Isnin, 28 Disember 2009

Pelajar Muslim

- Sebagai pelajar yang tinggal di asrama pastikan jangan membazir elektrik. Kipas dan lampu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan bilik.
- Datang awal sebelum pensyarah memberi kuliah.
- Bangun subuh jangan sampai dikejutkan oleh teman sebilik.
- Dirikanlah sembahyang jangan sampai orang lain memperingatkan supaya mendirikan sembahyang.
- Orang yang berjaya ialah yang tidak perlu diperingatkan buat itu dan ini.
- Ada pelajar yang bertanya adakah wajib datang ke masjid macam kat sekolah dahulu. Tidak perlu ditanya kerana itu adalah kewajipan.
- Di universiti banyak kegiatan sama ada persatuan atau kokurikulum. Aktiviti ini boleh membantu dan merehatkan badan, maka lakukanlah dan tak perlu disuruh asalkan tidak mendatangkan dosa dan maksiat.
- Ramai pelajar yang memakai ketat dan mengorat. Ini bukanlah pelajar muslim yang beriman. Tidak sepatutnya mereka berbuat begitu.
- Sepatutnya pelajar yang muslim dan beriman yang sentiasa menjaga solat dan memberi tumpuan kepada pelajaran.
- Pelajar Muslim yang berpelajaran akan mendapat pekerjaan yang baik dan terjamin pada masa hadapan.
- Mereka yang menghabiskan masa dengan ketat dan mengorat berakhir dengan kegagalan dalam hidup. Jika lulus dalam pelajaran tetapi mereka gagal dalam mendidik jiwa mereka.
- Kehidupan pelajar ala Barat akan melahirkan zuriat yang seperti mereka juga. Hidup tidak pernah aman. Rumah besar, kereta besar tetapi jiwa kosong.