Sabtu, 2 Oktober 2010
Mengenal Tuhan
Di samping Rukun Iman, setiap umat Islam wajib melaksanakan lima perkara yang dinamakan Rukun Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadat, mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, mengerjakan puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat harta setelah cukup nisab dan haul sekali setahun dan mengerjakan ibadat haji ke Mekah sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu. Rukun Iman umpama akar, Rukun Islam umpama batang, dahan dan ranting. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa Rukun Iman mempunyai kedudukan yang lebih penting dari Rukun Islam. Seorang umat Islam yang tidak beriman, atau lemah imannya kerana tidak dipelihara agamanya akan hidup merana kerana tidak melakukan ibadat yang dinamakan Rukun Islam. Orang yang beragama Islam yang tidak melakukan ibadat kepada Allah, ibarat pokok yang tidak berbuah.
Rukun Iman yang pertama ialah kepercayaan atau keimanan kepada Allah (Al Imaanu billah) iaitu tunjang keimanan, sumber segala kepercayaan dalam agama Islam. Apabila kepercayaan kepada Allah lemah maka agama seseorang itu akan menjadi goyah. Manusia berakal dan dapat menggunakan akal dan fikirannya akan takjub memperhatikan luasnya alam semesta. Setiap yang wujud di alam semesta ini pasti ada penciptanya. Sudah pasti ada yang mengaturnya. Jadi, yang mencipta alam semesta ini pasti satu Zat Yang Maha Besar dan Maha Agung iaitu Tuhan, Allah Yang Maha Besar. Allah itu Maha Besar, yang mencipta segala yang wujud di alam semesta ini maka pengetahuan tentang Allah adalah pengetahuan yang maha besar, pengetahuan yang tinggi, lebih penting dari pengetahuan yang lain.
Apabila kita belum begitu matang dan kukuh dalam kepercayaan terhadap Tuhan, setiap saat akal fikiran kita akan digoda oleh makhluk jahat yang bernama syaitan dan iblis. Syaitan adalah penggoda yang sentiasa menggoda kita agar kita tidak percaya kepada Tuhan. Syaitan itu mungkin buku dan mungkin juga manusia. Sekiranya syaitan itu adalah buku, kita dapat melawannya dengan membuang buku-buku yang berunsur kufur. Tetapi sekiranya syaitan itu berupa manusia, maka masalah untuk melawannya menjadi agak sukar kerana manusia di sekeliling kita tidak dapat disisihkan atau dilenyapkan begitu sahaja. Yang lebih sulit ialah godaan dari makhluk halus yang bernama iblis. Kita harus insaf, waspada dan sedar bahawa iblis bukan hanya berada di sekeliling kita tetapi juga turut berada di dalam tubuh kita, di dalam pembuluh darah yang mengalir di seluruh tubuh badan, di dalam rongga otak dan jantung kita. Allah yang kita percaya itu adalah Ghaib, Maha Ghaib. Sebab itu kita tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, tidak dapat memegang dengan tangan serta tidak dapat dirasai dengan lidah atau kulit.
Sekalipun Tuhan Maha Ghaib, tetapi kita dapat mengetahui bagaimana Allah, hal ini berdasarkan wahyu-wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW berdasarkan Kitab Suci Al-Quranul Karim. Tuhan adalah Zat yang mencipta alam ini. Alam ini wujud kerana dicipta oleh Tuhan. Alam semesta ini dicipta oleh Tuhan maka Tuhan bersifat sempurna. Sempurna bermaksud tidak terbatas dengan sebarang batasan. Tuhan sempurna bererti Tuhan itu tidak terbatas besarnya, tidak terbatas tingginya, tidak terbatas kekuasaannya, tidak terbatas dengan titik seperti garisan, tidak terbatas dengan garis seperti dataran, tidak terbatas dengan ruang dan tidak terbatas dengan waktu. Tuhan tidak mempunyai batasan dan had, sebab itu Tuhan adalah Ghaib dari kita dan kita tidak dapat melihat Tuhan. Sesuatu yang tidak sempurna seperti makhluk, tidak akan dapat melihat sesuatu yang sempurna iaitu Tuhan. Manusia biasa tidak akan dapat melihat Allah kecuali orang yang beriman kepada Allah sahaja yang akan diberi kesempatan di Akhirat kelak untuk melihat Allah, sedangkan orang kafir tidak akan dapat melihat Allah buat selama-lamanya.
Keterbatasan otak dan akal fikiran manusia dalam menentukan siapa, dan bagaimana Tuhan yang sebenarnya telah menimbulkan pelbagai kepercayaan, pelbagai agama serta pelbagai Tuhan. Terdapat manusia yang menyembah pokok, sungai, pohon atau ranting, petir, matahari, serta manusia. Allah yang mencipta alam semesta ini memperhatikan semua yang terjadi kepada manusia. Jadi untuk memastikan keselamatan manusia dan kemanusiaan, Allah telah mengutuskan manusia-manusia istimewa iaitu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ke setiap pelusuk dunia untuk memberitahu Tuhan yang mencipta dan mengatur seluruh alam semesta ialah Allah, Yang Maha Tunggal, Maha Esa, tiada Tuhan selain Dia. Sebagai umat Islam, kita perlu mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah syirik kerana syirik yang akan menyebabkan kepercayaan terhadap keesaan Allah menjadi goyah. Kita harus berhati-hati kerana sekiranya mulut sahaja yang mengakui keesaan Allah tetapi dalam perbuatan, dalam kehidupan seharian, kita memandang berbagai benda atau alam “seperti Tuhan”. Perbuatan inilah yang dinamakan syirik atau menyekutukan Allah. Syirik merupakan satu dosa yang besar dan yang paling berat di mana Allah sendiri tidak akan memberikan keampunan. Syirik merupakan satu dosa yang membuatkan manusia memasuki neraka malah menyebabkan manusia kekal selama-lamanya di dalam neraka.
Umat Islam ialah umat Tauhid dan agama Islam adalah agama Tauhid. Umat Tauhid bermaksud satu umat yang tidak bertuhankan selain dari Allah sahaja. Agama Tauhid bererti agama yang mengajar bahawa tiada Tuhan selain Allah. Di dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim, terdapat dua kalimat tentang Allah. Pertama ialah kalimat Rabb dan kedua ialah kalimat Ilaah. Di dalam ayat al hamdulillahi rab bil ‘a lamin, terdapat kalimah Rabb untuk Tuhan dan dalam ayat wa ila hu kum ila hun wa hidun, terdapat kalimat Ilaah untuk Tuhan. Rabbul alamien ertinya Tuhan yang menciptakan seluruh alam sebab itu Tauhid Rububiyyah dapat diertikan sebagai Tauhid Penciptaan. Manakala Ilaah bermaksud Tuhan yang diabdikan, sebab itu Tauhid Ulluhiyyah ertinya Tauhid Pengabdian.
Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata atau alam ghaib dicipta oleh satu Tuhan, Tuhan yang satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari, dan bintang. Tuhan yang satu itulah yang mencipta jin, malaikat, dan iblis. Tuhan yang satu itulah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itulah yang menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itulah yang mencipta kuman dan nyamuk yang halus, malah Tuhan yang satu itulah yang mencipta gunung dan planet-planet. Tauhid Ulluhiyyah ialah hanya kepada Allah yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta pertolongan, beribadat dan berzikir. Hanya kepada Allah sahaja yang kita sanjung, kita puji, dan hanya kepada Allah yang satu sahaja kita meminta pertolongan dan perlindungan dari segala bahaya serta meminta kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat. Tauhid Rububiyyah dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh binatang-binatang yang tidak berakal dan alam semesta atau batu-batu dan gunung-gunung. Sedangkan Tauhid Ulluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengakui adanya Allah yang mencipta segala yang ada serta menunduk menyembah Allah dan beribadat menyembah Allah. Tauhid Rububiyyah tidak bernilai sekiranya tidak disertai dengan Tauhid Ulluhiyyah.
Sekiranya manusia ingin Allah meredhai mereka, ingin Allah memberikan keselamatan dan kebahagiaan dalam hidup mereka di dunia dan di akhirat, manusia perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah serta memperbanyakkan pujian dan syukur kepada Allah, memperbanyakkan takbir dan tasbih. Walaupun seseorang itu mengalami kesusahan dan masalah, namun sekiranya dia mengingati Allah, mengingati akan kebesaran Allah sudah pasti masalah dan kesusahan yang dihadapinya akan berkurang atau mungkin akan lenyap. Malah, apabila manusia itu benar-benar menyembah Allah serta beribadat kepada Allah dengan segala keinsafan dan kesedaran, maka melalui ibadat itu dia akan merasakan kelazatan hidup di dunia dan kelazatan di Alam akhirat nanti.
Allah itu berbeza dengan alam seluruhnya dan Allah tidak dapat disamakan dengan apa sahaja. Perbezaan antara Allah sebagai “sesuatu yang sempurna” dengan makhluk sebagai “sesuatu yang tidak sempurna” adalah perbezaan mutlak, perbezaan yang meliputi segala aspek. Zat makhluk terdiri daripada molekul-molekul. Zat Allah lain dari itu, Zat Allah bukan terdiri daripada molekul-molekul. Setiap makhluk mempunyai sifat yang terbatas. Jadi sebab itulah makhluk dikatakan “tidak sempurna”. Tetapi Allah yang menciptakan semua makhluk tersebut, mempunyai sifat yang terbatas. Allah berkuasa mencipta dan mengangkat Bumi dan langit bahkan berkuasa dan dapat mencipta serta mengangkat beribu-ribu Bumi dan langit sekiranya Allah berkehendak sedemikian. Ketinggian matahari atau planet masih dapat diukur, tetapi ketinggian Allah dan kebesaranNya tidak terbatas. Perbuatan Allah berbeza dengan perbuatan makhluk di muka bumi ini. Manusia boleh membuat sesuatu tetapi menggunakan bahan yang diciptakan oleh Allah. Jadi manusia sebenarnya hanya boleh mengubah apa yang sudah dicipta oleh Allah. Namun, hal ini berbeza dengan Allah. Allah mencipta sesuatu yang belum wujud. Allah mencipta sesuatu yang belum ada bahan, belum ada contoh, belum ada gambarannya namun Allah telah menciptanya dengan sempurna.
Allah berdiri dengan sendirinya bermaksud Allah tidak memerlukan apa-apa bantuan daripada makhlukNya. Allah mencipta bumi, matahari dan bulan tetapi Allah tidak memerlukan bumi, matahari dan bulan. Allah telah menciptakan manusia, malaikat, atau jin tetapi Allah tidak memerlukan manusia, malaikat atau jin. Hal ini yang dimaksudkan dengan Allah berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Sebaliknya, manusia, malaikat atau jin memerlukan Allah, begitu juga dengan bumi, matahari dan bulan, kesemuanya memerlukan Allah. Sekalipun kita manusia sudah diciptakan oleh Allah dan telah diberi segala anggota tubuh, dikurniakan akal fikiran, diberikan paru-paru dan jantung, tetapi kita tidak dapat hidup tanpa bantuan Allah. Allah mencipta makhluk, mencipta Bumi, matahari, bulan, mencipta air, beras, jagung dan gula, bukan kerana Allah memerlukan Bumi, matahari atau bulan, bukan kerana Allah memerlukan beras atau gula. Semua yang dicipta oleh Allah adalah untuk memenuhi keperluan manusia.
Allah mempunyai Kekuasaan atau Qudrat. Malah Allah juga mempunyai Kemahuan atau Iradat. Sekiranya Allah tidak berkuasa, sudah tentu alam ini tidak akan wujud. Sekalipun Allah berkuasa mencipta alam semesta ini, tetapi jikalau Allah tidak mahu mencipta, sudah tentu alam semesta ini tidak akan wujud. Segala yang tercipta, wujud kerana Kekuasaan dan Kemahuan Allah, kerana Qudrat dan Iradat Tuhan Yang Maha Tunggal. Kekuasaan Allah adalah kekuasaan yang sempurna, tidak terbatas dan tidak ada kekuasaan lain yang dapat menghalang kekuasaan Allah. Seluruh alam yang luas dan kukuh ini, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja dari alam yang sebenarnya. Mungkin terdapat berjuta-juta matahari dan Bumi serta bulan di mana manusia belum dapat menyelidikinya. Allah bersifat dengan Iradat bermaksud bersifat dengan kemahuan. Sekiranya Allah tidak mengkehendaki sesuatu, maka sesuatu itu tidak akan terjadi. Sekiranya Allah tidak mahu mencipta manusia, maka tiadalah manusia di muka Bumi ini.
Sifat wajib bagi Allah ialah Hayat ertinya Hidup. Allah bersifat hidup atau Allah itu hidup. Allah hidup dan menghidupkan ( Al Hayyu, Al Muhyii ). Sedangkan makhluk di muka Bumi ini hidup tetapi tidak dapat menghidupkan, malah bukan sahaja tidak dapat menghidupkan, mereka juga akan mati atau bercerai dengan hidup. Perbezaan inilah yang merupakan perbezaan besar antara Hidup Allah dengan hidup makhluk. Hidup Allah adalah hidup yang sempurna, hidup yang tidak berakhir dengan kematian, hidup yang bukan kerana khasiat makanan dan minuman, hidup bukan kerana sinaran dan cahaya serta bukan kerana air atau hawa. Allah hidup bukan kerana dihidupkan atau bukan kerana sesuatu. Semua makhluk yang hidup di alam semesta ini adalah bersumberkan daripada Allah. Allah akan sentiasa kekal hidup malah Allah yang akan menghidupkan atau mematikan sesuatu itu.
Allah bersifat Ilmu atau Pengetahuan. Allah berilmu ialah dengan maksud mengetahui segala sesuatu. Tidak ada sesuatu yang terjadi di alam semesta ini yang tidak diketahui oleh Allah. Ilmu Allah tidak terbatas. Allah mengetahui sesuatu yang zahir dan batin, yang nyata dan yang tersembunyi. Allah mengetahui segala yang terselindung dan tertutup rapat. Allah mengetahui segala sesuatu yang terjadi dan yang akan terjadi. Dengan ilmu yang tinggi dan sempurna, Allah telah mencipta segala benda dan alam semesta ini. Malah dengan pengetahuan yang sempurna dan tinggi, Allah telah mengadakan peraturan bagi setiap alam yang dicipta. Peraturan samada perintah atau larangan Allah itu ialah agama, yang diturunkan Allah melalui perantaraan Nabi dan RasulNya yang dari dulu sampai sekarang bernama agama Islam. Orang yang mengerti dan yakin kepada Allah, tidak akan ragu dan tidak akan membantah peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
Sifat Allah yang wajib umat Islam percaya ialah “Kalam” bermaksud “perkataan”. Hal ini bermaksud, Allah itu berkata-kata, bukan diam atau bisu. Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang menerangkan bahawa Allah itu berkata-kata contohnya seperti ‘ Qalallah ‘, ‘ Allah yaqulu ‘, ‘ Kallamallahu ‘, ‘ Qauluhu ‘ dan sebagainya. Mengikut Surah An Nisaa ayat 164, Allah berkata-kata dengan dengan sebahagian Rasul. Rasul yang dimaksudkan ialah Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW. Seluruh ayat Kitab Suci Al-Quran yang kesemuanya berjumlah 6237 ayat, terdiri daripada perkataan dan huruf, kesemuanya adalah perkataan Allah, kalimah Allah atau Kalamullah. Al-Quran mengandungi pelajaran-pelajaran (ilmu) tentang Alam Zahir dan Alam Ghaib, perintah dan larangan (hukum) ditetapkan oleh Allah, ilmu dan hukum yang tetap, yang tidak berubah buat selama-lamanya Di samping kalamullah yang merupakan kalimah, lafaz atau kitab Suci itu, ada pula kalimah Allah yang merupakan kejadian alam, serta peristiwa yang terjadi di dalamnya. Semuanya itu berasal dari kalimah atau kalamullah.
Al-Rahman dan Al-Rahim ertinya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah bersifat Al-Rahman dan Al-Rahim. Al-Rahman dan Al-Rahim berasal dari perkataan ‘rahmat’ yang bererti kasih atau sayang atau cinta. Seluruh alam yang diciptakan oleh Allah, bukan sahaja manusia tetapi juga binatang, kayu, lagit dan lain-lain, kesemuanya mendapat rahmat daripada Allah. Dengan terciptanya setiap benda atau alam itu, bererti bahawa setiap alam atau benda itu mendapat rahmat daripada Allah, iaitu rahmat ciptaan. Al-Rahman bererti Allah membahagi rahmatNya dengan sama rata kepada semua makhlukNya, baik makhluk berakal atau makhluk yang tidak berakal, makhluk yang hidup atau makhluk yang mati serta makhluk yang taat atau makhluk yang kafir. Al-Rahim ertinya Rahmat yang tidak putus, iaitu rahmat kehidupan bahagia di dalam Syurga. Namun, rahmat ini tidak menyeluruh, hanya untuk manusia yang baik sahaja. Manusia yang kafir dan ingkar, manusia yang tidak mengakui tentang wujudnya Allah atau manusia yang mengakui wujudnya Allah tetapi tidak taat dan patuh kepada Allah, mereka ini hanya akan diberikan kesenangan harta benda selama hidup di dunia ini sahaja. Namun, sekiranya mereka meninggal dunia, maka segala Rahmat Allah putus dan terhenti untuk mereka serta diganti dengan azab dan seksaan api neraka.
Sebagai umat Islam, kita semua mempercayai dan meyakini bahawa alam semesta ini adalah dicipta, dijadikan oleh Allah Maha Pencipta atau Al Khaliq. Alam yang diciptakan oleh Allah terdiri daripada dua jenis iaitu Alam Zahir di mana alam ini adalah alam yang kita dapat lihat dengan pancaindera kita. Manakala yang kedua ialah Alam Ghaib iaitu alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera kita endiri, alam yang bukan terdiri daripada benda. Terdapat undang-undang baik pada alam Zahir atau alam Ghaib. Ketentuan yang berlaku pada setiap alam dan segala isinya, dinamakan Sunnatullah atau Undang-undang Allah. Sekiranya kita mempelajari Sunnah Allah yang berlaku pada alam ini, kita akan semakin percaya kepada Allah. Ertinya keimanan kita akan bertambah tebal dan kuat. Secara tidak langsung, dengan memiliki keimanan yang kuat, kita akan dapat menghadapi persoalan hidup dan kehidupan kita akan menjadi stabil, terhindar dari resah dan gelisah, serta jauh dari perasaan takut dan khuatir.
Kepercayaan atau keimanan kepada Allah adalah kesedaran tertinggi, puncak segala kesedaran dan pengetahuan. Keimanan kepada Allah yang dikatakan kesedaran tertinggi itu bukan hanya semata-mata percaya bahawa Allah wujud, hanya Allah yang mencipta seluruh alam semesta dan mengaturnya tetapi kita mestilah percaya kepada Allah dengan segala ketentuan-ketentuan yang merupakan sifatNya dan perbuatanNya. Allah mengetahui gugurnya sehelai daun, Allah sedar akan gerak geri manusia, setiap bunyi dan suara, serta setiap suara dan kalimat yang keluar dari mulut manusia. Manusia harus sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah, lalu diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini dengan kekuatan berfikir sehingga kita mempunyai kemampuan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang baik atau buruk, dan kita semua akan kembali menghadap Allah untuk dipertanggungjawabkan segala gerak-geri dan tingkah laku kita selama hidup di dunia ini.
Manusia sebagai makhluk berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan dari apa yang difikirkan dan diselidikinya. Berdasarkan kesimpulan yang dilakukan itulah dia bertindak melakukan segala perbuatan. Orang-orang yaang mempunyai jalan pemikirannya dan tindakannya benar dan baik, maka orang-orang itu akan mendapat hidayah daripada Allah. Namun, orang-orang yang mempunyai jalan pemikirannya, tindakan serta perbuatannya salah dan jahat, bererti dia tidak mendapat petunjuk dari Allah tetapi mereka terpengaruh dengan syaitan dan iblis. Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang diberikan kepada manusia, bukanlah terdiri daripada nikmat kekayaan, pangkat, makanan, minuman atau sebagainya tetapi nikmat yang dimaksudkan ialah nikmat hidayah dan petunjuk daripada Allah. Setiap umat Islam diwajibkan oleh Allah untuk memohon dan meminta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam setiap rakaat solat. Tetapi sayangnya, tidak semua orang dapat menerima petunjuk atau hidayah daripada Allah, sebab petunjuk dan hidayah itu hanya diberikan kepada orang yang dicintaiNya sahaja.
Allah suka apabila NamaNya sering dibesarkan, disucikan dan dipuji oleh manusia, dan Allah gembira jikalau manusia meminta dariNya. Sebab itu, selain zikir, doa yang sering diucapkan juga sering mendapat tempat di sisi Allah. Maka adalah merupakan satu kesalahan besar apabila kita tidak pernah meminta dan berdoa kepada Allah. Allah menjadikan sifat kasih sayang, pemaaf, pencinta dan lain-lain sifat yang sedemikian sebagai sebahagian dari namaNya seperti Ar Rahman (Maha Pengasih), Ar Rahim (Maha Pemurah), Al Waduud (Maha Pencinta), Al Lathiif (Yang Lemah Lembut), Al Ghafuur (Maha Pengampun) dan lain-lain. Manakala berbeza dengan sifat marah dan murkanya. Sifat marah itu tidak menjadi salah satu dari Nama-nama Allah. Hanya dinyatakan bahawa Allah Zuntiqam (Pembalas segala kejahatan dengan azab seksa) dan Syadiidul ‘Iqlaab (Amat pedih seksaNya). Kecintaan terhadap Allah mesti diiringi dan disertai dengan perasaan harap dan takut (Al Rajaa’ dan Al Khauf), iaitu berharap kepada rahmat, nikmat, dan keredhaan Allah, serta takut kepada azab, seksa dan kemarahanNya. Berharap kepada Allah tidak sama dengan berangan-angan. Berharap ialah dengan berjuang memerah tenaga untuk mencapai sesuatu yang diharapkan.
Sebagai umat Islam, kita perlulah meyakini dan mempercayai akan kewujudan Allah Yang Maha Besar malah kita juga perlulah mempercayai akan Keesaan Allah Yang Esa. Tanpa Allah, siapalah kita yang lemah ini. Tanpa Allah, kita tidak akan wujud di muka Bumi ini. Jadi, seharusnya kita mesti bersyukur, serta taat akan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan petunjuk dan hidayah daripada Allah. Sekiranya kita berjaya mendapat petunjuk daripada Allah, hidup kita akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan aman damai. Hati yang resah juga akan menjadi tenang dan bersih. Kesimpulannya, Allah Yang Maha Kuasa memiliki kuasa untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lemah di sisiNya. Marilah kita bersama-sama mentaati Allah. Secara tidak langsung, kehidupan kita di alam Akhirat kelak akan terjamin.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nor Adila Binti Azmi
Jumaat, 1 Oktober 2010
7 Perkara Dihiasi dengan 7 perkara.
Rahsia kelebihan hari Ahad. .
Hari Ahad merupakan hari pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah menciptakan tujuh perkara dalam hari tersebut. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. mengatakan: “Bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang hari Ahad, maka baginda menjawab, hari Ahad merupakan hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya, mengapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, “Kerana pada hari tersebut Allah SWT mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya. ”
Penciptaan pertama Allah SWT pada hari Ahad ialah tempat jalan bintang-bintang (langit). Pada mulanya Allah SWT telah menciptakan langit dari asap. Kemudian Allah SWT menjadikan asap kepada tujuh bahagian. Bahagian pertama merupakan air, bahagian kedua ialah embun, bahagian ketiga ialah perak, bahagian keempat ialah emas, bahagian kelima ialah mutiara, bahagian keenam ialah mira delima dan bahagian terakhir ialah besi. Allah SWT juga telah menciptakan dari satu asap itu dengan tujuh lapis langit yang berbeza-beza. Tetapi Allah SWT menciptakan sesuatu yang unik iaitu air yang diturunkan dari langit ke bumi yang bertujuan untuk menghidupkan muka bumi yang tandus. Dari setiap titisan air itu maka tumbuhlah pelbagai jenis tumbuhan yang berbeza warna dan dari tumbuhan yang berbeza warna itu telah menghasilkan buah yang berbeza-beza rasa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon tamar yang bercabang dan tidak bercabang disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran Allah SWT ) bagi kaum yang berfikir. “ ( Surah Ar-Ra’d, ayat 4)
Penciptaan kedua pada hari Ahad ialah penciptaan bintang-bintang di langit. Allah SWT telah menjadikan bintang-bintang itu dalam tiga jenis. Antaranya bintang yang dinamakan dengan Tsawabit atau bintang tetap ( bintang-bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam), bintang-bintang yang terbit dan terbenam dan bintang-bintang yang beredar di tempat edarannya. Dari tiga jenis bintang ini pula terdapat tujuh bintang yang paling besar iaitu Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahroh, Atharid dan Qomar. Bintang-bintang ini mempunyai tempat peredarannya tersendiri. Dengan itu, Allah SWT telah menetapkan tujuh falak di langit sebagai tempat peredaran tujuh planet atau bintang tersebut.
Penciptaan yang ketiga ialah penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat. Allah SWT telah menciptakan api neraka dengan tujuh buah pintu berdasarkan tingkat-tingkat tersebut. Antara tingkat-tingkat itu ialah Neraka Jahanam untuk golongan pendusta, Neraka Sa’ir untuk golongan yang lalai dalam solat, Neraka Saqor untuk golongan pengumpat dan pencela, Neraka Jahim untuk golongan yang sesat, Neraka Huthamah untuk golongan yang mempersekutukan Allah SWT, Neraka Lazo untuk golongan yang keras hati dan Neraka Hawiyah untuk golongan yang curang dalam menimbang.
Penciptaan yang seterusnya ialah penciptaan tujuh lapis bumi. Seperti yang kita ketahui bumi mempunyai lapisan-lapisan yang tertentu.
Firman Allah SWT bermaksud: “Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah SWT berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu. ”
Penciptaan yang seterusnya ialah penciptaan tujuh lautan yang besar.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta, ditambah kepadanya tujuh laut lagi sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ”
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Dialah yang menundukkan lautan untukmu, agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnianya, dan supaya kamu bersyukur. ”
Selain itu penciptaan tujuh anggota tubuh badan manusia juga telah di lakukan pada hari Ahad. Manusia adalah ciptaan Allah SWT yang paling kukuh di mana terkumpul pada dirinya segala sesuatu yang ada pada alam ini. Jika langit mempunyai ketinggian, manusia juga mempunyai ketinggian. Jika angkasa mempunyai matahari dan bulan maka manusia mempunyai dua biji mata. Jika di angkasa mempunyai deretan bintang-bintang maka manusia mempunyai susunan gigi-gigi yang rapi. Jika langit mempunyai qathrah atau titisan air hujan, maka manusia mempunyai abrah atau air mata. Jika di langit ada suara petir maka pada diri manusia ada suara bersin. Jika di bumi ada kestabilan maka pada diri manusia juga ada ketenangan. Jika di bumi ada sungai-sungai maka pada diri manusia ada urat-urat, sedangkan rambut bagaikan rumput-rumput.
Penciptaan yang terakhir ialah penciptaan tujuh hari dalam seminggu. Allah SWT telah menciptakan hari Ahad sebagai hari pertama dalam seminggu. Ini kerana pada hari Ahad Allah SWT memulakan penciptaan segala sesuatu. Selain itu terdapat tujuh makna di dalam Al-Quran. Antaranya ialah Al-Ahad bermaksud “Allah”, Al-Ahad bererti “Muhammad SAW”, Ahad bererti “Bilal ra”, Ahad bererti “Imlika ( Salah seorang penghuni Gua Al-Kahfi )”, Ahad bererti “Diqyanus”, seorang raja pada zaman Ashabul Kahfi, Ahad bererti “Zaid bin Haritsah” dan Ahad bererti “salah seorang dari makhluk”.
Rahsia kelebihan hari Isnin
Hari isnin merupakan hari kedua selepas hari Ahad. Hari Isnin juga mempunyai kisah-kisah terutamanya yang berkaitan dengan pesan-pesan Allah SWT kepada nabi dan rasul agar menyembah hanya kepada Allah SWT. Anas bin Malik ra. berkata, “Rasulullah SAW telah ditanya oleh para sahabat tentang hari Isnin. Baginda menjawab, hari Isnin merupakan hari pelayaran dan perniagaan. Kemudian mereka bertanya lagi. Mengapa demikian ya Rasulullah? Baginda menjawab lagi, kerana Nabi Syaits as. telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya itu.
Peristiwa pertama yang berlaku pada hari Isnin ialah Nabi Idris naik ke langit.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ceritakanlah ( hai Muhammad kepada mereka ) kisah Idris yang disebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. ”
Peristiwa kedua ialah Nabi Musa as. Pergi ke gunung Thursina untuk bermunajat kepada Allah SWT. Di sana beliau telah melakukan tujuh perjalanan. Antara perjalanan-perjalanan tersebut ialah Safarul Ghazab ( ketika beliau di hanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai), Safarul Harab ( ketika beliau melarikan diri dari Mesir ke Madyan), Safarul Thalab ( ketika pulang dari negeri Madyan dan beliau memerlukan api ), Safarul Sabab ( ketika beliau keluar dari Mesir menuju Sungai Nil apabila dikejar oleh Firaun dengan tenteranya), Safarul Ujub ( perjalanan Nabi Musa as. bersama kaumnya ketika tersesat di hutan belantara selama 40 tahun ), Safarul Adab ( perjalanan Nabi Musa as. ke tepi sungai untuk berjumpa dengan Khaidir as. ) dan Safarul Thaubi ( perjalanan beliau ke bukit Thursina untuk bermunajat kepada Allah SWT. )
Peristiwa ketiga ialah turunnya dalil-dalil tentang keEsaan Allah SWT. Antara bukti-buktinya ialah :Firman Allah SWT bermaksud: “Janganlah kamu menyembah dua Tuhan, sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut. ” ( An-Nahl: ayat 51 )
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah SWT. ” ( Az-Zariyat: ayat 49 )
Peristiwa keempat ialah lahirnya Rasulullah SAW. Seperti yang kita ketahui, Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari tersebut beberapa mukjizat telah berlaku. Antaranya ialah bonda baginda tidak merasa sakit ketika melahirkan baginda, bonda baginda tidak merasa susah ketika mengandungkan baginda, baginda sujud setelah dilahirkan, baginda lahir dalam keadaan sudah berkhatan, syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, bintang-bintang bergerak dan mata air mengeluarkan air yang melimpah ruah.
Peristiwa kelima ialah Malaikat Jibrail telah turun menemui Rasulullah SAW untuk menurunkan wahyu kepada baginda untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umatnya. Ini kerana baginda terpilih kerana baginda banyak beribadat kepada Allah SWT, bermunajat selam 40 tahun sehingga semua orang mengaku kebaikan dan kehalusan budi pekertinya dan beliau telah digelar Muhammad Al-Amin. Semasa beribadat, baginda betul-betul khusyuk. Maka Allah SWT telah menanamkan rasa kerinduan ke dalam diri Rasulullah SAW sehingga mengalahkan rasa kecintaan selain dari Allah SWT.
Peristiwa keenam ialah semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah bersabda: “Hidupku baik untuk anda, dan matiku pun baik untuk kamu. Ditanyakan: Wahai Rasulullah SAW, kami telah mengetahui bahawa hidup baginda itu baik untuk kami, namun bagaimana matinya baginda baik untuk kami? Rasulullah SAW menjawab: Hidupku baik untuk kamu, kerana selama aku berada di samping kamu semua, aku selalu mengajak berbakti kepada Allah SWT, dengan hikmat dan nasihat yang baik. Sedangkan matiku pun baik untuk kamu, keran setiap hari Isnin dan Khamis semua amalan anda diperlihatkan kepadaku, apabila aku melihat amal yang baik, maka aku merasa gembira dan bila aku melihat amal yang buruk, aku memohon keampunan kepada Allah SWT untuk kamu. ”
Peristiwa yang terakhir berlaku ialah kewafatan Rasullullah SAW. Baginda wafat pada 13 Rabiulawal dan ditemani oleh Jibrail as. Sebelum itu, baginda telah menanggung derita selama 18 hari. Malaikat maut telah datang kepada baginda dengan begitu sopan dan meminta izin terlebih dahulu untuk mencabut nyawa baginda. Apabila baginda mengetahui melalui Jibrail as. bahawa Allah SWT telah menyediakan pelbagai hadiah dan ganjaran di syurga, baginda dengan senang hati memberi keizinan kepada Malaikat maut untuk mencabut nyawa baginda.
Rahsia kelebihan hari Selasa. .
Hari Selasa merupakan hari ketiga di dalam seminggu. Pelbagai peristiwa telah berlaku pada hari tersebut. Rasulullah SAW telah memberitahu Anas bin Malik ra. bahawa hari Selasa merupakan hari berdarah kerana pada hari tersebut Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam as. telah membunuh saudaranya sendiri. Sebanyak tujuh jiwa telah dibunuh pada hari tersebut.
Peristiwa pertama yang berlaku ialah Jurjais as. telah dibunuh. Jurjais bin Fathin hidup pada zaman Raja Dardiyanah. Raja Dardiyanah merupakan seorang raja penyembah berhala. Suatu hari, Jurjais tidak mengikut perintah raja tersebut untuk menyembah berhala kerana Allah SWT telah memerintahkan Jurjais supaya menyembah hanya kepada Allah SWT. Raja tersebut begitu marah sehingga pelbagai seksaan dan cubaan untuk membunuh Jurjais dilakukan. Namun dengan kekuasaan yang tiada batasan, Allah SWT dapat menyelamatkan Jurjais dari seksaan tersebut. Suatu hari apabila Jurjais selesai bermunajat kepada Allah SWT, tiba-tiba turunnya api dari atas langit. Orang-orang kafir beramai-ramai ingin membunuh Jurjais as. Tetapi api itu terus turun lalu memusnahkan mereka.
Peristiwa kedua ialah kewafatan Nabi Yahya as. Nabi Yahya telah dibunuh kerana tidak mengizinkan seorang raja untuk berkahwin dengan anak tiri raja tersebut. Perkara ini telah mengundang kemarahan raja tersebut lalu membunuh Nabi Yahya.
Peristiwa ketiga ialah kewafatan nabi Zakaria as. Beliau telah dibunuh oleh orang kafir ketika beliau bersembunyi di dalam sebuah pokok. Apabila diberitahu oleh iblis tempat persembunyian beliau, mereka telah membelah pokok tersebut dengan gergaji. Akhirnya beliau wafat dalam menyebut dan mengagungkan Allah SWT.
Peristiwa keempat ialah meninggalnya tukang sihir Firaun. Tukang sihir itu telah disalib di pohon tamar kerana telah beriman kepada Allah SWT. Sebelum itu, Firaun telah mengancam dengan memotong tangan dan kaki. Namun, dengan pendirian dan keimanan yang kukuh tukang sihir tersebut tidak takut kepada Firaun sehingga dibunuh.
Peristiwa kelima ialah meninggalnya Asiah iaitu isteri Firaun. Asiah telah merahsiakan keislaman dan keimanannya daripada Firaun. Pada suatu hari, Firaun telah mengetahui rahsia Asiah, maka Firaun menyeksa Asiah dengan pelbagai seksaan. Namun, dengan keimanan yang tinggi Asiah tidak takut kepada seksaan Firaun sehingga Asiah meninggal dunia dan beliau telah diberi tempat di syurga.
Peristiwa seterusnya ialah sapi betina Israil disembelih. Allah SWT telah menurunkan perintah bahawa sapi betina patut disembelih kerana kaum Nabi Musa as. sebelumnya pernah menyembah anak sapi. Dengan penyembelihan itu, Allah SWT memberitahu bahawa sapi betina tidak patut disembah melainkan hanya untuk disembelih.
Peristiwa terakhir ialah meninggalnya Habil iaitu putera Nabi Adam as. Habil telah dibunuh oleh saudaranya sendiri iaitu Qobil. Kejadian ini berlaku kerana Qobil iri hati dengan Habil. Nabi Adam as. ingin menjodohkan Habil dengan Iqlima. Manakala Qobil akan dijodohkan dengan Damimam. Qobil tidak bersetuju kerana Iqlima lebih cantik berbanding Damimam. Justeru itu, Qobil telah membunuh Habil ketika Habil sedang tidur dengan mencampakkan batu yang besar ke atas kepala Habil.
Rahsia kelebihan hari Rabu. .
Hari Rabu merupakan hari pertengahan dalam seminggu. Rasulullah SAW memberitahu Anas bin Malik bahawa hari Rabu adalah hari yang banyak berlakunya nahas. Sesetengah ulama ada menyatakan bahawa Allah SWT telah membinasakan tujuh kaum yang kafir dengan tujuh jenis azab.
Antaranya ialah kehancuran Auj bin Unuq yang dibinasakan dengan burung Hudhud. Auj bin Unuq berumur 4500 tahun. Badannya tinggi, sehingga banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh as. hanya sampai di lutut sahaja. Katika Nabi Musa as. memasuki sebuah padang bersama kaumnya, Auj bin Unuq merancang untuk membunuh meraka. Auj bin Unuq pergi ke padang tersebut dengan membawa gunung yang besar untuk menimbus kaum Nabi Musa as. tersebut. Maka Allah SWT telah mengutuskan seekor burung Hudhud untuk melawan Auj bin Unuq. Auj tidak terdaya untuk melawan burung tersebut lalu Auj terbunuh.
Peristiwa seterusnya ialah kehancuran Quran. Quran merupakan salah seorang kaum Nabi Musa as. Quran menjadi kaya disebabkan oleh ilmunya yang banyak sehingga dia meninggalkan ibadat sunat dan tidak mahu mengeluarkan zakat. Suatu hari, Quran telah mengupah seorang perempuan untuk menfitnah Nabi Musa as. Dengan kekuasaan Allah SWT, perempuan itu berpaling dari menfitnah kepada bercakap benar. Maka, murka lah Nabi Musa as. Nabi Musa as. memukul tongkatnya ke tanah dan singgahsana yang sedang diduduki oleh Quran di telan bumi.
Peristiwa ketiga ialah kehancuran Firaun dan tentera-tenteranya. Firaun dan tentera-tenteranya hancur ketika mereka mengejar Nabi Musa as. dan bangsa bani Israil. Ketika sampai di lautan, Nabi Musa as. memukul tongkatnya lalu terbelahlah lautan tersebut. Nabi Musa dan kaumnya melintasi lautan itu dengan selamat. Apabila mereka sampai ke seberang, lautan itu tertutup kembali dan menyebabkan Firaun dan tenteranya tenggelam ketika menyusuri belakang Nabi Musa dan kaumnya.
Peristiwa keempat ialah kebinasaan Namruz bin Ka’nan. Namruz telah mencabar Nabi Ibrahim as. untuk meminta pertolongan tentera dari Allah SWT. Dengan kekuasaan Allah SWT, nyamuk telah diperintahkan untuk mengalahkan tentera Namruz. Walaupun kemenangan milik Nabi Ibrahim dan tentera nyamuknya itu, Namruz tetap tidak mahu bertaubat sehinggalah Namruz mati dibunuh oleh nyamuk dengan memakan otak Namruz walaupun Allah SWT telah memberi tiga hari unuk bertaubat.
Peristiwa kelima ialah kehancuran kaum Saleh. Kaum Saleh hancur disebabkan oleh jeritan Jibrail. Ketika itu, kaum Saleh ingin membunuh Nabi Saleh as. sepertimana mereka membunuh untanya. Akhirnya Jibrail turun dari langit untuk memberi pertolongan kepada Nabi Saleh as.
Peristiwa keenam ialah kehancuran Syadad bin ‘Aad. Syadad seorang yang suka membaca kitab. Suatu hari, Syadad telah memerintahkan kerajaannya supaya mengumpulkan semua emas dan perak untuk membuat syurga sepertimana yang tercatat di dalam kitab yang dibacanya. Mereka juga telah merampas emas kecil kepunyaan seorang budak miskin. Emas tersebut merupakan satu-satunya harta yang ada. Maka, budak itu memohon pertolongan dari Allah SWT dan Allah SWT telah megutuskan Jibrail untuk turun dari langit. Jibrail memekik dengan suara yang sangat keras dan dalam masa yang singkat mereka semuanya mati.
Peristiwa terakhir yang berlaku pada hari Rabu ialah kebinasaan kaum Hud. Kaum Hud amat derhaka kepada Allah SWT dan menyakiti nabi mereka. Mereka juga tidak takut dengan ancaman Allah SWT. Nabi Hud berdoa kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama Allah SWT telah menurunkan beberapa musibah seperti hujan tidak turun selama tiga tahun. Walaubagaimanapun, mereka tetap derhaka kepada Allah SWT sehinggalah Allah SWT menurunkan angin kencang dan petir yang sangat dasyat lalu memusnahkan semua kaum dan harta benda.
. . Rahsia kelebihan hari Khamis. .
Menurut Rasulullah SAW hari Khamis merupakan hari tercapainya hajat kerana Nabi Ibrahim as. masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut. Maka beliau mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar. Para ulama juga telah menjelaskan bahawa ada tujuh nabi dan wali memperoleh sesuatu pada hari Khamis.
Peristiwa pertama ialah Nabi Ibrahim as. menghadap raja Mesir. Suatu hari, Allah SWT menurunkan perintah supaya Nabi Ibrahim as. menghadap raja Mesir. Bersama-sama beliau ialah isterinya iaitu Sarah. Apabila tiba, raja Mesir amat meminati Sarah kerana rupanya yang cantik. Dengan kekuasaan Allah SWT, Nabi Ibrahim dapat melihat apa yang dilakukan oleh raja Mesir itu kepada Sarah. Oleh kerana niat jahat raja Mesir yang mahu menyentuh Sarah, tangan dan kakinya telah lumpuh. Sarah menyatakan bahawa suaminya seorang wali Allah SWT dan dia telah membuatkan beliau terluka. Apabila raja Mesir bertaubat, dia menghadiahkan Siti Hajar kepada Sarah. Maka Sarah memberikan Siti Hajar kepada Nabi Ibrahim kerana telah membuatkan beliau bersedih hati.
Peristiwa kedua ialah tukang minum raja Mesir memperoleh kebebasan. Tukang minum itu diberi hukuman penjara kerana telah menerima rasuah daripada raja Romawi dengan tugas meletakkan racun di dalam makanan dan minuman raja Royyaan. Bersama-sama tukang minum ialah Nabi Yusuf dan seorang tukang masak. Menurut Nabi Yusuf, mimpi yang telah dialami oleh tukang minum itu adalah petunjuk bahawa dia akan dibebaskan. Manakala mimpi tukang masak pula bermaksud dia akan disalib. Kemudian datanglah pegawai-pegawai penjara membawa tukang masak untuk disalib. Selepas beberapa hari tukang minum itu dibawa keluar dengan pakaian yang indah untuk dibebaskan.
Peristiwa ketiga ialah saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya. Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui beliau pada hari Khamis. Ketika saudara-saudara Nabi Yusuf hampir sampai di kota Mesir, maka turunlah Jibrail menemui Nabi Yusuf dan ia berkata:
“Saudara-saudaramu datang menemuimu, bagaimana sikapmu terhadap mereka? Nabi Yusuf menjawab: Wahai Jibrail, mereka telah banyak menyakiti hatiku, bahkan mereka telah berniat untuk membunuhku, ketika ini mereka datang memerlukan bantuan denganku. Tiada lain yang harusku lakukan selain memaafkan mereka. ”
Peristiwa keempat yang berlaku pada hari Khamis ialah Bunyiman datang ke kota Mesir. Bunyiman ialah adik kandung Nabi Yusuf as. Beliau datang menemui abangnya yang sekian lama terpisah. Setelah Bunyiman datang kepada Nabi Yusuf, maka Nabi Yusuf melihatnya dengan teliti dan akhirnya jatuh pengsan. Apabila sedar, beliau menyatakan bahawa Bunyiman adalah saudara kandungnya sendiri. Mereka menangis kerana terlalu bahagia dan saling berpelukan.
Peristiwa kelima ialah Nabi Ya’kub as. datang ke Mesir. Nabi Ya’kub as. datang ke Mesir untuk menemui anaknya Yusuf. Setelah berjumpa, Yusuf memeluk ibu bapanya. Mereka terpisah ketika Yusuf berumur tujuh tahun. Ketika Ya’kub melihat ramai orang di tempat Yusuf, baliau bertanya kepada Nabi Yusuf as: “Siapakah mereka itu? Yusuf menjawab: Wahai ayahku, mereka adalah sahayaku, aku telah membebaskan mereka kerana ayah. ”
Peristiwa keenam ialah Nabi Musa as. masuk ke Mesir. Ketika baru sampai di kota, beliau melihat dua orang sedang berkelahi. Seorang daripadanya adalah dari Bani Israil dan seorang lagi dari golongan Firaun iaitu bangsa Qitbhi. Orang Bani Israil itu meminta pertolongan dari Nabi Musa. Maka beliau pun menolongnya dengan memukul orang Qitbhi tersebut sehingga mati. Kemudian Musa berasa takut, beliau berdoa : “ Ya Tuhanku, aku bertaubat, dan tidak akan melakukannya lagi. ” Orang Qitbhi yang mengetahui tentang kejadian tersebut segera memberitahu kepada Firaun. Kemudian Firaun memerintahkan agar Nabi Musa dibunuh.
Peristiwa terakhir yang berlaku pada hari Khamis ialah Rasulullah SAW masuk ke Mesir. Baginda mendapat perintah dari Allah SWT untuk memasuki kota Mekah. Ketika Rasulullah SAW memasuki kota Mekah, orang-orang musyrik berkumpul dalam masjid dengan perasaan putus asa dan khuatir akan keselamatan nyawa mereka. Kemudian, baginda bersama-sama sahabat masuk ke dalam masjid, sedangkan tentera-tentera Islam berdiri mengelilingi masjid bersiap sedia dengan pedang-pedang di tangan mereka. Mereka hanya menunggu perintah daripada Rasulullah SAW untuk meletakkan pedang mereka yang tajam di leher orang-orang musyrik. Dengan hati yang mulia, baginda membebaskan mereka semua dan tidak sedikit pun barang dan harta yang diambil walaupun mereka telah menyakiti hati Rasulullah SAW.
. Rahsia kelebihan hari Jumaat. .
Ketika ditanya oleh Anas bin Malik tentang hari Jumaat, Rasulullah SAW memberitahu bahawa hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan.
Pernikahan pertama ialah pernikahan antara Nabi Adam as. dengan Siti Hawa. Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri tubuh Adam untuk menjadi pasangan hidupnya. Nabi Adam menikahi Siti Hawa dengan bermas kahwinkan membaca selawat sebanyak sepuluh kali untuk nabi dan kekasihNya Muhammad penghulu seluruh Rasul.
Pernikahan kedua ialah pernikahan antara Nabi Yusuf as. dengan Zulaikha. Pernikahan ini berlaku setelah Zulaikha bertaubat dan kembali beriman kepada Allah SWT. Zulaikha telah bermunajat kepada Allah SWT supaya mendekatkan dirinya dengan Nabi Yusuf as. Dengan kekuasaanNya, Allah SWT telah menanamkan rasa cinta, kasih sayang ke dalam hati Nabi Yusuf as. terhadap Zulaikha.
Pernikahan ketiga ialah pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Syafrawa. Nabi Musa as. merupakan seorang yang kuat bekerja dan seorang yang boleh dipercayai. Hal ini telah diketahui oleh Syafrawa lalu diceritakan kepada bapanya iaitu Syuib. Syuib berhasrat untuk menjadikan Musa sebagai menantunya. Nabi Musa memberitahu bahawa beliau tidak mampu untuk membayar mas kahwin. Walaubagaimanapun Syuib meminta Nabi Musa untuk bekerja dengannya selama lapan tahun untuk menggantikan mas kahwin.
Pernikahan keempat ialah pernikahan antara Nabi Sulaiman as. dengan ratu Balqis. Ratu Balqis adalah seorang wanita yang cantik dan mempunyai akal yang cerdas. Ratu Balqis dipilih oleh Nabi Sulaiman kerana jawapan yang diberikan ketika disoal oleh Nabi Sulaiman menggambarkan bahawa ratu Balqis adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Pernikahan yang kelima ialah pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah. Ketika berkahwin, baginda berumur 25 tahun. Sementara Siti Khadijah berusia 40 tahun. Suatu malam Siti Khadijah telah bermimpi bahawa seorang nabi akhir zaman akan menjadi pendampingnya. Suatu hari, perniagaan Siti Khadijah telah memberikan keuntungan yang banyak melebihi pada tahun-tahun yang lalu. Siti Khadijah sedar keuntungan ini berlaku setelah pekerja barunya Nabi Muhammad SAW bekerja dengannya. Maka setelah mendapat petunjuk, Siti Khadijah dan Nabi Muhammad SAW berkahwin dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
Pernikahan keenam ialah pernikahan Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah. Setelah kematian Siti Khadijah, baginda berasa kehilangan dan selalu brsedih. Lalu Jibral turun dan memberitahu bahawa Allah SWT telah menikahi baginda dengan Siti Aisyah di langit, maka pernikahan harus dilakukan di dunia. Walaupun Siti Aisyah masih muda, ia tidak menjadi penghalang pernikahan itu selagi ia diizinkan oleh Allah SWT.
Pernikahan terakhir yang berlaku pada hari Jumaat ialah pernikahan antara Saidina Ali dengan Siti Fatimah. Allah SWT berkhutbah, memuji diriNya dan berfirman: “Sesungguhnya aku telah mengahwinkan maha ratu seluruh wanita dengan Ali bin Thalib. Dan Allah SWT berkata kepada Jibrail: “Wahai Jibrail engkaulah sebagai wakil daripada Ali bin Thalib, dan aku sebagai wakil Rasul-Ku Muhammad. ” Kemudian Rasulullah SAW memberitahu hal tersebut kepada Ali, juga kepada Fatimah puteri baginda.
. . Rahsia kelebihan hari Sabtu. .
Ketika ditanya oleh para sahabat tentang hari Sabtu, Rasulullah SAW memberitahu bahawa hari Sabtu adalah hari tipu daya kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadwah.
Antara tipu daya yang terjadi pada hari Sabtu ialah kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap Nabi Nuh as. Allah SWT telah memusnahkan kaum Nuh dengan mengeluarkan air yang sangat panas dari bumi dan air yang sangat sejuk dari langit serta mendatangkan angin taufan yang sangat dasyat. Mereka telah memusuhi Nabi Nuh as. serta mengejek dan menghina pekerjaan beliau membuat kapal.
Tipu daya yang kedua ialah tipu daya kaum Saleh terhadap unta Nabi Saleh as. Kaum Saleh telah melakukan satu tipu daya dan kemungkaran dengan membunuh unta yang merupakan tanda mukjizat daripada Nabi Saleh as. Sebagai balasan dari tipu daya mereka itu, Allah SWT telah mengubah wajah mereka. Pada hari pertama wajah mereka berwarna merah, pada hari kedua berwarna kuning dan pada hari ketiga berwarna hitam. Kemudian pada hari keempat iaitu pada solat Asar ( hari Sabtu) mereka dibinasakan Allah SWT dengan satu suara dari Malaikat Jibrail.
Tipu daya yang ketiga ialah tipu daya saudara-saudara Yusuf terhadap beliau. Saudara-saudara Yusuf berusaha untuk melakukan tipu daya untuk memisahkan antara Yusuf dengan ayahnya Ya’kub as. dengan harapan agar Ya’kub tidak lagi bersama dengan Yusuf. Sehingga beliau akan melupakan Yusuf dan hanya mencintai mereka sahaja. Namun Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: “Hai saudara-saudara Yusuf, Aku akan mengaburkan penglihatan ayahmu hingga tidak dapat melihat muka-muka kamu semua, kemudian Aku akan menampakkan rasa cinta dan rindu di dalam hatinya terhadap Yusuf, sehingga sepanjang harinya ia akan mengingati Yusuf sahaja. Ia memandang Yusuf dengan hatinya dan tidak dapat melupakannya, sedangkan terhadap kamu semua ia tidak menaruh perhatian sama sekali. ”
Tipu daya yang keempat ialah tipu daya Firaun terhadap Nabi Musa as. Firaun telah mengumpulkan tukang-tukang sihir dengan pelbagai alat-alat sihir untuk menentang Nabi Musa. Lalu mereka melemparkan alat-alat sihir itu lalu menjadi pelbagai jenis ular yang mengerikan, sehingga Musa berasa bimbang. Allah SWT mewahyukan kepadanya supaya jangan takut, sesungguhnya beliau yang akan menang. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa agar melemparkan tongkat yang berada di tangannya. Lalu Nabi Musa melemparkan tongkatnya. Pada waktu itu tongkat itu berubah menjadi seekor ular yang sangat besar sambil membuka mulut menuju ke arah tukang-tukang sihir itu. Maka berlarilah tukang-tukang sihir itu dan mereka pun bertaubat. Begitulah Allah SWT membuka pintu hati tukang-tukang itu untuk bertaubat. Padahal sebelumnya mereka tergolong dalam orang-orang kafir dan khianat, bersama-sama Firaun untuk menentang Nabi Musa as. Namun, ketika mereka sujud mengakui kesalahan dan dosa mereka itu, maka Allah SWT memuliakan mereka dengan keimanan.
Tipu daya kelima ialah tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as. Orang-orang Yahudi berkata bahawa Isa as. itu adalah seorang tukang sihir. Ketika Nabi Isa mendengar tuduhan mereka itu, beliau berasa sedih dan berdoa kepada Allah SWT supaya mengubah wajah mereka. Kemudian Allah SWT mengabulkan doa beliau sehingga muka mereka berubah menjadi kera-kera dan babi-babi. Ketika berita tersebut diketahui oleh pemimpin Yahudi. Beliau menjadi takut dan khuatir seandainya Nabi Isa akan bermohon kepada Allah SWT akan celakakan dirinya. Oleh sebab itulah dia memerintahkan agar Nabi Isa as. dibunuh.
Tipu daya yang keenam ialah tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW. di kota Mekah terdapat satu tempat iaitu Darunnadwah. Di situ para penduduk Quraisy akan berkumpul jika ada sebarang perkara yang hendak dibincangkan termasuklah rancangan untuk menggagalkan dakwah Rasulullah SAW. Maka berkumpullah lima orang kaum Musyrikin iaitu Utbah, Syaibah, Abu Jahal, Abul Bukhari dan Al-Ash bin Wail. Ketika mereka merancang untuk menggagalkan dakwah Rasulullah SAW, terdapat iblis yang menyamar sebagai orang tua telah datang untuk menyertai perbincangan mereka. Setelah iblis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai seorang ulama, mereka mengizinkan dia untuk menyertai mereka. Setelah perbincangan dilakukan, mereka bersetuju untuk menghantar pemuda bersenjata dari setiap kabilah untuk menjejaki Rasulullah SAW bagi menggagalkan dakwah beliau. Kemudian turunnya Jibrail as. dengan membawa utusan bahawa baginda telah diperintahkan untuk berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Maka baginda menemui pengganti iaitu Ali untuk menggantikan tempat tidurnya untuk mengelirukan orang-orang kafir. Ketika Ali sedang tidur di tempat Rasulullah SAW, orang-orang kafir dan iblis mengepung rumah baginda. Kemudian Allah SWT memberikan mereka mengantuk dan lalai sehingga mereka tertidur dengan nyenyaknya. Maka keluarlah Rasulullah SAW diiringi sahabat setianya Abu Bakar. Apabila bangun dari tidur, mereka menyedari bahawa Rasulullah SAW telah tiada dan Ali yang menggantikan tempat tidur baginda. Maka mereka mengutuskan Suraqah bin Malik untuk menjejaki baginda dan dia berjaya menemuinya. Rasulullah SAW telah mendapat perintah dari Allah SWT bahawa baginda diizinkan untuk memerintah bumi bagi menelan Suraqah jika dia mengingkari perintah baginda untuk memeluk Islam. Suraqah telah berjanji untuk memeluk Islam tetapi setiap kali dia berjanji, dia akan mengingkari janjinya itu. Suraqah telah mengulangi perbuatan itu sebanyak tujuh kali dan setiap tujuh kali itu juga dia telah di telan bumi hingga ke lututnya. Akhirnya pada kali ke lapan dia telah betul-betul bertaubat dan menyatakan Islamnya di hadapan Rasulullah SAW.
Tipu daya yang terakhir ialah tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT. Terdapat sebuah negeri yang bernama Ailah, penduduknya adalah para nelayan. Allah SWT mengutuskan kepada mereka Nabi Daud as. untuk membawa risalah dari Tuhan berupa larangan bagi para nelayan untuk tidak menangkap ikan pada hari Sabtu sahaja. Maka Nabi Daud pun menyampaikan risalah tersebut. Mereka tetap menangkap ikan pada hari tersebut. Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah melanggar perintah Allah SWT, maka Allah SWT telah mengubah wajah mereka. Allah SWT tidak mengubah wajah seseorang Yahudi itu kerana mereka menangkap ikan, tetapi wajah mereka diubah kerana telah meremehkan perintah Allah SWT dan mengerjakan laranganNya.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nuur Amienatul Warda Bt Samsudin
Ciri-Ciri Suami Mithali
-Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua orang yang menjadi tanggungjawabnya dengan penuh semangat, penuh perhatian, dan penuh kelapangan dada.
-Menjadikan Rasullah sebagai contoh tauladan dan ikutan yang terbaik.
-Kemulian akhlak seorang suami yang soleh di ambil kira dengan sikapnya terhadap isteri kerana salah satu cirri orang yang berakhlak mulia ialah orang yang memuliakan wanita dan tidak pernah menghina wanita kecuali orang yang keji perbuatannya.
-Hal ini juga merupakan kesaksian Rasullah terhadap suami soleh yang berhias diri dengan akhlak mulia, yang dalam langkah kehidupannya sentiasa dilandasi dengan kekuatan iman dan takwa.
2) Berwajah manis
-Seorang suami yang soleh pasti akan menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap isteri. Hal ini kerana ianya dapat menanamkan kebahagian dan kesenangan dalam hati isteri.
-Rasullah telah memberikan petunjuk tentang beberapa perkara yang harus dilakukan oleh suami di hadapan isteri ketika kembali dari bermusafir :
-Menyampaikan ucapan salam kerana ianya dapat menambahkan berkat dan mendapatkan hidayah, menabur kedamaian serta ketenteraman antara suami isteri.
-Sentiasa berwajah manis lagi berseri. Senyuman yang tulus dan raut muka yang jernih akan membuatkan senang hati orang yang bertemu.
-Berjabat tangan hendaklah ditumbuh kembangkan antara suami isteri dan seluruh anggota keluarga, baik ketika keluar mahupun masuk rumah.
3) Panggilan mesra
-Untuk dapat menyeronokkan perbicaraan yang sedap lagi berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya, lebih khusus lagi kepada suami, agar mereka dapat meraih kebahagian yang sempurna.
-Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik, serta diungkap dengan ungkapan yang menarik.
-Apabila orang yang berbicara menunjukkan penghargaan, penghormatan, raut muka berseri lagi gembira dan kelembutan serta perhatian penuh, tentu lawan bicaranya akan merasa senang dan reaksi perbicaraan tersebut.
-Apabila seorang suami berbicara dengan isterinya, hendaklah dengan ucapan yang jelas, perlahan, mudah diterima dan dengan suara yang lembut.
-Apabila seorang suami memanggil isterinya, hendaklah dengan menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukai.
-Seorang suami hendaklah memanggil isterinya dengan panggilan yang manja kerana dapat menumbuhkan rasa cinta dan hormat, melukiskan rasa senang dan bahagia, melapangkan dada serta mendendangkan kemerduan pada pendengarannya.
4) Tolong-menolong
-Tolong-menolong antara suami isteri akan melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan rumahtangga.
-Suami yang baik tentu akan selalu memberikan perasaan senang kepada isterinya, baik dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun lain.
-Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan darurat.
-Suami isteri mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah rentangkan antara keduanya, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan kebahagian.
5) Bersuka ria
-Bergurau senda dan bersuka ria menurut Rasullah merupakan tiang kebahagian dalam membangunkan sebuah tuntutan rumahtangga.
-Diantara perkara-perkara yang harus diperhatikan:
-Beristirehat di sebuah taman dapat menghilangkan penat dan jemu setelah melakukan pekerjaan seharian. Tetapi hendaklah dengan menghindari kebiasaan membuka aurat dan perilaku maksiat serta menghindarkan diri dari percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
-Menunjukkan sikap mesra kepada isteri ketika menjamu hidangan sangat dianjurkan oleh Rasullah. Suasana di meja makan dapat dimanfaatkan sebagai media dialog dan menunjukkan rasa kasih sayang antara suami isteri.
-Mandi dalam satu bilik mandi sambil bergurau tidak dilarang oleh Islam kerana dapat menghidupkan rasa bahagia dalam kehidupan rumahtangga seperti saling bergantian dalam menyiramkan air ke atas tubuh dan saling menggosok badan dengan tangan.
-Di dalam bergurau, ada beberapa etika yang dianjurkan oleh Islam. Hal tersebut harus dipegang teguh sehingga dalam bergurau tetap tidak menyimpang dari kebenaran serta mengandungi hikmah dan makna.
6) Bermusyawarah
-Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagian dalam mengharungi hidupn berumahtangga.
-Musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam baik dalam rumahtangga mahupun yang lain.
-Musyawarah merupakan sebahagian tuntutan Rasullah dalam pergaulan antara suami isteri dan prinsip ini harus dipegang oleh setiap pasangan.
-Bermusyawarah dapat mencipta ketenangan dan ketenteraman di dalam hati isteri serta menghidupkan rasa ingin selalu menghargai terhadap suami.
-Musyawarah juga dapat mengabdikan hubungan cinta kasih antara suami isteri.
7) Memberikan nafkah
-Kewajipan yang paling penting bagi suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Bagi isteri pula, pemberian nafkah adalah hak yang mesti harus diterima.
-Seorang suami harus memiliki sifat pemurah dalam hal member nafkah. Islam menjanjikan pahala yang besar kepada suami yang memberikan nafkah kerana ini dapat membangunkan kebahagian rumahtangga.
-Orang yang bertanggugjawab serta tidak bakhil dalam memberikan nafkah adalah lebih baik daripada orang yang bakhil lagi tidak bertanggungjawab.
-Seorang suami harus selalu berusaha memenuhi kewajipan memberi nafkah kepada keluaraga, sesuai dengan keutamaan yang telah diajarkan oleh Islam.
-Suami yang member kelonggaran dalam hal nafkah, maka akan diberi kelapangan rezeki pula oleh Allah. Sebaliknya, bila dia bakhil, akan diberi kesempitan rezeki.
-Seorang suami yang memberikan nafkah secara baik kepda keluarganya akan mendapat hisab secara mudah.
-Seorang suami yang berupaya memenuhi kewajipannya dapat menambah rasa cinta kasih, melahirkan kebahagian, menegakkan ketaatan dan menabur kesetian kepada isteri.
-Seorang suami yang soleh akan menjauhi perangai syaitan dan menghindari penterbukaan.
-Seorang suami harus berbuat ekonomi tanpa harus bakhil dan murah hati tanpa harus terbuka.
-Semua ini dapat membahagiakan isteri agar mereka tidak merasa bosan dalam mencari nafkah dan dalam mencukupi keluaraga.
-8) Menjaga rahsia
-Menjaga rahsia adalah sebahgian dari cara menjalin keharmonian dan keutuhan hubungan antara suami isteri.
-Membuka rahsia keluarga terutamanya kenikmatan bersenggama kepada orang lain adalah hal yang sangat tidak terpuji.
-Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan sikap yang bijak serta rahsia tersebut benar-benar dijaga.
9) Memberi nasihat
-Bagi seorang suami, wajib member pendidikan dan pengajaran kepada isterinya.
-Bimbingan yang diberikan dalam Al-Quran dan Al-Hadith hendaknya dapat dijadikan rujukan bagi setiap suami dalam mendidik isteri dan anak-anak.
-Suami akan menanggung akibat yang berat sekiranya lalai menyampaikan peringatan sehingga keluaraganya masuk ke lembah kesengsaraan baik di dunia dan di akhirat.
-Rasullah melarang seorang suami menghalang isterinya pergi ke masjid sekiranya isteri dapat menjaga etika di luar rumah.
-Rasullah memerintahkan kaum lelaki supaya memberikan pelajaran kepada isteri-isterinya tentang agama agar mempunyai wawasan dan ilmi pengetahuan yang luas.
-10) Bersikap santun
-Sikap sabar, santun, pemaaf dan pandai menahan diri adalah perangai utama yang harus ada dlm pasangan suami isteri.
-Sikap-sikap ini dapat memelihara dan menjaga kebahagian serta menjauhkan rumahtangga dari bergoncang.
-Untuk menjaga keharmonian rumahtangga, suami isteri hendaklah merenungkan perkara-perkara berikut:
-Bersikap sabar dan santun
-Menyingkap perselisihan sebagai suatu hal yang wajar
-Menghindari sedih kerana factor peribadi
-Memaafkan kesalahan isteri dan menjaga kecemburuannya
-Memahami kesalahan isteri lantaran musibah
-Menjaga perasaa isteri ketika sedang haid
-Memberi syak kepada isteri
-Cara memisah dan memukul isteri
-Jangan mengumpat isteri
11) Bersikap pemaaf
-Sikap pemaaf sangat penting dalam rumahtangga. Apabila seorang suami yang menjalankan roda kehidupan rumahtangga mamiliki sifat pemaaf, maka perjalanannya akan lancar dan baik.
-Apabila suami bersikap pendendam dan suka melepaskan kedendamannya dengan menghitung secara teliti kesalahan yang dilakuka n oleh isteri, maka susahlah perjalanan rumahtangga.
-Sikap pemaaf dan lapang dada sangat diperlukan dalam mengukuhkan lagi rumahtangga.
-Jiwa serta watak pemaaf dan lapang dada adalah salah satu dari perangai Rasullah yang telah diwjudkan dalam kehidupan rumahtangga bersama isteri-isterinya. Perihal riwayat yang menerangkan tentang bagaimana Rasullah menghadapi sikap Aisyah ketika sedang sedih dan iri hati merupakan bukti konkrit ketaladanan beliau.
-Apabila seorang suami dengan sangat terpaksa tidak boleh memberikan maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, hendaklah ditegur dengan cara yang baik.
-Seorang suami hendaklah berpegang kapada beberapa akhlak ketika hendak menegur isteri iaitu:
-Jangan sampai membesar-besarkan masalah
-Mulalah teguran dengan sindiran, bukan dengan kata-kata suara
-Jangan menyampaikan teguran di hadapan orang lain, sekalipun mereka kerabat mahupun keluarga.
-Hendaklah memilih keadaan dan syarat yang tepat
-Jangan sampai teguran yang diberikan mendatangkan akibat negatif yang lebih besar
-Jagalah perasaan orang yang ditegur agar tidak merasa sakit hati dan terhina perasaanya.
-seorang suami perlu meyedari bahawa teguran yang terus menerus terhadap perkara yang mudah akan mengakibatkan kehidupan isteri terasa sempit dan hatinya menjadi keruh.
-Seorang suami harus menegur kekeliruan dan kesalahan isteri dengan cara yang baik dan ungkapan yang halus lagi sopan.
12) Budi pekerti yang baik
-Mempergaul isteri memang dituntut atas suami dengan cara suami brebudi baik, tidak menyakiti dan apabila isteri atau perbuatannya tidak dapat kawal, maka hendaklah suami bersabar terhadapnya.
-Seorang suami hendaklah selalu menjaga keseimbangan dalam mempergauli isterinya. Jadi bila dia melihat daya upaya dari isteri yang tidak sesuai dengan aturan agama (syara’), maka wajib baginya untuk tidak meredhanya.
-Di antara kebaikan mempergauli isteri adalah seimbang dalam menaruh rasa cemburu kerana itu wajib bagi suami agar tidak berburuk sangka terhadap isteri padahal tak ada hal yang meragukan.
-Adapun kecemburuan yang memang pada tempatnya, maka hal itu dikehendaki oleh agama dari arah suami yang muslim.
-Contohnya seperti permintaan suami kepada isteri supaya rasa malu dan tidak memakai pakaian-pakaian yang nipis yang tembus pandangan, yang menampakkan warna kulit serta tidak membuka kepala dan tidak memakai wangian ketika isteri bermusafir misalnya.
13) Mendidik isteri ketka menderhaka
-Dalam keadaan ini syariat membolehkan kepada suami untuk mengarah isteri dengan beberapa cara yang berbeza menuju jalan yang lurus.
-Antara cara mendidik isteri ketika menderhaka:
-Nasihat isteri
-Meninggalkan isteri dari tempat tidur, satu hari satu malam hingga tiga malam atau lebih jika diperlukan sampai seminggu.
14) Mempunyai hak talak
-Talak adalah perbuatan mubah yang paling dibenci oleh Allah. Talak dikatakan mubah (boleh) itu jikalau tidak dalam keadaan menyakitkan.
-Dalam talak, suami menjaga 4 perkara:
-Hendaklah suami menceraikan isteri dalam keadaan suci dan tidak mengumpulnya dalam keadaan itu
-Hendaklah dia hanya menceraikan satu kali
-Hendaklah suami bersikap halus dalam beralasan menceraikan tanpa kekerasan, penghinaan dan menyenangkan hati isteri dengan pemberian hadiah sebagai tanda kenangan dan penambal kesedihan akibat berpisah dengan suami
-Hendaklah suami tidak menceritakan rahsia perempuan dalam talak dan lainnya yang memang ada di saat perkahwinan
15) Kewajipan lelaki apabila isterinya tidak taat
-Nasihat adalah kata-kata yang disampaikan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Nasihat hendaklah disertai dengan pendirian dan alasan.
-Jika seorang isteri lalai di dalam melakukan kewajipannya, maka suami hendaklah menasihati dan mengingatkan akan kewajipan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
-16) Memberi pengetahuan
-Kadang-kala seorang perempuan itu memerlukan untuk mengetahui hukum-hukum bersuci, haid, nifas, solat dan puasa.
-Oleh itu, sebaiknya suami telah berlajar tentang hukum-hukum tersebut dan kemudiannya mengajarkan kepada isteri atau setidaknya dia sempat bertanya kepada para ulama tentang hukum-hukum tersebut dan memberitahu kepada isterinya.
-Jika tidak demikian, maka dia tidak boleh melarang isterinya pergi belajar dan bertanya kepada ulama.
-17) Mempraktikkan kasih sayang
-Sesungguhnya, seorang isteri mendapat kasih sayang serta kelembutan dari kedua ibu bapanya. Namun, setelah mengikat janji suci perkahwinan, seorang suami hendaklah memberikan kasih sayang dan mengerti isterinya.
-Kalau memang ingin menguasai hati isteri demi menjadikannya jujur, taat dan setia sampai akhir hayat serta hubungan suami isteri terus berjalan lancer, suami haruslah sekuat tenaga untuk selalu menampakkan kecintaan dan perhatian kepada isterinya.
-Sebahagian besar penceraian berlaku lan lantaran seorang isteri tidak mendapat cinta dan kasih sayang daripada suaminya. Keperluan jiwa isteri akan kasih sayang manakal suami kurang memberikan perhatian kerana sibuk bekerja merupakan factor yang membawa kepada penceraian.
-Cinta murni yang muncul dari hati yang paling dalam akan mampu menembus hati orang lain. Namun, jangan sampai membiarkan cinta yang murni itu hanya terkubur dalam hati dengan cara mengungkap cinta secara terang-terangan.
-18) Menghormati isteri
-Sebagaimana kaum lelaki, kaum wanita juga rasa ingin dihormati. Selain itu, mereka juga ingin tampil berwibawa di hadapan suami mahupun orang lain. Dirinya akan merasa tertekan apabila dihina atau dilecehkan.
-Menghormati isteri tidak akan mengurang kewibawaan seorang suami. Bahkan sebaliknya, kian mengukuhkan kesetian dan kecintaan suami kepada isteri sekaligus sebagai tanda terima kasih. Kerana itu, selayaknya suami menghormati isteri melebihi penghormatan yang diberikan kepada orang lain.
-Apabila seorang suami menghormati isterinya, nescaya dia akan jauh lebih menghormati suami dan anak-anak akan belajar dari ibu bapanya.
-Sebaiknya suami memahami bahawa diamya seorang isteri ketika diejek bukan kerana dirinya rela sebaliknya dalam hatinya meluap darah amarah.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Farah Dalila Binti Md Sheriff
Sumber : Pendidikan Ibadah Menurut Wasiat Luqman Abdul Rashid Ahmad
Konsep ibadah dalam Islam bukan hannya terbatas kepada soal-soal ta’abbudi seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ia meliputi pengertian yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana segala urusan dunia dan Akhirat bersumberkan petunjuk dan ajaran Allah semata-mata. Selain itu, ibadah juga berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah Ta’ala dalam segala hal. Hubungan inilah sebenarnya yang menjadi pokok pangkal dan asas utama pendidikan Islam keseluruhannya.
PENGERTIAN IBADAH
Pengertian ibadah menurut bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh dan taat.
Sementara menurut istilah pula ialah; istilah yang meliputi setiap perkara dikasihi oleh Allah dan diredhai-Nya meliputi ucapan dan perbuatan, zahir dan batin.
IBADAH ADALAH HAK ALLAH
Sesiapa yang mengenal Allah Ta’ala sudah tentu akan mengatakan bahawa Dia sahajalah yang berhak dicintai, dibesarkan dan diserahkan segala puji-pujian dan kesyukuran. Ini adalah kerana hanya Allah yang memberikan hidup kepadanya serta menyediakan pula segala sesuatu yang diperlukan untuk kelangsungan hidupnya.
Firman Allah: Terjemahannya : Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (Surah al-Baqarah 2:21-22)
KEDUDUKAN SOLAT
Solat adalah suatu bentuk ibadah yang sudah dikenali sejak dahulu. Ia merupakan lambang bagi setiap agama. Sejarah agama tidak menganggap adanya satu-satu agama itu kecuali bila adanya solat. Namun demikian, solat di dalam Islam mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu, sesuai dan selaras dengan keistimewaan Islam itu sendiri sebagai ajaran dan cara hidup yang sempurna dan lengkap bagi manusia.
Solat merupakan symbol pengabdian kepada Allah Ta’ala. Ia sentiasa memberikan kita kesedaran iman yang berterusan kepada seseorang Muslim. Sebaliknya tanpa solat tidak akan hadir kesedaran yang mendalam terhadap Allah dan Hari Akhirat. Malah ia menyebabkan seseorang itu merasa berat dan susah untuk mendirikan solat.
KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM
Solat merupakan perkara yang sangat diberi keutamaan dalam Islam. Di mana keutamaan seperti ini tidak pernah diberikan kepada ibadah yang lain. Hal yang demikian dapatlah dibuktikan melalui dalil-dalil yang terang dan jelas sama ada dari al-Quran al-Karim mahu pun Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang masing-masing sangat mengambil berat dan menumpukan perhatian terhadap perintah solat. Sebaliknya ancaman seksa yang berat bagi orang yang mencuaikan kewajipan solat.
SOLAT MENURUT AL-QURAN AL-KARIM
Antara dalil-dalil yang telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran tentang solat adalah seperti berikut:
1-Doa Nabi Ibrahim Khalilullah
2-Perintah pertama daripada Allah ke atas Nabi Musa
3-Solat disebutkan oleh Nabi Isa ketika masih dalam buaian
4-Solat adalah ibadat yang wajib ditunaikan pada setiap keadaan
5-Ancaman seksa kerana meninggalkannya
6-Solat adalah syiar golongan Muttaqin
SOLAT MENURUT AS-SUNNAH
-Amalan yang mula-mula dihisab Allah
-Solat adalah tiang agama
-Garis pemisah di antara iman dan kufur
-Meninggalkan solat menjatuhkan pelakunya kepada Syirik dan Kufur
-Solat adalah kunci kajayaan di akhirat
-Solat adalah ibadat yang diterima langsung daripada Allah
-Ibadat pertama yang difardukan ke atas kaum muslimin
-Wasiat terakhir Rasulullah
PENGERTIAN SOLAT
Istilah solat menurut bahasa ialah: doa.
Manakala menurut istilah syarak pula ialah; “Ucapan-Ucapan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam, dengan memenuhi syarat-syarat tertentu, diikuti dengan hati, fikiran, lidah dan tubuh badan. ” Perkataan solat adalah di ambil daripada perkataan silah yang bermaksud hubungan.
Justeru ia menghubungkan dan mendekatkan diri seseorang kepada rahmat Allah Ta’ala.
SOLAT ADALAH FARDU YSNG TELAH DITENTUKAN WAKTUNYA
Kita wajib menunaikan solat lima kali sehari seperti yang telah di tetapkan oleh syarak. Ketentuan ini akan berterusan bagi seluruh manusia tidak kira batas umurnya atau tahap pencapaian rohaninya. Kedudukan rohani yang tinggi itu mendorong seseorang supaya lebih mengutamakan solat.
KESAN PENDIDIKAN DARIPADA IBADAH SOLAT
Solat itu adalah hasil penggabung jalinan antara dua unsur asasi kejadian manusia, iaitu rohani dan jasmani, zahir dan batin. Solat juga merupakan ibadah wajib harian bagi setiap Muslim yang perlu dilakukan berulang-ulang secara berterusan hingga ke akhir hayat pada setiap pagi, petang dan malam
Jadi, jelaslah bahawa amalan dan kewajipan solat merupakan suatu bentuk didikan Ilahi yang semestinya akan membuahkan kesan-kesan positif yang amat banyak dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.
ASPEK KEJIWAAN
-Memberikan ketenangan jiwa
-Solat memberikan kekuatan jiwa
ASPEK KESIHATAN
Islam adalah agama yang berasaskan kenyataan. segala hukum dan peraturannya ditegakkan di atas kenyataan. Manakala kenyataan menunjukkan bahawa ilmu itu tidak akan diperolehi melainkan dengan kesihatan. Harta itu tidak dapat diperolehi melainkan dengan kesihatan. Jadi, kesihatan merupakan modal utama bagi kehidupan insane.
-didikan menjaga kesihatan
-i)mulut
-ii)sedutan hidung
-iii)kulit
-melatih badan agar cergas aktif
ASPEK AKHLAK
-Menyedarkan daripada kesalahan
-Solat dapat menghapuskan dossa
-Mencegah perbuatan mungkar
-Mendisiplinkan waktu
ASPEK KEMASYARAKATAN
-Kemerdekaan, i)kemerdekaan jiwa, ii)kemerdekaan menggemukkan pandangan dan kritik
-Persaudaraan
-Persamaan
NIZAM AL-HISBAH
Menurut bahasa al-Hisbah bererti bilang atau hitung.
Al-hisbah juga bermaksud; menyerahkan segala perhitungan balasan kepada Allah SWT. atau mengharapkan segala balasan daripada Allah.
PENGERTIAN AL-MA’RUF DAN AL-MUNKAR
Al-ma’ruf ialah segala perkara yang dianjurkan oleh syarak termasuk mengerjakan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Al-munkar ialah perkara yang menyalahi syarak, termasuk mengerjakan perkara-perkara yang dilarang dan meninggalkan perkara-perkara yang diperintah sama ada zahir mahupun batin.
KEWAJIPAN MENYERU KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN
1-Dalil al-Quran al-Krim
2-Dalil al-Hadis
3-Dalil Athar
BALASAN KERANA MENGABAIKAN TUGAS AMAR MA’RUF DAN NAHI MUNKAR
Sesiapa yang tidak melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran akan mendapat laknat daripada Allah SWT.
Mereka juga akan menerima balasan seksa daripada Allah dan doa mereka tidak akan diperkenankan.
CELAAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENYURUH ORANG LAIN BERBUAT BAIK TETAPI MELUPAKAN DIRI SENDIRI
Sabda Rasulullah SAW. : Terjemahan : Dibawa seorang lelaki pada Hari Kiamat nanti, lalu dicampakkannya ke dalam neraka, kemudian terkeluarlah (daripada perutnya) usus-usus perut di dalam neraka itu, lalu berpusing-pusing sebagaimana berpusing-pusingnya keldai pada kisarannya. Kemudian, semua penghuni neraka berkumpul kepadanya sambil bertanya : “Wahai si anu, apa hal dengan kamu? Bukankah kamu yang menyuruh kami berbuat kebaikan dan melarang kami daripada kemungkaran?” Jawabnya : “Memang akulah yang menyuruh kamu kepada kebaiakan tetapi aku tidak melakukannya dan akulah yang melarang kamu daripada kemungkaran sedangkan aku melakukannya”.
KEUTAMAAN
1-Kewajipan dan sifat mukmin
2-Jihad yang paling utama
3-Tugas para rasul
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nuramalina Binti Nokman
Musibah Dan Hakikatnya Serta Balasannya
Firman Allah SWT Ertinya: “Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya –lah kami kembali. Mereka itulah orang yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk. ” (Al-Baqarah: 156-157)
Khalifah Umar bin Al- Khattab ra berkata: Sebaik-baik ucapan kemulian bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya –lah kami kembali. “ Sebagai mana yang dijelaskan dalam hadith Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah akan, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya akan member petunjuk kepada hatinya. ”
Di samping itu juga, untuk mengetahui hakikat dari cubaan atau musibah, yang ditimpakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya itu dapat diperhatikan dari sebuah hadith Qudsi yang maksudnya: “Allah berfirman kepada para malaikat-Nya: “Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya. ” (Hadis Riwiyat Tabrani)
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-Nya itu. Orang yang telah mengaku dirinya beriman, sudah tentu harus melalui ujian dan cubaan dan hubungan antara manusia dengan kehidupan adalah hubungan antara ujian dan cubaan, hubungan dab cubaan itu tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan sahaja, akan tetapi dapat juga berupa kesenangan kemewahan dan sebagainnya.
Ujian yang berat adalah nikmat kesenangan, sedangkan yang ringan adalah ujian yang menimpa pada badan, seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini dimaksudkan untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah SWT, kalau ternyata ia sabar, ditetapkan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dari dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjadi suatu nikmat baginya.
Ujian yang paling berat bagi kaum lelaki ialah apabila ia diuji dengan wanita, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sepeninggalanku nanti tiadalah ujian yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki kecuali godaan wanita” (HR. Bukhari)
Dari keterangan yang telah di huraikan di atas dapatlah disimpulkan di sini, bahawa tujuan dari musibah atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya itu ialah:
1. Untuk membersihkan dan memilih, mana orang mukmin sejati dan mana orang yang munafik.
2. Untuk mengankat darjat serta menghapuskan dosa
3. Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seseorang hamba.
4. Untuk menbentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi
5. Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian
(b)Berita gembira bagi mereka yang ditimpa musibah
Kalimah istirja’
Ucapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT bagi orang yang ditimpa musibah yang Ertinya –
“Kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali”
Ini adalah sebagai benteng, tempat berlindung supaya syaitan tidak mampu untuk mempengaruhi orang yang terkena musibah, sehingga ia tidak berfikir yang buruk, serta tetap dalam keadaan tenang.
Rasullulah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang ditimpa musibah lalu ia berkata sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita akan kembali. Ya AllaH! Kurniakanlah kami pahala atas musibah ini dan berilah kami ganti dengan yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya, dan akan menberi ganti dengan yang lebih baik”
Hadith ini merupakan peringatan bagi orang yang sabar atas musibah yang menimpa dirinya sebagai mana firman Allah yang bermaksud:Ertinya: “Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar”(Al- Baqarah: 155)
Sesungguhnya bagi orang yang membaca istirja’ ketika ditimpa musibah, mereka akan memperoleh rahmat dan belas kasihan dari Allah SWT dan ia termasuk orang yang mendapat petunjuk dari-Nya.
Ummi Salamah ra berkata: Ketika Abu Salamah meninggal dunia, saya pergi menemui Rasullulah SAW dan berkata kepada baginda: ‘Ya Rasullulah! Abu Salamah telah meninggal dunia. ” Baginda menjawab, ”Ucapakanlah olehmu: Ertinya Ya Allah! Ampunilah saya dan dia, jadikanlah tempat kembaliku tempat yang baik. ”
Saya pun menyucapkan apa yang telah diajarkan oleh Rasullulah itu, lalu Allah telah menggantikan untuk saya dengan pengganti yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasullulah SAW sendiri.
UBAT BAGI ORANG YANG TERKENA MUSIBAH
Firman Allah SWT:Ertinya: Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya –lah kami kembali. ”(Surah Al-Baqarah: 155)
Pertama, orang yang ditimpa musibah itu akan menyedari dengan sebenar-benarnya, bahawa dirinya, keluarganya, hartanya, anaknya adalah milik Allah SWT. Allah telah mengurniakan semua itu kepada hamba-Nya adalah sebagai barang pinjaman maka apabila Allah mengambil semula dari tangan hamba-Nya, tidak ubah seperti orang yang mengambil barang yang dipinjamkan
Kedua, sesungguhnya asal diri seseorang hamba dan kembalinya adalah kepada Allah semata, Tuhan yang sebenarnya, justeru itu haruslah ia meletakkan dunia di belakang punggungnya dan ia akan datang kepada Tuhannya di hari kiamat dalam keadaan sendirian, sebagaimana Allah menciptakannya pertama kali, iaitu tanpa keluarga dan tanpa harta. Bahkan ia nanti akan datang kepada Allah dengan amal kebaikan dan amal keburukannya.
Disamping itu pula bagi orang yang ditimpa musibah itu hendaklah merasa yakin, bahawa apa yang menimpanya bukanlah untuk menghancurkanya.
Ertinya: Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri”(Al-Hadid: 22-23)
Adapun penawar di dalam ayat tersebut ialah:
(a)Hendaklah selalu menperhatikan Al-Quran dan Sunnah
Hendaklah orang yang ditimpa musibah tersebut selalu memperhatikan apa yang terkandung dalam firman Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya. Maka disitu ia akan menemukan penjelasan dari Allah SWT yang akan memberikan pahala yang sangat besar terhadap orang yang sabar dan rela menerima cubaan dari-Nya.
Justeru itu selaku seorang hamba hendaklah menyedari bahawa kesabaran dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi musibah adalah sangat dituntut.
(b)Selalu melihat dengan mata hati
Sesungguhnya kepahitan yang dialami di dunia ini adalah kemanisan di alam akhirat, dan kemanisan di dunia adalah kepahitan di akhirat. hal ini memang merupakan ketentuan dari Allah SWT. Justeru itu, untuk menghapuskan sifat yang terlalu mencintai dunia, seseorang itu hendaklah sentiasa berusaha untuk memperhatikan dan mengimani apa yang telah dijanjikan oleh Allah SWY kepada hamba-Nya yang taat serta kekasih-kekasih-Nya berupa kenikmatan syurga yang abadi serta kebahagiaan yang kekal.
(c)Selalu memohon kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya
Memohon pertolongan dari Allah SWT dan bertawakal kepada-Nya, serta melihat keagungan-Nya dengan melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya, termasuk juga memohon pertolongan dalam menghadapi musibah dengan penuh kesabaran dan sentiasa mengerjakan solat.
TERDAPAT TIGA (3) PERKARA YANG ALLAH AKAN MENGUJI KETINGGIAN AKAL MANUSIA IAITU:
1. Dengan harta yang melimpah ruah.
2. Dengan diturunkan musibah
3. Dengan pangkat dan kekuasaan.
(d)Selalu mengingati musibah lama dan mengulangi ucapan istirja’
Sabda Rasullulah “barangsiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ia mengingati musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja’ walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan member pahala kepadaNya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu” (R. Ibn Majah)
(e)Hendaklah membezakan dua macam kenikmatan
Bagi orang yang terkena musibah hendaklah ia memerhatikan dan membezakan mana di antara kedua nikmat yang lebih utama, iaitu di antara kenikmatan di dunia yang fana’ ini dengan kenikmatan akhirat yang kekal abadi. Ketahuilah, sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara, sebagaimana firman Allah SWT:Ertinya: “katakanlah, kesenangan di dunia ini hanyalah sebentar”
Sebahagian ahli hikmah berkata: bagi orang yang bodoh, ia akan mengerjar sesuatu yang tidak ada, dan meninggalkan sesuatu yang sebenarnya ada. Bagi orang yang tidak mahu meninggalkan sesuatu yang sebenarnya tidak ada, maka ia tidak akan mendapatkan sesuatu yang sebenarnya ada. Yang dimaksudkan di sini adalah kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.
(f)Hendaklah selalu menguatkan keyakinan diri
Tujuan allah berbuat demikian bukanlah untuk membinasakan manusia dan juga bukan untuk menyeksanya, tetapi adalah untuk menguji ketabahan serta kerelaan hati seseorang. Disamping itu juga tujuan Allah berbuat demikian adalah untuk mendengar pemohonan seseorang dengan penuh rasa kerendahan diri kehadratNya.
Abu Al-Faraj Ibn Al- Jauzi berkata: ada enam perkara ubat bagi orang yang terkena musibah, iaitu:
-Hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang.
-Hendaklah seseorang itu meyakini setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari Allah.
-Hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain, selain dirinya.
-Hendaklah ia membandingkan antara musibah yang menimpa dirinya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.
-Hendaklah ia mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang pergi itu masih boleh mendapat gantinya.
-Hendaklah orang yang terkena musibah itu menharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik untuk dirinya.
ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR
Agar kita rela menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita, maka kita perlu mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita itu. Dengan yang demikian kita akan mengetahui mana-mana akan ketentuan-ketentuan yang harus kita terima apa seadanya, dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha merubahnya.
Takdir terbahagi kepada 2:
•TAKDIR MUBRAM
•TAKDIR MU’ALLAQ
(a)TAKDIR MUBRAM
Takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya. Sebagaimana firman Allah;“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya”(Al-Araf: 34)
Seperti contoh: seorang anak sudah berjalan di tepi jalan dengan baik dan berhati-hati. Dengan tidak disangka-sangka, tiba-tiba ada kereta yang merempuhnya, sehingga anak tersebut tidak ada kesempatan untuk menghindarkan diri. Maka yang demikian itu adalah takdir mubram kerana tidak ada kesempatan untuk manusia berikhtiar untuk mengelak daripada bahaya tersebut.
(b)TAKDIR MU’ALLAQ
Takdir mu’allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, atau usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia.
Manusia wajib berikhtiar dan berusaha mengikut kemampuannya merubah keadaan supaya menjadi lebih baik menurut apa yang dikehendakinya. Dengan akal fikirannya, manusia mencurahkan segala usahanya untuk mencapai cita-citanya dengan melengkapi syarat-syarat kearah tercapainya tuuannya itu.
Persoalan berhasil atau tidak usaha tersebut adalah bergantung kepada Allah, namun ini bukanlah alas an untuk berputus asa. Manusia yang mempunyai akal yang sihat pasti berkeinginan untuk memecahkan segala masalah yang dihadapinya, berusaha untuk menjawab tentangan yang menghalanginya. Hal ini merupakan sesuatu yang biasa dalam kehidupan.
Seperti contoh, orang yang sakit pergi berbuat supaya mereka cepat sembuh, orang yang terjatuh kedalam lumpur berusaha naik ke tempat yang kering. Ini adalah satu usaha untuk merubah keadaan yang semula kepada yang lebih baik dan sempurna. Sebagaimana firman Allah:
Ertinya; “Sesungguhnya allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”
PERBUATAN MANUSIA DAN TAKDIR MU’ALLAQ
Hanya dengan pertimbangan akal fikiran, manusia akan dapat mengetahui sesuatu yang baik dan yang buruk, sebagai contoh bagi seseorang yang telah mengetahui bahawa api itu panas, lalu di masukkan tangannya ke dalam api tersebut, maka hanguslah ia. Dalam hal ini siapakah yang salah? bukankah ia sudah mengetahui akan bahaya api, serta Tuhan pun telah memperingatkan dan melarang untuk mencelakan diri?
Begitulah, kalau manusia yang telah diberi petunjuk oleh Tuhan di dalam kitab dan Sunnah Rasul-Nya kemudian ia melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah atas perbuatan itu maka ia dimasukkan ke neraka. Justeru itu sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya itu dengan kesedaran: dan pertimbangan otaknya yang sihat. Maka sudah sepatutnya, kalau Allah menghukum kepada orang yang berbuat salah sebagaimana kerajaan menghukum kepada orang-orang yang berbuat salah pula.
Dengan demikian, dapatlah kita ketahui bahawa perbuatan manusia itu termasuk dalam takdir mu’allaq, sebaimana firman Allah:Ertinya: “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. ”(An-Nisa:79)
Maka dapatlah difahami, bahawa di dalam menghadapi cubaan atau musibah yang datangnya dari Allah, ada perkara-perkara yang harus kita terima apa adanya kerana ianya tidak dapat diubah dan kita harus menerimanya dengan penuh kesabaran dan kerelaan. Namun ada pula ketentuan yang dituntut kepada kita supaya berikhtiar untuk merubahnya kearah yang lebih baik, maka kesalahan akan ditimpakan kepada diri kita sendiri
MANUSIA DALAM LINGKARAN TAKDIR
Berusaha wajib dilakukan oleh manusia, kita juga sering mendengar dalam ungkapan sehari-hari: jangan menyerah kepada nasib. Ungkapan itu tidaklah bererti manusia dapat menolak nasib atau takdir, tetapi berusaha merubahnya nasibnya, jika masih berada dalam nasib yang belum sesuai dengan harapannya. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha merubahnya sendiri. Firman Allah yang maksudnya: “Baginya apa yang diusahakannya, dan untukmu apa yang kamu usahakan pula. Dan kamu tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa yang mereka perbuat. ”(Al-Baqarah:13)
Usaha untuk merubah takdir, agar mendapat takdir yang diharapakn, bukan hanya sekadar mengenai kehidupan duniawi akan tetapi juga kehidupan ukhrawi. Orang akan tertawa kerana memperoleh takdir yang menyenangkan begitu juga sebaliknya orang akan menangis kerana menperolehi takdir yang tidak mengenangkan, hal ini berlaku dalam peristiwa apapun juga. Sebagai contoh takdir yang tidak dapat dielakkan setelah orang itu berusaha dalam ketentuan Allah, firman Nya:Ertinya: “Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin “(An-Najm:48)
Manusia tidak dapat memilih, bila, dimana, dan dengan cara apa dia dimatikan oleh Alah SWT. Takdir yang demikian itu pasti akan datang dan dialami oleh setiap manusia, dan ia tidak akan dapat mengelak apabila mat telah datang menjemputnya.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Suaidah Bt Che Mohd Rawawi
Godaan Syaitan Semasa Sakaratul Maut
Peristiwa akhirat adalah pasti terjadi. setiap orang yang harus mempercayainya. sebelum menempuhi alam akhirat, setiap orang menghadapi alam kubur atau alam baka. akhirat itu adalah alam ghaib di luar kemampuan fikiran manusia. kita hendaklah yakin bahawa hari akhirat itu akan datang dan beriman dengannya.
Di dalam AL Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW berita mengenai akhirat diterangkan dengan lengkap, luas, dan jelas. kiamat yang pertama berlaku apabila nyawa terpisah dari badan, rohnya diterima oleh Tuhan ditempatkan di Luhil Mahfuz. Sementara jasad akan bersemadi di dalam kubur. Sesiapa yang banyak amaln di dunia tidak akan mendapat seksa. Bagi yang tiada amalan akan mendapat seksaan kubur yang pedih.
Ketika sangkakala ditiup, maka berterbanglah mereka bangkit dari kubur masing-masing menuju ke Padang Mahsyar. Di sini amalan mereka di kira dan di adili oleh Tuhan dengan seadil-adil timbangan. Sesiapa yang berat amalan baik akan dimasukkan ke syurga melalui titian Siratul Mustaqim. Bagi yang sedikit amalan baik dan banyak amalan jahat akan jatuhlah ke neraka jahanam.
Dalam syurga mereka akan hidup dengan bahagia dan kekal di dalamnya untul selama-lamanya. Manakala yang masul di neraka mereka hidup dengan terseksa dijilat api yang panas membara. Umat Nabi Muhammad bagaimana besar pun dosanya setelah habios hukuman akan dimasukkan ke syurga Jannatun Naim.
MENGINGATI MATI
Sebelum manusia dilahirkan mereka tidak bercita-cita untuk hidup dan setelah hidup mereka tidak pula ingin mati. Itulah manusia. Kebanyakkan manusia lupa tujuan mereka di hidupkan dan mereka juga lupa bahawa hidup di dunia ini tidak akan kekal untuk selama-lamanya. Kematian akan datang bagi setiap orang yang hidup. Antara sebab-sebab manusia tidak teringat akan mati adalah :
1. Ingin hidup selama-lamanya
Sudah menjadi hukum alam, manusia tidak pernah merasa puas dengan hidu dan tidak ingin mati. Mereka takut mati dan tidak ingin berpisah dengan keluarga. mereka juga sayang dengan harta benda yang melimpah. padahal meraka lupa hidup di dunai tidak abadi. semua makhluk akan mati. Firman Allah Taala :‘Dan (kehidupan) akhirat itulah yang lebih baik dan kekal abad. ’ (Al’Ala :17)
2. Ingin menikmati kesenangan (taksub dengan harta duniawi)
Manusia sentiasa mencari jalan untuk hidup senang lenang dan mengumpul kekayaan. Mereka tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Firman Allah Taala:‘Orang-orang kafir itu dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamorgana di padang pasir. Dari jauh di sangka air setalah mereka sampai di tempat itu kiranya tidak ada sesuatu. Mereka di sisi dihisap denagn sempurna. Dan Allah begitu pantas menhisap mereka. ’ (An-Nur : 39)
Kesenangan di dunia diumpamakan Tuhan seperti fatamorgana. Ianya Nampak tapi setelah didapati ianya hilang. Kesenangan yang sebenar-benarnya di dunia tidak ada. Dalam kesenangan ada kesusahan. Ada orang yang menyangka kesenanagn itu terletak pada harta benda yang banyak. Manusia menjadi kedekut kerana ingin menikmati kekayaan.
Firman Allah Taala:(Dan tidak ada kesenangan di dunia ini, melainkan hanya tipu daya semata-mata. ’ (Al-Imran: 581)
3. Takut menghadapi kematian ( kerana banyak berbuat dosa)
Firman Allah Taala:‘Maut itu, kamu akam melarikan diri daripadanya. ’ (Al-Jum’ah: 8)
Manusia yang banyak melakukan dosa takut untuk menmghadapi mati. Mereka akan sentiasa lari daripadanya wal hal mereka tahu mati akan terjadi. Orang yang beriman tidak takut akan mati malah mati itu lah yang di ingininya. Mati itu adalah pintu gerbang alam akhirat. Orang yang beriman akan cinta kepada Allah, semakin tebal imannya semakin kuat ia mencintai Allah.
Hadis Abi Hurairah RA katanya:Bersabda Nabi Muhammad SAW ; Barangsiapa yang tidak suka menemui Allah maka Allah tidak suka pula menemuinya.
Dan Firman Allah Taala:‘Katakanlah! Jika benar kamu mendapat syurga di akhirat nanti di sisi Allah dengan tidak berserta manusia lain, maka hendaklah kamu mencintai mati, jika kamu orng yang benar. (Al-Baqarah ; 49)
Kalau seseorang itu selalu mengingati mati maka timbullah sifat-sifat baik bagi dirinya seperti:
-Abia iaitu rajin beribadat
-Sakinah iaitu perasaan yang tenang dan tidak pernah gelisah
-Warak iaitu tidak mahu melakukan maksiat
-Zuhud iaitu hati tidak melekat pada harta
Setiap orang yang hidup pasti mati. Namun cara seseorang itu menghadapi maut adalah berbeza. Ada yang susah dan ada yang senang. Sesiapa yang turut menyaksikan orang yang menghadapi sakratul maut akan insaf dan manimbulkan perubahan jiwa seperti:
-Lembut perasaan hati
-Hilang nafsu membuat maksiat
-Hilang pengaruh harta
-Hilang kesuh-kesah
Apakah yang harus kita lakukan ketika menghadapi orang yang sedang sakit maut?
Berikut adalah perkara yang harus dilakukan di saat menyaksikan orang yang sedang sakratul maut.
1)BERDIAM DIRI TIDAK BERBICARA
Sesiapa yang menziarahi orang yang sedang sakit maut hendaklah dai berdiam diri kerana di khuatiri akan mengangu si mati. orang yang sakit itu sedang berjuang menghadapi sakratul maut, syaitan akan mengodanya dengan pelbagai dugaan. Di saat rohnya terpisah dari jadasnya syaitan akan lakukan sedaya upaya supaya matinya seseorang itu dalam kesesatan. Syaitan akan mengoda dengan sekuat-kuatnya sehingga manusia lupa akan Allah. Firman Allah:‘Syaitan mengoda mereka sehingga lupa mengingati Allah. Mereka itu termasuk golongan syaitan. Ketahuilah bahawa orang-orang yang termasuk golongan syaitan, mereka itu rugi. ’ (Al-Mujadalah: 19)
2)MEMBACA TALKIN
Talkin ertinya mengajar si mati untuk mengucap kalimah ‘Lailaha illallah’ berulang- ulang supaya si mati ingat hanya berpegang teguh kepada Allah. Seorang muslim hendaklah sentiasa mengingati Allah walaupun dalam saat-saat terakhirnya. Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW:
‘Barangsiapa yang mengatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah di akhir perkataan itu nescaya ia akan masuk syurga. ’
3)MEMBACA DOA
Ketika menziarahi orang yang sedang menghadapi sakratul maut atanu orang yang meninggal dunia hendaklah kita sedeqahkan doa, moga-moga dosanya diampuni Tuhan. Inilah pertolongan kita kepadanya semoga rohnya diberi kemudahan keluar dari tubuh, diringankan azab kubur, penderitaan di akhirat dan mendapat tempat di akhirat.
GODAAN-GODAAN DALAM SAKRATUL MAUT
Mati ialah berpisah nyawa dengan tubuh. nyawa akan tetap hidup terus menerus sanpai hari kiamat, sedang tybuh hancur menjadi air dan tanah. Nyawa akan kembali kepada Tuhan manakala tubuh kembali kepada asalnya iaitu tanah. Sebelum malaikat maut tugasnya dan sebelun nyawa terpisah dari anggota tubuh maka masimg-masimg anggota tubuh, ruas pergelangan masing-masing mengucapkan selamat berpisah sampai berjumpa lagi di hari kiamat. Meskipun tubuh badan kita telah hancur di dalam kubur pada hari kiamat semua akan berkumpul menjadi satu tubuh semula.
Waktu dalam sakratul maut itu ada orang yang susah, huru-hara, penuh dengan godaan- godaan syaitan hingga matinya menjadi susah. Bagi mereka yang derhaka terhadap Allah, iaitu orang- orang yang melakukan dosa besar maka susah baginya untuk mati kerana hukuman Allah terhadapnya. Antara dosa besar yang menyebabakan roh susah keluar daripada badan ialah syirik, nmurtad, dan derhaka kepada ibu bapa. Susah itu juga kerana kuatnya godaan. Orang beriman dan beramal soleh juga mengalami dugaan. Namun, bagi orang yang beraml soleh matinya senang. Huru-hara yang dialaminya adalah bermacam-macam. Ada yang nampak bayangan berupa tangga biru yang turun dari langit, harta, maksiat yang dilakukan, dan ada godaan yang mereka merasa haus dan lapar. syaitan akan berbuat pelbagai godaan sehinnga mereka lupa akan Allah Taala.
Bersabda Nabi Muahmmad SAW:‘Bahawa mayat itu setelah mula gelap pandangan matanya dia nampak sebuah tangga yang tegak antara langit dan bumi. Tangga itu antara zamrud warna biru yang indah sekali. Belum pernah ia lihat seindah itu. Maka ketika itulah dia membuka matanya dan diikuti penglihatannya. ’(riwayat bukhari)
‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’(riwayat tarmizi dan nasa’i)
Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu dalam syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan seorang lagi menyerupai bapan yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)
Begitulah godaan syaitan ketika seseorang berdepan dengan maut. Detik- detik roh itu akan keluar dari tubuh akan meninggalkan alam dunia. Malah bermacam-macam lagi dugaan sebenarnya.
KESIMPULAN
Dari Tuhan kita datang kepada-Nya juga kita kembali. Allah telah berjanji kepada hamba-Nya yang taat akan perintah-Nya akan mendapat ganjaran syurga manakala yang ingkar terhadap perintah-Nya akan mendapat balasan neraka. Dunia ini terlalu tua usianya dan telah nampak tanda-tanda kiamat telah dekat, dunia sentiasa berperang dan manusia berlumba-lumba mengumpul harta. Harta dunia tidak akn kekal melainkan ibadah dan amal soleh yang akan dibawa ke akhirat sebagai bekalan. Dari itu sedarilah kebesaran Tuhan dan sentisalah memohon petunjuk daripada-Nya agar kita tergolong dalam golongan yang beriman dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Baitil Itrah Bt. Che Soh
Rukun Islam
Terjemahan: “Maka beritahukanlah kepadaku tentang Islam:: Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baytullah sekiranya berupaya. ”
Berdasarkan keterangan hadith yang mulia ini, dapatlah disimpulkan bahawa di dalam Rukun Islam itu mengandungi tiga perkara penting, iaitu:
a)Penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
b)Penyaksian bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah
c)Amalan sahih, di mana puncaknya ialah solat, zakat, puasa dan haji. Sesungguhnya keempat-empat jenis amalan salih ini disebutkan kerana pentingnya dan bagi menarik perhatian tentang betapa perlunya amalan sahih bagi setiap Muslim. Sesungguhnya tidak memadai bagi setiap Muslim itu hanya melafazkan dua kalimah shahadah, bahkan dituntut baginya mengamalkan segala tuntutannya.
Lafaz shahadah itu maksudnya ialah al-‘ilm (pengetahuan), al-i’lam (pemberitahuan), al-iktibar (perkhabaran) dan al-bayan (penjelasan). Oleh kerana itu disebut al-shahid (orang yang bersaksi) itu sebagai shahid (saksi) kerana dia telah mengkhabarkan maklumat yang diketahuinya. Penjelasan dan perkhabaran itu boleh disampaikan melalui ucapan atau perbuatan. Antara bentuk shahadah dengan bentuk ialah sebagaimana yang dinyatakn oleh firman Allah:
Terjemahan: “tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedangkan mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mreka sendiri…. ” (Surah al-Tawbah 9:17)
Ini merupakan shahadah daripada diri mereka sendiri melalui perbuatan yang dilakukannya. Shahadah ini bermaksud segala perbuatan mereka itu menjelaskan dan membutikan bahawa mereka adalah kafir. Kalimah shahadah itu mengandungi pengakuan pengiktirafan dan keyakinan. Justeru orang yang bersaksi itu memang meyakini kesahihan pengakuan dan perkhabaran yang telah dinyatakannya. Sekiranya dia bersaksi dengan sesuatu yang tidak diyakininya, maka shahadah tersebut adalah dusta, kerana pemberitahuaanya itu tidak menepati keyakinan pegangannya. Firman Allah: Terjemahan: Apabila orang-orang munafiq dating kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata “kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. ” Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau adalah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (surah al-Munafiqun 63:1)
Golongan munafiq itu berdusta, kerana mereka tidak mengiktiraf kesahihan ucapan mereka dan mereka juga tidak yakin berpegang dengan apa yang mereka ucapkan. Maka kalimat ashhadu itu menunjukkan kepada pengertian al-‘ilm (pengetahuan), al-ma’rifah (pengenalan) dan al-bayan (penjelasan). Selain itu ia juga megandungi pengertian al-iqrar (pengakuan), al- idh’an (kepatuhan) dan al-i’tiqad (keyakinan yang teguh).
Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan, maka dapatlah disebutkan pengertian kalimat al-tawhid – Ashhadu an la ilaha illa Allah – ialah : Sesungguhnya aku mengetahui, mengakui, mengiktiraf dan berkeyakinan teguh bahawa Al-Ma’Bud Al-Haqq (Tuhan yang berhak disembah sebenar-benarnya) di mana tiada tuhan yang lain yang berhak diserahkan ibadat ialah Allah Ta’ala. Aku jelas dan buktikan keyakinan teguh sedemikian melalui ucapn, perbuataan dan tingkahlaku. Usaha megesahkan Allah Ta’ala dalam ibadat, diistilahkan sebagai Tawhid al-Uluhiyyah, di mana di dalamnya turut meliputi pengertian Tauhid al-Rububiyyah. Maksudnya ialah keyakinan yang teguh bahawa Allah Ta’ala itulah satu-satunya Rabb al-‘Alamin ( tuhan semesta alam). Maka jenis-jenis tawhid terbahagi kepada dua:
i. Tawhid al-Uluhiyyah dan
ii. Tauhid al-Rububiyyah
Justeru kerana Tawhid al-Uluhiyyah inilah, maka Allah telah mengutuskan sekelian rasul, sebagaimana firman-Nya:
Terjemahan : Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) mana-mana rasul, melainkan Kami wahyukan kepadanya : ‘Bahawasanya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Oleh itu beribadatlah kamu kepada-Ku. ’ (Surah al-Anbiya’ 21 :25)
Terjemahan : Dan sesungguhnya kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap uma seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : ‘hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut…’ (Surah al-Nahl 16 :36)
Terjemahan : Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengustukan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata : ‘ Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada tuhan bagi kamu yang berhak disembah selain daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepada-Nya. ’ (surah al-Mu’minun 23 :23)
Terjemahan : Dan kepada kaum’Ad, (Kami utuskan) saudara mereka : Nabi Hud. Dia berkata : ‘Wahai kaumku ! sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya). Oleh itu tidakkah kamu mahu bertakwa kepada-Nya. (Surah alA’raf 7 :65)
Ibadat kepada Allah itu tegak di atas asas al-hubb al-khalis (cinta setulusnya) kepada Allah, diikuti sertakan kepatuhan sepenuhnya kepada-Nya. Bukti benarnya perasaan sedimikian dalam diri sesorang hamba itu dapat dilihat daripda tawajjuhnya kepada Allah Ta’ala dengan bertawakkal kepada-Nya, meletakkan keyakinan kepada-Nya, takutkan ancaman-Nya, memohon ampun kepada-Nya, meminta kepada-Nya, sentiasa mengigati-Nya, kembali kepada-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu yang disyarariatkan-Nya, menegakkan agama-Nya, berperwatakan menurut acuan-Nya mengutamakan rasa cinta dan taat kepada-Nya, bertingkah laku, mengeluarkan ucapan dan melakukan sebarang perbuatan semuanya dalam bentuk mencari keredaan di sisi Allah. Bila ini semua dapat dilakukan, iaitu melalui ucapan dan amalan, barulah dapat dikatakan bahawa seseorang Muslim itu benar-benar mengakui shahadah La ilaha illa Allah.
Pengertian ‘ubudiyyah’ itu semakin bertambah, mantap dan meningkat dalam diri seseorang hamba itu banyak bergantung kepada kadar ilmu serta sejauhmana hajatnya kepada Allah dan tidak melupakan-Nya walau sekelip mata. Demikian juga bertambahnya ras cinta dan kepatuhan seseorang hamba kepada Allah bergantung kepada sejauhmana dia mengenali kesempurnaan Allah dan betapa besarnya manfaat dan nikmat yang telah dianugerahkan daripada-Nya. Seterusnya bergantung kepada sejauhmana dia memikirkan segala nikmat Allah yang tidak terhintung banyaknya. Apa sahaja nikmat yang ada di sekitar kita, maka semuanya daripada Allah. Demikian juga ketika seseorang itu memikjirkan tentang sifat-sifat Allah dan pengertian Al-Asma’ Al-Husna.
Sejauhmana melimpahnya di dalam hati seseorang hamba nilai-nilai ‘ubudiyyah’ maka sejauh itulah pula terhindar dirinya daripada beribadat kepada selain Allah, lalu meningkat dirinya menjadi seseorang hamba yang ikhlas kepada Allah. Inilah darjat yang paling tinggi diperolehi manusia. Oleh kerana itu Allah Ta’ala telah menyifatkan Rasul-Nya yang mulia dengan sifat ‘ubudiyyah’ di tingkatnya yang tinggi. Maka Allah telah sifatkan Baginda sebagai hamba ketika menyifatkannya sebagai penerima wahyu, sebagai pendakwah ke jalan-Nya. Seterusnnya ketika Baginda diisra’kan (dibawa berjalan dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa) dan dibawa naik (mi’raj) ke langit. Firman Allah Ta’ala :
Terjemahan : Lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah diwahyukanNya. (surah al-Najm 53 :10)
Terjemahan : Dan bahawa sesungguhnya, tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (Surah al-Jinn 72 :19)
Terjemahan : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (muhammad) pada malam hari dari masjid al-Haram ke msajid al-Aqsa…(Surah al-Isra’ 17 :1)
Kalimah al-Rabb itu, pengertannya menunjukkan kepada makna al-sayyid (penguasa), malik al-shay’ (pemilik sesuatu), al-mujid (pencipta), al-mutasarrif (pentadbir), al-murabbi (pendidik), al-mutakaffil bi maslahat al-insan (penjamin kepentingan manusia), sahib al-sultan wa al-siyadah (pemilik kekuasaan dan ketuanan), al-nafidh amrahu fi ghayrih (berkuasa menetapkan perintah kepada orang lain). Segala pengertian al-rububiyyah di atas serta pengertian-pengertian lain yang berkaitan dengannya tidak boleh disifat atau dimiliki secara hakiki dan sempurna melainkan oleh Allah Ta’ala. Adapun selain Allah, maka mereka adalah marbub lillah ; iaitu golongan yang diperintah, dididik, dikuasai dan dipelihara oleh Allah. Sekiranya kepadatan pada mana-mana makhluk sebahagian daripada pengertian al-rububiyyah, maka ia hanyalah dalam bentuk al-majaz(ibarat, kiasan dan metafora) dan al’ariyah (meminjam istilah).
Sesungguhnya, sesuatu yang lain Allah adalah makhluk. Kewujudan kekekalan makhluk itu semuanya bergantung kepada Allah. Demikianlah halnya segala sifat kesempurnaan yang ada pada makhluk itu hanyalah dalam pengertian kesempurnaan yang bersesuaian dengan kedudukannya. Sesungguhnya Allah Ta’ala, Dialah Rabb al’Alamin yang sebenar-benarnya menguasai alam semesta. Tiada Rabb selainNya. Dialah yang Maha Pencipta, Maha Kuasa menghidup dan mematikan makhluk serta menetapkan segala perintah dan hukumnya ke atas seluruh makhluk. Maka di tangan-Nya kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesatu. Sekiranya Dia hendak mengurniakan manfaat kepada seseorang, maka tiada siapa yang dapat menolak kurniaan-Nya. Sekiranya Dia hendak kurniakan kepada seseorang selain daripada itu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya. Firman Allah Ta’ala : Terjemahan : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tiada siapa yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri ; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Sesungguhnya Allah Ta’ala itu, hanya Dia sahaja yang Maha Kuasa mengurniakan seseuatu dan menahannya serta memberikan manfaat dan mudarat. Segala sesuatu selain Allah adalah memerlukan-Nya dan berhajat kepad-Nya.
Terjemahan : (oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah(dalam segala perkara). (Surah Fatir 35 :15)
Sifat faqir atau memerlu dan berhajatkan Allah adalah sifat stiap makhluk, sebagaimana sofat Maha Kaya itu merupakan sifat bagi Allah Rabb al-‘Alamin.
Penyaksian bahawa Nabi Muhammad itu adalah rasul Allah merupakan asas merupakan asas yang kedua dalam Islam. Maksudnya ialah pengetahuan, pembenaran dan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah. Penyaksian tersebut perlu dinyata, dibukti dan dijelaskan menerusi ucapan dan amalan. Melalui ucapan ialah dengan mengucap syahadah ini. Sementera melalui perbuatan pula ialah dengan menegakkan akhlak dan seluruh ingkah laku, ucapan dan amalan menepati ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallaLahu ‘alayhi wasallam daripada Tuhannya dengan mengikut dan menerimanya sebagai Rasul Allah.
Tiada seorang rasul yang diutus oleh Allah melainkan dia diperkuatkan denagn mu’jizat yang menunjukkan kepada kebenaran da’wah dan nubuwwahnya. Berkaitan dengan nubuwwah Nabi Muhammad dapatlah disebutkan : ‘Tiada dalil yang ditegakkan bagj mengithbatkan nubuwwah seseorang nabi atau rasul yang serupa ataulebih jelas daripada dalil yang dikemukakan untuk mengithbatkan nubuwwah Nabi Muhammad sallaLahu ‘alayhi wasallam. Oleh kerana itu, sesiapa yang mengakui nubuwwah Musa, ‘Isa atau nabi-nabi yang lain dan menafikan nubuwwah Nabi Muhammad sallaLahu ‘alayhi wasallam, maka penafiaannya itu tentu sekali bertentangan dengan bisikan hati dan kenyataan sebenar yang dapat dilihatnya. Penafian dan keingkarannya itu tidak lain kesan daripada sikap jahil, ta’assub dan taqlid buta yang tidak diasaskan kepada dalil dan bukti yang nyata.
Bagi kalangan peneliti Sejarah Islam, jelas dan terang bagi mereka bahawa penduduk Makkah dan golongan Quraysh khususnya merupakan golongan yang pertama menentang da’wah Islmiyyah dan tidak mengiktiraf kenabian Nabi Muhammad sallaLahu ‘alayhi wasallam. Mereka mengingkari bahawa Nabi Muhammad adalah rasul Allah atau al-Quran itu adalah kitab Allah. Antara bentuk pertentangan yang terjadi di antara Nabi Muhammad sallaLahu ‘alayhi wasallam dengan sekelian golongan yang menentang, ingkar dan keras kepala ialah cabaran al-Quran terhadap mereka, di mana Nabi telah disuruh mengatakan kepada mereka sebagaimana yang telah diwahyukan oleh al-Quran :Terjemahan : Katakanlah (wahai Muhammad) : ‘Sesungguhnya jika sekelian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan setanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangka yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu membantu sesama sendiri. ’ (Surah al-Isra’ 17 :88)
Kesan cabaran yang berulang-ulang daripada Rasulullah kepada kaum Quraysh serta sekelian golongan yang menentang, menurut pendapat saya memperlihatkan kegagaln mereka menyahut cabaran tersebut, bahkan mereka diam membatu tidak dapt menjawabnya. Lalu mereka atu segala strategi lain melalui pendekatan berdusta dan berbohong serta menghalang jalan Allah dengan menakut-nakut dan menekan golongan yang bersama-sama dengan mereka supaya tidak terpengaruh. Firman Allah Ta’ala menceritakan uslub mereka ini :
Terjemahan : Dan orang-orang yang kafir berkata :’jaganlah kamu mendengar al-Qur’an ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (menganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya. ’ (surah Fussilat 41 :26)
Amalan salih itu ialah amalan yang diredai di sisi Allah Ta’ala, iaitu amalan yang memenuhi dua syarat :
1. Hendaklah amalan tersebut menepati syariat Islam
2. Hendaklah maksudnya kerana mencari keredaan Allah dan kerana taatkan-Nya.
Sekiranya kedua-dua syarat ini atau salah satu di antaranya gugur daripadanya, maka ia bukanlah amalan yang diredhai Allah. Oleh kerana itu, amalan tersebut tidak beroleh ganjaran atau pahala. Firman Allah Ta’ala :Terjemahan : …. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amalan yang salih, dan janganlah dia mempersekutukan seseiapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18 :110)
Maka maksud amalan salih di sini ialah amalan yang sahih atau menepati tuntutan syariat Islam dan ikhlas dilakukan demi menuntut keredaan Allah Ta’ala.
Tidak syak lagi terdapatnya tingkat-tingkat keutaman segala amalan salih dari segi ganjaran dan pahala serta dari segi ganjaran dan pahala serta dari segi tuntutan syarak. Ibadah yang digolokkan sebagai fardu lebih utama daripada ibadat yang sunat. Demikian juga ibadat yang manfaatnya meliputi jamaah lebih utama daripada ibadat yang manfaatnya hanya terbatas kepada perlakunya sahaja.
Ibadat yang berbagai jenis itu, memberi kesan yang jelas ke atas tingkah laku setiap individu, iaitu membersihkan jiwanya sebagaimana yang telah kami sebutkan. Seterusnya ibadat tersebut dapat menambahkan muraqabah seseorang kepada Rabbnya, baik ketika rahsia atau terang-terangan. Rasa takutkan azab-Nya mendorong seseorang hamba itu menjauhkan diri daripada perbuataan maksiat, menyakiti manusia lain dan bersegera melakukan amalan kebaikan. Tidak syak lagi, bahawa sesuatu masyarakat itu akan beroleh kebahagian apabila bertambah di dalamnya bilangan salihin yang takutkan Allah Ta’ala, jumlah kebaikan dalam masyarakat akan berganda dan kadar kejahatan dan jenayah semakin berkurangan. Oleh kerana itu, dapatlah kita kaakan bahawa ibadat dalam Islam itu dapat memberi manfaat dan membangunkan individu
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Muhammad Azri Bin Zulkifli