihaqi)

ANCAMAN TERHADAP MEREKA YANG BERZINA.
Zina ialah melakukan hubungan seksual antara lelaki dan perempuan diluar aqad nikah. Penzinaan merupakan dosa besar selain daripada kufur dan pembunuhan.

Berzina merupakan seburuk-buruk perbuatan. Allah SWT telah mengingatkan para hambaNya supaya menjauhi perbuatan zina. Sebagaimana digambarkan di dalam al-Quran:“Janganlah kamu mendekati penzinaan, sesungguhnya zina itu merupakan suatu perbuatan yang keji dan sejahat-jahat jalan. ” (al-Isra’: 34)

Mendekati penzinaan ialah melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada perbuatan zina. Contohnya, bergaul antara lelaki dan perempuan di luar aqad nikah, menonton video lucah dan pergi ke pusat pelacuran. Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya iman itu bagaikan pakaian yang dikenakan Allah pada siapa yang dikehendakiNya, apabila seorang hamba itu berzina ditanggalkan pakaian imannya dan apabila ia bertaubat, dikembalikan semula kepadanya. ” (HR Abu Daud, Hakim, Tarmizi dan Baihaqi)

Zina membawa kepada kemiskinan. Terdapat banyak kesan negatif yang akan timbul dari perbuatan zina antaranya ialah ia menyebabkan kemiskinan dan kesulitan dalam hidup. Ini kerana wang ringgit mereka habis dan hati mereka tidak tenteram. Di akhirat kelak, orang yang berzina tidak mendapat pandangan rahmat dari Allah SWT. Mereka yang berzina, pada waktu itu meminta belas kasihan tetapi Allah tidak menegurnya disebabkan kejahatan yang dilakukannya itu. Rasullulah SAW bersabda:“Tiga manusia yang tidak ditegur oleh Allah pada hari kiamat dan tidak dibebaskan dari dosa serta tidak dilihat, sedang bagi mereka seksa yang pedih:

-Orang tua yang berzina
-Pemerintah yang berbohong
-Orang miskin yang sombong (HR Thabrani dan Nasa’i)


ANCAMAN KEPADA MEREKA YANG MENZALIMI ANAK YATIM.
Anak yatim ialah anak yang ditinggal mati ayahnya sebelum ia mencapai umur baligh. Islam tidak membenarkan anak-anak yatim diperlakukan apa saja bentuk kezaliman yang boleh merugikannya. Harta mereka tidak boleh digunakan sewenangnya kerana ia termasuk “Sab’ul Mubiqat”, iaitu dosa-dosa besar yang merosakkan umat Islam. Rasulullah SAW bersabda:“Akan dibangkitkan pada hari kiamat kaum dari perkuburan mereka yang mulut-mulutnya berisi api menyala-nyala. ” Maka dikatakan: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Allah telah berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu telah menelan api sepenuh-penuhnya di dalam perutnya. ” (HR Abu Ya’laa)

ANCAMAN TERHADAP YANG MENUDUH BERZINA, MEMAKI DAN MELAKNAT.

Menuduh berzina terhadap seorang perempuan yang muslim lagi suci tanpa disertai dengan “bayyinah” iaitu empat orang saksi adalah berdosa besar. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Dan orang-orang yang menuduh perempuan yang baik-baik(melakukan zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka(yang menuduh) sebanyak 80 kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Dan itulah orang-orang yang fasik. ” (an-Nuur: 4)

Menuduh zina boleh memecahbelahkan umat Islam. Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah 7 perkara yang merosakkan. ” Beliau bersabda. .
-Menyekutukan Allah
-Main sihir
-Membunuh diri yang Allah haramkan kecuali dengan hak.
-Memakan harta anak yatim.
-Memakan riba.
-Melarikan diri dari perang jihad.
-Menuduh zina terhadap wanita yang baik-baik lagi beriman.
(HR Bukhari dan Muslim)

TANDA-TANDA KEDATANGAN HARI KIAMAT.
Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis, bahawa tanda-tanda kedatangan hari kiamat itu ada sepuluh. Ia merupakan tanda-tanda yang besar menjelangnya hari kiamat. Antara tanda-tandanya ialah:
-Datangnya Dajjal
-Keluarnya asap
-Keluarnya Daabah
-Terbit matahari dari sebelah barat
-Turunnya Isa Ibnu Maryam
-Datangnya Yakjuj dan Makjuj
-Tenggelamnya matahari di barat dan tenggelamnya matahari di Jazirah Arab
-Keluarnya api dari Qoiran(hujung negeri Yaman) yang diambil manusia secara rombongan.

PENUTUP
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Buku yang bertajuk “Peringatan dan Ancaman” ini telah ditulis Abu Shakir dan disunting oleh Ibnu Hussin. Buku ini sangat bermanfaat kepada kita semua kerana ianya menyenaraikan beberapa ancaman dari Allah SWT sekiranya melanggar perintahnya serta peringatan agar kita tidak melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah mengampunkan umatnya sekiranya mereka segera bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai olehNya.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nurul Shahira Binti Mohamad

Mengenali Dajjal Dan Yajuj Wa Ma’juj

Pengertian dajjal dan yajuj wa ma’juj.

Dajjal berasal daripada perkataan “dajala” yg bermaksud ‘menutup sesuatu’. terdapat banyak pendapat yang berkaitan dengan maksud dajjal ini. Antaranya ialah kerana dajjal adalah pembohing yang menutup kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat kedua kerana dajjal menutup bumi dengan bilangannya yang ramai. pendapat ketiga pula kerana ia menutup manusia dengan kekafiran. Pendapat seterusnya kerana dajjal tersebar dan menutupi seluruh muka bumi. Pendapat terakhir mengenai maksud dajjal ini kerana mereka merupakan bangsa yang menyebarkan perniagaan(agama) ke seluruh dunia.

Yajuj wa ma’juj pula berasal dari perkataan ajja atau ajij. Ajja bermaksud ‘nyala api’
dan ajij pula bermaksud bermaksud ‘berjalan cepat’. Ini keranahebatnya gerakan golongan yajuj wa ma’juj ini. Identiti yajuj wa ma’juj dikatakan berasal dari keturunan Adam berdasarkan hadis Ibnu kathir dan hadis Bukhari dan Muslim. Kitab Ruhul Ma’ani menyifatkan 2 kabilah keturunan Yafith bin Nuh, yang bangsa turki adalah sebahagian daripada mereka. Pada waktu al-quran diturunkan, yajuj wa ma’juj sudah ada tetapi pergerakan mereka dikekang sampai saat tertentu yang selepas itu akan terlepas dan menguasai dunia.

Mengapa Tiada Perkataan Dajjal dalam Al-quran?

Perkataan dajjal tiada dalam Al-quran kerana tiada orang yang suka dipanggil penipu walaupun dia itu adalah penipu. Suatu ketika dulu, orang kristian lebih mementingkan agama dari urusan dunia. Pada akhir zaman, mereka lebih utamakan dunia dan meninggalkan agama. Dalam urusan dunia, mereka lebih maju daripada bangsa lain maka bangsa lain mengikut mereka dengan membuta buli. Oleh itu mereka digelar penpu terulung.

Sebelum kemunculan dajjal’akan munculnya pembohong-pembohong antara penduduk yamamah, penduduk san’ia Al-Absy, pendudk Himyar dan bilangannya seramai 30 orang atau lebih. selepas itu akan muncul golongan islam yang mengajak ke neraka.

Siapakah dajjal?

Ibnu Sayyad

Ibnu Sayyad berasal dari yahudi madinah. Pada suatu hari, seorang wanita yahudi telah melahirkan seorang yang buta matanya sebelah dan taringnyanya keluar. Rasullah dan Abdullah bin Umar bin Al-Khattab telah keluar dan menemui Ibnu sayyad yang sedang bermain dengan anak-anak. Ibnu Sayyad tidak melayan kehadiran Rasulullah. Rasullah telah bertanya “Apakah kamu bersaksi yang aku adalah utusan Allah?” Ibnu Sayyad telah menanyakan Rasulullah soalan yang sama. Mendengar soalan itu, Rasulullah telah pulang ke rumah dan datang semula pada kali ketiga dan keempat dengan ditemani oleh Abu Bakar dan Umar Al Khattab. Rasulullah bertanya “Apakah yang telah dilihat olah kamu?” Ibnu menjawab “aku telah melihat kebenaran dan kebatilan dan Arasy diatas air. Mendengar jawapan itu, Umar segera menghunus pedang dan ingin membunuh Ibnu Sayyad tetapi dihalang oleh Rasulullah. Ini kerana orang yang akan memebunuh dajjal adalah Isa putera Maryam Jika Ibnu Sayyad bukan dajjal Umar tidak boleh membunuhnya kerana dia adalah orang daripada ahli Al-Ahdy(orang yag memegang janji)

Pada suatu hari, Ibnu Sayyad telah menemani Abu Said dalam perjalanan dari makkah ke madinah. Dia berasa bosan dengan tuduhan orang terhadap dirinya yang mengatakan dirinya dajjal. Dia berkata, Rasulullah bersabda Dajjal tidak boleh masuk makkah dan madinah tetapi dia boleh. dajjal juga tidak dilahirkan tetapi dia dilahirkan oleh ibunya. Dajjal juga kafir tetapi dia orang Islam.

Dimanakah dajjal sebelum ini?

Hadis Tamim dan Fatimah Binti Qais tentang Al Jassasah dan dajjal, menceritakan Tamim Ad-Dari dan 30 orang sahabatnya telah mengharungi lautan dan dipermainkan ombak selama 1 bulan dan sampai di satu pulau. tiba-tiba satu makhlu yang berambut panjang, tebal dan lebat telah menemui mereka dan memperkenalkan diri sebagai Al-Jassasah. Al-jassasah menyuruh Tamim Ad-Dari dan ahlinya menemui lelaki dalam gua yang kedua mata kakinya sampai kedua lututnya dibelenggu besi. Lelaki itu menanyakan perihal pohon kurma Baithan(antara Amman dan Bayaan). Tamim menjawab yang pohon itu masih lebat buahnya. lelaki itu berkata yang satu hari nanti pohon itu akan kering buahnya lelaki itu juga menanyakan perihal mata air Zughan dan Tasik tabariyyah kerana suatu hari nanti kedua-duanya akan kering. lelaki itu juga menanyakan tentang Rasulullah, adakah orang arab menentangnya? Tamim Ad-Dari menjawab yang dulu memang orang arab menentangnya tetapi kini mereka beriman kepadanya. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Al Masih Dajjal dan bersumpah tidak akan biarkan suatu daratan dari tidak dimasukinya kecuali makkah dan madinah kerana kedu-duanya dilindungi oleh malaikat yang terhunus pedangnya dan bersedia untuk memenggal kepala dajjal.
Hadis Nawwas bin Sam’an Al-Kalabi

Rasulullah pernah bersabda “jika dajjal keluar dan aku asih hidup, cukuplah Rasulullah sebagai lawan tapi jika ketika itu aku sudah tiada, maka hendaklah kita melindungi diri sendiri dan Allah adalah tempat perlindungan. Dajjal adalah pemuda yang berambut sangat buruk dan matanya buta sebelah. Jika bertemu dengannya hendaklah kamu membaca surah Al-Kahfi. Dajjal akan keluar antara Syam dan Iraq, lalu menghentak ke kiri dan kanan. Sahabat bertanya “berapa lamakah ia berada di permukaan bumi?”. Rasulullah menjawab, “ Ia akan berada dibumi selama 40 hari, sehari antaranya bersamaan dengan setahun, sebulan dan seminggu dan hari-hari selepasnya adalah seperti biasa. Dajjal berjalan bagaikan awan yang ditiup angin. Kemudian, ia akan datang pada suatu kaum, lantas kaum itu beriman kepadanya dan ia menurunkan hujan dari langit, mengeluarkan tanam-tanaman dan haiwan ternak pula lebih banyak kandungan susunya. Kemudian ia mendatangi suatu kaum lain, lalu kaum itu menolak ajarannya, lantas kaum itu ditinggalnya, hingga pada pagi esok, kaum itu akan ditimpa kesusahan.

tanda-tanda pada dajjal dan huraiannya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ialah “dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata kanannya buta. Aku bertanya:siapakah ini? Lalu dijawabnya bahawa dia adalah Masih Al-Dajjal. ”(bukhari 77)

Hadis lain juga meriwayatkan bahawa imam Bukhari dalam hadisnya, “Awas!Dia pecak(buta sebelah)…dan di antara dua matanya tertulis ‘Kafir”. Daripada kedua hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dajjal mempunyai ciri-ciri berikut:
1)bahawa mengenai bentuknya, dajjal digambarkan berbadan kekar.
2)bahawa roman mukanya putih dan mengkilat.
3)bahawa rambut kepalanya pendek dan ikal.
Ketiga-tiga gambaran ini sesuai dengan bentuk orang-orang eropah. ini kerana perempuan eropah pun memotong rambutnya, kulitnya putih dan mengkilat. adapun ciri-ciri lain seperti matanya buta sebelah dan di dahinya tertulis perkataan kafir pula melambangkan rohani bangsa dajjal. Justeru itu, gambaran dajjal buta mata sebelahnya diertikan bahawa dajjal tidak mempunyai peribadi yang elok.

Bahawa dua matanya itu, satu digunakan untuk melihat hal-hal kerohanian dan agama dan satu lagi digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubung dengan kebendaan dan keduniaan. Buta matakannya bermaksud, bangsa dajjal ini memberi sedikit sahaja perhatian kepada hal-hal agama dan kerohanian berbanding hal-hal berkaitan kebendaan dan keduniaan. kejayaan dajjal dalam keduniaan mengakibatkan bangsa ini buta sebelah. Demikian juga halnya dengan perihal perkataan ‘kafir’ di dahinya dapat dibaca oleh semua orang termaksud yang buta huruf.

Ini kerana, tulisan yang dimaksudkan bukanlah tulisan biasa, melainkan menifestasi perbuatan seseorang. Pernyataan bahawa tulisan itu hanya dapat dibaca oleh orang mukmin sahaja, ini bererti bahawa orang kafir tidak pernah sedar akan kekafiran mereka, sehingga memerlukan mata orang mukmin untuk membaca buruknya kekafiran mereka.

Tanda-tanda kemunculan dajjal dan huraiannya.

1)Dajjal membawa syurga dan neraka?

Dalam suatu hadis meriwayatkan bahawa, syurga yang dibawa dajjal bukanlah syurga di akhirat tetapi bermaksud melimpahnya persediaan bahan makanan, kesenangan dan kemewahan. manakala maksud sebenarnya ialah siapa sahaja mengikut dajjal, dia akan hidup mewah. Begitu juga dengan maksud neraka yang dibawa oleh dajjal ialah kurangnya bahan makanan dan kesenangan hidup. maksud sebenarnya di sini ialah siapa saja yang menentangnya tidak akan mempunyai persediaan bahan makanan. Bandingkanlah kehidupan dua bangsa iaitu bangsa islam dan nasrani. Bangsa islam hidup serba kekurangan, dan bangsa nasrani yang hidup dalam keadaan mewah. inilah yang dimaksudkan dengan syurga dan neraka dajjal.

2)Dajjal dan kenderaannya yang sangat laju.

Ketika Rasulullah ditanya, sejauh mana kelajuan perjalanan dajjal, baginda menjawab, ” Kecepatan dajjal adalah seperti awan yang ditiup angin”. Pada ketika itu, cerita itu nampak seperti dongeng sahaja tapi pada masa kini, kecepatan kapal terbang melebihi kecepatan angin. Kemudian dijelaskan bahawa “Lautan hanya berada dibawah kaki dajjal sahaja”. Hal ini benar-benar terjadi dengan gerakan kapal selam dibawah permukaan laut.

3)Kemampuan dajjal mengeluarkan khazanah Bumi.

Singkatnya, semua kekayaan bumi baik yang berupa mineral atau hasil tanaman, dikuasai oleh bangsa-bangsa eropah. Semua kekayaan mengiringi dajjal dan keuntungan bangsa-bangsa eropah semakin bertambah sedangkan bangsa-bangsa lain di dunia hanya dijadikan buruh mereka untuk menghasilkan bahan-bahan mentah untuk memenuhi keperluan industri mereka.

4)Penyokong dajjal hidup senang, musuhnya pula hidup susah.

Cara yang paling mudah untuk menyokong dajjal ialah bersetongkol dan akur kepadanya. Hadis yang menerangkan bahawa pengikut-pengikut dajjal hidup senang ini berlaku pada orang –orang yang sumpah setia kepada mereka. Sungguh benar bahawa jaminan yang terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang ini ialah memeluk agama kristian. Orang-orang yang tidak mahu mengikut dajjal akan hidup susah dan sengsara. Alangkah benarnya kata-kata Rasulullah, ”sesiapa yang mengikut dajjal akan hidup senang tetapi dia dijadikan kafir”. Sebenarnya system pendidikan kita yang dibawa barat barat bertujuan untuk memesongkan anak-anak dan remaja dari agama dan Allah. Dan apakah yang menjadi daya penarik terhadap pendidikan ini? Tiada lain hanyalah untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi kembalilah pada persoalan perut dan roti.

5)Dajjal bersama roh orang-orang yang mati.

Dajjal memang amat sibuk dengan urusan dunia tetapi dajjal tidak lupa bisikan jahat yang membisikan kehidupan di luar dunia. Maka, dari itu dajjal memperlihatkan perhatiannya di bidang ini yang disebut ‘spritisme”


6) Wanita mangsa tipu daya dajjal

Dewasa ini bangsa eropahlah yang memebuka segala jenis pintu-pintu maksiat macam godaan berupa godaan berupa pergaulan bebas yang melampaui batasan antara lelaki dan perempuan. Memang sifat pemalu pada perempuan mampu bertahan lama tapi kini mereka telah mengucapkan selamat tinggal kepada budaya timur dan kesopanan islam dan berganti menggunakan kesopanan setengah telanjang ala barat. Mereka bukan sahaja
mengunjungi tempat-tempat hiburan bahkan mereka mula terikut-ikut berkaraoke dan menari.

7)Dajjal dan anak luar nikah.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan bertambahnya anak-anak luar nikah. fenomina ini sudah lazim terjadi di negara-negara barat. Sejumlah besar anak-anak luar nikah ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan taraf mereka. Bahkan, anak-anak yang lahir dalam keadaan perang diberi jolokan ‘anak pahlawan’

8)Menyembuhkan penyakit yang krohik.

“Dia (dajjal) akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra dan menghidupkan orang mati”
(Kanzul ‘Ummal, jilid vii hal. 2080)


Di sini yang dimaksudkan “menghidupkan orang mati” ialah menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan, seakan-akan dajjal dapat menghidupkan orang mati.

9)Dajjal berleluasa di dunia.

Sebagaimana yang dijelaskan, dajjal akan bermaharajalela dan berleluasa untuk menjelajahi seluruh dunia:

“Tiada satu tempat di dunia yang tidak diinjak dan dilalui oleh Dajjal”.

Semua pekerjaan ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang. Bukan masalah kecepatan sahaja tetapi bagaimana orang mahu mengikutinya. Semua ini mungkin terjadi jika ia dilakukan oleh satu bangsa. Di satu pihak, kita melihat cepatnya gerakan bangsa-bangsa eropah, jangankan 40 hari, beberapa hari sudah cukup bagi mereka mengelilingi dunia.

Membunuh dajjal sekaligus membunuh yajuj wa ma’juj.

Mereka disebut dajjal kerana kebohongan dan penipuan mereka tentang hal agama, sedangkan mereka disebut yajuj wa ma’juj kerana kekuasaan mereka dalam bidang politik. Alangkah peliknya bahawa sekalipun dajjal mati dibunuh dan nafasnya Al-Masih al-maulud begitun ampuh hingga sesiapa yang terhidu nafas beliau akan mati serta-merta tetapi yajuj wa ma’juj begitu kuat hingga Al-Masih dan pengikutnya terpaksa mengungsi ke bukit. Kesimpulannyayang dimaksudkan membunuh dajjal bukanlah menyembelih seseorang kerana dajjal bukanlah orang tetapi bangsa dan bangsa ini akan kekal sampai kiamat. Ini jelas bahawa kejahatan mereka di bidang agama disebut fitnah dajjal, kerana mereka menyesatkan manusia dengan tipu muslihat mereka, sedangkan yajuj wa ma’juj memperlihatkan kejahatan mereka dari bidang politik. Untuk membasmi kejahatan mereka dalam bidang politik, akan dilakukan menerusi cara lain. Mungkin pembasmian ini dilakukan dengan cara pertempuran sesama mereka sendiri. Dengan kata lain, mereka akan saling bertempuh seperti dalam Perang Dunia Kedua. Atau boleh jadi sebahagian besar bangsa-bangsa itu akan terhindar dari kehancuran kerana mereka memeluk islam, hal ini diisyaratkan oleh satu hadis bahawa akhir zaman “matahari akan terbit di barat”. ini beerti kebenaran akan ternampak di kalangan bangsa-bangsa barat. Jadi, bukanlah omong-omong kosong dalam ru’yah Rasulullah melihat dajjal mengelilingi Kaabah mengisyaratkan bangsa-bangsa eropah akan memeluk islam.

Nabi Isa AS turun dan membunuh dajjal
1)Seorang lelaki yang menyerupai Nabi Isa
Disebutkan dalam kitab Khorida Al-‘Ajaib wa Faridah Al-Ghoroib halaman 205, karangan Syeikh Sirajuddin Abu Hafsh Umar bin al-Wardiy, termasuk ulama mutaqaddimin dan ahli makrifat, sebagai berikut: “Segolongan ulama berkata : Turunnya Isa yakni keluarnya seorang laki-laki Yang menyerupai Isa dalam keutamaannya, seperti sebutan ‘malaikat’ untuk orang baik dan ‘syaitan’ untuk orang jahat. Hal itu hanya untuk menyerupakan. Bukan beerti orang itu benar-benar malaikat ataupun syaitan”.

Jelasnya kata Isa bin Maryam di dalam hadis-hadis tentang turunnya Isa bin Maryam pada majazi, yakni kata kiasan. Jadi maksudnya orang yang akan turun pada akhir zaman dengan tugas sebagai imam, membunuh babi, dan sebagainya itu bukanlah Nabi Isa bin Maryam yang dulu diutuskan untuk bani Israil yang dah wafat itu, akan tetapi seseorang yang menyerupai pelbagai persamaan dengan Isa bin Maryam.
Tugas dan misi Isa akhir zaman.

1)Menegakkan semula syariat yang ada, bukan membawa syariat baru.
Nabi Isa dahulu diutuskan untuk Bani Israil supaya menegakkan semula syariat yang ada pada masa itu iaitu syariat Nabi Musa, tidak mendirikan syariat sendiri ataupun syariat baru. Tokoh pembaharu akhir zaman atau Isa Akhir Zaman pun datang untuk menegakkan semula syariat yang ada iaitu syariat Nabi Muhammad atau islam, tidak mengubah, mengurangi atau menambah sedikit pun, akan tetapi hanya membersihkan semula dari debu dan kotoran yang ada pada agama suci itu selama ini. Dia tidak mengada-ada, tidak membikin syariat baru, dan wahyu-wahyu yang ia terima dari Allah pun hanya bersifat mubhasysyirat, yakni khabar gembira dan bimbingan-bimbingan atau pengarahan, bukan wahyu tasyri’.

2)Hadir ketika keadaan ummat sangat lemah.
Nabi Isa diutuskan ketika kemerosotan dan kelemahan melanda ummat yahudi pemeluk syariat Nabi Musa AS. Isa Akhir Zaman juga bangkit ketika keadaan ummatnya ramai seperti buih air, ramai jumlahnya tetapi lemah

3)Berjuang tanpa senjata fizikal.
Nabi Isa dahulu berjuang menegakkan syariat agama dan kerajaan rohani dengan cara jamaaliyah(keindahan) kelemahlembutan(tanpa peperangan)-bukan jalaaliyah (kegagahan, keperkasaan dan perang fizikal) seperti di zaman isa dahulu. Isa Akhir Zaman juga menegakkan agama islam dengan tidak menganakat senjata. Senjata Isa Akhir Zaman ialah hujah dan dalil yang jitu, ajarannya adalah ilmu sejati yang mencerdaskan otak, membuka lebar cakerawala berfikir serta menajamkan firasat.

4)Dituduh murtad, terpesong dan pengacau.
Nabi Isa dahulu dianggap pembohong, terpesong dan murtad oleh kaum yahudi. Bagaimanapun, pihak penguasa tidak menentukan apa-apa kesalahan pada dirinya. Demikian juga halnya pada Isa Akhir Zaman yang dianggap terpesong, dan menyesatkan dianggap keluar dari islam tetapi di setiap sidang pengadilan, dia sentiasa menang kerana memang ia tidak bersalah dan selalu mendapat petunjuk dari Allah.

5)Penjaga terakhir syariat yang dianutnya
Nabi Isa adalah orang terakhir dalam salasilah para penjaga atau pemelihara syariat Nabi Musa AS.

Isa Akhir Zaman juga merupakan orang terakhir dalam salasilah pemelihara syariat Nabi Muhammad SAW. yang terdiri daripada para khalifah beliau. Maka, manakala Isa Akhir Zaman datang tidak lagi mujaddid selepas dia. yang ada hanya para khalifah penerus sampai kiamat.

6) Dibangkit di negeri jajahan pemerintahan terkuat di zamannya
Nabi Isa dahulu dibangkitkan di suatu negeri yang sedang menjadi tanah jajahan terkuat ketika itu iaitu pemerintahan Rom. Isa Akhir Zaman juga akan dilahirkan dan dibangkitkan disuatu negeri yang sedang mengalami jajahan Negara terkuat pada zamannya.

7)Berbalah dengan para ulama di zamannya
Nabi Isa berselisihan dengan kaum yahudi mengenai turunnya Nabi Ilyas(yang telah wafat) itu semula. Para ulama yahudi (bahkan sekarang)percaya yang Nabi Ilyas diangkat ke langit dan akan diturunkan semula. Nabi Isa menjelaskan tiada orang yang badannya diangkat ke langit dan orang yang akan turun menggantikan Nabi Ilyas ketika itu ialah Nabi Yahya yang kaum yahudi dustakan.

Begitu juga halnya dengan Isa Akhir Zaman yang berselisih faham dengan banyak ulama tentang nubuatan Nabi Muhammad tentang turunnya Isa bin Maryam di akhir zaman. Mereka percaya yang Isa bin Maryam diangkat ke langit hidup-hidup dan akan turun semula ke bumi dengan tubuh kasarnya dahulu. Isa Akhir Zaman juga menjelaskan tiada manusia yang diangkat hidup-hidup ke langit dan Nabi Isa dahulu telah pun wafat, dan riwayat mengatakan Nabi Isa akan turun semula hanyalah symbol simbolik yang hakikatnya akan turunnya seoarang pemerintah agung yang bersifat seperti Nabi Isa yang dahulu.

Tindakan drastik Isa Akhir Zaman
1)Menghancurkan salib
Bukan beerti Isa Akhir Zaman akan pergi ke gereja-gereja dan menghancurkan salib-salib yang ada di sana dan di leher orang-orang yahudi ataupun batu nisan di kuburan mereka. Tetapi dia dan sahabat-sahabatnya akan akan menghancurkan akidah salib, iaiatu akidah orang-orang nasrani. mereka membuktikan pada dunia kesalahan-kesalahan orang-orang nasrani itu, iaitu akidah Isa masih hidup di langit, dosa warisan, penebusan dosa, ketuhanan jesus dan sebagainya dengan bukti-bukti yang kukuh dan nyata.

2)Menghapuskan khinzir
Ini pun bukanlah beerti Isa Akhir Zaman akan pergi ke hutan untuk mengejar binatang najis itu. Erti yang sebenarnya ialah Isa Akhir Zaman dan jemaahnya adari ummat Nabi Muhammad berjuang membersihkan “budaya babi”, budaya kotor, jijik, lucah dan tidak tahu malu(sama dengan watak babi) yang datang dari barat. budaya itu akan dibersihkan dengan budaya islam yang suci.

3)Melenyapkan peperangan
Perjuangan Isa Akhir Zaman tidak lagi dengan mengangkat senjata secara fizikal seperti tombak, parang, pedang dan sebagainya kerana di zamannya tidak lagi menghalang orang islam dari melakukan perintah agamanya. Bahkan pada zamannya, kebebasan agama terjamin oleh undang-undang. Zaman ketika itu adalah di mana Islam hanya tinggal namanya, al-quran hanya tinggal tulisan, masjid-masjid banyak tetapi kosong sahaja dari petunjuk dan ulama menjadi sumber fitnah dan sejahat-jahat manusia di bawah langit(riwayat Baihaqi).

4)Melahirkan pemerintahan yang adil
Maksudnya Isa Akhir Zaman akan mampu memberikan hujah-hujah, fatwa-fatwa dan jalan keluar yang tepat, logik dan hujah yang kuat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh dunia ketika itu.

5)Menjadi Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu
Dinamakan Isa kerana memiliki banyak persamaan dengan Nabi Isa dan dinamakan Imam Mahdi kerana dia diutus untuk menjadi pemimpin(Imam) untuk menyatukan ummat yang telah bercerai-berai ke dalam satu jemaah seperti dizaman Nabi Muhammad SAW. Juga disebut Mahdi untuk memberitahu orang-orang yang memusuhinya yang menganggapnya sesat, murtad tidak benar kerana dia dipimpin oleh wahyu seperti mana nabi-nabi dahulu yang dianggap terpesong oleh kaum mereka.

Pemahaman Isa adalah Mahdi dan Mahdi adalah Isa dijelaskan dalam hadis berikut:“Orang yang hidup dari kalangan kamu nanti akan bertemu Isa bin Maryam sebagai imam yang mendapat petunjuk(Imam Mahdi)”. (Riwayat Ahmad)

“Tidak ada Mahdi selain Isa”. (Riwayat Ibnu Majah)

Adapun diceritakan keluar Imam Mahdi dahulu sebelum keluar Isa adalah bermaksud yang orang itu banyak menerima mimpi yang benar, ilham dan khabar-khabar gembira dari Allah dan barulah dia mendapat tugas-tugas dan pangkat seperti Nabi Isa. Seperti Rasulullah sendiri, sebelum menerima tugas kerasulan, beliau terlebih dahulu mendapat sebutan “Al-Amin” baru kemudian “rasul”. Bagaimanapun, Al-Amin dan Rasulullah adalah orang yang sama.

Kesimpulannya
Pendek kata, tokoh yang akan dibangkit dan dijanjikan oleh Rasulullah akan datang di zaman dajjal disebut Mujaddid A’zhom, pembaharu agung kerana kerosakan ummat pada zamannya adalah lebih besar daripada kerosakan ummat pada ummat sebelumnya.
Yang penting bagi kita ummat islam adalahabila kita tahu atau diberitahu bahawa orang itu telah datang, kita tidak bolah menentang atau mempercayai terus sebaliknya melihat dahulu tanda-tanda yang ada padanya. Kemudian, barulah kita menggabungkan diri ke dalam barisan khalifah Allah.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mohd Rusydi Wa’ie Awang