PENDAHALUAN:-
Allah SWT telah mengurniakan kepada kita kehidupan sementara di dunia dan dengannya keupayaan untuk berfikir dan kemudian memilih haluan kita dalam kehidupan ini. Setelah itu, kita akan mati dan akan dikebumikan di dalam tanah.
Kemudian, kita akan dibangkitkan kembali pada hari qiamat. Barang siapa yang melakukan kebajikan di bumi akan mendapat ganjaran syurga, tetapi barang siapa yang tidak bernasib baik (mengingkari Allah) akan dikirimkan ke neraka.
Al-Quran dan Sunnah telah berulangkali memberi peringatan kapada kita bahawa barang siapa yang dimasukkan ke dalam neraka jahanam tidak akan keluar lagi daripadanya.
Allah menerangkan di dalam al-Quran dalam “SURAH AT-TAHRIM Ayat 6”:- “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka yang diperintahkan. ”
PENCIPTAANNYA:-
Allah SWT mencipta Neraka Jahannam dan menyebut di dalam al-Quran bahawa ia telah disediakan untuk orang-orang yang tidak beriman. FirmanNya,
“ Dan peliharalah dirimu dari api neraka yang disediakan untuk orang-orang kafir, ” (Ali ‘Imran:131)
Bukti yang menunjukkan bahawa neraka telah pun diciptakan disebut dalam hadith berikut yang menerangkan bahawa orang yang ditakdirkan untuk masuk ke dalam neraka neraka akan ditunjukkan tempatnya di dalam neraka itu selepas kematiannya,
Abdullah bin Umar menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Apabila seseorang mati, akan ditunjukkan kepadanya tempatnya pagi dan petang, dan jika ia termasuk penduduk syurga, (dia akan ditunjukkan tempatnya) di kalangan penduduk syurga, jika dia termasuk penduduk neraka, (dia akan ditunjukkan tempatnya) di kalangan penduduk neraka. ” (Bukhari)
PINTU-PINTU NERAKA:-
Neraka mempunyai lebih dari satu pintu yang menuju ke dalamnya, dan bukti tentang kewujudannya tersebut dalam ayat al-Quran berikut,
“ Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya. ” (As-Zumar:71)
Dalam Ayat yang lain, al-Quran telah menerangkan jumlah pintu-pintu neraka dalam “SURAH AL-HIJR Ayat 43-44”:-
“ Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. ”
BAHAN BAKARNYA:-
Neraka merupakan api yang sangat dahsyat – tidak sebagaimana api dunia yang kita kenali yang boleh membakar kayu, arang batu dan bahan-bahan lain. Bahan baker neraka ialah manusia jahat yang berhati keras seperti batu. Batu-batu juga menjadi sebahagian dari bahan bakarnya, termasuk patung-patung berhala yang telah dijadikan sembahan selain Allah ketika di dalam kehidupan dunia ini. Al-Quran menerangkan dengan jelas pelbagai jenis bahan bakar api neraka sebagai bukti kebenarannya:-
MANUSIA
Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya orang-orang kafir, harta benda dan anak-anak mereka, sedikit pun tidak dapat menolak (siksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka. ” (Ali ‘Imran:10)
JIN
Firman Allah SWT: “ Dan Sesungguhnya di antara kami ada yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barang siapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam. ”
BATU-BATU
Firman Allah SWT: “ Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) – dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. ” (Al-Baqarah:24)
TUHAN-TUHAN PALSU
Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah makanan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya. Andai kata berhala-berhala itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya. ” (Al-Anbiya’:98-99)
KEHEBATAN APINYA
ABU Hurairah meriwayatkan:- “ Ketika Rasulullah SAW berkata, ‘Api (dunia) kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka, ’ lalu seorang bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah ia (api dunia) tidak akan mencukupi (untuk membakar orang-orang kafir)?’ Maka Rasulullah SAW berkata, ‘Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa (dunia), dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). ” (Bukhari)
Api yang sangat dashyat itu tidak akan berkurangan, sebaliknya nyalanya akan bertambah panas dari masa ke masa.
Firman Allah SWT:- “ Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, kami akan tambah bagi mereka nyalanya. ” (Al-Isra’:97)
NAMA-NAMA NERAKA
Neraka mempunyai beberapa nama, sebagaimana telah disebutkan di dalam al-Quran, iaitu:-
1. JAHANNAM
Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai. “(An-Naba’:21)
2. LATHA
Firman Allah SWT: “ Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latha) itu adalah api yang bergejolak, yang mengelupaskan kulit kepala. ”(Al-Ma’arij:15-16)
3. AL-HUTAMAH
Firman Allah SWT: “ Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? (Iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (naik) sampai ke hati. ”(Al-Humazah:4-7)
4. SA’IR
Firman Allah SWT: “ Segolongan masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka (Sa’ir). ”
5. SAQAR
Firman Allah SWT: “ Aku akan dimasukkannya ke dalam (neraka) Saqar. Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia, ”(Al-Muddaththir:26-29)
6. AL-JAHIM
Firman Allah SWT: “ Dan perlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat. ” (Asy-Syu’ara’:91)
7. AL-HAWIYAH
Firman Allah SWT: “ Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas. ”(Al-Qari’ah:8-11)
PARA PENJAGA NERAKA
Neraka mempunyai banyak malaikat-malaikat yang menjaga neraka. Semua para malaikat itu merupakan makhluk yang sangat patuh kepada perintah Allah SWT dalam ketaatan; disiplin dan perlaksanaan tugas menurut apa yang diperintahkan Tuhan.
Buktinya al-Quran ada menyebut bahawa jumlah para penjaga neraka adalah sembilan belas. Salah satu dari sembilan belas malaikat itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah telah menyebut namanya di dalam al-Quran:
“ Mereka berseru: ‘Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. ’ Dia menjawab: ‘Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini). ”(Az-Zukhruf:77)
Malik juga disebut di dalam hadith Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Samurah bahawa Nabi SAW bersabda:
“ Malam tadi aku melihat (di dalam mimpiku) dua lelaki telah dating kepadaku. Seorang daripada mereka berkata, ‘Orang yang menyalakan api neraka ialah Malik, penjaga pintu neraka; Aku ialah Jibrail, dan ini Mika’il. ”
PARA PENDUDUK NERAKA
Beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith menerangkan beberapa orang yang akan menjadi salah seorang daripada penduduk neraka, mereka termasuklah:
1. Firaun
2. Isteri-isteri Nuh dan Luth
3. Abu Lahab dan Isterinya
4. Amr bin Luhayy
5. Amr bin ‘Amir al-Khuya’i
6. Abu Talib
KATEGORI PENDUDUK NERAKA
1. Orang-orang kafir
2. Golongan Munafik
3. Golongan yang syirik
4. Ahli Kitab (Yahudi & Kristian) yang menolak Islam.
5. Orang Sombong Penolak Kebenaran
6. Para pelaku dosa dan penjenayah
7. Penentang Allah SWT dan Rasulnya
8. Orang yang zalim
9. Penderhaka (orang yang melampaui batas)
10. Pembunuh
11. Orang yang menganiaya orang-orang beriman
12. Orang yang membunuh diri
13. Penduduk neraka yang lain
SAIZ PENDUDUK NERAKA
Saiz para penduduk neraka akan ditambah. Tubuh mereka akan membesar supaya mereka akan lebih terdedah kepada siksaan.
Hal ini diceritakan di dalam hadith Rasulullah SAW:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Gigi geraham seorang penduduk neraka sama seperti (bukit) Uhud, dan tebal kulitnya sama seperti tiga malam perjalanan. ” (Muslim)
Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Jarak di antara dua bahu penduduk neraka sama seperti tiga hari perjalanan untuk seorang penunggang yang tangkas. ” (Muslim)
Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya, tebal kulit sesorang penduduk neraka sama dengan empat puluh dua lengan gergasi, gigi gerahamnya seperti (bukit) Uhud, dan tempat duduknya di neraka (jaraknya) di antara Mekah dan Madinah. ”
PENUTUP:-
Pada hari kiamat para penduduk neraka akan melihat tempat tinggal mereka di hadapan mereka dan akan menyedari segala keselahan yang telah mereka lakukan. Tetapi sudah tentulah terlambat.
Pada hari itu, neraka akan ditanya adakah ia telah berpuas hati, namun demikian ia menjawab bahawa ia masih lagi boleh menerima orang-orang yang akan mendudukinya.
Mudah-mudahan folio ini dapat mendatangkan manfaat yang besar kepada para pembaca untuk menghindari diri daripada tercebur ke jurang neraka yang mengerikan.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mohd Qusyairie B Yunus
Sabtu, 2 Oktober 2010
Wanita Solehah Permata Agung
Abstrak
Sejak dahulu hingga kini, wanita sering menjadi topik hangat di dalam perbualan tidak kira di antara kaum Adam mahupun kaum Hawa sendiri. Wanita juga sering menonjol di dalam pentas sejarah manusia sehingga banyak ahli-ahli pemikir dan juga ahli falsafah membuat penyelidikan terhadap wanita. Walaubagaimanapun, di dalam Islam, wanita merupakan salah satu di antara sekian banyak bentuk perhiasan hidup yang diciptakan Allah SWT untuk manusia.
PENDAHULUAN
Dunia adalah tempat kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan adalah wanita solehah. Islam sangat menjunjung tinggi maratabat wanita dan di samping itu kaum wanita diharapkan untuk tidak terlalu kecewa apatah lagi putus asa apabila dikritik hebat oleh sesetengah orang yang seakan-akan menjatuhkan martabat kewanitaannya. Hal ini boleh dibuktikan dengan melihat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Tidaklah yang menghormati wanita kecuali orang yang mulia. Dan tidaklah yang menghinakan wanita kecuali orang yang hina pula.
Seperti kata hikmah yang mengatakan bahawa wanita itu tiang negara, bila dia (wanita) baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak maka rosaklah negara itu. Sesetengahnya mengatakan bahawa wanita merupakan sumber fitnah yang utama waima perangkap syaitan untuk mejerumuskan lawannya ke lumpur kesesatan. Hal ini benar kerana syaitan laknatullah memanfaatkan segala peluang yang ada untuk menyesatkan anak-anak Adam. Contohnya, dari segi kelemahan wanita untuk mempengaruhi kaum lelaki yang sememangnya memiliki sifat “cinta syahwat terhadap wanita”. Sejarah juga membuktikan hal ini, iaitu tatkala syaitan gagal menggoda Adam AS secara langsung, lalu memperalatkan Siti Hawa untuk merayu suaminya iaitu Adam AS agar memakan buah khuldi (buah terlarang). Maka terjadilah maksiat, perlanggaran terhadap larangan Allah SWT. Maka, Adam dan isterinya, Siti Hawa dicampakkan ke dunia dan syaitan melompat kegembiraan kerana berjaya menghasut Adam dan juga Siti Hawa. Hasilnya, dewasa ini anak cucu Adam berlumba-lumba menjadi pengikut syaitan dan ternyata kebanyakannya datang dari kaum wanita yang diperalatkan syaitan. Jika dilihat sekarang ini, sering terjadinya manusia berbunuhan sesama sendiri, merompak, dan sebagainya gara-gara ingin memenuhi tuntutan seorang wanita. Dari situ, Islam mempunyai konsep istimewa dalam mengarahkan kaum wanita. Konsep yang meletakkan wanita sesuai dengan kudratnya itu akan melahirkan sifat-sifat mulia dan mahmudah, mempunyai identity yang tersendiri, mahupun tindak-tanduknya dan dimana pun selalu membawa angin segar. Setelah diteliti sekian banyak huraian, kita dapat merumuskan bahawa semua wanita adalah sumber fitnah terbesar kecuali Wanita Solehah.
Siapakah wanita solehah itu ?
Wanita solehah adalah wanita cantik zahir dan batin, ia memiliki kecantikan asli atau ideal. Secara fizikal, darah daging dan tulang-tulangnya bersih dari benda-benda haram. Secara rohaninya, jiwanya bersih dari kotoran kerana selalu disucinya dengan beribadat kepada Allah SWT. Amal soleh adalah suatu perbuatan yang didasari atas Iman dan Ilmu yang datang dari Allah SWT. Wanita yang solehah adalah wanita cantik yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya dan mencintai pencinta-pencinta Allah. Sebaliknya Allah juga mencintai si dia. Allah tidak mungkin mencintai wanita-wanita yang tidak cantik. Wanita-wanita yang tidak cantik adalah wanita-wanita neraka yang menghamburkan bencana dan malapetaka di dunia ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Allah SWT itu indah dan ia mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahan hati, menyukai akhlak-akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah. (HR Al-Baihaqi)
Hakikat Kecantikan
Wanita yang tidak cantik dan tidak mahu mempercantikkan dirinya sesuai dengan cara mencantikkan diri dalaman wanita, bererti lebih buruk dari binatang dan ia tidak boleh dinikahi oleh lelaki beriman. Allah tidak mungkin mencintai wanita-wanita yang tidak cantik, demikian juga kaum lelaki. Hal ini disebabkan Allah hanya mencintai wanita-wanita cantik sahaja. Betapa malangnya wanita-wanita yang tidak cantik di dunia ini dan malang itu akan lebih memuncak di akhirat nanti di saat mereka dihisab kerana semua manusia di akhirat nanti jika tidak cantik baik lelaki atau perempuan akan dimasukkan ke dalam julangan api neraka. Seandainya seorang lelaki mukmin diberi tawaran untuk mengahwini wanita yang tidak cantik; sekaligus empat orang wanita ditambah semua pembiayaan perkahwinan dan kemudahan kediaman diberikan secara gratis, maka lelaki mukmin itu wajib menolaknya, ia diharamkan untuk tergiur kepada semua itu. Dalam hal ini, kita perlu mengetahui bagaimanakah ukuran kecantikan menurut ketentuan allah dan Rasul, bukan ketentuan orang lain sepertimana mereka mengukur kecantikan wanita di dalam pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh semata-mata untuk mendapat gelaran wanita paling cantik di dunia. Pada hakikatnya, ia adalah ertandingan wanita buruk dan menjijikkan. Manusia itu terdiri daripada lahiriah dan batiniah. Jika yang dilihat oleh semua orang hanyalah lahiriah, bererti ianya kecantikan yang palsu belaka. Atau sebaliknya kecantikan itu hanya kecantikan batiniah, itu juga dianggap kecantikan palsu kerana batin yang cantik pasti terletak didalam fizikal yang cantik.
Kecantikan Palsu
Dewasa ini, kebanyakan bintang filem yang menggoda hawa nafsu pengarah filem dan para penonton adalah terdiri daripada wanita-wanita cantik yang sungguh menggiurkan. Jika dilihat dari sudut Islam, mereka terdiri daripada orang-orang yang buruk wajahnya sehinggakan syaitan pun sebenarnya tidak mencintai mereka kerana syaitan hanya berpura-pura mencintai mereka. Salah faham terhadap kecantikan menyebabkan kehancuran umat manusia. Jika kecantikan wanita diukur dengan kecantikan fizikal semata-mata, maka bintang-bintang filem yang menghiasi pentas-pentas hiburan di seluruh dunia adalah wanita-wanita yang cantik. Wanita-wanita yang mendedahkan tubuh badan untuk menyemarakkan pesta maksiat di atas pentas dunia. Apalah ertinya kecantikan lahiriah semacam itu jika didedahkan untuk menjadi santapan lelaki jahat kerana ia bebas disentuhi oleh sebarangan lelaki. Kecantikan versi ini adalah kecantikan palsu yang membawa bencana terhadap diri mereka sendiri dan orang lain, kerana wanita semacam ini pasti merasa pergolakan hidup. Apabila kecantikan fizikalnya dinodai orang, maka terjadilah pergolakan batin didalam diri wanita itu. Pergolakan batin itulah yang menyebabkan kecantikan fizikal itu cepat merosot lantas menyebabkan wanita-wanita itu mencari jalan pintas untuk mengatasi kemerosotan kecantikan fizikannya. Antaranya alat-alat kecantikan untuk menyerikan wajahnya, memperbesarkan sanggulnya atau pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi kehancuran kecantikannya. Dipakailah rambut palsu, gigi palsu atau segalanya palsu. Kecantikan fizikalnya yang asli, dipalsukan lagi dengan mencontengkan wajahnya menjadi berwarna-warni, merah, kuning, biru, hitam atau semua warna dicampur aduk sehingga wajahnya tiada beza dengan kulit jambu air. Kecantikan menurut ajaran islam adalah kecantikan yang terserlah lahir dan batin. Semua unsur yang ada dalam tubuh seseorang merupakan unsur-unsur kecantikan. Kalau terdapat satu unsur yang merupakan titik hitam, maka orang tersebut menjadi tidak cantik lagi. Jadi, kekurangan bukan melibatkan ketidakcantikan tetapi kalau sengaja dikurangi dari ketentuan yang seharusnya diatasi, itulah dia yang merosakkan kecantikannya sendiri. Dia sendiri yang menggolongkan dirinya di dalam golongan yang tidak cantik. Ketahuilah bahawa Allah SWT. hanya mencintai orang-orang yang cantik yang dipanggil-Nya untuk mencintai Dia.
Kecantikan Asli
Islam mengukur kecantikan itu dari semua unsur iaitu unsur batiniah dan lahiriah. Batin wanita cantik adalah apabila seorang wanita yang bersembunyi di sebalik fizikalnya jiwa yang pasrah tunduk terhadap semua ketentuan llah dan Rasul-Nya. Walau sekalipun Allah meminta jiwanya, untuk dipasrahkan terhadap perjuangan Islam, ia akan memberikannya dengan senang tanpa ada cacat celanya. Dalam hal inilah Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut muka yang manis, pada putih kuningnya kulit tubuh atau sorotan mata yang tajam menawan. Namun, kecantikan itu diukur dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertentangan dengan hukum Allah. Islam tidak meletakkan ukuran kecantikan pada raut muka dan bentuk tubuh kerana pada dasarnya semua fizikal yang bagaimanapun bentuknya adalah sama-sama berasal dari tanah, dikembangkan dengan tanah dan nanti akan dikembalikan kepada tanah juga. Hal ini Islam tidak membezakan manusia berdasarkan hubungan darah, keturunan namun Islam membezakannya berdasarkan ketaqwaan seseorang terhadap Allah SWT yang menciptakan kejadian manusia itu dengan sebaik-baik penciptaan. Apakah ertinya kecantikan-kecantikan wanita jahiliyah moden yang berbangga hati bila ia boleh mempamerkan tubuhnya dengan berjoget sambil diiringi irama lagu, menghibur para penonton yang terus bersorak-sorak bersama irama syaitan. Jika kita meneliti di dalam Al-Quran, tentu orang akan terperanjat kerana batin orang seperti itu akan terus berteriak-teriak kesakitan, jiwa itu ditimpa bencana kelaparan rohani akibat kemarau agama yang berpanjangan. Wanita-wanita seperti inilah yang mengakhiri penderitaan jiwanya dengan racun, gantung diri atau hamil sebelum nikah dan sebagainya. Terdapat peribahasa yang mengatakan bahawa dalam tubuh yang sihat terdapat jiwa yang sihat, akan tetapi peribahasa itu seperti sudah ketinggalan zaman. Wanita semacam ini tidak akan mampu membina rumah tangga yang bahagia kecuali dia bertaubat nasuha.
Kecantikan Ideal
Kecantikan ideal yang dimaksudkan adalah kecantikan sempurna lahir dan batin. Bentuk fizikal yang menawan seperti yang dimiliki oleh Nabi Yusuf AS atau Nabi Muhammad SAW atau para isteri mereka. Raut muka yang manis, tatapan mata yang indah dan bentuk tubuh yang sempurna. Batin yang terkandung di dalamnya adalah batin manusia contoh yang dipilih langsung oleh Allah untuk dijadikan model ditengah-tengah umat manusia.
Syarat-syarat wanita dinikahi
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Dari Abu Hurairah RA katanya : Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita atas dasar agamanya, dengan demikian nescaya engkau akan hidup bahagia. Terdapat empat factor yang diperlukan untuk menikahi seorang wanita iaitu :
~ Harus cantik (cantik asli atau ideal)
~ Kaya (kaya jiwa)
~ Keturunan baik (orang soleh)
~ Diennya (agama)
Bila empat faktor ini ditemukan pada seorang wanita, maka ia telah memenuhi persyaratan ideal.
Ciri-ciri wanita solehah
Istilah ‘solehah’ adalah sebaik-baik gelaran terhadap wanita. Tidak sebarang wanita berhak menyandang sebutan semacam itu kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada wanita yang memiliki ciri-ciri tertentu. Berdasarkan pada surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud :Kerana wanita yang soleh adalah wanita yang taat kepada suaminya sebagaimana Allah telah menjaga dirinya. (Surah An-Nisa)
Antara ciri-ciri wanita solehah adalah :
~ Taat kepada Allah SWT
Taat kepada Allah dan juga rasul secara tidak langsung menjadikan seorang wanita itu taat kepada suaminya. Wanita itu juga haruslah melebihkan cintanya terhadap Allah, Rasul dan berjihad melebihi dari keduniaan. Dia juga wajib menutup aurat dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan melainkan di dalam rangka ketaatan. Ia merupakan salah satu identiti wanita solehah iaitu berpakaian taqwa, penampilannya sederhana, sopan, tidak huru-hara dan jauh dari sifat menunjuk. Wanita solehah harus tidak berhias dan bertingkah laku sperti wanita jahiliyah. Hal ini dinyatakan kerana kebiasaan wanita jahiliyah yang masih dipratikkan sehingga hari ini adalah dengan mewarnakan rambut mereka dengan pelbagai warna semata-mata untuk menjadikan diri mereka ‘cantik’ seperti wanita jahiliyah. Tidak kurang juga mencukur bulu kening mereka kerana menganggap ia tidak sesuai dengan wajah mereka. Wanita diharuskan untuk tidak berjalan sendirian dan tidak pula bersama lelaki, kecuali didampingi oleh muhrimnya. Dia juga haruslah selalu membantu lelaki di dalam rangka kebenaran, kebajikan dan taqwa. Seorang solehah, punya semangat yang tinggi, bersikap tegas terhadap prinsip perlu ada di dalam kamus hidup seorang wanita yang solehah. Wanita-wanita itu juga harus berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana seperti di dalam Surah Luqman ada menyatakan bahawa kita diwajibkan untuk berbuat baik dan taat pada suruhan kedua ibu bapa. Firmannya bermaksud :Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandung dalam keadaan yang lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu.
~ Taat Kepada Suami
Kewajiban kepada suami adalah wajib terhadap semua wanita yang telah berkahwin. Sesiapa sahaja di antara isteri-isteri yang melaksanakan tugas dengan baik dan penuh keikhlasan, nescaya mereka itulah yang akan mendapat balasan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya dari yang haram serta taat kepada suaminya, maka akan dipersilakan masuk ke pintu syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka. (HR Ahmad dan Thabrani)
Setiap isteri yang mati diredhai suaminya, maka dia akan masuk ke syurga. (HR At- Tarmizi dan Ibn. Majjah)
Tetapi, sesiapa sahaja yang isteri yang tidak menjalankan tugas dengan baik sebagaimana tuntutan Allah SWT dan Rasul-Nya, maka mereka akan mendapat sangsi. Wanita-wanita harus sentiasa menyenangkan suami dan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Justeru itu, wanita solehah tidak akan mengganggu suaminya sehingga mengakibatkan kesusahan tetapi dia berusaha untuk membantu untuk menghilangkan kesusahan suaminya. Wanita yang soleh perlu menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, apabila sang suami tiada di rumah. Dia juga tidak harus cemburu buta dan tidak menolak apabila suami mengajaknya untuk tidur. Apabila seorang wanita itu keluar tanpa izin suaminya, maka dia tidak boleh di anggap sebagai wanita solehah lagi. Hal ini kerana, isteri yang keluar rumah tanpa izin suami akan dimurkai Allah SWT.
Fungsi Wanita Solehah
~ Sebagai hamba Allah SWT
Wajib menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah iaitu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, Membaca Al-Quran dan menjauhi segala larangan-Nya.
~ Sebagai Ibu
Tidak terlalu banyak menuntut hal keduniaan di luar batas suami adalah salah satu sifat seorag ibu yang baik. Dia tidak akan mensia-siakan amanah Allah iaitu anak-anak dengan menjaga makanannya, memelihara sehingga dewasa dan mendidiknya dengan sempurna.
~ Sebagai Isteri
Mentaati suaminya dengan menjaga adab dan nama baik suami. Dia tidak akan meninggikan suaranya melebihi suara suaminya sebaliknya mematuhi segala kebenaran oleh suaminya.
~ Sebagai Anak
Sebagai anak, haruslah mentaati kedua ibu bapa dengan menjaga mereka jika mereka sakit dan sentiasa berada di sisi mereka tidak kira jarak waktu dan tempat.
Kesimpulan
Peranan dan fungsi wanita solehah adalah sebagai penjana ummah merupakan suatu penglibatan yang begitu mencabar. Masyarakat sering dikejutkan dengan pelbagai isu yang meruntuhkan nilai moral, maka dengan itu wanita solehah perlu sama-sama tampil kehadapan untuk menangani isu ini. Fungsinya sebagai ibu kepada anak-anak sehingga penglibatan mereka di dalam bidang kerjaya dan kemasyarakatan ini sebenarnya mewarnai kehidupan masyarakatdengan budi pekerti yang luhur kerana personaliti mereka yang dekat di sisi Allah SWT. Jikalau seseorang wanita itu boleh mencorakkan pemerintahan dan Negara, maka wanita yang solehah turut mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat untuk menikmati rahmat dari Allah SWT. Oleh dengan itu, setiap wanita harus tahu batas-batas peranannya di dalam melaksanakan amanah Allah SWT agar terbina mahligai syurga di dunia sebelum mendiaminya di akhirat kelak.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Diyana Bt Samsudin

Dosa Atau Pahala.
PENDAHULUAN.
1. MANUSIA
Dalam ajaran al-quran, manusia pertama yang dijadikan ALLAH ialah Adam AS. yang diciptakan dari tanah. ALLAH berfirman bahawa;- “dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat yang kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk” (surah; Al-Hijr, ayat; 26)
Dan manusia berkembang biaknya dalam mencipta keturunannya dari air mani (nuthfah). ALLAH berfirman bahawa ;-
ALLAH tidak mahu pada hari kiamat nanti, manusia mengatakan ALLAH tidak memberikan peringatan kepada kami (manusia). Padahal ketika masih di alam Ruh lagi sudah diperingatkan supaya mereka ingat. !
Baik sebagai hamba dan sebagai khalifah adalah suatu amanat dari ALLAH yang diamanahkan kepada manusia. Padahal jika amanat itu dibarikan kepada gunung-gunung, langit, tetapi mereka menolaknya, kerana tidak mampu memikul resikonya ! oleh itu, manusialah yang bertanggungjawab dan dipercayakan oleh ALLAH untuk diberi amanat, baik di dunia mahupun di akirat.
“sesungguhnya Kami telah tawarkan amanat itu kepada langit dan bumi dan gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya (akan tetapi mereka mengelakkan diri dan takut), kemudian manusialahyang memikul amanat kepercayaan Kami itu. ” (surah : Al-Ahzab, ayat : 72)
2. DOSA.
Dosa didefinasikan sebagai pelanggaran dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia terhadap perintah dan larangan ALLAH di dalam ajaran islam.
Baik dosa besar, mahupun dosa sedang atau dosa ringan akan mendapat balasan siksaan atau ‘adzab ketika di alam Barzah atau ‘adzab qubur. Dan setelah hari kiamat, masuklah mereka ke dalam api neraka.
Dosa diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu dosa dengan ALLAH dan dosa dengan Manusia. Dosa dengan ALLAH dapat diklasifikasikan dalam dua jenis iaitu, dosa yang dapat diampuni-NYA, sepanjang manusia itu taubat dan minta ampun. Dan dosa yang tidak dapat diampuni-NYA seperti dosa berbuat syirik, menjadi orang musyrik dan dosa dosa dengan sesame manusia. Sedangkan dosa sesame manusia ALAH tidak dapat mangampuninya melainkan manusia itu sendiri yang memaafkannya, dengan menerangkan kesalahan (dosa) apa yang telah diperbuatnya.
Seperti riwayat sebuah Hadith Qudsi yang berbunyi seperti berikut :- “Hai anak cucu Adam! Selama kamu masih berdoa dan berharap kapadaKu, Aku akan ampuni dosa-dosa yang melekat padamu. Walaupun dosamu sebanyak awan dilangit, kalau kamu minta ampun kepadaKu, nescaya akan aku ampuni. Hai anak cucu Adam! Jika kamu dating kepadaKu dengan menikul dosa sepenuh bumi, lalu menghadapKu, dengan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain, maka Aku akan menyonsongmu dengan pengampunan sepenuh bumi” (riwayat Tirdmizi dariAnas bin Malik)
Hadith Qudsi tersebut mentafsir soal taubat dan dosa yang akan diampuni ALLAH SWT. hendaklah taubat dari dosa yang harus disertai dengan doa, tidak berputus asa dan selalu mengharap keampunan dari ALLAH, serta tidak menyekutukan ALLAH dengan yang lainnya.
3. PAHALA.
Pahala merupakan ganjaran dari ALLAH terhadap makhluknya yang beriman dan beribadah kepada ALLAH dan berbuat baik, beramal soleh kepada sesama manusia.
Buat manusia mendapat pahala pada sisi ALLAH, pertama manusia itu harus beriman kepada ALLAH. Tidak berbuat syirik, tidak menjadi orang musyrik. Kalau manusia sudah beriman kepada ALLA, mentauhidkan ALLAH. Bererti ia harus beriman kepada akhirat.
Semua pahala akan berakhir setelah ia meninggal dunia kecuali ia mati meninggalkan tiga perkara, iaitu, ia meniggalkan ilmu yang bermanafaat kepada generasi manusia yang akan datang, meninggalkan harta wakaf yang masih digunakan olah masyarakat, dan meninggalkan anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapanya.
Doa yang ikhlas ialah doa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan sentiasa mendirikan solat dengan erti kata lain, doa orang-orang yang taqwa kepada ALLAH akan dikabulkan.
MANUSIA DALAM DOSA.
1. GOLONGAN ORANG KAFIR.
Kafir ialah orang yang tidak membenarkan kerasulan Muhammad SAW. atau orang yang tidak mentaati perintah dan larangan ALLAH SWT.
Kafir terbahagi kepada tiga golongan, iaitu kafir Kitabi, kafir Harbi, dan kafir Majusi. kafir Kitabi iaitu orang kafir yang tidak mengakui kerasulan Muhammad SAW. tetapi mempunyai kitabullah seperti Taurat dan Injil. Contohnya, kaum Yahudi hanya mengakui kerasulan Musa AS dan mengakui kitab Taurat sahaja. Manakala, kaum Nasrani hanya membenarkan kitab Injil dan mengakui kerasulan Isa Almasih bin Maryam sahaja.
Kafir Harbi ialah kafir yang ditakluk kerana kalah dalam peperangan pada zaman Rasulullah SAW. dan zaman khalifah. Golongan ini tidak mahu tunduk pada ajaran rasulullah
dan menjadi musuh oleh tentera muslimin. Kafir Majusi ialah orang kafir yang tidak mempunyai kitabullah.
2. DARI GOLONGAN ORANG MUSYRIK.
Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan yang lainnya. Terdapat tiga jenis syirik iaitu menyembah sesuatu selain dari ALLAH, menyekutukan ALLAH, dan mempertuhankan manusia.
Menyembah sesuatu selain ALLAH seperti menyembah patung, binatang suci, kubur dan lain-lain.
Menyekutukan ALLAH seperti fahaman Trinitas dalam ajaran agama Kristian. Selain itu, menganggap sesuatu sebagai perantara, seperti tukang tilik, keramat dannlain-lain. Menyekutukan ALLAH adalah perbuatan manusia yang dosaqnya paling berat dan tidak dapat diampuni. Pernuatan syirik menggugurkan amalan soleh yang lain dan menjadikan golongan ini menjadi ahli neraka.
Mempertuhankan manusia seperti Budha Gautama, Pendeta dan Fir’aun. Quran menegaskan bahawa dosa manusia yang berbuat syirik dengan sengaja tidak akan diampuni olah ALLAH. Tetapi dosa syirik dalam kesalahan seperti nabi Zakaria yang meminta pertolongan ‘pokok besar’ untuk melindungi diri dari kaumnya yang tidak menerima dakwah yang disampaikannya, ALLAH akan mengampuninya sepanjang manusia itu taubat dan berdoa meminta ampun.
3. DARI GOLONGAN ORANG MUNAFIK.
Munafik ialah “orang yang suci (soleh) pada lahirnya sahaja, tidak pada batinnya. ” “ALLAH mengetahui dengan nyata orang-orang yang munafik. ” “Mereka menyatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung di dalam hatinya. Dan ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. ” (surah : Ali ‘Imran, ayat :167)
Munafik termasuk di dalam sifat riya’, terutamanya dalam mendirikan solat. Mendirikan solat bukan kerana ALLAH, tetapi untuk mencari pujian dari masyarakat. Dan orang munafik apabila mati, tidak dapat disembahyangkan. Sifat-sifat orang munafik seperti berlainan kata dari perbuatan, bermuka dua (nifak), bersifat riya’ dalam perbuatannya, pendusta dalam perkataan, kalau bersumpah ternyata sumpah palsu dan menghalangi manusia dari jalan ALLAH. Nifak dapat disimpulkan seperti kalau berkata ia berdusta, kalau berjanji ia mungkir, dan kalau dipercayai ia khianat.
4. DARI GOLONGAN ORANG FASIK.
Fasik ialah orang yang berbuat dosa besar, orang yang melepasi batasan ketentuan hukum ALLAH.
Perintah ALLAH kepada manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu perintah ALLAH kepada pemerintah dalam memerintah Negara dan perintah ALLAH kepada umat muslimin itu sendiri melaksanakannya. Seperti mendirikan solat, puasa, zakat dan lain-lain yang termasuk dalam ibadah fardhu ‘ain.
Muslim yang tidak beriman sedangkan mereka mengetahui kebenaran Quran wahyu dari ALLAH. Tetapi mereka tidak mahu beriman. Muslim yang tahu islam itu benar, tetapi mereka tidak membenarkannya. Orang muslim yang tahu bahawa mwndirikan solat itu wajib, tetapi tidak mahu mendirikannya. Inilah orang-orang yang fasik yang diliputi oleh dosanya.
5. DARI GOLONGAN ORANG ZALIM.
Zalim ialah orang yang aniaya. Iaitu orang yang melanggar larangan, menyimpang dari kebenaran dan keadilan yang dikehendaki olah ALLAH. Misalnya, raja yang tidak adil.
MANUSIA DALAM PAHALA.
1. DARI GOLONGAN ORANG TAQWA.
Taqwa ialah orang yang takut pada ALLAH seperti apa yang diperintahkan ALLAH ditaati dan apa yang dilarang ALLAH tidak dilanggar.
Tanda-tanda orang bertaqwa seperti menempuh jalan hidup yang dikehendaki olah Quran, beriman kepada hal-hal yang tidak dapay dicapai oleh akal manusia iaitu hal-hal yang bersifat ghaib, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dari hartanya, beriman kepada Quran dan kitab-kitab dahulu seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil, serta beriman kepada hari kemudian.
2. DARI GOLONGAN ORANG BENAR.
Shadiqin ialah orang-orang yang yakin bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu adalah benar. Hanya seorang sahaja yang disebut oleh nabi sebagai ‘shadiqin’ iaitu ‘Abu Bakar As-Siddiq’ kerana beliaulah orang yang pertama membenarkan apa yang diucapkan Rasulullah tentang perjalanan beliau dalam “Isra’ Mi’raj”.
Orang yang tergolong dalam shadiqin sudah dijamin oleh ALLAH masuk syurga tanpa hisab dan diberi kesempatan oleh ALLAH memberikan syafaat. Contoh lain mengenai shadiqin ialah Ismail bin Ibrahim AS dan permaisuri raja fir’aun iaitu Aisyah yang merupakan muslimat yang shadiqin.
3. DARI GOLONGAN ORANG SOLEH.
Soleh ialah orang-orang yang beramal ibadah kepada ALLAH dan kepada sesama manusia meliputi ibadah fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
Kehidupan di dunia terbahagi kepada dua iaitu berusaha memenuhi hajat hidup di dunia yang tidak terbatas dan berusaha mempersiapkan bekal buat kehidupan yang kekal di akhirat, tempat yang kekal abadi.
Orang yang soleh tidak mengharapkan ganjaran manusia, tetapi mengharapkan ganjaran ALLAH. Ibadah zikir, dan bertasbih merupakan ibadah yang mulia di sisi ALLAH. ALLAH menepati janji-NYA. Janji ALLAH benar. ALLAH tidak menyalahi janji-NYA.
4. DARI GOLONGAN ORANG YANG SABAR.
Sabar ialah orang-orang yang tabah dalam segala duka dan rintangan hidup dan bersifat tenang dalam menghadapi setiap kemungkinan yang akan terjadi pada dirinya serta tidak berputus asa atas rahmat ALLAH. Contoh orang yang sabar seperti Ismail yang akan disembelih ayahnya Nabi Ibrahim AS. , orang yang dapat penyakit, dan maryam yang mendapat berita tentang kehamilannya dari malaikat.
5. DARI GOLONGAN ORANG YANG BAIK.
Muhsinin ialah orang-orang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik samaada ketika beribadah kepada ALLAH dan berbuat baik kepada sesama manusia.
Manusia biasa dapat menjadi muhsinin jika ia tetap berpegang dengan ajaran agama islam iaitu ajaran Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain, hanya orang yang berbudi luhur, berlaku jujur dan taat kepada ajaran agama dapat mencapai gelaran ‘muhsinin’.
6. DARI GOLONGAN YANG SYAHID.
Syahidin ialah orang yang berjuang dan berkorban untuk agama ALLAH dan kerana ALLAH ia sanggup mati. Syahid bukan sahaja berjuang untuk agama ALLAH tetapi juga berjuang untuk mempertahankan tanah air, dan banga dan niat hanya kerana ALLAH.
Orang yang mati syahid disebut “syuhada”. Ruhnya berdiam di dalam diri burung yang terbang di atas sungai-sungai syurga. Kemudian tempat tinggalnya di bawah ‘Arsy.
7. DARI GOLONGAN YANG TERPIMPIN.
Muhtadin ialah orang-orang yang suka memberikan petunjuk kepada orang lain di jalan ALLAH, di jalan lurus ; suka memberikan bimbingan kepada orang-orang ke jalan ALLAH. Dengan demikian bahawa muhtadin itu adalah orang-orang yang terpimpin di jalan ALLAH.
Orang yang tergolong muhtadin ini, orang yang suka membaca atau hafaz al-Quran serta dijadikan petunjuk ke jalan yang diredhai ALLAH, bukan jalan yang sesat. Quran menjadi petunjuk dan pimpinan bagi orang yang terpimpin yang taqwa kepada ALLAH.
MANUSIA DALAM DOSA DAN PAHALA.
Bagi orang muslim, tidak banyak yang benar-benar bertaqwa kepada ALLAH. Barangsiapa yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Quran dan Hadis bererti hidupnya sudah mendapat petunjuk, mendapat bimbingan dalam jalan lurus.
Dalam al-Quran terdapat suatu pengertian bahawa hidup manusia itu pada waktu susah ia terlalu banyak ingat kepada ALLAH. Tetapi ketika waktu senang ia lupa dengan tuhannya. Dan sebaliknya. Serta tanda orang-orang muslim yang ingat dengan ALLAH ialah jika ia mendirikan solat dengan tetap.
Taubat ertinya meninggalkan perkara yang berdosa dan melakukan perkara yang mendapat pahala. Orang yang taqwa kepada ALLAH akan berada di bawah naungan Arsy ALLAH dan dijamin ALLAH akan masuk syurga.
KESIMPULAN.
Manusia dalam dosa, ALLAH tidak akan menyiksa dosa-dosa hambaNya ketika hidupnya di dunia. Tetapi ia akan mendapat siksaan di akhirat, setelah hari kiamat. Ketika orang-orang kafir ini di dalam neraka, mereka ingin sekali dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh dan beriman kepada ALLAH.
Bagi manusia dalam pahala, mereka menganggap hidup mereka susah di dunia, tetapi senang di akhirat. Sebenarnya mereka salah. Al-Quran menganjurkan kehidupan orang muslim itu seharusnya senang di dunia dan di akhirat.
“Persiapkanlah bekal buat kehidupanmu di akhirat, tetapi jangan melupakan kehidupanmu di dunia, ” (surah : Al-Qhashash, ayat : 77)
Kesimpulannya, bagi orang-orang kafir, mereka hanya mendapat kebahagiaan di dunia. Tetapi orang-orang mukmin yang taqwa kepada ALLAH akan mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat. Namun, kebahagiaan di akhiratlah yang paling abadi dan kekal.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Shahida Bt. Ibrahim.

kemaksiatan dan fitnah masa kini
PENDAHULUAN
Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT. Kami memuji-Nya serta memohon pertolongan dan pengampunan-Nya. Kami berlindung kepada-Nya dari segala kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan kami. Barang siapa diberi petunjuk oleh-Nya, tidak ada yang mampu menyesatkan, barang siapa yang telah disesatkan oleh-Nya, tidak ada yang mampu memberipetunjuk.
Sesungguhnya sebenar-benarnya ucapan adalah kalam Allah SWT dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW. Sedangkan, seburuk-buruk perkara adalah perkara agama yang dibuat-buat. Setiap perkara agama yang dibuat-buat adalah bid’ah manakalasetiap bid’ah itu adalah sesat dan balasan setiap kesesatan adalah neraka.
Buku ini mengupas masalah yang sangat sesuai dengan kemaksiatan dan fitnah masa kini yang sering menggoncang kalbu orang-orang beriman. Kerananya, buku ini dapat dikatakan sebagai nasihat yang ikhlas agar umat-umat Islam tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan.
Selain itu buku ini un dapat dijadikan saranan dalam merenungi perpecahan dan perselisihan antara manusia yang pada dasarnya merupakan akibat maksiat dan dosa kita. Perkara dasar yang menjadi topik permasalahan dalam buku ini adalah kesan negatif daripada melakukan maksiat. Al-Alim Rabbani mengatakan, banyak manusia berpaling dari Al-Quran dan As-Sunnah serta mengambil rayu, qiyas, istihsan dan pendapat para Syeikh sehingga fitrah mereka rosak. Keadaan seperti ini terus meninggalkan kesan kepada mereka sehingga si kecil tumbuh besar dan yang besar menjadi pikun (sangat tua). semua mereka tidak sedari sebagai kemungkaran sehinnga bidaah berkuasa menggantikan sunnah, kekuasaan hawa nafsu mengalahkan akal, kesesatan menyingkirkan petunjuk, kezaliman menggantikan kebenaran dan kemunafikan menggantikan keikhlasan dan kesetiaan. Jika keadaan ini muncul dengan kibaran bendera dan sususnan bala tenteranya, perut bumilebih baik dari permukaannya, puncak-puncak gunung lebih baik daripada padang datarnya dan bergaul dengan binatang liar lebih baik daripada bergaul dengan manusia.
Bumi bergegar, dan langit menjadi hitam pekat, berbagai kerosakan muncul di daratan dan di lautan akibat perbuatan si penderhaka. Sementara itu, keberkatan hilang, kebaikan berkurangan dan kehidupan tercemar oleh kefasikan. cahaya siang menangis, gelap malam merintih akibat perbuatan keji dan kemaksiatan yang mendominasi dan para malaikat pencatat amlan perbutan manusia mengeluh kepada RabbNya akibat kemungkaran dan kemaksiatan yang bermaharajalela. Perkara ini merupakan peringatan melalui banjir azab besar yang melibatkan sesipa saja tanpa mengira orang yang taat ataupun tidak. Sekiranya Allah menurunkan azab kepada manusia, itu adalah satu perigatan yang membuktikan kekuasaan Nya. Untuk itu, tinggalkan kemaksiatan itu melalui taubat yang ikhlas dan bersungguh-sungguh kepadaNya selagi pintu taubat masih terbuka dihadapanmu akan segera tertutup dan amalan dosamu akan segera digantung.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi:“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. ” (Surah Asy-Syu’araa:227)*)
Begitulah keadaan yang terjadi pada zaman Al-Alim Rabbani. Sesungguhnya malam zaman itu sama dengan malam kita sekarang dan setiap kaum itu akan ada yang mewarisinya. Semoga keadaan umat-umat terdahulu menjadi ikhtibar kepada manusia agar sentiasa taat dan patuh kepada Allah.
PENGARUH DAN BAHAYA MAKSIAT.
Maksiat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya termasuklah maksiat bagi jiwa, hati dan jasmani manusia tidaklah kecil. Hanya Allah –lah yang mengetahui seluruhnya. Di antara beberapa maksiat yang kita ketahui ialah:-
1. Maksiat menghalangi ilmu pengetahuan.
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam diri kita dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Kerana itu, tatkala Syafi’e duduk di hadapan Imam Malik untuk belajar, Imam Malik sangat kagum akan kecerdasan dan daya hafalnya hingga beliau berkata : “Aku melihat Allah SWT. telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat. ”Imam Syafi’e berkata:“Aku mengadu tentang kelemahan hafalanku yang buruk, Dia memberiku bimbingan untuk meninggalkan kemaksiatan. Seraya berkata : “ketahuilahilmu adalah kurnia Dan kurnia Allah tidak diberikan kepada si pelaku dosa dan kemaksiatan. ”
2. Maksiat menghalangi rezeki. Di dalam musnad Ahmad disebutkan :-“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya. ” *)*) Hadis Riwayat Ahmad :5/227, 280, 282, Ibnu Majah dalam Al Fitan bab “Al ‘Uquubat”, dan Al Baghwi dalam kitabnya Syarhussunah:13/6.
Jika ketaqwaan kepada Allah adalah satu penyebab datangnya rezeki, maka sekiranya kita meninggalkannya akan menimbulkan kefakiran. Tidak ada satu pun yang dapat memudahkanrezeki Allah kecuali dengan meninggalkan maksiat. Contoh yang utama yang kita dapat lihat ialah selepas subuh kita ditegaskan supaya beramal dan tidak digalakkan sambung tidur semula. Ini akan menghalang rezeki untuk masuk.
3. Maksiat Menghalangi Jarak Dengan Allah SWTJauhnya atau sunyinya hati seorang manusia dari cahaya Allah SWT disebabkan oleh perbuatan maksiatnya. Tidak ada satu pun yang dapat meninggalkan dosa yang dapat menghilangkan kesunyian tersebut kecuali berwaspada dari perbuatan maksiat. Seseorang yang berakal pasti tentu akan dengan mudah meninggalkan kesunyiaan tersebut. Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang yang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif itu berpesan, “ Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah. Dalam hati kita, tidak ada perkara yang lebih pahit dari kegersangan dosa di atas dosa. ”
4. Maksiat Menggelapkan Hati. Pelaku maksiat akan sentiasa mengalami kegelapan hatiseperti gelapnya malam. Ketaatan itu adalah cahaya sedangkan kemaksitan adalah gelap gelita. Ibnu Abbas RA berkata :“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kelapangan rezeki, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di kubur dan di hati, kelemahan badan, susustnya rezeki, dan kebenciaan makhluk. ”
5. Maksiat Memperpendekkan Umur dan Menghapus Keberkatan. Jika kebaikan dikatakan dapat menambah umur, dengan secara tidak lansung maksiat dapat mengurangi umur. Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu, tidak ada yang namanya hidup kecuali jika dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Rabbnya serta mementingkan keredhaan-Nya.
6. Maksiat Menimbulkan Maksiat Lain. Pada dasarnya, manusia yang sudah terperangkap dalam kemaksiatan akan merasa sukar untuk keluar dan melepaskan diri darinya sebagaimana diucapkan oleh ulama Salaf ini :“Diantara kesan negatif keburukan adalah menimbulkan keburukan yang lain. Sedangkan, pengaruh kebaikan adalah mendatangkan kebaikan berikutnya. Maka, jika seorang hamba melakukan suatu kebaikan, kebaikan yang lainnya akan meminta untuk dilakukan, begitu juga seterusnya sehingga hamba tersebut memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda dan kebaikan yang tidak sedikit. Begitu juga halnya dengan keburukan. Dengan demikian, ketaatan dan kemaksiatan merupakan sifat yang kukuh dan kuat serta menjadi kebiasaan yang teguh pada diri si pelaku. ”
7. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani. Inilah bahaya maksiat yang paling menakutkan kerana kemaksiatan dapat menyebabkan putusnya secara perlahan-lahan keinginan untuk bertaubat, hingga habislah sama sekali. Jika meninggal, setengahnya pun tidak akan pernah dia bertaubat kepada Allah SWT.
Justeru ia datang dengan istighfar dan taubat gaya para pendusta yang hanya di bibir sedangkan hatinya masih terus-menerus terjerat kemaksiatan yang masih tetap dijalaninya. Inilah penyakit yang paling berbahaya dan paling dekat dengan kebinasaan.
8. Maksiat Warisan Umat yang Pernah Diazab. Homoseksual adalah warisan kaum Luth AS. Berbuat curang dengan mengurangi dan melebihkan takaran adalah peniggalan kaum Syu’aib AS. sombong di muka bumi dengan menciptakan berbagai kerosakan merupakan warisan Fir’aun dan kaumnya. Takabur dan bongkak merupakan warisan kaum Hud AS. Jika begitu dapatlah dikatakan, pelaku maksiat pada zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju umat-umat terdahulu dari golongan musuh Allah SWT.
Di dalam Musnad Ahmad dari Ibnu Umar disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Aku diutuskan membawa pedang mendekati hari kiamat sehingga hanya Allah Yang Tunggal, yang disembah tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan rezekiku dijadikan berada di bawah baying-bayang tombakku, kehinaan dan kerendahan berlaku bagi orang-orang yang menyalahi perintahku, dan barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia temasuk golongan. ”
9. Maksiat Memudahkan Perbuatan Dosa. Keadaan maksiat yang sudah seperti itu merupakan ciri-ciri kehancuran kerana dosa itu dianggap kecil atau ringan oleh hamba, dalam pandangan Allah SWT. , dosa itu menjadi besar.
10. Maksiat Merosak Akal. Seorang ulama Salaf berkata, “Tidaklah seseorang bermaksiat kepadanAllah sehingga akalnya hilang. Kerana, sekirannya akalnya masih berjalan tentu akan mencegahnya dari kemaksiatan dan dia berada dalam genggaman dan kekuasaan Allah SWT. Sementara, Malaikatnnya menyaksikan. Nasihat Al-Quran pun mencegahnya, begitu juga dengan nasihat keimanan. Orang yang luput dari kemaksiatan adalah orang yang terbaik dan di akhirat kelak dia akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan yang berlipat ganda. Maka, adakah orang yang memiliki akal yang sihat itu mahu mandatangi kemaksiatan yang penuh kehinadinaan itu?”
11. Maksiat Menutup Hati. Jika kemaksiatan dan dosa-dosa telah menutup hati si pelaku, mereka termasuk orang-orang yang lalai. Seperti ayat berbunyi :-“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. (Al Muthafifin: 14)
12. Maksiat Dilaknat Rasulllah SAW. Rasulullah SAW telah melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah penunjuk Jalan padahal penunujuk jalan itu sangat penting *), melakukan homoseksual **), menyerupai lelaki bagi perempuan atau menyerupai perempuan bagi lelaki, mengadakan aktiviti suap-menyuap ***) dan sebagainya.
Semakin besar maksiat yang dilakukan, semakin besar laknat Allah SWT atas mereka. Seseorang yang melekukan perkara-perkara seperti di atas, beerti dia telah meredhai dirinya dilaknat Allah SWT, Rasullulah SAW dan malaikat.
13. Maksiat Melenyapkan Rasa Malu. Malu adalah pangkal kebajikan. Jika rasa malu telah hilang, hilanglah seluruh kebaikannya. Di dalam kitab sahih disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. ”“Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu. ”
14. Maksiat Meremehkan Allah SWT. Jika seseorang melakukan maksiat, samaada disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah SWT perlahan-lahan akan lenyap dari hati. Jika perasaan tersebut masih ada dalam hatinya, itu dapat mencegah seseorang dari melakukan maksiat.
15. Maksiat Memalingkan Istiqamah. Pada dasarnya, ketika melakukan maksiat, hati kita tengah sakit, akibatnya kita sukar makan makanan yan dapat menjadiakan kita sihat dan hidup. Bagi hati, pengaruh dosa layaknya pengaruh penyakit terhadap badan. Dosa itu sebdiri dapat dikatakan sebagai penyakit yang ubatnya hanyalah sikap meniggalkan dosa tersebut. Di kalangan yang sentiasa menghadapkan wajah dan hatinya kepada Allah SWT mengatakan bahawa hati tidakakan meraih cita-co=ita kecualijika sampai kepada pemiliknya. Ia tidak akan sampai kepada pemiliknya kecuali berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dan keadaan yang sihat tidak akan tercapai kecuali penyakit itu diubati. Pengubatan itu hanya dapat dilakukan jika kita dapat menahan hawa nafsu. Tempat tinggal hamba Allah SWT yang mampu menahan hawa nafsu ialah syurga sehingga walaupun masih ada di dunia, hatinya telah mamilikikenikmatan dan kedamaian di syurgawi. Perbezaan hamba Allah SWT yang sentiasa melakukan maksiat adalah seperti berbezanya nikmat dunia dan nikmat akhirat.
Adakah kenikmatan yang melebihi kenikmatan hati atau azab yang melebihi azab hati, sempit dada dan dukacita, berpaling dari Allah SWT dan akhirat, serta bergantung kepada selain Allah SWT. ? Dan jika seseorang hamba bergantung kepada selain Allah, dia akan diazab dengan azab yang paling buruk dan di dunia dia akan diazab sebanyak tiga kali. Azab dunia yangpertama adalah sulitnya seorang hamba memperolehi sesuatu dan sekiranya dia memperolehi sesuatu dia akan ditimpa azab juga dengan rasa was-was haknya akan dirampas oleh orang lain. Ketika masalah duniawi yang telah diperolehinya dirampas orang lain dan dia pun tengah terkena azab, itulah azab yang ketiga. Azab di alam kubur, iaitu azab yang disertai sakitnya kematian dan pedihnya akibat dari luputnya nikmat besar. Selain itu, disertai juga dengan sakit akibat terhijab dari Allah SWT..
Kepiluan dan kesedihan hatinnnya sentiasa berpanjangan seperti terus-menerusnya ulat dan cacing memakan tubuhnya yang membujur kaku. Maka, samakah perkara tersebut dengan hamba Allah yang hatinya sarat dengan rasa tenang dan senang kerana rindu kepada rabbnya dan tenteram dengan zikir kepada-Nya? Sehingga banyak di antara mereka yang menjelang kematiannya berkata: “Wahai alngkah nikmatnya!”Sebahagian yang lain berkata : “Penduduk dunia yang gagal dari ketaatan akan meninggalkan dunia dan kenikmatan yang lebih nikmat lagi. ”Dan yang lainnya lagi berkata: “ Sekiranya raja-raja dan pangeran-pangeran mengetahuiapa yang kami rasakan, nescaya mereka akan memukul kami dengan pedang. ”Seorang alim yang arif berkata: “Sesungguhnya di dunia ini terdapat syurga, barang siapa yang tidak memasukinya, dia tidak akan memasuk syurga akhirat. Maka alangkah ruginya hamba Allah SWT yang menjual barang termahal ini dengan barang yang lebih murah. Itu menunjukkan bahawa sesungguhnya dia tengah tertipu. Jika tidak ada bagimu harga barang ini, bertanyalah kepada kepada mereka yang menetukan haga. Aku sungguh hairan kepadamu, pembeli barangmu adalah Allah dan harganya adalah syurga Ma’wa serta pengantaranya adalah Rasulullah SAW. Tetapi, engkau jual barang ini bukan kepada-Nya. Engkau jual barang tersebut kepada puncak kehinaan.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Noorfatin Azreen Bt Aziz

Konsep ibadah
Perpaduan paling maksimum ialah melalui kesatuan akidah atau tauhid kepada Allah SWT. Kerana kesatuan akidah adalah jambatan emas yang dapat menyampaikan kepada perpaduan sejagat dan ia juga adalah pemusnah segala sistem sosial yang berbentuk kasta dan sebagainya.
Konsep Ibadah Azizah Othman Fungsi utama manusia di atas muka bumi ini adalah bagi beribadah kepada Allah SWT sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat Allah SWT yang tidak terhingga dan ternilai. Jika seorang anak yang dijaga dan diasuh oleh ibu bapanya dengan belaian kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna, apabila besar dan menjawat jawatan tinggi wajar berbakti kepada ibu bapa sebagai mengenang jasa mereka. Maka manusia dijadikan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling sempurna, lebih wajar beribadah kepada-Nya sebagai mengenang budi dan jasa bakti kurniaan Allah SWT itu. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara dan merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi, manakala kehidupan di dunia terhad dalam jangka masa khusus yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi menyediakan bekalan secukupnya di akhirat. Bekalan itu ialah amalan soleh yang merangkumi konsep ibadah. Ayat dalam surah al-Mukminun ayat 115 menegaskan, “Apakah kamu menyangka Kami jadikan manusia sia-sia sahaja dan kamu tidak akan kembali kepada Kami (Allah)?” Pengertian Ibadah Pengertian ibadah daripada segi bahasa ialah ‘al-Ta’ah wa al-Khudu’’ iaitu taat serta tunduk. Tugas manusia adalah beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, apa yang lahir daripadanya sama ada perkataan, perbuatan, gerak dan diamnya mestilah merupakan ibadah kepada Allah SWT. Pelbagai pengertian diberikan oleh al-Quran ke atas ibadah. Antaranya adalah: Ketundukan Ketundukan yang dimaksudkan oleh al-Quran adalah kepatuhan dan penyerahan diri. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 45-47 yang bermaksud, “Kemudian Kami (Allah) utus Musa dan saudaranya, Harun dengan mukjizat-mukjizat dan syariat yang jelas. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya tetapi mereka menyombongkan diri. Dan adalah mereka kaum yang sombong. Mereka menolak seraya berkata; Patutkah kita percaya kepada dua orang seperti kita sedang sebangsanya beribadah kepada kita. ” Ubudiyyah Ubudiyyah membawa maksud perhambaan diri. Hal ini dijelaskan melalui ayat terjemahannya dalam surah al-Baqarah ayat 172, “Hai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami (Allah) berikan kepadamu! Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepada-Nya kamu beribadah. ” Ayat ini membicarakan secara khusus berkaitan makanan yang halal dan haram di kalangan mereka yang tentunya patuh kepada adat resam dan peraturan yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka. Sebaik sahaja mereka memeluk Islam, mereka diperingatkan supaya beribadah atau memperhambakan diri kepada Allah SWT. Ketaatan Ibadah juga dijelaskan oleh al-Quran membawa maksud ketaatan. Ketaatan yang sebenarnya ialah kepada Allah SWT, bukan ke atas sesuatu selain daripada-Nya seperti iblis, syaitan, nafsu, harta benda, pangkat, pemerintah yang zalim dan sebagainya. Ini dijelaskan dalam surah as-Shaffat ayat 22-23 terjemahannya, “Himpunkanlah penyeleweng dan rakan mereka serta yang kepadanya selain daripada Allah SWT mereka beribadah dan taat. Dan bawalah mereka ke jalan menuju neraka. ” Penyembahan Perkataan ibadah juga digunakan oleh al-Quran bagi menunjukkan hal yang berkaitan dengan penyembahan melalui dua perkara. Pertama, perlambangan iaitu ibadah yang mengandungi perbuatan dan perkataan seperti rukuk, sujud, tawaf, sai dan sebagainya. Kedua, doa meminta pertolongan iaitu kesedaran dan keyakinan pada keesaan Allah SWT dengan qadak dan qadar-Nya. Hal ini dijelaskan dalam surah al-Ahqaf ayat 5-6 terjemahannya, “Siapa yang lebih sesat daripada orang yang menyembah selain daripada Allah SWT yang tiada dapat memperkenankan permohonannya sampai hari Kiamat. Dan mereka lalai daripada doa mereka? Dan apabila manusia sudah dikumpulkan pada hari Kiamat nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan mereka. ” Meminta Perlindungan Al-Quran juga menggunakan perkataan ibadah untuk menggambarkan hal yang berkaitan dengan meminta pertolongan. Hal ini dijelaskan dalam surah al-A’raf ayat 194 terjemahannya, “Bahawasanya apa yang kamu seru selain daripada Allah SWT itu adalah hamba-hamba yang lemah seperti kamu juga. Cubalah seru mereka lalu biarlah mereka perkenankan permintaannya, jika benar pendapatmu itu. ” Tujuan Ibadah Manusia yang baik serta lurus adalah mereka yang menimbang seluruh urusannya dengan neraca rabbani dan mendekatkan diri dengan Tuhannya atau muraqabah pada setiap perkataan dan perbuatannya. Inilah sasaran utama dan terakhir daripada metodologi pendidikan Islam yang dikehendaki. Islam menjadikan kewajipan beriman kepada Allah adalah bagi membersihkan akal manusia daripada penyembahan berhala dan khurafat.
Ibadah Haji
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islamyang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam). "
Pengertian Haji dan Umrah pada syarak
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
Mukallaf.
Berkemampuan dengan syarat:
Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
Ada kenderaan pergi dan balik.
Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
Haji Tamattuk
Haji Qiran
Haji Ifrad
Umrah
Rukun-rukun Haji
Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan
Dam Haji
Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.
Sebab-sebab diwajibkan dam:
Melanggar pantang larang dalam Ihram
Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
Luput Wuquf di Arafah
Meninggalkan Tawaf Wada'
Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.
Haji Mabrur
Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa)
Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.
Ibadah Puasa
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Puasa Wajib
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad SAW. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
•Puasa Kifarah.
•Puasa Nazar.
•Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
•Puasa enam hari pada bulan Syawal
•Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
•Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
•Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Puasa Haram
•Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
•Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
•Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
•Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
•Puasa perempuan haid & Nifas
•Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
•Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa
•Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
•Orang Islam
•Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
•Suci daripada haid dan nifas
•Sempurna akal fikirannya pada hari itu
•Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
•Makan sahur serta melambatkannya
•Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
•Menjamu orang-orang berbuka puasa
•Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
Orang yang sakit.
Orang yang berkerja buruh.
Orang yang dalam musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah lemah.
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Ibadah Korban
Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Muhd Iqmal Bin Adi Zuraini

Perkahwinan Dalam Islam
PENGERTIAN NIKAH
Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna lughawi iaitu berkumpul dan berhimpun. Kedua dengan makna syar’i, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim.
HUKUM BERKAHWIN ATAU BERNIKAH
Pada asalnya, hukum berkahwin atau bernikah adalah harus tetapi hukum tersebut boleh berubah mengikut situasi. Hukum tersebut boleh jatuh:
a)Wajib – bagi mereka yang mampu zahir dan batin serta menambah taqwa dan menjauhkan diri melakukan zina.
b)Haram – bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
c)Sunat – bagi mereka yang mampu zahir dan batin tetapi masih mampu mengawal diri daripada melakukan zina.
d)Makruh – bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memudaratkan isterinya kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan intim.
e)Harus – bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.
Hidup membujang telah dilarang dalam Islam. Ini bersamaan dengan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Tidak ada hidup membujang. Mereka yang hidup membujang adalah seperti rahib (hidup bertapa) dan mengharamkan yang halal.
Jika seseorang itu tidak mapu berkahwin, mereka hendaklah berpuasa. Rasululah SAW. telah bersabda, yang bermaksud:
Wahai para pemuda, barang siapa yang telah mampu melakukan kelamin hendaklah berkahwin, maka sesungguhnya berkahwin menutup pandangan dan memelihara kemaluan daripada melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) baginya.
Bagi seseorang yang berkemampuan untuk untuk berkahwin tetapi tidak mahu berkahwin merupakan orang yang tidak suka kepada sunnah Rasulullah SAW. baginda bersabda yang bermaksud: Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku tidak berpuasa, aku sembahyang dan aku tidur, aku juga berkahwin dengan permpuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikut aku.
Terdapat beberapa hikmah apabila melangsungkan pernikahan. Antaranya ialah untuk mententeramkan jiwa, menutup pandangan dari melihat wanita yang bukan mahram, mengikat kasih sayang dan untuk melahirkan ummah.
Bagi seorang lelaki, terdapat beberapa cara yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW. untuk memilih calon isteri seperti mana yang terkandung di dalam hadith baginda yang bermaksud:
Kahwinilah wanita tu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat.
Yang dimaksudkan dengan wanita yang beragama ialah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya seta berpegang teguh dengan perintah-Nya dan melahirkan simpati terhadap ajaran agama. Mereka yang berkahwin kerana agama akan dikurniakan oleh Allah rezeki yang lumayan. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Seorang lelaki yang mengahwini wanita kerana agamanya akan dikurniakan oleh Allah akan harta.
Bagi mereka yang berkahwin kerana mengharapkan harta isterinya hanya akan menjadikan dirinya miskin. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Mereka yang mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya, tidak bertambah hartanya, malah menjadikan dirinya papa.
Mereka yang berkahwin semata-mata kejelitaan dan kecantikan isterinya hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud:
Jangan kamu kahwini perempuan itu kerana melihat kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kerosakan kepada diri mereka sendiri.
Manakala mereka yang berkahwin semata-mata kerana keturunan isterinya pula akan menyebabkan keturunan mereka tidak akan bertambah kehormatan dan kemuliannya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Mereka yang mengahwini seorang perempuan kerana kebangsawanannya, Allah tidak akan menambahkan kemuliannya, kecuali kehinaan.
PEMINANGAN
Terdapat beberapa perkara yang ditekankan dalam pemilihan semasa peminangan. Antaranya ialah perempuan itu mestilah perawan atau suci, perempuan tersebut boleh melahirkan zuriat dan juga perempuan yang teguh dengan ajaran agama.
Sebaik-baiknya, tabiat seorang wanita yang paling baik dijadikan isteri ialah wanita yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadith baginda yang bermaksud:
Sebaik-baik wanita adalah yang apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.
Dalam hukum syara’, harus bagi seseorang yang meminang melihat perempuan yang dipinang tetapi hanyalah pada bahagian muka dan dua tapak tangan sahaja, kerana kedua-dua bahagian itu sudah cukup untuk membayangkan bentuk dan kecantikan perempuan tersebut.
Hikmah Islam menyuruh peminang itu melihat perempuan yang dipinang adalah supaya suami isteri itu hidup dalam aman tenteram. Rasulullah SAW. sendiri menyuruh sahabatnya, Mughirah bin Syukbah supaya melihat perempuan yang telah dipinangnya. Sabda Rasulullah SAW. dalam hadithnya yang bermaksud:
Lihatlah dahulu perempuan itu, maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai.
Dalam Islam tidak mewajibkan lelaki itu sendiri melihat erempuan yang dipinangnya, tetapi boleh mengutus seorang perempuan yang dipercayainya. Rasulullah SAW. sendiri telah mengutus Ummi Sulaim kepada seorang wanita. Sabda baginda yang bermaksud: Perhatikanlah kepada hujung tumitnya dan ciumlah tengkuknya.
PERTUNANGAN
Dalam pertunangan, pembirian merupakan adat atau kelaziman yang dilakukan di negara kita. Adat ini tidak bercanggah dengan prinsip Islam malah adat ini dianggap satu perkara yang baik dan selaras dengan kehendak syara’.
Jikalau pertunangan tersebut putus disebabkan oleh sesuatu perkara, tidak harus bagi lelaki yang meminang atau keluarganya menuntut kembali pemberian pertunangan itu, tetapi jika pihak perempuan atau keluarganya sukarela mengembalikan semula pemberian tersebut, pihak lelaki harus menerima kembali pemberian itu.
Perkahwinan yang sebaik-baiknya ialah persetujuan kedua belah pihak yang bakal menjadi suami isteri dengan direstui oleh ibu bapa kedua belah pihak supaya suami isteri itu hidup dalam rumah tangga yang bahagia.
HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI
Menurut hukum syara’, hak bermaksud sesuatu yang merupakan milik yang boleh dimiliki oleh suami atau isteri yang didapati dari hasil perkahwinan. Manakala kewajipan pula bermaksud perkara yang wajib dilakukan oleh salah seorang dari suami atau isteri untuk memenuhi hak dari pihak yang lain.
Hak-hak dan kewajipan suami isteri itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu nafkah (zahir dan batin) dan pergaulan dalam rumah tangga.
Nafkah bermaksud “belanja” atau “sara hidup”. Maksudnya, nafkah ialah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang untuk hidup sebagai keperluan asasi.
Bagi seorang suami, nafkah yang wajib diberi kepada isterinya ialah tiga perkara.
1. Tempat tinggal.
Allah berfirman yang bermaksud:
Tempatkanlah isteri-isteri kamu di tempat kediaman kamu, sesuai dengan kemampuan kamu. (Surah al-Talaq: ayat 7)
2. Makanan
3. Pakaian
Ketiga-tiga kewajipan ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW. pada Haji Wada’ (haji selamat tinggal). Baginda bersabda yang bermaksud:
Kewajipan suami terhadap isterinya memberi makanan dan pakaian menurut yang patut.
Antara sebab-sebab seorang suami patut memberi nafkah kepada isterinya adalah kerana:
1)akad nikah yang menjadi tali pengikat kepada isteri
2)isteri berada dibawah kekuasaan suami
3)suami berhak untuk menikmati diri isterinya
4)isteri wajib taat kepada suaminya
5)isteri tinggal dalam rumah menjaga rumah tangga dan anak-anak. Kewajipan ini adalah berdasarkan kaedah ‘ammah:
Setiap orang yang terhalang dirinya kerana hak dan manfaatnya untuk orang lain, maka nafkahnya wajib atas orang yang menghalang kerananya.
Antara syarat-syarat isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya adalah:
1)akad nikah yang sah
2)isteri telah menyerahkan dirinya kepada suaminya
3)isteri telah membenarkan dan mengizinkan kepada suaminya untuk menikmati dirinya.
4)Isteri sedia berpindah ke mana sahaja tempat yang dikehendaki oleh suaminya, kecuali tempat tersebut berbahaya kepada diri, harta dan maruahnya atau tempat-tempat yang jahat dan tempat maksiat.
5)Kedua suami isteri masih mampu melaksanakan kewajipan sebagai suami isteri (istimta’) iaitu hubungan intim.
Terdapat juga golongan-golongan isteri yang tidak berhak menerima nafkah daripada suami. Antaranya ialah:
1)Isteri yang masih kecil yang belum dicampuri, sekalipun ia sudah menyerahkan dirinya untuk dicampuri. (Ini berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. sewaktu berkahwin dengan Aisyah RA. , baginda tidak memberi nafkah kepada Aisyah selama dua tahun, kerana belum mencampurinya).
2)Isteri yang telah berpindah dari rumah suaminya ke rumah lain tanpa izin atau tanpa sebab-sebab syar’i.
3)Isteri bekerja atau membuka perniagaan, sedangkan suaminya melarangnya bekerja, dan isteri tersebut tidak menghiraukan larangan suaminya.
4)Isteri berpuasa sunat atau beriktikaf sunat walaupun suaminya tidak mengizinkannya.
5)Isteri dipenjara kerana melakukan jenayah atau tidak membayar hutangnya.
6)Isteri nusyuz (derhaka) atau melakukan maksiat terhadap suaminya, atau tidak mahu melayan suaminya.
KADAR NAFKAH
Tidak terdapat satu nas pun daripada ayat al-Quran atau hadith yang menentukan kadar nafkah yang perlu diberikan oleh seorang suami kepada isteri. Al-Quran dan hadith hanya menerangkan secara umum mengenai pembahagian nafkah, seperti orang yang kaya wajib memberi nafkah kepada isterinya sesuai dengan kekayaannya, dan orang yang pertengahan dan orang yang miskin wajib pula memberi nafkah isterinya sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan orang yang sempit rezekinya, hendaklah memberi nafkah dengan harta yang diberikan Allah kepadanya.
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Menurut pandangan Islam, tanggungjawab suami isteri boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1)Tanggungjawab isteri terhadap suami
2)Tanggungjawab suami terhadap isteri
3)Tanggungjawab bersama di antara suami dan isteri
Tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat berat dan banyak, kerana tanggungjawab seorang isteri tidak habis spanjang masa dan hari seperti pergi ke pejabat. Tetapi tanggungjawab seorang isteri bermula dari bangun di pagi hari sampai waktu tidur pun tanggungjawab tersebut tidak berhenti. Ini berdasarkan daripada hadith Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani yang bermaksud:
Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suami), bahawa isteri tidak boleh meninggal hamparan(tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat kepada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya, kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya. (Riwayat Al-Tabrani)
Apabila seorang suami memanggil isterinya kerana ada sesuatu hajat, isterinya hendaklah datang kepada suami dan tidak boleh mengingkarinya. Hal ini adalah kerana berdasarkan daripada hadith Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Apabila seorang suami memanggil isterinya kerana ada sesuatu hajat hendaklah ia datang kepada suaminya, sekalipun isteri itu berada di dapur memasak roti. (Riwayat Al-Tarmizi wal-Insani)
Bagi seorang isteri yang tidak melayani hajat suaminya, dan tidak memperdulikan panggilannya adalah dianggap sebagai isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab dan juga isteri itu dilaknat oleh Malaikat sehingga waktu pagi. Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah RA. yang bermaksud: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke hamparannya (tempat tidur), isterinya tidak mahu datang. Dan malam itu hati suaminya berasa marah kepada isterinya, maka Malaikat akan melaknat isteri itu hingga waktu pagi.
Terdapat juga persolan mengapa Allah memberi tanggungjawab yang yang begitu berat terhadap isteri kepada suaminya? Sebenarnya, Allah memberikan isteri tanggungjawab yang berat terhadap suaminya adalah kerana suaminya itu menjadi pengawal kepada isterinya, dan suami itu juga bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan hidup isterinya. Firman Allah SWT. di dalam surah an-Nisa’ ayat 43 yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki memberi nafkah sebahagian dari harta mereka. (Surah an-Nisa’ : Ayat 43)
Islam menyuruh isteri taat dan patuh kepada suaminya. Sekiranya Allah Taala menyuruhmanusia sujud kepada manusia, maka Allah akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. Hal ini jelas disebutkan dalam suatu hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Aufa RA. ketika Mua’z bin Jamal balik dari negeri Syam, beliau terus sujud kepada Rasulullah SAW. , dan baginda bertanya: “Kenapa engkau berbuat demikian?” Mua’z menjawab: “Ya Rasulullah. Aku baru balik dari negeri Syam. Aku lihat rakyat di sana sujud pada pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua mereka. Aku pun hendak berbuat begitu kepada. Lalu Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
Jika aku suruh seseorang sujud kepada seseorang yang lain, sudah pasti aku akn suruh isteri sujud kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya.
Setiap isteri yang taat dan patuh kepada suaminya adalah dikira sebagai suatu amal kebajikan dan akan dibalas dengan syurga. Sabda Rasulullah SAW. yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. yang bermaksud: Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan mematuhi suruhan atau larangan suaminya akan dimasukkan ke dalam syurga.
Manakala, seorang isteri tidak wajib patuh dan taat kepada perintah suaminya yang mengarah kepada kejahatan dan maksiat. Haram bagi seorang isteri taat dan patuh kepada perintah tersebut. Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Ali RA. yang bermaksud: Tidak boleh taat kepada seseorang pada perkara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat itu adalah kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.
Tanggungjawab suami terhadap isterinya juga sangat banyak dan berat, kerana suami telah menerima amanah Allah menjaga keselamatan isterinya, memberi makan minumnya, pakaiannya, tempat tinggalnya dan seluruh keperluan hidupnya sehari-hari, zahir dan batin. Hadith Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
Bersabda Rasulullah SAW. : Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah bila engkau makan, hendaklah engkau beri makanan untuk isteri engkau. Bila engkau memakai pakaian, engkau berilah pakaian untuk isteri engkau. Engkau jangan pukul isteri engkau di bahagian mukanya. Engkau jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang jahat, iaitu perkataan yang menyakitkan hati yang dibenci di hadapannya. Engkau jangan tinggalkan isteri engkau seorang diri kecuali di dalam rumah. (Riwayat Abu Daud)
Menurut pandangan Islam, sikap suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isterinya ialah suami yang bersikap kasar dan terhadap isterinya seperti selalu memukul isterinya, tidak mempedulikan rumahtangga, tidak menyempurnakan makan minum isterinya dan selalu membawa perempuan-perempuan lain. Rasulullah SAW bersabda ketika mengerjakan Haji Wada’ (haji selamat tinggal) yang bermaksud: Ingatlah, hendaklah kamu terima pesanan mengenai orang-orang perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik, dan berlemah lembut. Sesungguhnya orang-orang perempuan itu adalah merupakan tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kecuali mereka berterus-terang melakukan kejahatsn (menderhaka). Jika mereka itu melakukan perkara tersebut, maka tinggalkan mereka di tempat tidurnya seorang diri. Dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka itu berlaku taat kepada kamu, janganlah kamu melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka. Ingat sesungguhnya kamu terhadap isteri-isteri kamu adalah mempunyai hak yang tertentu. Dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka itu, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu kepada orang yang kamu benci. Dan tidak membenarkan orang yang benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu ialah bahawa kamu berbuat baik terhadap mereka itu mengenai pakaian, dan makan minum mereka dengan cukup dan sempurna.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Farah Adhura Binti Salman

Mengenal Tuhan
Agama Islam umpama sebatang pokok kayu. Agama Islam diumpamakan seperti sebatang pokok kayu kerana mempunyai dua ajaran. Ajaran pertama ialah kepercayaan iaitu Iman yang dinamakan Rukun Iman. Setiap orang Islam, otak dan fikirannya mesti yakin dan percaya sepenuhnya kepada enam perkara iaitu percaya kepada Tuhan yang mencipta seluruh alam, percaya kepada Malaikat yang menjaga alam ini, percaya kepada Rasul yang diutus Allah kepada manusia untuk mengajar agama yang benar, percaya Kitab Suci Allah yang diturunkan kepada Rasul-RasulNya itu, percaya kepada akhirat di mana semua yang mati akan dihidupkan kembali di dunia Akhirat dan percaya kepada Qada dan Qadar.
Di samping Rukun Iman, setiap umat Islam wajib melaksanakan lima perkara yang dinamakan Rukun Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadat, mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, mengerjakan puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat harta setelah cukup nisab dan haul sekali setahun dan mengerjakan ibadat haji ke Mekah sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu. Rukun Iman umpama akar, Rukun Islam umpama batang, dahan dan ranting. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa Rukun Iman mempunyai kedudukan yang lebih penting dari Rukun Islam. Seorang umat Islam yang tidak beriman, atau lemah imannya kerana tidak dipelihara agamanya akan hidup merana kerana tidak melakukan ibadat yang dinamakan Rukun Islam. Orang yang beragama Islam yang tidak melakukan ibadat kepada Allah, ibarat pokok yang tidak berbuah.
Rukun Iman yang pertama ialah kepercayaan atau keimanan kepada Allah (Al Imaanu billah) iaitu tunjang keimanan, sumber segala kepercayaan dalam agama Islam. Apabila kepercayaan kepada Allah lemah maka agama seseorang itu akan menjadi goyah. Manusia berakal dan dapat menggunakan akal dan fikirannya akan takjub memperhatikan luasnya alam semesta. Setiap yang wujud di alam semesta ini pasti ada penciptanya. Sudah pasti ada yang mengaturnya. Jadi, yang mencipta alam semesta ini pasti satu Zat Yang Maha Besar dan Maha Agung iaitu Tuhan, Allah Yang Maha Besar. Allah itu Maha Besar, yang mencipta segala yang wujud di alam semesta ini maka pengetahuan tentang Allah adalah pengetahuan yang maha besar, pengetahuan yang tinggi, lebih penting dari pengetahuan yang lain.
Apabila kita belum begitu matang dan kukuh dalam kepercayaan terhadap Tuhan, setiap saat akal fikiran kita akan digoda oleh makhluk jahat yang bernama syaitan dan iblis. Syaitan adalah penggoda yang sentiasa menggoda kita agar kita tidak percaya kepada Tuhan. Syaitan itu mungkin buku dan mungkin juga manusia. Sekiranya syaitan itu adalah buku, kita dapat melawannya dengan membuang buku-buku yang berunsur kufur. Tetapi sekiranya syaitan itu berupa manusia, maka masalah untuk melawannya menjadi agak sukar kerana manusia di sekeliling kita tidak dapat disisihkan atau dilenyapkan begitu sahaja. Yang lebih sulit ialah godaan dari makhluk halus yang bernama iblis. Kita harus insaf, waspada dan sedar bahawa iblis bukan hanya berada di sekeliling kita tetapi juga turut berada di dalam tubuh kita, di dalam pembuluh darah yang mengalir di seluruh tubuh badan, di dalam rongga otak dan jantung kita. Allah yang kita percaya itu adalah Ghaib, Maha Ghaib. Sebab itu kita tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, tidak dapat memegang dengan tangan serta tidak dapat dirasai dengan lidah atau kulit.
Sekalipun Tuhan Maha Ghaib, tetapi kita dapat mengetahui bagaimana Allah, hal ini berdasarkan wahyu-wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW berdasarkan Kitab Suci Al-Quranul Karim. Tuhan adalah Zat yang mencipta alam ini. Alam ini wujud kerana dicipta oleh Tuhan. Alam semesta ini dicipta oleh Tuhan maka Tuhan bersifat sempurna. Sempurna bermaksud tidak terbatas dengan sebarang batasan. Tuhan sempurna bererti Tuhan itu tidak terbatas besarnya, tidak terbatas tingginya, tidak terbatas kekuasaannya, tidak terbatas dengan titik seperti garisan, tidak terbatas dengan garis seperti dataran, tidak terbatas dengan ruang dan tidak terbatas dengan waktu. Tuhan tidak mempunyai batasan dan had, sebab itu Tuhan adalah Ghaib dari kita dan kita tidak dapat melihat Tuhan. Sesuatu yang tidak sempurna seperti makhluk, tidak akan dapat melihat sesuatu yang sempurna iaitu Tuhan. Manusia biasa tidak akan dapat melihat Allah kecuali orang yang beriman kepada Allah sahaja yang akan diberi kesempatan di Akhirat kelak untuk melihat Allah, sedangkan orang kafir tidak akan dapat melihat Allah buat selama-lamanya.
Keterbatasan otak dan akal fikiran manusia dalam menentukan siapa, dan bagaimana Tuhan yang sebenarnya telah menimbulkan pelbagai kepercayaan, pelbagai agama serta pelbagai Tuhan. Terdapat manusia yang menyembah pokok, sungai, pohon atau ranting, petir, matahari, serta manusia. Allah yang mencipta alam semesta ini memperhatikan semua yang terjadi kepada manusia. Jadi untuk memastikan keselamatan manusia dan kemanusiaan, Allah telah mengutuskan manusia-manusia istimewa iaitu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ke setiap pelusuk dunia untuk memberitahu Tuhan yang mencipta dan mengatur seluruh alam semesta ialah Allah, Yang Maha Tunggal, Maha Esa, tiada Tuhan selain Dia. Sebagai umat Islam, kita perlu mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah syirik kerana syirik yang akan menyebabkan kepercayaan terhadap keesaan Allah menjadi goyah. Kita harus berhati-hati kerana sekiranya mulut sahaja yang mengakui keesaan Allah tetapi dalam perbuatan, dalam kehidupan seharian, kita memandang berbagai benda atau alam “seperti Tuhan”. Perbuatan inilah yang dinamakan syirik atau menyekutukan Allah. Syirik merupakan satu dosa yang besar dan yang paling berat di mana Allah sendiri tidak akan memberikan keampunan. Syirik merupakan satu dosa yang membuatkan manusia memasuki neraka malah menyebabkan manusia kekal selama-lamanya di dalam neraka.
Umat Islam ialah umat Tauhid dan agama Islam adalah agama Tauhid. Umat Tauhid bermaksud satu umat yang tidak bertuhankan selain dari Allah sahaja. Agama Tauhid bererti agama yang mengajar bahawa tiada Tuhan selain Allah. Di dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim, terdapat dua kalimat tentang Allah. Pertama ialah kalimat Rabb dan kedua ialah kalimat Ilaah. Di dalam ayat al hamdulillahi rab bil ‘a lamin, terdapat kalimah Rabb untuk Tuhan dan dalam ayat wa ila hu kum ila hun wa hidun, terdapat kalimat Ilaah untuk Tuhan. Rabbul alamien ertinya Tuhan yang menciptakan seluruh alam sebab itu Tauhid Rububiyyah dapat diertikan sebagai Tauhid Penciptaan. Manakala Ilaah bermaksud Tuhan yang diabdikan, sebab itu Tauhid Ulluhiyyah ertinya Tauhid Pengabdian.
Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata atau alam ghaib dicipta oleh satu Tuhan, Tuhan yang satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari, dan bintang. Tuhan yang satu itulah yang mencipta jin, malaikat, dan iblis. Tuhan yang satu itulah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itulah yang menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itulah yang mencipta kuman dan nyamuk yang halus, malah Tuhan yang satu itulah yang mencipta gunung dan planet-planet. Tauhid Ulluhiyyah ialah hanya kepada Allah yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta pertolongan, beribadat dan berzikir. Hanya kepada Allah sahaja yang kita sanjung, kita puji, dan hanya kepada Allah yang satu sahaja kita meminta pertolongan dan perlindungan dari segala bahaya serta meminta kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat. Tauhid Rububiyyah dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh binatang-binatang yang tidak berakal dan alam semesta atau batu-batu dan gunung-gunung. Sedangkan Tauhid Ulluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengakui adanya Allah yang mencipta segala yang ada serta menunduk menyembah Allah dan beribadat menyembah Allah. Tauhid Rububiyyah tidak bernilai sekiranya tidak disertai dengan Tauhid Ulluhiyyah.
Sekiranya manusia ingin Allah meredhai mereka, ingin Allah memberikan keselamatan dan kebahagiaan dalam hidup mereka di dunia dan di akhirat, manusia perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah serta memperbanyakkan pujian dan syukur kepada Allah, memperbanyakkan takbir dan tasbih. Walaupun seseorang itu mengalami kesusahan dan masalah, namun sekiranya dia mengingati Allah, mengingati akan kebesaran Allah sudah pasti masalah dan kesusahan yang dihadapinya akan berkurang atau mungkin akan lenyap. Malah, apabila manusia itu benar-benar menyembah Allah serta beribadat kepada Allah dengan segala keinsafan dan kesedaran, maka melalui ibadat itu dia akan merasakan kelazatan hidup di dunia dan kelazatan di Alam akhirat nanti.
Allah itu berbeza dengan alam seluruhnya dan Allah tidak dapat disamakan dengan apa sahaja. Perbezaan antara Allah sebagai “sesuatu yang sempurna” dengan makhluk sebagai “sesuatu yang tidak sempurna” adalah perbezaan mutlak, perbezaan yang meliputi segala aspek. Zat makhluk terdiri daripada molekul-molekul. Zat Allah lain dari itu, Zat Allah bukan terdiri daripada molekul-molekul. Setiap makhluk mempunyai sifat yang terbatas. Jadi sebab itulah makhluk dikatakan “tidak sempurna”. Tetapi Allah yang menciptakan semua makhluk tersebut, mempunyai sifat yang terbatas. Allah berkuasa mencipta dan mengangkat Bumi dan langit bahkan berkuasa dan dapat mencipta serta mengangkat beribu-ribu Bumi dan langit sekiranya Allah berkehendak sedemikian. Ketinggian matahari atau planet masih dapat diukur, tetapi ketinggian Allah dan kebesaranNya tidak terbatas. Perbuatan Allah berbeza dengan perbuatan makhluk di muka bumi ini. Manusia boleh membuat sesuatu tetapi menggunakan bahan yang diciptakan oleh Allah. Jadi manusia sebenarnya hanya boleh mengubah apa yang sudah dicipta oleh Allah. Namun, hal ini berbeza dengan Allah. Allah mencipta sesuatu yang belum wujud. Allah mencipta sesuatu yang belum ada bahan, belum ada contoh, belum ada gambarannya namun Allah telah menciptanya dengan sempurna.
Allah berdiri dengan sendirinya bermaksud Allah tidak memerlukan apa-apa bantuan daripada makhlukNya. Allah mencipta bumi, matahari dan bulan tetapi Allah tidak memerlukan bumi, matahari dan bulan. Allah telah menciptakan manusia, malaikat, atau jin tetapi Allah tidak memerlukan manusia, malaikat atau jin. Hal ini yang dimaksudkan dengan Allah berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Sebaliknya, manusia, malaikat atau jin memerlukan Allah, begitu juga dengan bumi, matahari dan bulan, kesemuanya memerlukan Allah. Sekalipun kita manusia sudah diciptakan oleh Allah dan telah diberi segala anggota tubuh, dikurniakan akal fikiran, diberikan paru-paru dan jantung, tetapi kita tidak dapat hidup tanpa bantuan Allah. Allah mencipta makhluk, mencipta Bumi, matahari, bulan, mencipta air, beras, jagung dan gula, bukan kerana Allah memerlukan Bumi, matahari atau bulan, bukan kerana Allah memerlukan beras atau gula. Semua yang dicipta oleh Allah adalah untuk memenuhi keperluan manusia.
Allah mempunyai Kekuasaan atau Qudrat. Malah Allah juga mempunyai Kemahuan atau Iradat. Sekiranya Allah tidak berkuasa, sudah tentu alam ini tidak akan wujud. Sekalipun Allah berkuasa mencipta alam semesta ini, tetapi jikalau Allah tidak mahu mencipta, sudah tentu alam semesta ini tidak akan wujud. Segala yang tercipta, wujud kerana Kekuasaan dan Kemahuan Allah, kerana Qudrat dan Iradat Tuhan Yang Maha Tunggal. Kekuasaan Allah adalah kekuasaan yang sempurna, tidak terbatas dan tidak ada kekuasaan lain yang dapat menghalang kekuasaan Allah. Seluruh alam yang luas dan kukuh ini, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja dari alam yang sebenarnya. Mungkin terdapat berjuta-juta matahari dan Bumi serta bulan di mana manusia belum dapat menyelidikinya. Allah bersifat dengan Iradat bermaksud bersifat dengan kemahuan. Sekiranya Allah tidak mengkehendaki sesuatu, maka sesuatu itu tidak akan terjadi. Sekiranya Allah tidak mahu mencipta manusia, maka tiadalah manusia di muka Bumi ini.
Sifat wajib bagi Allah ialah Hayat ertinya Hidup. Allah bersifat hidup atau Allah itu hidup. Allah hidup dan menghidupkan ( Al Hayyu, Al Muhyii ). Sedangkan makhluk di muka Bumi ini hidup tetapi tidak dapat menghidupkan, malah bukan sahaja tidak dapat menghidupkan, mereka juga akan mati atau bercerai dengan hidup. Perbezaan inilah yang merupakan perbezaan besar antara Hidup Allah dengan hidup makhluk. Hidup Allah adalah hidup yang sempurna, hidup yang tidak berakhir dengan kematian, hidup yang bukan kerana khasiat makanan dan minuman, hidup bukan kerana sinaran dan cahaya serta bukan kerana air atau hawa. Allah hidup bukan kerana dihidupkan atau bukan kerana sesuatu. Semua makhluk yang hidup di alam semesta ini adalah bersumberkan daripada Allah. Allah akan sentiasa kekal hidup malah Allah yang akan menghidupkan atau mematikan sesuatu itu.
Allah bersifat Ilmu atau Pengetahuan. Allah berilmu ialah dengan maksud mengetahui segala sesuatu. Tidak ada sesuatu yang terjadi di alam semesta ini yang tidak diketahui oleh Allah. Ilmu Allah tidak terbatas. Allah mengetahui sesuatu yang zahir dan batin, yang nyata dan yang tersembunyi. Allah mengetahui segala yang terselindung dan tertutup rapat. Allah mengetahui segala sesuatu yang terjadi dan yang akan terjadi. Dengan ilmu yang tinggi dan sempurna, Allah telah mencipta segala benda dan alam semesta ini. Malah dengan pengetahuan yang sempurna dan tinggi, Allah telah mengadakan peraturan bagi setiap alam yang dicipta. Peraturan samada perintah atau larangan Allah itu ialah agama, yang diturunkan Allah melalui perantaraan Nabi dan RasulNya yang dari dulu sampai sekarang bernama agama Islam. Orang yang mengerti dan yakin kepada Allah, tidak akan ragu dan tidak akan membantah peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
Sifat Allah yang wajib umat Islam percaya ialah “Kalam” bermaksud “perkataan”. Hal ini bermaksud, Allah itu berkata-kata, bukan diam atau bisu. Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang menerangkan bahawa Allah itu berkata-kata contohnya seperti ‘ Qalallah ‘, ‘ Allah yaqulu ‘, ‘ Kallamallahu ‘, ‘ Qauluhu ‘ dan sebagainya. Mengikut Surah An Nisaa ayat 164, Allah berkata-kata dengan dengan sebahagian Rasul. Rasul yang dimaksudkan ialah Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW. Seluruh ayat Kitab Suci Al-Quran yang kesemuanya berjumlah 6237 ayat, terdiri daripada perkataan dan huruf, kesemuanya adalah perkataan Allah, kalimah Allah atau Kalamullah. Al-Quran mengandungi pelajaran-pelajaran (ilmu) tentang Alam Zahir dan Alam Ghaib, perintah dan larangan (hukum) ditetapkan oleh Allah, ilmu dan hukum yang tetap, yang tidak berubah buat selama-lamanya Di samping kalamullah yang merupakan kalimah, lafaz atau kitab Suci itu, ada pula kalimah Allah yang merupakan kejadian alam, serta peristiwa yang terjadi di dalamnya. Semuanya itu berasal dari kalimah atau kalamullah.
Al-Rahman dan Al-Rahim ertinya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah bersifat Al-Rahman dan Al-Rahim. Al-Rahman dan Al-Rahim berasal dari perkataan ‘rahmat’ yang bererti kasih atau sayang atau cinta. Seluruh alam yang diciptakan oleh Allah, bukan sahaja manusia tetapi juga binatang, kayu, lagit dan lain-lain, kesemuanya mendapat rahmat daripada Allah. Dengan terciptanya setiap benda atau alam itu, bererti bahawa setiap alam atau benda itu mendapat rahmat daripada Allah, iaitu rahmat ciptaan. Al-Rahman bererti Allah membahagi rahmatNya dengan sama rata kepada semua makhlukNya, baik makhluk berakal atau makhluk yang tidak berakal, makhluk yang hidup atau makhluk yang mati serta makhluk yang taat atau makhluk yang kafir. Al-Rahim ertinya Rahmat yang tidak putus, iaitu rahmat kehidupan bahagia di dalam Syurga. Namun, rahmat ini tidak menyeluruh, hanya untuk manusia yang baik sahaja. Manusia yang kafir dan ingkar, manusia yang tidak mengakui tentang wujudnya Allah atau manusia yang mengakui wujudnya Allah tetapi tidak taat dan patuh kepada Allah, mereka ini hanya akan diberikan kesenangan harta benda selama hidup di dunia ini sahaja. Namun, sekiranya mereka meninggal dunia, maka segala Rahmat Allah putus dan terhenti untuk mereka serta diganti dengan azab dan seksaan api neraka.
Sebagai umat Islam, kita semua mempercayai dan meyakini bahawa alam semesta ini adalah dicipta, dijadikan oleh Allah Maha Pencipta atau Al Khaliq. Alam yang diciptakan oleh Allah terdiri daripada dua jenis iaitu Alam Zahir di mana alam ini adalah alam yang kita dapat lihat dengan pancaindera kita. Manakala yang kedua ialah Alam Ghaib iaitu alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera kita endiri, alam yang bukan terdiri daripada benda. Terdapat undang-undang baik pada alam Zahir atau alam Ghaib. Ketentuan yang berlaku pada setiap alam dan segala isinya, dinamakan Sunnatullah atau Undang-undang Allah. Sekiranya kita mempelajari Sunnah Allah yang berlaku pada alam ini, kita akan semakin percaya kepada Allah. Ertinya keimanan kita akan bertambah tebal dan kuat. Secara tidak langsung, dengan memiliki keimanan yang kuat, kita akan dapat menghadapi persoalan hidup dan kehidupan kita akan menjadi stabil, terhindar dari resah dan gelisah, serta jauh dari perasaan takut dan khuatir.
Kepercayaan atau keimanan kepada Allah adalah kesedaran tertinggi, puncak segala kesedaran dan pengetahuan. Keimanan kepada Allah yang dikatakan kesedaran tertinggi itu bukan hanya semata-mata percaya bahawa Allah wujud, hanya Allah yang mencipta seluruh alam semesta dan mengaturnya tetapi kita mestilah percaya kepada Allah dengan segala ketentuan-ketentuan yang merupakan sifatNya dan perbuatanNya. Allah mengetahui gugurnya sehelai daun, Allah sedar akan gerak geri manusia, setiap bunyi dan suara, serta setiap suara dan kalimat yang keluar dari mulut manusia. Manusia harus sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah, lalu diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini dengan kekuatan berfikir sehingga kita mempunyai kemampuan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang baik atau buruk, dan kita semua akan kembali menghadap Allah untuk dipertanggungjawabkan segala gerak-geri dan tingkah laku kita selama hidup di dunia ini.
Manusia sebagai makhluk berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan dari apa yang difikirkan dan diselidikinya. Berdasarkan kesimpulan yang dilakukan itulah dia bertindak melakukan segala perbuatan. Orang-orang yaang mempunyai jalan pemikirannya dan tindakannya benar dan baik, maka orang-orang itu akan mendapat hidayah daripada Allah. Namun, orang-orang yang mempunyai jalan pemikirannya, tindakan serta perbuatannya salah dan jahat, bererti dia tidak mendapat petunjuk dari Allah tetapi mereka terpengaruh dengan syaitan dan iblis. Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang diberikan kepada manusia, bukanlah terdiri daripada nikmat kekayaan, pangkat, makanan, minuman atau sebagainya tetapi nikmat yang dimaksudkan ialah nikmat hidayah dan petunjuk daripada Allah. Setiap umat Islam diwajibkan oleh Allah untuk memohon dan meminta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam setiap rakaat solat. Tetapi sayangnya, tidak semua orang dapat menerima petunjuk atau hidayah daripada Allah, sebab petunjuk dan hidayah itu hanya diberikan kepada orang yang dicintaiNya sahaja.
Allah suka apabila NamaNya sering dibesarkan, disucikan dan dipuji oleh manusia, dan Allah gembira jikalau manusia meminta dariNya. Sebab itu, selain zikir, doa yang sering diucapkan juga sering mendapat tempat di sisi Allah. Maka adalah merupakan satu kesalahan besar apabila kita tidak pernah meminta dan berdoa kepada Allah. Allah menjadikan sifat kasih sayang, pemaaf, pencinta dan lain-lain sifat yang sedemikian sebagai sebahagian dari namaNya seperti Ar Rahman (Maha Pengasih), Ar Rahim (Maha Pemurah), Al Waduud (Maha Pencinta), Al Lathiif (Yang Lemah Lembut), Al Ghafuur (Maha Pengampun) dan lain-lain. Manakala berbeza dengan sifat marah dan murkanya. Sifat marah itu tidak menjadi salah satu dari Nama-nama Allah. Hanya dinyatakan bahawa Allah Zuntiqam (Pembalas segala kejahatan dengan azab seksa) dan Syadiidul ‘Iqlaab (Amat pedih seksaNya). Kecintaan terhadap Allah mesti diiringi dan disertai dengan perasaan harap dan takut (Al Rajaa’ dan Al Khauf), iaitu berharap kepada rahmat, nikmat, dan keredhaan Allah, serta takut kepada azab, seksa dan kemarahanNya. Berharap kepada Allah tidak sama dengan berangan-angan. Berharap ialah dengan berjuang memerah tenaga untuk mencapai sesuatu yang diharapkan.
Sebagai umat Islam, kita perlulah meyakini dan mempercayai akan kewujudan Allah Yang Maha Besar malah kita juga perlulah mempercayai akan Keesaan Allah Yang Esa. Tanpa Allah, siapalah kita yang lemah ini. Tanpa Allah, kita tidak akan wujud di muka Bumi ini. Jadi, seharusnya kita mesti bersyukur, serta taat akan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan petunjuk dan hidayah daripada Allah. Sekiranya kita berjaya mendapat petunjuk daripada Allah, hidup kita akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan aman damai. Hati yang resah juga akan menjadi tenang dan bersih. Kesimpulannya, Allah Yang Maha Kuasa memiliki kuasa untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lemah di sisiNya. Marilah kita bersama-sama mentaati Allah. Secara tidak langsung, kehidupan kita di alam Akhirat kelak akan terjamin.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nor Adila Binti Azmi

Langgan:
Catatan (Atom)