ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Abd. Aziz bin Hadjir selaku pensyarah CTU 551 ‘ISLAMIC & ASIAN CIVILIZATION’ kerana tidak pernah lokek mencurahkan ilmu kepada saya selama ini. Melalui matapelajaran ini, saya dapat mendalami ilmu agama yang berkaitan Tamadun Asia dan seratanya. Dengan itu, bertambahlah ilmu pengetahuan saya yang sedia ada.
Setinggi-tinggi dedikasi buat ayahanda dan bonda tercinta yang menjadi tulang belakang saya selama ini. Membantu memberi semangat dan menyokong saya selama ini di atas segala niat murni saya dalam menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara, Arau, Perlis.
Sekalung budi buat kakanda-kakanda tersayang yang sering menjadi sumber inspirasi untuk saya melangkah jauh ke hadapan. Tidak lupa jasa yang dicurahkan dalam melancarkan lagi pembelajaran saya di sini.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi idea untuk saya meneruskan seterusnya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa kepada penulis buku ‘RAHSIA MENGENAL NAFSU DAN CARA MENGAWALNYA’ serta syarikat penerbitannya, Jasmin Enterprise yang membuka ruang minda ini untuk lebih memahami pengertian nafsu serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Juga memberi peluang kepada saya agar dapat menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih diucapkan.
MUKADDIMAH
Manusia adalah Gabungan Akal dan Hawa Nafsu
Hawa nafsu mempunyai daya yang sangat kuat dan aktif serta efektif dalam kehidupan manusia, tapi kehendak untuk menyempurnakan, mematangkan dan menonjolkan peranan akal tidak pernah dihiraukan. Hal itu adalah disebabkan oleh kerana manusia itu sendiri terdiri dari akal dan hawa nafsu.
Manusia selalu berada dalam dilema antara dua faktor ini. Fluktuasi keduanya berakibat langsung pada manusia. Semuanya, bergantung pada manusianya sendiri dalam mengfungsikan atau tidak akal dalam kehidupannya.
Manusia berbeza sekali dengan binatang. Binatang tidak mempunyai akal yang bisa mengatur dunianya; langkah-langkahnya secara keseluruhannya dikemudi oleh hawa nafsu. la sepenuhnya tunduk padanya dan sikapnya termanifestasi melalui faktor hawa nafsu saja.
Imam Ali as berkata: "Allah menganugerahkan akal yang tak berunsur syahwat kepada malaikat, syahwat tanpa unsur akal pada binatang, dan keduanya (akal dan syahwat) kepada anak cucu Adam. Oleh itu, sesiapa yang akalnya dapat mengalahkan syahwatnya, maka dia lebih baik daripada malaikat dan siapa yang syahwatnya mengalahkan akalnya, maka dia lebih buruk daripada binatang. "
Hari ini, perkara yang ingin dikupas ialah nafsu yang terdapat dalam sebuah buku yang berjudul:
“RAHSIA MENGENAL NAFSU DAN CARA MENGAWALNYA”
1. 0 Hawa Nafsu dalam Al-Quran dan Hadis
1. 1 HADIS
Diriwayatkan dari Imam Al-Baqir bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, kebesaran-Ku, keagungan-Ku, keperkasaan-Ku, nur-Ku, ketinggian-Ku dan ketinggian tempat-Ku, tak seorang hamba pun yang mengutamakan keinginannya (nafsunya) di atas keinginan-Ku, melainkan Aku kacaukan urusannya, Aku kaburkan dunianya dan Aku sibukkan hatinya dengan dunia serta tidak Aku berikan dihina kecuali yang telah kutukar untuknya.
Demi kemulian-Ku, kebesaran-Ku, keagungan-Ku, keperkasaan-Ku, nur-Ku, ketinggian-Ku dan ketinggian tempat-Ku, tak seorang hamba pun yang mengutamakan keinginan-Ku di atas keinginan (nafsu) dirinya melainkan Aku suruh malaikat untuk menjaganya, langit dan bumi menjamin rezekinya dan menguntungkan setiap perdagangan yang dilakukannya serta dunia akan datang dan selalu berpihak kepadanya".
1. 2 NAFSU
Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.
Nafsu mempunyai dua pengertian:
1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: seperti marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"
2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.
1. 3 JENIS-JENIS NAFSU
Terdapat berbagai-bagai jenis nafsu yang disebutkan di dalam Al-Quran.
antaranya ialah:
1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah
2. 0 Terminologi Hawa Nafsu dalam Al-Quran dan Sunnah
Hawa nafsu adalah istilah keislaman yang digunakan dalam Al-Quran dan Sunnah. la menjadi istilah dengan erti khas budaya keislaman. Kita sering terjumpa perkataan hawa nafsu dalam Al-Quran dan Sunnah. Antara lain, Allah SWT berfirman: "Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?" (Q. S. Al-Furqon 43. )
Dan firman Allah SWT: "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). "(Q. S. An-Nazia'at 40- 41. )
Amirul Mukminin Ali as dalam Nahjul Balaghahnya berkata: "Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan pada kalian adalah dua hal, iaitu taat hawa nafsu dan angan-angan panjang. "
Diriwayatkan melalui Imam Shâdiq bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang bagi manusia daripada mengikuti hawa, nafsu dan ketergelinciran lidah yang tak bertulang. "
Imam Shâdiq as juga berkata: "Janganlah kalian biarkan jiwa bersanding bersama hawa nafsu. Kerana, hawa nafsu pasti (membawa) kehinaan bagi jiwamu.
3. 0 Enam Sumber dalam Jiwa Manusia
Untuk mengenal posisi hawa nafsu dalam jiwa dan peranannya dalam kehidupan manusia, perlu ditegaskan bahawa Allah SWT telah menetapkan beberapa sumber gerak dan kesedaran manusia. Semua gerak aktif ataupun reaktif dan kesedaran manusia bermula dari sumber-sumber ini. Terdapat enam sumber penting, yang terutamanya adalah hawa nafsu, sebagai berikut.
1. Fitrah, yang telah dilengkapi Allah dengan kecenderungan. Hasrat dan gaya tarik menuju dan mengenal-Nya dan meraih keutamaan-keutamaan akhlak, seperti kesetiaan, 'iffah (harga diri), belas kasih dan murah hati.
2. 'Aql, adalah titik perbezaan manusia.
3. Irâdah, adalah pusat keputusan dan yang menjamin kebebasan manusia (dalam mengambil keputusan).
4. Dhamir, yang berfungsi sebagai mahkamah dalam jiwa. la bertugas mengadili, mengecam dan melakukan penekanan terhadap manusia demi menyeimbangkan perilakunya.
5. Qalb, fuad dan shadr, merupakan jendela lain bagi kesedaran dan pengetahuan, sebagaimana kita fahami melalui ayat-ayat Al-Quran, yang dapat menerima atau menampung pencerahan Ilahi.
6. Al-hawa, adalah kumpulan berbagai nafsu dan keinginan dalam jiwa manusia yang menuntut pemenuhan secara intensif. Bila tuntutannya terpenuhi, maka ia akan dapat memberi manusia kenikmatan yang tersendiri.
Inilah keenam sumber penting bagi gerak dan kesadaran jiwa manusia yang telah diberikan oleh Allah.
4. 0 Daya Gerak dan Desak yang Dahsyat pada Hawa Nafsu
Hawa nafsu adalah faktor terkuat yang menggerakkan manusia. Buktinya adalah sejarah peradaban-peradaban Jahiliah yang telah merangkumi bahagian terbesar sejarah dan geografi bumi.
Dengan ungkapan yang luar biasa indah, Al-Quran bercerita tentang isteri Al-Aziz (raja Mesir) dan menunjukkan betapa kuatnya peranan hawa nafsu dalam kehidupan manusia.
Allah berfirman dalam surah Yusuf, "... kerana sesungguhnya hawa nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh TuhanKu". (QS. Yusuf 53. )
Amirul Mukminin Ali as berkata: "Dosa-dosa (syahwat) tak ubahnya kuda liar yang terlepas kendalinya, ia akan dengan kencang melarikan pengendaranya ke neraka. Ketahuilah, sesungguhnya taqwa ialah kendaraan yang patuh. Pengendaranya dengan santai dapat memegang kendali dan ia akan membawanya masuk ke syurga. "
Demikianlah halnya hawa nafsu dan syahwat yang membawa pelakunya sehingga ia tidak dapat menguasainya dan tidak mampu mengarahkannya. Sebaliknya taqwa, ia selalu membantu manusia menguasai hawa nafsu, membimbing dan mengarahkan jiwa menuju syurga.
5. 0 Tuntutan Hawa Nafsu akan Berlipat ganda jika Dipuaskan
Pelipat-gandaan tuntutan dan desakan hawa nafsu sangat berbeza dengan pemenuhan yang dilakukan manusia. Dalam pada itu, sebagai konsekuensi logiknya, kawalan manusia terhadap hawa nafsu berkurang. Demikian juga sebaliknya, setiap kali manusia mengekang tuntutan hawa nafsunya dengan tali akal, maka tuntutannya semakin berkurang dan kemampuan manusia untuk menguasainya semakin bertambah.
Syahwat bagaikan api. Semakin ditiup, semakin membara dan membahayakan.
Pemenuhan yang terkawal di bawah syariat adalah lebih "memuaskan" nafsu manusia berbanding pemenuhan secara mutlak yang tidak terbatas.
Dalam beberapa nas keislaman telah disebutkan dua bentuk pemenuhan ini:
1. Pemenuhan tuntutan hawa nafsu secara mutlak yang akan menambah ghairah dan paksaan tuntutannya. Sebaliknya, bila pemenuhan tuntutannya dibatasi ketentuan-ketentuan syariat, maka akan cepat merasa puas dan cukup.
Imam Ali as berkata: "Menolak syahwat bererti memuaskannya, sedang memenuhinya akan menguatkannya. ”
Maksud "menolak syahwat" adalah memenuhi tuntutannya dengan cara yang terkendali. Maksud kalimat "memenuhinya" ialah memenuhi tuntutannya dengan tanpa batas.
2. Memenuhi tuntutan (hawa nafsu) secara mutlak menyebabkan kelemahan sistem kawalan manusia terhadap hawa nafsu, sehingga seluruh kehendak dan kemampuannya terbelenggu. Sebaliknya, memenuhi tuntutan hawa nafsu secara terbatas lebih mendorong manusia untuk menguasai dan menundukkan hawa nafsu dan syahwat.
Dan Imam Al-Bâqir as berkata: "Orang yang rakus terhadap dunia bagaikan ulat sutera. Kian bertambah banyak suteranya, kian jauh kemungkinannya untuk bisa keluar dari sarangnya. Sampai akhirnya dia mati (terjerat suteranya sendiri). "
6. 0MENGENAL KELAPARAN DAN BAHAYA KEKENYANGAN
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Perangilah hawa nafsumu dengan lapar dan haus, kerana sesungguhnya pahala dalam hal itu adalah seperti pahala berperang di jalan Allah. Dan sesungguhnya tiada sebuah amalpun yang lebih dicintai Allah daripada lapar dan haus”.
Pada umumnya keadaan nafsu ini adalah rakus, mendambakan kesenangan, lari dan enggan beribadah. Kerana itulah langkah yang tepat baginya adalah lapar, sebab ia akan merasakan kepedihannya dalam banyak hal agar ia menyerah kalah. Kesederhanaan dalam mengambil makanan adalah dituntut dalam islam.
Lapar bermaksud ruang perut yang kosong akibat tidak membenarkan makanan masuk ke dalamnya.
Kenyang pula bermaksud memenuhi segenap ruang perut yang kosong dengan makanan.
Jika seseorang itu kenyang, maka hendaklah dia tidak meneruskan urusan makannya itu kerana sesungguhnya orang yang banyak makan itu lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam sebuah Hadis Mursal disebutkan:
“Sesungguhnya makan dalam keadaan kenyang menyebabkan sakit kusta”
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Orang mukmin makan dalam sebuah perut sedang orang munafik makan dalam tujuh buah perut”.
Apa yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah SAW di atas bukanlah seseorang munafik itu mempunyai tujuh buah perut tetapi sebagai kiasan iaitu orang munafik mempunyai keinginan nafsu sebanyak tujuh kali ganda dari keinginan nafsu orang-orang mukmin.
LUQMANUL HAKIM: “Hai anakku, apabila perut ini penuh, tidurlah fikiran, bisulah kebijakan dan malaslah anggota-anggota tubuh ini untuk beribadah”.
6. 1 Kebaikan Lapar
Sebagai seorang manusia biasa, sudah tentu kita tidak dapat lari dari mengisi perut yang lapar untuk melakukan pekerjaan seharian dengan lancar dan tiada gangguan. Tapi, tahukah kita bahawa bertindak dengan tidak memanjakan perut dengan makanan yang banyak boleh mendatangkan banyak kebaikan daripada keburukan.
Banyak kebaikan yang boleh didapati dari lapar ini. Antaranya ialah lapar boleh membuatkan seseorang itu lebih mengingati Allah dan ringan badan untuk menghadap dan menghambakan diri kepada Allah SWT. Lapar menjadikan tubuh kita lebih rajin untuk beribadah kerana badan kita diwaktu ini adalah ringan untuk melakukan sebarang aktiviti, lebih-lebih lagi yang melibatkan ibadah kepada Allah SWT.
Selain itu, lapar juga membuatkan seseorang itu sedar betapa sukarnya golongan yang susah mendapatkan makanan iaitu fakir miskin serta membuatkan seseorang itu bersyukur dengan segala apa yang dinikmati selama ini. Ini bermaksud, apabila perut mula berbunyi, itu menandakan bahawa kita disuruh supaya mengisinya dengan makanan. Apa yang akan berlaku jika tiada langsung bekalan makanan di waktu tersebut?
Contohnya ketika bulan Ramadhan. semua umat Islam di dunia ini diwajibkan berpuasa. Tidak kira taraf hidup, pangkat mahupun darjat. Semuanya perlu melalui perkara yang sama. Di saat ini, mereka yang berada akan terasa keperitan yang teramat sangat kerana jarang sekali mereka ini mengosongkan perut. Ketika ini, barulah mereka terfikir betapa beruntungnya mereka selama ini berbanding golongan fakir miskin. Rasa kesyukuran itu akan datang dengan sendirinya.
Lapar dapat mencerdaskan minda seseorang itu dan mendorong manusia berfikir secara rasional dan logik kerana kosongnya perut akan lebih melajukan pergerakan minda agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Ketika perut kosong, otak lebih cenderung berfikir ke arah positif dan menjadikan kita lebih focus terhadap perkara-perkara yang dilakukan.
Merasa kalah dan hina, serta kehilangan kecongkakan, kegembiraan dan mengkufurkan nikmat. Semua ini menjadi penyebab penyimpangan dan kelalaian dari mengingati Allah SWT kerana nafsu tidak pernah merasa kalah dan hina dengan apa pun seperti ketika dia merasa kalah disebabkan lapar. Ini bermaksud apabila seseorang itu lapar, maka dia akan terus berasa lapar dan merendah diri kepada Allah, manakala apabila kita kenyang kita akan berasa lebih bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan.
Perut dan farji memang merupakan sebuah pintu dari pintu-pintu neraka, dan pangkalnya adalah kenyang. Kehinaan dan kekalahan nafsu adalah lapar. Siapa yang menutup sebuah pintu dari pintu-pintu neraka maka dia benar-benar telah membuka sebuah pintu dari pintu-pintu syurga secara pasti.
Kemudian, jika seseorang itu lapar, maka mereka tidak lupa bala Allah dan azabNya dan tidak lupa pemilik-pemilik bala. Dengan itu, mereka akan lebih mengingati azab akhirat. Kenyang membuat kita lupa pada orang yang lapar dan lapar itu sendiri. Jadi, kita akan termasuk dalam kalangan mereka yang tidak sedar diri dan sombong serta mambangga diri.
Pernah ditanyakan kepada Nabi Yusuf AS : “Mengapa engkau harus lapar, sedang di tanganmu terdapat simpanan kekayaan bumi?”
Dia menjawab : “Aku khuatir kalau aku kenyang lalu aku lupa terhadap orang yang sedang lapar. Jadi, mengingat orang-orang yang sedang kelaparan dan orang-orang yang punya hajat adalah salah satu manfaat dan faedah lapar. Hal ini mengundang kasih sayang, memberi makan dan belas kasihan terhadap makhluk Allah sedang kenyang berada dalam kelalaian dari kepedihan lapar. ”
Lapar juga dapat mematahkan keinginan nafsu terhadap semua bentuk maksiat serta menguasai nafsu yang sentiasa membawa kita ke jalan kejahatan dan kesesatan. Sumber maksiat adalah kesenangan nafsu dan kekuatan manakala bahan kesenangan serta kekuatan nafsu adalah makanan-makanan. Contohnya, jika kita berpuasa, secara automatiknya kita akan dapat mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah dan melakukan suruhanNya iaitu amal makruf nahi munkar.
Menghalangi tidur dan melengahkannya jaga juga adalah kebaikan lapar. Ini adalah kerana orang yang banyak makan dan minum akan mendapatkan tidur yang banyak.
“Umur itu merupakan mutiara yang paling indah, tidur adalah sebuah kematian, banyak tidur bererti mengurangkan umur”. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan boleh tidur dalam keadaan lapar. Ini adalah kerana jika kita cuba tidur di waktu perut kosong, maka otak kita akan cepat bertindak mengarahkan kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu untuk mengenyangkan perut. Jadi, kita tidak akan tidur lena. Janganlah kita mengikutkan sangat nafsu tersebut sebaliknya kita akan berjaga untuk melakukan suruhanNya.
Selain itu, lapar dapat memanjangkan masa kita bersama Allah. Jadi, ia memudahkan kita untuk tekun dan memberikan sepenuh komitmen dalam ibadah seharian. Contohnya, seorang suri rumah sering menyediakan juadah harian. Mereka banyak menghabiskan masa untuk membasuh makanan-makanan mentah dan memasaknya walhal di waktu begitu, kita dituntut supaya kita berzikir dan beribadah kepada Allah.
Adalah lebih untung jika seseorang itu berpuasa kerana di samping mendapat pahala yang dijanjikan, puasa membolehkan kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah. Ini adalah kerana jika kita berpuasa, kita tidak perlu melakukan tugas-tugas rutin seperti memasak dan mengambil masa untuk makan.
Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan selamat dari ancaman penyakit. Penyakit yang datang selalunya berpunca dari makanan yang banyak dan bercampur aduk dalam perut dan urat-urat. Kemudian, sakit itu akan menghalangi ibadah, hati akan menjadi risau, menghalang dari berzikir dan berfikir dan memerlukan doktor dan bantuan perubatan. ini akan membebankan kerana semuanya memerlukan perbelanjaan dan wang. Semua ini boleh dielakkan jika manusia tidak mengambil makanan secara berlebihan.
Pernah disebutkan di hadapan sementara ahli filsafat dari tabib-tabib ahli Kitab mengenai sabda Nabi Muhammad SAW: “Sepertiga untuk makanan, Sepertiga untuk minuman, sepertiga lagi untuk nafas”.
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: “Perut penuh adalah pangkal penyakit dan memelihara diri adalah pangkal ubat. Biasakanlah setiap tubuh ini dengan apa yang menjadi kebiasaannya”.
Dalam hadis juga ada disebutkan: “Berpuasalah tentu akan sihatlah kamu”.
Selain itu, keringanan pembiayaan kos hidup kerana orang yang membiasakan makan sedikit cukuplah baginya sedikit harta. “Sebab-sebab kebinasaan manusia adalah rakusnya terhadap duniawi dan sebab-sebab kerakusan terhadap duniawi adalah kerana perut dan farji serta sebab keinginan nafsu farji adalah kerana keinginan nafsu perut. ”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Biasakanlah mengetuk pintu syurga dengan lapar”
Lapar mengingatkan kita untuk bersedekah kepada fakir miskin yang tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Orang fakir tidak mempunyai makanan yang mencukupi dan mereka sentiasa berada dalam keadaan lapar. Jadi, jika perut kita yang lapar, ia akan lebih membantu kita untuk mengingati orang yang sedang dalam kelaparan dan menggalakkan kita untuk bersedekah. Bersedekah dengan lebihan makanan yang ada adalah lebih utama daripada gemuk dan kenyang. Di samping mendapat pahala lapar, kita juga telah melakukan amal jariah iaitu bersedekah. Kedua-duanya juga merupakan ibadah.
7. 0 MENYIAPKAN DIRI MENGHADAPI NAFSU PERUT
Antara tugas Pencari Akhirat:
1. Mengurangi makanan dan cara melatih diri di dalamnya adalah dengan cara sedikit demi sedikit.
Ini bermaksud jangan berubah secara drastik kerana jika kita telah biasa mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan tiba-tiba ingin menghadkan makanan iaitu dengan mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit, maka daya ketahanan tubuh kita akan jatuh dan kita mulai lemah. Contohnya, jika selama ini kita makan dalam jumlah kekerapan sebanyak 5 kali sehari, maka seharusnya kita mengurangi kuantiti tersebut dengan mengambil makanan sebanyak 3 kali sehari dalam masa sebulan dan 2 kali sehari dalam tempoh masa setahun.
Hadis ada menyebut: “Sepertiga lagi untuk zikir” sebagai ganti kepada kata “sepertiga lagi adalah untuk nafas”.
Firman Allah SWT:“Dan janganlah kamu berlebih-lebihan”
2. Masa makan dan batas mengakhirkannya.
Maksudnya adalah menghadkan masa makan dan kuantiti makanan yang diambil. Waktu makan tidak seharusnya kerap. Ambillah makanan mengikut selang masa yang tertentu. Lebih baik dan jika mampu, selanglah waktu makan dalam seberapa panjang masa yang mungkin. Para ulama’ berpendapat: “Barangsiapa yang lapar kerana Allah selam 40 hari, maka akan lihatlah olehnya keluasan dari alam langit. Ertinya akan diperlihatkan kepadanya sebahagian rahsia-rahsia Ilahiah”.
3. Mengenai jenis makanan dan meninggalkan lauk.
Kebiasaan yang berlaku bagi orang-orang yang menempuh jalan menuju akhirat adalah menghindari lauk untuk selamanya (meninggalkan kenikmatan makanan yang lazat), bahkan menghindari yang menyenangkan nafsu. Kerana setiap yang nikmat dan diinginkan manusia, lalu dimakannya maka hal itu menyebabkan rasa sombong dalam nafsunya dan kekerasan dalam hatinya. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sejahat-jahat umatku adalah orang-orang yang makan dengan nikmat dan tumbuhlah tubuh mereka atas itu”.
Nabi SAW bersabda lagi: “Apabila engkau menutup kepedihan lapar dengan sepotong roti dan segelas air putih maka binasalah dunia beserta pengabdinya”.
Diisyaratkan bahawa yang dimaksudkan adalah menolak kepedihan lapar dan haus dan menghilangkan bahaya keduanya bukan bertujuan bersenang-senang denagn kelazatan dunia. Ini bermaksud, jika perut terasa lapar yang teramat sangat, cukuplah dengan sekali makan untuk mengelakkan pedih perut (gastrik) dan janganlah mengambil makanan yang berat-berat lagi selepas itu. Jika lapar yang teramat sangat, makanlah jika itu adalah nikmat dari Allah atas berkat kesabaran kiat mentaati Allah.
8. 0 MAKANAN DAN IBADAH
Makanan adalah sumber tenaga bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Manusia memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga untuk meneruskan hidup seharian dan juga untuk beribadat kepada Allah SWT. Tetapi haruslah beringat bahawa makanan yang diambil tidaklah terlalu banyak sehingga memenuhi keseluruhan perut dan menyebabkan kekenyangan yang teramat sangat.
Firman Allah SWT, maksudnya:“Makan dan minumlah, janganlah kamu berlebih-lebihan”(Al-A’raf : 31)
8. 1 Hukum sembunyikan keinginan makanan di hadapan orang
Terdapat dua bahagian yang lebih dahsyat dari bahaya makan itu sendiri.
Bahaya pertama: Nafsu tidak mampu untuk meninggalkan makanan yang menyenangkan, lalu ia menginginkannya. Tetapi ia tidak ingin diketahui bahawa ia menginginkannya, maka disembunyikan keinginan itu dan makan sendiri makanan itu tanpa orang lain bersamanya. Ini merupakan syirik samar. Kerana ini dalah menunjukkan kejujuran sikap dan sekaligus menutup ketinggian mujahadah dengan amalan-amalan. Menyembunyikan kekurangan dan memperlihatkan kesempurnaan yang merupakan lawannya adalah dua kekurangan yang berganda. Bohong yang disertai dengan menyembunyikan adalah dua jenis kebohongan yang mendapat kutukan.
Orang kafir membuat kekafiran dengan memperlihatkannya sedangkan orang munafik membuat kekafiran dalam bentuk lain kerana dia telah mengabaikan penglihatan Allah terhadapnya. Contohnya seorang Islam itu berlagak alim dan tetapi tidak mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Dia langsung tidak takutkan Allah dan beranggapan Allah tidak dapat melihat apa yang dilakukannya. Kadangkala orang begini adalah seorang yang pandai dalam soal jawab agama islam tetapi tidak mengamalkannya dan hanya bertopengkan islam sebagai agamanya.
Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah di neraka”
(An-Nisa: 145)
Bahaya Kedua: Seseorang itu meninggalkan kesenangan nafsu untuk merasa gembira. Jika dia merasa begitu maka termasyhurlah dia sebagai orang yang memelihara diri dari kesenangan nafsu. Ini bererti dia telah meninggalkan kesenangan nafsu iaitu kesenangan makan tetapi telah mematuhi keinginan nafsu kedudukan, maka hendaklah dia makan dan itu lebih tepat baginya. Maksudnya disini ialah dia tidak mengikut nafsu makan dan melupakan begitu sahaja. Tetapi dalam masa yang sama dia sedang tamakkan kedudukan dan pangkat yang membuatkan dirinya tidak dianggap mulia disisi Allah. Memang mulia dari segi nafsu makannya tetapi dari segi lainnya, dia tamakkan kedudukan di dunia. Jadi, tidak perlulah dia menahan lapar. Teruskanlah dengan nikmat kenyang yang diperoleh kerana kedua-dua nafsu ini adalah sama sahaja.
Dapat disimpulkan bahawa orang yang meninggalkan kesenangan nafsu dalam makan, tetapi terjun dalam kesenangan nafsu riya’ adalah seperti orang yang lari dari kala jengking atau ketakutan menuju kepada seekor ular. Kerana kesenangan nafsu terhadap riya’ adalah lebih banyak bahayanya daripada kesenangan nafsu terhadap makanan.
9. 0 KEINGINAN NAFSU FARJI
Selain nafsu makan yang disebutkan tadi, terdapat juga keinginan lain iaitu nafsu farji. Keinginan nafsu terhadap persetubuhan menguasai manusia kerana dua manfaat dan faedah.
Manfaat pertama: Manusia akan bertemu dengan nikmat persetubuhan dan akan mengkiyaskan nikmat tersebut. Seandainya nikmat bersetubuh ini dapat diabdikan maka ia merupakan tingkat tertinggi bagi tubuh-tubuh manusia, sebagaimana api dan kepedihannya adalah kepedihan terbesar bagi tubuh.
Manfaat Kedua: Kelangsungan keturunan dan keabdian wujud ummat. Semua itu adalah manfaat persetubuhan tetapi di dalamnya terdapat bermacam-macam bahaya yang dapat mengancam keselamatan agama dan dunia jika tidak dibatasi.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda dalam doanya yang bermaksud:
“ Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, hatiku, laat kelaminku dan air maniku”.
Selain itu, baginda juga bersabda maksudnya:
“Perempuan-perempuan itu adalah merupakan perangkap-perangkap syaitan. Seandainya tiada syahwat tentu tidak ada kekuasaan bagi perempuan-perempuan atas kaum lelaki”.
Dan dikatakan juga: “Apabila zakar seorang laki-laki itu berdiri tegang maka hilanglah seperti akalnya”. Ini bermaksud apabila seorang lelaki itu mula bernafsu terhadap perempuan, maka nafsu tersebut akan menguasai akalnya iaitu menguasai keseluruhan pemikiran logiknya. Selain itu juga, lelaki tersebut akan berada di luar kawalan yang membolehkannya melakukan perkara-perkara yang membatasi batas keimanannya.
Jelaslah disini bahawa perempuan adalah nafsu utama bagi kaum lelaki. Ini memang telah terbukti dan termaktub adalam Al-Quran. Ulama’ juga turut berkata bahawa sesungguhnya syaitan berkata kepada perempuan: “Engkau adalah setengah dari perajuritku, engkau adalah anak panahku yang akan aku lepaskan dan tidak pernah meleset, engkau adalah tempat rahsiaku dan engkau adalah utusanku untuk memenuhi keperluanku”.
Antara perajurit-perajurit syaitan adalah kesenangan nafsu dan setengah yang lain adalah kemarahan dan kesenangan nafsu terbesar adalah keinginan terhadap perempuan.
Yang paling berat ialah yang menguasai akal sehingga mengarahkan lelaki untuk bersenang-senang dengan perempuan atau gundik dan menghalangi mereka ke jalan menempuh akhirat. Juga menguasai agama untuk ke jalan yang keji dan hina.
Keinginan nafsu yang berlebihan ini akan membawa manusia kepada dua perkara yang sangat tercela, iaitu:
1. Mereka akan makan apa sahaja yang mampu menguatkan syahwat agar mampu melakukan persetubuhan dengan lebih kerap. Ini membuatkan mereka akan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak kerana beranggapan bahawa makan banyak akan memberi mereka lebih bertenaga untuk bersama pasangan masing-masing. Selain itu, mereka turut mengambil ubat-ubatan yang berkaitan untuk menguatkan lagi tubuh fizikal.
2. Keinginan nafsu terhadap perempuan ini membawa seseorang itu kepada kerinduan (keasyikan), dan ini merupakan puncak kebodohan manusia dimana harus diletakkan persetubuhan tersebut. Orang sebegini tidak boleh putus dari melakukan persetubuhan dan kadangkala mereka sanggup tidak berpuasa demi memuaskan nafsu. Mereka ini berfikiran sempit kerana hanya menyalurkan nafsu ke arah persetubuhan sahaja. Tidak mengapa jika pasangan itu suami isteri, seorang suami memang wajib untuk memenuhi kehendak batin isteri. Tapi, bagi yang belum berkahwin dan tidak dapat mengawal nafsu mereka akan sanggup melakukan perkara ini dengan sesiapa pun yang sanggup. Lebih kejam lagi apabila mereka melempiaskan nafsu tersebut secara paksa. Akibatnya, terjadilah kes rogol dan sebagainya. Ini akan merosakkan institusi kekeluargaan yang terdapat di dunia ini.
Manusia sebegini telah tunduk dan mengabdikan diri kepada nafsu lebih dari pengabdian diri kepada Allah. Perkara-perkara begini perlulah dihindarkan dan dibendung sejak dari awal-awal lagi. Jika tidak, ia akan menjadi tabiat yang tidak dapat ditinggalkan lagi. Hari ini, ibu bapa sibuk bekerja sehari-harian sehingga tiada masa untuk mengambil berat akan kebajikan anak-anak mereka. Jadi, anak-anak akan lebih mudah terdedah dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti berzina. Bermula dengan berdua-duaan dengan pasangan sehingga terjadinya zina. Mungkin mereka tidak sedar, apabila berduaan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, maka orang ketiga antara mereka adalah syaitan laknatullah.
Oleh itu, janganlah memberi ruang kepada nafsu untuk menguasai akal kerana jika berlebihan maka akal akan rosak dan tidak berguna lagi malah lebih teruk lagi akan memesongkan aqidah umat islam.
10. 0 AHLI THARIQAT DAN PERKAHWINAN
Perkahwinan ialah ikatan yang dimetrai dengan lafaz akad. Setiap lelaki dan perempuan yang bersekedudukan perlulah mempunyai ikatan yang sah iaitu melalui akad nikah perkahwinan.
Seseorang itu tidak digalakkan untuk berkahwin kerana apabila berkahwin akan mendorong mereka selalu tenteram dengan isteri mahupun suami. Ini akan menjadikan hati mereka tenteram dan akan sibuk meninggalkan Allah. Abu Sulaiman Ad-Darani berkata: “Barang siapa yang menikah maka benar-benar dia telah condong kepada dunia”. Dan dia juga berkata bahawa tidak pernah melihat seorang murid yang menikah dapat menagguhkan malam pertamanya. Dan katanya, setiap hal yang
menyibukkan diri dari Allah SWT, baik isteri, harta mahupun anak, maka semua itu adalah kecelakaan bagi mereka itu.
Mata adalah antara elemen maksiat yang mendahului anggota fizikal yang lain. Bak kata pepatah melayu, “dari mata turun ke hati”. Secara fitrahnya, lelaki mempunyai 99 akal dan satu nafsu. Nafsu yang satu itu tidak lain dan tidak bukan ialah perempuan. Oleh itu, seseorang itu haruslah memelihara mata dan pandangan serta pemikiran daripada terjatuh ke lembah maksiat dan bencana yang tidak dapat dielakkan. Permulaan zina itu ialah pandangan mata dan lamunan.
Zina mata adalah termasuk dalam dosa kecil yang terbesar yang akan membawa kepada zina farji. Jadi, sesiapa yang tidak mampu memelihara mata maka dia tidak akan mampu untuk memelihara farjinya.
Nabi Isa AS: “Berhati-hatilah terhadap pemandangan mata kerana sesungguhnya akan menanam keinginan nafsu dalam hati. Dan itu sudah cukup sebagai fitnah”.
Nabi Daud AS pernah berkata kepada anaknya Nabi Sulaiman as: “Hai anakku, berjalanlah di belakang singa atau bahkan beberapa ekor singa, tetapi janganlah engkau berjalan di belakang perempuan”.
Maksud Nabi Daud as dalam kata-katanya ialah perempuan adalah lebih bahaya dari singa kerana pandangan mata dan aura perempuan mampu menggugat emosi dan nafsu seorang lelaki dan lebih bahaya lagi nafsu tersebut akan berlanjutan sehingga menyebabkan mereka akan terhumban ke arah kemaksiatan.
Firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya”(An-Nur:30)
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:“Takutlah kamu terhadap fitnah dunia dan fitnah perempuan, kerana sesungguhnya pertama-tama fitnah dalam Bani Israil adalah kerana perempuan”
Orang perempuan dibolehkan berbicara dengan para lelaki dan memandang mereka hanyalah untuk memenuhi hajat yang umum. Contohnya jika seorang perempuan itu bekerja untuk menambah pendapatan keluarga, dibolehkan mereka menggauli lelaki atas dasar pekerjaan itu sendiri.
Memandang ke wajah remaja dengan keinginan nafsu adalah haram. Oleh itu, perempuan digalakkan memakai hijab iaitu menutup aurat. Dengan ini, akan berkuranglah kemaksiatan kerana nafsu lelaki terhadap perempuan akan berkurangan disebabkan tidak nampak susuk tubuh badan dan kulit perempuan tersebut.
Kemudian, dugaan nafsu perempuan yang paling dahsyat ialah kepada seorang pelajar. Seseorang yang keluar menuntut ilmu dinamakan sebagai pelajar. Pelajar juga makhluk Allah yang biasa seperti manusia lain yang mempunyai nafsu terhadap perempuan. Jadi, syarat seorang pelajar ialah dia haruslah membujang pada permulaannya sehinggalah kuat ma’rifatnya. Ini adalah kerana diwaktu mereka bergelar sebagai pelajar, mereka sepatutnya lebih kerap mengabdikan diri kepada Allah SWT. Akal dan fikiran lebih banyak digunakan dan lebih tertumpu kepada ilmu dan ibadah.
Hati orang yang menuntut ilmu ini perlulah bersih dan suci agar senang menerima segala ilmu yang disampaikan. Mereka tidak digalakkan berkahwin ketika belajar kerana apabila berkahwin, isteri akan menjadi komitmen pertama yang akan diberikan perhatian. Ini akan menjadikan mereka lebih jauh dari Allah dalam meakukan ibadah kerana sibuk meluangkan masa bersama isteri dan hal-hal lain yang berkaitan rumahtangga.
Bagi mereka yang tidak dapat menahan nafsu terhadap perempuan, maka hendaklah mereka berpuasa. Jika dengan lapar pun tidak dapat dihilangkan nafsu tersebut, langkah terakhir yang perlu diambil ialah dengan cara berkahwin. Kalau itu dapat mengelakkan mereka dari melakukan perkara-perkara yang membawa kepada dosa-dosa besar. Jika hati sudah terpaut, maka hendaklah halalnya diambil dengan cara menikahinya. Ini bermaksud berkahwinlah untuk mengelakkan bencana dan dosa.
Sungguhpun begitu, lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan haruslah memandang kepada empat aspek yang perlu dititikberatkan iaitu agama, keturunan, harta dan juga kecantikannya. Ini amat penting bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan akan mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Perkara sebengini penting untuk mengelakkan segala kemaslahatan yang akan timbul di kemudian hari.
Terdapat satu kisah yang menceritakan seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang amat cantik. Ketika malam persandingan dan pernikahan mereka, tiba-tiba pengantin perempuan tersebut dijangkiti kudis yang amat teruk. Pihak pengantin perempuan amat sedih kerana takut pengantin lelaki ini akan jijik dengan kudis tersebut dan terus membatalkan perkahwinan tersebut. Dalam diam, pengantin lelaki tersebut telah mengetahui hal ini. Maka, dia terus memperlihatkan kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dia diserang penyakit mata yang menghilangkan peglihatannya. Pihak pengantin perempuan lega kerana lelaki tersebut tidak akan dapat melihat kudis itu dan akhirnya mereka disandingkan.
Mereka hidup bersama berpuluh tahun lamanya. Perempuan itu akhirnya meninggal dunia. Selepas itu, barulah lelaki atau si suami tersebut membuka matanya dan berkata, “Aku memang sengaja berbuat demikian demi keluarganya untuk mengelakkan mereka dari terus bersedih”. Maka dikatakan kepdanya, “Engkau benar-benar telah dapat mendahului kawan-kawanmu sebab budi pekerti seperti ini”. Amat mulia hati lelaki ini kerana telah menjaga hati dan menutup aib keluarga pengantin perempuan itu.
11. MENGAWAL NAFSU SYAHWAT DAN MATA
Keinginan nafsu syahwat adalah merupakan keinginan nafsu yang lebih umum kepada manusia, lebih menentang lagi ialah apabila nafsu ini bergejolak. Orang yang meninggalkan nafsu ini berada di tingkat orang-orang shiddiqin.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa yang merindukan (cinta), lalu dia menahan nafsunya, menyembunyikan dan meninggalkan dia, maka dia adalah syahid. ”
Nabi SAW bersabda lagi: “Tujuh orang yang akan mendapat naungan Allah dalam naunganNya, pada harinya tidak terdapat naungan kecuali hanya naunganNya: Pemimpin yang dulu, pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Tuhannya, laki-laki yang hatinya selalu tertambat pada masjid-masjid, dua orang laki-laki yang saling mengasihi dalam urusan Allah, mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga, laki-laki ynag dirayu seorang perempuan yang memiliki kedudukan dan kecantikan tetapi dia lalu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan sekalian alam. ” Laki-laki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah diinfakkan oleh tangan kanannya, dan seorang laki-laki yang berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dan bercucuranlah kedua matanya. ”
Hendaklah seseorang itu memelihara pandangan matanya kerana pandangan mata adalah zina kecil. Pandangan mata kali pertama kali jika tidak disengajakan tidaklah dituntut, tetapi mengulanginya lagi adalah dituntut. Jika pandangan mata tidak dapat dikawal, maka dia akan melihat kecantikan dan keanggunan wajah perempuan yang disukainya. Ini dapat menghalangnya dari melakukan ibadah kepada Allah. Contohnya, setelah lelaki itu telah bernafsu memandang perempuan cantik, sudah tentu dia tidak akan dapat melupakan dan selalu terbayangkan wajah perempuan tersebut di fikirannya. Seterusnya, apabila dia ingin mengadap Allah, iaitu mengerjakan solat, sudah pasti sedikit sebanyak gambaran wajah perempuan tadi akan menjelma di ingatannya. Akibatnya, hilanglah kekhusyukan solat dan kemanisan dalam beribadah.
KESIMPULAN
Nafsu terbahagi kepada pelbagai kategori dan jenis. Nafsu adalah pemandu manusia ke arah kemaksiatan dan dosa semata jika tidak dibendung. Daripada apa yang diperjelaskan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa nafsu adalah keinginan dan kesenangan semata-mata dan bersifat duniawi. Nafsu syahwat adalah nafsu yang terbesar yang perlu dielakkan selain nafsu makan kerana nafsu ini boleh membawa kepada dosa besar jika tidak dibendung. Untuk mencari bekalan menuju akhirat, kita seharusnya meninggalkan dan melawan nafsu tersebut dengan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta, Allah SWT dengan cara melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Banyakkanlah berpuasa kerana sesungguhnya puasa akan membataskan nafsu seseorang itu. Segala perbuatan jahat yang ingin dilakukan akan terbatas dan terbantut kerana otak telah memberi arahan bahawa tiada perkara-perkara yang tidak baik akan dilakukan ketika kita sedang berpuasa. Selain dari puasa, berkahwin dengan cara yang halal juga adalah penyelesaian kepada keinginan nafsu syahwat yang tidak dapat dibendung. Beribadahlah kepada Allah nescaya Allah akan memelihara kita dari terjebak ke lembah maksiat dan terjunam ke dalam neraka.
Tuntutlah ilmu kerana tiada yang lebih baik daripada ilmu dan ibadah. Jangan kita mepergunakan otak kita melainkan untuk ilmu dan ibadah. Pusatkan fikiran kita kepada ilmu dan ibadah. Bila sudah fokus, maka kita akan jadi kuat, bila sudah kuat maka semua yang dikerjakan akan berhasil. Janganlah banyak berfikir. Berfikirlah hanya untuk ilmu dan ibadah sahaja. Selain ilmu dan ibadah adalah batil dan sesat dan selain dari ilmu dan ibadah juga akan menghancurkan dunia.
Oleh itu, setiap manusia haruslah beringat yang kita kini berada di hujung alam iaitu di ambang kiamat. Kini, semua makhluk Allah di bumi ini haruslah mengucapkan kesyukuran diatas segala rahmat yang diberikan selama ini. Alhamdulillah kerana kita masih bernafas hingga ke saat ini.
Semuanya telah diperjelaskan. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengubah diri dari perlakuan yang buruk kepada yang lebih baik. Bertaubatlah segera selagi pintu syurga masih belum tertutup untukmu. Sekian sahaja “Rahsia Mengenal Nafsu dan Cara Mengawalnya”
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Shafira Binti Ahmad
Khamis, 30 September 2010
Kiamat Di Ambang Mata
PENGHARGAAN
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim saya memulakan penulisan ini. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam ini kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan assignment yang diberikan ini. Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada semua yang banyak membantu saya untuk menyiapkan assignment ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ustaz kerana telah memberi assignment ini kerana tanpa assignment yang ustaz berikan mungkin saya tidak terfikir untuk membeli dan membaca buku Kiamat Di Ambang Mata di samping dapat berkongsi isi kandungan buku ini brsama rakan-rakan melalui presentation di dalam kelas. Tajuk buku yang saya baca adalah Kiamat Di Ambang Mata hasil tulisan Muhammad Ainul Sofwa. Buku ini ditulis dengan tujuan ingin memberi peringatan kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu umat akhir zaman. Sememangnya kita sebagai manusia sering terlupa yang kita ini sebenarnya adalah umat akhir zaman dan kita tidak tahu bila sebenarnya kiamat itu akan berlaku.
MUKADDIMAH
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir alam ini dengan bijaksana. seperti yang kita semua sedia maklum, beriman kepada hari hisab dan hari kebangkitan semuanya merupakan rukun iman. Walhal di dalam kitab suci Al-Quran banyak menceritakan tentang kedasyatan hari kebangkitan dimana saat itu semua manusia yang telah meninggal dunia telah dibangkitkan dari kubur. Di saat itu maka terdengarlah tiupan sangkakala yang akan membangunkan semua yang telah terlelap di dalam liang lahad. “Dan apabila bumi diratakan, dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong, dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh, (pada waktu itu manusia akan mengerti akan akibat perbuatannya”(Al-Insyiqaq:3-5)
Demikianlah gambaran Allah tentang dasyatnya hari kiamat. Di saat itu, bagi manusia yang menerima kitab amalannya dengan tangan kanan, maka ia akan menerima banyak keringanan. bagi orang yang mendapat kitab amalannya melalui belakang punggung, dapat dipastikan orang ini akan masuk Neraka Sa’ir. Buku ini mengenai kiamat kiranya perlu dihadirkan, lebih-lebih pada zaman yang dikuasai oleh pemikiran dan gaya hidup kebendaan. perkara ini yang akan mengarahkan manusia menjadi hamba-hamba yang buta, tak tahu bagaimana ia harus memulai dan di mana ia akan berhenti. Padahal maut pasti dating. Tidak kira kepada orang awam atau terhormat atau pembesar kerana kita semua pasti akan dijemput Tuhan. Pernahkah kita semua terfikir mengapa manusia banyak mengejar fatamorgana kehidupan duniawi?Hakikat maut terus dilupakan sedangkan itu yang akan menumbangkan kehidupannya. Di dalam kubur siang dan malam tiada perbezaanya. Sedang di dunia, harta benda telah dibahagi-bahagikan, ladang dan kebun pun ditinggalkan. Dan kini ia berhijrah dari tanah bumi yang lapang ke lubang kubur yang sempit. Dan tiba-tiba ia akan mendengar suara keras.
“Hai para penghuni kubur, apakah yang membuat tertipu dengan kehidupan dunia?Dimana rumahmu yang mewah itu?dimana baju-bajumu yang licin dan halus itu?”
“Andai kau tahu, wahai saudara……. bahawa tanah yang keras ini akan menjadi tempatmu, tak pernahkah kau fikirkan dari mana kiranya cubaan ini bertentangan. ?”
Kiamat ini adalah sesuatu yang sudah pasti akan terjadi. Maka hendaknya kamu memperhitungkannya dan melihat gejala-gejalanya. sekali lagi wahai saudara…. sesungguhnya itu hakikat yang pasti. Demi Allah, kiamat bukan khayalan dan fatamorgana, kamu akan sampai kepadanya, walau cita-cita kamu masih sempat membumbung. Ketahuilah maut itu bagai air dalam gelas, yang setiap orang akan meminumnya…..
MAUT DAN KUBUR
Situasi maut dapat diketahui melalui penjelasan hadis yang diungkapkan oleh Barra’ bin A’zib. Diteranglkan bahawa malaikat akan mendatangi orang yang hendak mati. Bagi orang yang soleh, malaikat rahmat akan datang membawa khabar tentang syurga dan nyawanya akan dicabut dengan lembut dan rohnya akan segera naik ke Mala’ul A’la(tempat tertinggi). Berbeza pula dengan si munafik. Ia akan melihat pelbagai seksa ketika maut menjemput. Bagi hamba yang beriman, maka ketika berada di dalam situasi terputusnya dunia dan hendak mengadap akhirat, malaikat maut mengambil tempat dekat dengan kepala hamba seraya berkata: “wahai jiwa yang baik …keluarlah menuju Allah dan keredaan-Nya”. Malaikat menbawa terus roh baik itu, hingga sampai ke lanngit dunia. seterusnya para malaikat membawa sehingga ke langit ke tujuh. Maka Allah Yang Maha Mulia berfirman: “tuliskanlah untuk hambaKu ini dalam kitab Illiyin(kitab bagi orang-orang soleh)dan kembalikan lagi ke bumi, sebab ia Kuciptakan dari tanah. dan dalamnya ia akan ku keluarkan lagi”. Bagi hamba yng kafir pula, saat kematiannya amat menakutkan. malaikat maut datang dengan wajah yang hitam dan membawa pakaian yang amat kasar. Mereka duduk di tempat yang terjangkau pandangan mata dan berkata “wahai jiwa yang kotor, keluarlah engkau menuju murka Allah”. maka roh itu akan melepas dari jasadnya dengan cara yang kasar. Apabila sampai ke langit yang ke tujuh, Allah berkata : “Tuliskanlah amal perbuatannya di kilal sijjien, yakni di tingkat bumi yang terendah”. Roh itu akan kembali kepada jasadnya.
AZAB DAN NIKMAT KUBUR
Hal-hal yang tejadi di dalam kubur merupakan satu keghaiban, namun kita harus mengimaninya. Di dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Hafid Abu Ya’la dalam sanadnya yang diterangkan oleh Tamiem bin Aus Abdari ra.
Dikatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Allah Maha Perkasa Lagi Maha Mulia berkata kepada malaikat maut: “pergilah engkau kepada wali si fulan bin si fulan. Bawa kemari dia! Aku telah mengawasinya dalam keadaaan senang mahupun sengsara. Ku dapati ia sebagaimana kehendak dirinya. Bawa dia ke hadapan-Ku, ia akan Ku senangkan. ”
Malaikat yang diperintahkan akan turun bersama-sama dengan lima ratus malaikat yang lain. Mereka akan membawa kain kafan dan kewangian dari syurga. di saat itu, kain sutera putih dibentangkan, misyq diusap-usapkan pada dagu calon mayat, dan pintu-pintu syurga akan dibuka. perilaku malaikat maut itu kepada si mayat itu sangat lembut melebihi perlakuan seorang ibu kepada anaknya. Allah berfirman: “Mereka adalah yang diwafatkan oleh malaikat sebagai orang-orang yang baik(soleh). ”
“maka ada pun kalu ia (orang yang mati)itu dari muqarrabin (dekat dengan Allah), Untuknyalah kesenangan, rezeki yang baik dan syurga yang penuh kenikmatan. ”
Ketika malaikat maut mencabut nyawa, roh itu akan berterima kasih kepada jasadnya kerana beribadat kepada Allah dan mejauhi maksiat. Malaikat maut pun akan segera mencabut nyawanya. di saat, proses pengurusan jenazah berjalan dengan cepat dan lancar kerana malaikat yang membantu walaupun manusia tidak dapat melihat. di saat itu, iblis akan berteriak menyesali pasukannya yang gagak menghasut seorang anak adam. Ketika malaikat maut membawa roh naik ke atas, Allah Taala akan berkata kepada malaikat maut: “Pergilah dengan hambaKu ini letakkanlah dia pad ataman yang ditumbuhi pepohonan rending tanpa duri serta pohon-pohon pisang yang teratur rapi:yang dinaungi oleh bentengan air yang mengalir terus tanpa henti”
Setelah hamba itu diletakkan di pusaranya, datanglah solat berada di sebelah kanannya, puasa di sebelah kiri, Al-Quran di kepalanya, ketabahan dan kesabaran di sisi kuburnya. di saat itu azab diutuskan untuk mendatangi tubuh itu. pertama azab akan datang dari sebelah kanan tubuh itu, solat akan membela tubuh itu, azab akan pergi kepada kepala tetapi Al-Quran akan membelanya, begitu lah seterusnya, maka azab akan berlalu tanpa hasil.
Setelah itu, Allah akan mengutuskan malaikat mungkar dan nakir yang tidak menaruh belas kasihan kepada sesiapapun. di tangan masing-masing memegang palu besi dan mereka akan bertanya siapakah Robbmu, apakah agamamu dan siapa Nabimu. Sesungguhnya orang yang soleh itu akan menjawab “Robbku Allah, agamaku islam dan Nabiku Muhammad SAW
Munkar dan nakir membenarkannya dan memperluaskan kuburnya sehingga empat puluh hasta bagi setiap penjuru. pintu pintu syurga juga dibuka. ‘waliyullah inilah tempatmu kerana engkau taat kepada Allah. ’
Nabi melanjutkan ceritanya. dikisahkan, Allah mengutuskan kepada malaikat maut:
“perilah kepada musuhKu, si fulan bin fulan, kemudian bawalah ia kepadaKu, akan Aku balas dia. ”
Maka malaikat maut akan pergi kepada orang tersebut dengan wajah yang menyeramkan sambil membawa besi penusuk daging bersama lima ratus malaikat lain yang membawa bara api jahannam serta cambuk dari api. Apabila sampai di tempat yang dituju, malaikat maut memukul besi berduri tajam itu sehingga menancap ke seluruh ahagian tubuh termasuk ke akar rambutnya. Rohnya dicabut dalam keadaaan menyeksakan. Malaikat maut berkata “keluarlah hai roh terkutuk, masuklah ke dalam api neraka yang diliputi oleh hamparan asap hitam yang sangat panas dan tanpa mengenala belas kasihan. ”pada masa yang sama, tentera iblis memberitahu kepada raja iblis bahawa mereka telah mengirimkan seorang anak adam ke neraka. Apabila jasad itu berada di dalam kubur, Allah menyempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuk. kemudian Allah mengirimkan ular sebesar leher unta untuk melumatkan tubuh. setelah tubuh itu hancur akan disempurnakan balik tubuh tersebut. kemudian datanglah malaikat mungkar dan nakir lalu bertanya “siapakat Tuhanmu?apa agamamu?dan siapa Nabimu?..... orang munafik dan kafir itu tidak dapat menjawab soalan tersebut. mungkar dan nakir memperlihatkan syurga kepada musuh Allah itu dan menyatakan tempat ini akan menjadi tempatmu sekiranya engkau taat kepada Allah. Kemudian malaikat mungkar dan nakir menyuruhnya melihat ke bawah terlihatlah oleh musuh Allah itu pintu neraka jahannam yang sedang terbuka. Hadis yang panjang ini memberikan penjelasan kepada kita bahawa kubur adalah tempat terakhir untuk kita sebelum kita menempuh kiamat dan alam akhirat. Walaupun kita kaya dengan harta dunia, namun harta dunia ini dianggap sebagai daki dunia sahaja. Harta dunia tidak boleh membawa kita kemanaBermohonlah kepasa Allah semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh.
TIUPAN SANGKAKALA
Rasulullah saw bercerita tentang keadaaan kiamat iaitu keadaan ketika tiupan sangkakala. para sahabat bertanya “ya Rasulullah apakah sangkakala itu?” “sangkakala diperbuat daripad tanduk”jawab Rasulullah”. “Bagaimana bentuknya ?”. tanya para sahabat. “Teramat besar, besar lingkarannya seluas langit dan bumi. dan akan ditiup sebanyak tiga kali. ” Tiupan pertama, tiupan yang amat menakutkan seisi langit dan bumi. Kecuali orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Ketika itu, gunung-gunung bergerak bagaikan awan disapu angin. bumi bergoncang bagaikan kapal dipukul ombak. Firman Allah dalam surah An-Nazi’at ayat 6-8: “(sesungguhnya kamu akan dibangkitkan)pada hanya tiupan pertama mgengoncangkan alam. Tiupan itu diiring oleh tiupan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut”. Ibu-ibu menyusui kebingungan. Wanita hamil keguguran, anak-anak muda menjadi cepat tua. Manusia bertebaran kesana kemari. Bumi terbelah dua dan langit pecah berserakan laksana logam panas meleleh. Nabi saw bersabda “orang-orang yang mati tidak mengetahui sesuatu tentang kejadian itu. ”di tengah-tegah manusia yang ketakutan, terdapat manusia yang dikehendaki Allah untuk tidak mengalami keadaan seperti itu. Firman-Nya “Maka terkejutlah segala yang di langit dan di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. ” (An-Naml:87).
Menurut Abu Hurairah, orang yang dikehendaki itu ialah orang yang syahid dalam perang sabil. mereka dilindungi Allah dari perasaan takut. Setelah Allah menurunkan seksaan yang begitu lama dengam peristiwa yang memilukan itu, kemudian Dia memerintah kepada malaikat israfil untuk meniup sangkakala yang kedua. Semua penghuni langit dan bumi mati kecuali orang yang dikehendaki dan memuji Allah sahaja yang masih tinggal. “siapakah yang masih tinggal?”malaikat maut menjawab, “Ya Allah engkaulah yang tetap tinggal kerana Engkau Maha Hidup dan tidak pernah akan mati. Selain itu yang masih tinggal saat ini adalah malaikat-malaikat pemikul singahsana-Mu, Malaikat jibril dan aku sendiri. ”
“hai Jibril dan Mikail matilah engkau!, ” Kata Allah. Maka ‘Arasy berkata kepada Allah “Ya Allah, Jibril dan Mikail telah mati, ”Mendengar perkataan ‘Arasy itu, Allah selanjutnya berkata, “Diam, aku telah mentakdirkan seluruh makhluk yang berada di bawah ‘Arasy (mahligai) untuk mati. Maka kedua-duanya (Jibril dan Mikail) juga mati. ” Kembali Malaikat Maut mengadap Allah, “Ya Allah, Jibril dan Mikail telah mati, sementara aku malaikat pemikul ‘Arasy masih tinggal. ”Selanjutnya setelah menitahkan kematian buat malaikat pemikul ‘Arasy. Maka malaikat pemikul ‘Arasy pun menglami kematian. Tinggallah malaikat maut yang masih hidup. Allah Yang Maha Perkasa menitahkan supaya malaikat maut juga mati. Demikian, tiada lagi yang tinggal selain Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Tunggal.
Kemudian Allah melipat langit dan bumi seperti melipat kertas kepada tiga bahagian. Kemudian, Ia berbisik sebanyak tiga kali “Milik siapakah kerajaan ini?”. Tidak ada yang menjawab pertanyaan itu kerana hanya Dia yang tinggal pada masa itu. Maka dijawab-Nya bisikan-Nya itu, “milik Allah yang Maha Tunggal Dan Maha Kuasa. ”
Sesaat kemudian, Allah menggantikan langit yang hanncur luluh menjadi bumi yang datar. Dengan sekali suara, Allah membangunkan semua yang telah mati. Dan hujan diturunkan selama empat puluh hari dan air menggenag ke atas mereka sedalam dua belas hasta. Allah memerintahkan jasad-jasad makhluk-Nya yang terbengkalai untuk tumbuh. Jibril dan mikail hidup kembali. Allah lalu memanggil roh semua makhluk-Nya. Taktala itu, ada roh ynag bersinar cemerlang iaitu roh orang muslim. sedang manusia yang lain nampak gelap.
Setelah itu, Allah, menitahkan malaikat israfil meniup sangkakala untuk yang ketiga kalinya. apabila berbunyinya sangkakala itu, roh-roh datang bagaikan lebah.
Allah berfirman: “Demi KeperkasaanKu, serta KeagunganK, hendaklah roh kembali kepada jasadnya masing-masing”.
Manusia berkumpul satu tempat untuk menunggu pengadilan Allah dalam keadaan telanjang dan tanpa alas kaki selama tujuh puluh tahun. Sebab itulah kerana menunggu terlalu lama, mereka menangis tanpa henti sehingga air mata mereka berubah menjadi darah yang akhirnya menengelamkan hingga ke dagu mereka. Dalam kedaan bimbang itu, mereka meratap dan bertanyakan siapakah yang dapat memberi syafaat kepada mereka di depan pengadilan Allah. Lalu mereka akan mendatangi Adam kerana Adam dianggap sebagai bapa mereka. tetapi Adam menolak kerana dia bukan yang memberi syafaat. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain secara berturutan. Akhirnya mereka mendatangi Nabi Muhammad saw. Setelah mendengar permohonan itu, lalu Nabi bertolak ke fahash (letak kaki atau tiang-tiang ‘Arasy, ”. Di sana, malikat diutuskan oleh Allah untuk menjemput Nabi Muhammad saw. Setelah itu, Nabi kembali bersama manusia yang lain. Pada saat itu, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit. Dan tidak lama kemudian turunlah penghuni langit terdiri dari jin dan manusia disertai dengan menyalanya bumi oleh gemerlapnya cahaya. Sesaat kemudian, Allah Aljabbar Yang Maha Suci turun dalam naungan awan diiringi oleh lapan malaikat yang membawa ‘Arasy. Kaki-kaki malaikat berada di antara bumi yang paling bawah sampai ke langit, sedangkan ‘Arasy berada di bahu-bahu mereka. Tiada henti-hentinya malaikat bertasbih. Allah meletakkan singgahsana-Nya dimana sahaja yang dikehendaki dan berkata kepada makhlukNya, “Hai sekalian jin dan manusia, aku telah mendengarkan Perkataan-Ku semua kamu lakukan. Sesungguh semua perbuatan dan amalmu tertulis dalam buku amal masing-masing. akan dibacakan kepadamu. Barang siapa yang mendapat nilai baik di dalam buku itu, dia hendaklah memuji Allah SWT jika sebaliknya dia harus mencela diri sendiri. Allah membeza-bezakan manusia dan memerintahkan mereka supaya mengambil buku amal masing-masing. Ada dia antara umat manusia yang berlutut kerana ketakutan.
Kemudian Allah memberi keputusan kepada hamba-hambaNya. pertama-tama kepada binatang-binatang. kepada mereka Allah jadikan debu. Disaat itu, orang kafir menyatakan adalah lebih baik jika mereka dapat menjadi debu. dan rasa menyesalan keluar dari mulut mereka. Untuk kesempatan pertama, dipanggillah para syuhada yang gugur di jalan Allah. Mereka bersama kepala orang yang membunuhnya sebagai saksi. Tidak ada seorang hamba pun terlepas dari pengadilan Allah.
“Hendaklah kamu mengikuti ilah-ilah yang kamu sembah masing-masing. ”ketika itu, ada malaikat yang menyerupai Uzair, kemudian diikuti oleh kaum yahudi. Demikian juga yang menyerupai Nabi Isa, dan kemudian diikuti oleh kaum Nasrani. Hal itu disebabkan di dunia mereka menyembahnya dan menjadikan mereka sebagai ilah. Dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 99:”andai kata berhala-berhala itu ilah, tentulah mereka tidak masuk neraka. dan semuanya akan kekal di dalamnya. ”
Tinggallah orang-orang mukmin. Di antara mereka terdapat juga orang-orang munafik. Kepada orang yang munafik, Allah menempatkan mereka pada suatu tempat. Di tempat itu, Allah berkata kepada orang-orang munafik itu. :
“Hai manusia orang-oarang telah pergi, maka kejarlah mereka bersama ilahmu”. Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak mempunyai ilah selain Allah. Kami tidak menyembah selain kepada-Nya”. ketika itu nampaklah kaki Allah yang menunjukkan Kebesaran dan KeagunganNya. Mereka bersetuju dan kemudian orang munafik itu jatuh kerana dosanya. Allah menjadikan tulang-tulang rusuk mereka seperti tanduk sapi, serta disuruh Nya mengangkat kepala mereka.
Di atas api neraka, Allah membentangkan titian shirat seperti belahan rambut seperti mata pedang, hingga membuatkan seseorang tergelincir bila melewati dia atasnya. Ada yang berjalan secepat kilat, ada yang terputus di tengah jalan dan ada juga yang selamat sampai tetapi muka mereka menjadi cacat. Ketika ahli syurga menuju ke pintu syurga, mereka bertanya siapakah yang akan memberi syafaat kepada umatku yang masuk ke dalam neraka membantu kami di hadapan Allah sehingga ia memasukkan kami kedalamnya?
setelah itu, mereka mendatangi Adam untuk memberi syafaat, tetapi Adam menolaknya. begitu juga dengan Nabi-Nabi yang lain seterusnya. Atas perintah Nabi Isa akhirnya mereka mendatangi Nabi Muhammad saw. “Kujadikan engkau sebagai pemberi syafaat. Izinkan mereka masuk syurga. ”
Rasulullah bersabda “Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, di dunia kamu tidak lebih tahu tentang isteri-isteri dan rumah-rumahmu daripada ahli syurga terhadap isteri-isteri dan rumah-rumah mereka”
hati laki-laki itu laksana cermin bagi wanita, demikian juga sebaliknya. Keduanya tidak menunjukkan kebonsanan bagi pasangannya selama-lamanya. Setiap kali mendatangi si isteri ia berkata kepada si suami:
“ Demi Allah di syurga ini tiada yang lebih bagus selain dirimu. Dan tiada yang aku cintai selain engkau. ”
lalu suami itu berkata: “Bila ada seseorang yang masuk ke dalam neraka, tidak lain kerana di celakakan oleh perbuatan mereka sendiri. ”
Selanjutnya Nabi meminta keizinan Allah untuk memberi syafaat. Allah berfirman: “wahai Muhammad keluarkanlah orang-orang yang didalam hatinya terdapat iman meskipun seberat dinar”. Dan dengan titah Allah itu, keluarlah mereka melalui perantaraan Nabi Muhammad saw.
“Keluarkan juga orangg-orang yang didalam hatinya terdapat iman sebesar dua pertiga dinar, kemudian sepertiga dinar, satu kirat dan sebesar biji intat. ” Keadaan itu membuatkan iblis rasa iri hati, namun ianya sudah terlambat.
Allah swt lalu berseru: “sekarang tinggal Aku, dan Aku Maha Penyayang. ”DikelurkanNya manusia yang tidak terhitung banyaknya. lalu ditebarkan di sebuah kali yang bernama kali hayawan (kali kehidupan mereka tumbuh bagaikanbenih biji tumbuhan pada genangan air kali yang banjir. tubuh mereka teruus tumbuh seperti zar (semut kecil atau serangga-serangga kecil), Di leher mereka tertulis jahannamiyan (penghuni jahanam). para penghuni syurga akan mengenali mereka menandakan mereka tidak pernah berbuat baik
SURAH AT-TAKWIR
“Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan, dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedilikan) dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh), dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya dengan dosa apakah dia dibunuh, dan apabila catatan-catatan(amal perbuatan manusia) dibuka dan apabila langit dilenyapkan, dan apabila Neraka Jahim dinyalakan, dan apabila syurga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang, yang beredar dan terbenam, demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyising, sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia(Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai ‘Arasy, yang ditaati di sana (di alam malaikat)lagi dipercaya. Dan temanmu (Muhammad)itu bukanlah sekali-kali orang yang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat jibril di ufuk yang terang. dan dia (Muhammad)bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk maka kemanakah kamu akan pergi?Al-Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (iaitu) bagi siapa diantara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki(menempuh jalan itu)kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam”(At-Takwir:1-29)
Tafsir Surah At-Takwir
1. Bila matahari digulung(dilipat-lipat)
Yang dimaksudkan dengan kejadian itu, barangkali matahari pada saat itu padam dan terlepas dari garis edarnya (falak)Ibnu Jarir menerangkan perkataaan takwir beerti menggulung sesuatu barang. Matahari-matahari serta bintang-bintang yang besar jumlahnya itu, digulung seluruhnya oleh Allah Ynag Maha Perkasa pada hari kiamat. Ibnu Abbas menerangkan setelah semua itu digulung, Allah akan mendatangkan angin besar yang meniupkan api.
2. Dan Apabila bintang-bintang berjatuhan.
Pada hari kiamat, bintang-bintang yang biasa beredar pada paksinya akan jatuh berguguran ke bumi. gravitinya menjadi lemah menyebabkan ia akan bertembung antara satu sama lain. menurut Kalbi, langit pada saat itu akan menurunkan hujan bintang kea rah bumi, dan tidak ada satu pun yang tertinggal. Berdasarkan keterangan Ibnu Abbas,
Adh-Dhahak menerangkan ayat tersebut. menurut beliau, binttang-bintang itu adalah lampu-lampu yang bergantungan antara langit dan bumi. yang dipegang oleh malaikat yang tercipta dari cahaya juga. Maka apabila ditiup alcala untuk pertama kali, matilah semua penghuni dan langit, tidak terkecuali malaikat yang memegang gantungan bintang itu.
3. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan.
Ayat ini memberi erti bahawa apabila hari kiamat nanti, gunung-gunung yang terpatri akan tercabut dari bumi dan akan terbang di udara bagaikan awan ditiup angin. penjelasan ini memberi peringatan kepada umat manusia supaya mereka mempersiapkan diri menghadapi hari yang besar itu.
4. Dan apabila unta-unta yang bunting itu ditinggalkan (tidak dipedulikan)
Pada masa itu, unta betina yang sedang bunting merupakan harta yang sangat berharga bagi masyarakat bangsa arab. Tapi begitu telah datangnya hari akhirat unta-unta itu ditinggalkan walaupun amat berharga.
5. Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan
Pada hari kiamt nanti, binatang-binatang akan dikumpulkan bersama manusia di padang mahsyar. Binatang- binatang tersebut dikumpulkan dan mendapatkan qishas. Lalu kepada mereka dikatakan oleh Allah, “jadilah abu, ”maka, mereka mati dan lebur menjadi abu.
6. Dan apabila lautan itu dijadikan meluap.
Lautan akan meluap dan menyeliputi permukaan bumi serta berubah menjadi lautan api pada hari kiamat kerana dalam perut lautan sebenarnya mengandungi magma(sumber api) yang menyala-nyala, sedangkan air lautan akhirnya menguap. Menurut Riwayat, lautan merupakan penutup neraka jahannam. Meskipun belum diketahui sumbernya, menurut hadis dikatakan bahawa laut adalah api di dalam api. Ayat Al-Quran yang berbunyi ‘apabila lautan dijadikan meluap’itu merupakan mukjizat dari Al-Quran.
7. bila jiwa-jiwa(roh-roh) itu dipertemukan
Peristiwa ini merupakan awal kebangkitan dan kembalinya manusia kepada Allah swt untuk dihisab serta menuju kepada penghidupan yang abadi. Kata “Zuwwijat” mengandungi pengertian sebagai kembalinya roh-roh kepada jasad.
Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa ketika itu, manusia dikelompokkan menjadi tiga golongan iaitu: Assabiqun, ialah golongan yang merintis keimanan. Ashabul Yamin, iaitu golongan kanan. Ashabus-Syimal, ialah golongan kiri. roh orang mukmin dikumpulkan dengan Nurul ‘Ain (bidadari). sedangkan roh-roh orang kafir dan orang munafik dikumpulkan bersama-sama syaitan.
8. Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh.
Ayat ini menerangkan perlakuan kejam yang dilakukan oleh orang jahiliah terhadap anak-anak perempuan mereka. iaitu membunuh anak-anak perempuan mereka. Pendek kata anak-anak perempuan yang dibunuh oleh ayah mereka akan menjadi saksi dalam perbuatan ayah mereka itu.
9. Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia)dibuka
Semasa hidupnya setiap amalan manusia akan dicatat di dalam buku catatan. Pada saat hari hisab di padang mahsyar itu, setiap manusia akan melihat catatan amalnya. Dan manusia akan hairan dengan setiap amalan mereka kerana setiap amalan kecil pun dicatat walaupun sebesar biji sawi. Di saat itu tiada satu pun pembelaan terhadap kesalahan-kesalahan manusia dan tiada lagi kepura-puraan.
10. Dan apabila langit dilenyapkan.
Imam Qurthubi menafsirkan, langit akan dicabut dari tempatnya seperti penutup dibuka dari sesuatu tersebut.
11. Apabila Neraka Jahim dinyalakan.
Dinyalakan Neraka Jahim serta di dekatkannya Sturga merupakan langkah terakhir pada hari kiamatsebagai persiapan manusia, yakni kelompok penghuni ahli neraka dan penghuni syurga. Kata “su’irat” dalam ayat tersebut mengandungi erti dinyalakan atau dihidupkan sehingga api berkobar-kobar dan panas membara, apalagi bila bahan bakarnya ditambahkan dengan orang-orang kafir.
12. Dan apabila Syurga didekatkan.
Dengan ayat ini maka, kedua belas peristiwa hari kiamat telah dipaparkan. Menurut Hasan, syurga itu tetap berada di tempatnya tetapi manusia yang mencari untuk mendapatkannya.
13. Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan terbenam.
Dalam ayat ini menunjukkan Allah bersumpah dengan bintang-bintang. Dengan bersumpah menyebut bintang-bintang yang beredar dan terbenam, menunjukkan Kemahakuasaan Allah dalam pengaturan terhadap ciptaanNya.
14. Demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya.
Maksudnya adalah apabila memulai waktu malam dan ketika malam akan berlalu yakni menjelang fajar.
15. Dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyising.
Ertinya kehidupan makhluk hidup mulai berlangsung dengan kesegaran dan semangat yang baru kerana waktu siang telah datang.
16. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia(Jibril)
Dalam ayat ini Allah swt menekankan bahawa setiap yang disampaikan oleh Rasulullah tentang khabar hari kiamat dan peristiwa yang menyertainya bukanlah satu ramalan ataupun imaginasi semata-mata, melainkan perkataan yang benar dari Allah swt sebagai firman-Nya dan disampaikan melalui perantaraan malaikat jibril.
17. Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.
Ayat ini membantah tuduhan orang-orang Quraish yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah gila kerana menyampaikan khabar mengenai kiamat dan semua peristiwa yang terjadi saat itu.
18. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.
Menurut ayat ini, ketika Nabi melihat Jibril dalam rupanya yang asli du ufuk varle yang tinggi, dia memiliki tujuh ratus buah sayap.
19. Dan dia(Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.
Nabi Muhammad bukanlah seorang yang suka memalsukan Al-Quran. Beliau sentiasa menyampaikan kebenaran berdasarkan wahyu Allah yang diterima.
20. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk.
Dengan ayat ini, Allah membantah tuduhan orang-orang yang menyatakan bahawa khabar yang disampaikan oleh Nabi merupakan perkataan syaitan.
21. Maka ke manakah kamu akan pergi?
Ayat ini merupakan pertanyaan kepada oranmg-orang kafir. sebab setelah Allah menerangkan bahawa Al-Quran itu benar-benar datng dari Allah, yang didalamnya berisi petunjuk bagi manusia menuju pada jalan kebenaran orang-orang kafir itu tetep saja ingkar.
22. Al-Quran itu tiada lainnya hanyalah peringatan bagi semesta alam.
Allah menurunkan ayat ini untuk menegaskan kepada manusia tentang hakikat Al-Quran. Al-Quran ini diturunkan sebagai peringatan agar manusia berzikir dan mengaungkan asma-Nya serta mengikutu jalan yang lurus dan benar.
23. (Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.
Sebagai peringatan, maka Al-Quran diturunkan bagi orang-orang yang mahu mendapatkan hidayah dan petunjuk Allah.
24. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki(menempuh jalan itu0kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.
Imam Qurthubi, seorang ahli tafsir yang terkenal memberikan penyataan mengenai ayat ini. Menurut beliau, tiada seorangpun yang beramal baik kecuali kerana Allah swt memberikan taufik kepadanya.
SURAH AL-INFITHAR
“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila kubur-kuburan dibongkar;maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka)Terhadap Tuhanmu Ynag Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian mu dan menjadikan (susun tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendak Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada(malaikat-malaikat yang mengawasi(pekerjaanmu), yang mulia(di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-perkejaan itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan. Dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka dan mereka masuk kedalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu/Sekali lagi tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?(iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikit pun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam Kekuasaan Allah.
(Al-Infithar 1-19)
Sebagaimana yang telah dikemukakan pada pembahasan sebelumnya, berdasarkan hadis dari Abdullah Bin Umar ra, Rasulullah saw bersabda: “barangsiapa yang ingin melihat hari kiamat, dengan mata kepala sendiri, hendaklah membaca:
-Idza syasyamasu kuwirat (surah At-Takwir)
-Idza Ssamaun fatarat (sirah infithar)
-Idza Ssamaun Syaqqat (surah Insyiqaq)”
Tafsir Surah Al-Infithar
1. Apabila langit terbelah.
Bila langit terbelah atas perintah Allah swt, pada hari kiamat nanti, berubahlah tatanannya serta bintang-bintang rosak semuanya.
2. Dan Apabila kuburan-kuburan dibongkar (ayat 4)
Pada saat itu, semua kuburan akan dibongkar untuk mengeluarkan manusia yang dimakamkan disitu. dan kemudian mereka akan disempurnakan dan dihidupkan lagi untuk menerima hisabdi hadapan Allah swt.
3. Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakan dan yang dilalaikannya(ayat5)
Ayat 5 surah Infithar ini juga seolah-olah merupakan larangan Allah bagi manusia untuk berbuat maksiat sebab akan mendatangkan azab di akhirat kelak.
4. Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah (ayat6)
Dalam ayat ini, Allah mencela dan menegur manusia yang terpedaya oleh syaitan hingga terpedaya dan menyimpang dari kebaikan.
5. Yang telah menciptakan kamu, lalu memyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu)simbang (ayat 7).
Dalam ayat ini, menerangkan Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna. kemudian, Allah menyempurnakan manusia dengan struktur tubuhnya, baik pendengarannya, penglihatannya, dan sebagainya. Selepas itu, Allah menjadikan tubuh manusia seimbang dan serasi seperti dua mata, dua telinga, dua tangan dan dua kaki. Antara satu bahagian dan bahagian lainnya masing-masing tidak Nampak lebih panjang ataupun lebih pendek.
6. Dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu (ayat 8)
Allah menciptakan manusia mengikut kehendak dan kebijaksanaanNya. Dalam kehendakNya itu, ia menciptakan laki-laki dan perempuan, mulia dan keji, tinggi mahupun pendek, serupa mahupun berbeza. Namun demikian, manusia tetap merupakan makhluknya yang paling baik, sehingga tidak sama dengan haiwan ataupun lain-lain.
7. Namun, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan (ayat 9)
Ayat inimenceritakan tentang adanya hari’ kemudian dengan segala peristiwanya, serta keterangan mengenai bukti siftanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang bagi manusia. Maka ayat berikut akan memaparkan tentang keras kepalanya manusia memungkiri hari pembalasan itu.
8. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu). Maka mereka mengetahui apa yang kamu lakukan (ayat 10, 11 dan 12).
Amal perbuatan manusia semua dicatat oleh malaikat-malaikat pencatat amal yang mulia di sisi Allah swt. Tidak ada satu pun perbuatan yang terlepas dari catatannya.
9. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan. Dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. Mereka masuk kedalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?(iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu adalah kekuasaan Allah. (ayat 13 sampai 19)
Ayat-ayat tersebut menerangkan tempat kembalinya orang-orang yang berbakti kepadanya serta orang-orang yang derhaka selepas mengikuti penilaian amal dengan adil. Penilaian itu didasarkan catatan amal yang telah dilakukan oleh kiraman katiban (malaikat pencatat amal yang mulia). Syurga Naim diperuntukkan bagi golongan Al-Abrar iaitu orang-orang yang patuh dan berbakti kerana iman, sedangkan Neraka Jahim merupakan tempat kembali bagi golongan Al-Fujjar yang bererti terkeji atau kejahatan.
“Apabila langit terbelah dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya langit itu patuh dan apabila bumi diratakan dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong. Dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh (pada waktu itu, manusia akan mengetahui akibat perbuatannya). Hai manusia sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu maka pasti kamu akan menemui-Nya. Adapaun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka dia akan diperisa dengan pemeriksaan yang mudah dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang maka dia akan berteriak “celakalah aku” dan dia akan masuk kedalam api neraka yang menyala-nyala. sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian) yang benar sesungguhnya Tuhan selalu melihatnya. Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja dan denganmalam dan apa yang diselubunginya dan dengan bulan apabila jadi purnama sesungguhnya kamu melalui tongkat demi tongkat (dalam kehidupan). Mengapa mereka tidak mahu beriman?Dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka mereka tidak bersujud bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya). Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka). Maka beri khabar gembiralah mereka dengan azab yang pedih. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya. ”
(Al-Insyiqaq:1-25)
1. Dan apabila bumi diratakan (ayat 3)
Pada saat itu, bumi diratakan oleh Allah. Ertinya semua isi bumi tercabut dari akarnya, sehingga tidak ada lagi lekukan atau tonjolan seperti yang terlihat selama ini. Gunung-gunung berhamburan bagaikan kapas ditiup angin, terlihat samar-samar bagaikan fatamorgana.
2. Dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya (bumi) menjadi kosong (ayat 4).
Pada saat bumi diratakan maka ia akan mrngeluarkan seluruh manusia yang telah berada di dalam kubur. Semua isi bumi dikosongkan. tidak ada stu pun yang tersisa di perutnya. Wanita-wanita yang sedang hamil melahirkan bayinya meski belum saatnya lahir, kerana goncangan bumi sangat keras. Suasana pada saat itu sangat menakutkan.
3. Dan ia patuh (tunduk)kepada Robbnya, dan sudah semestinya ia patuh (ayat 5).
Ayat ini menceritakan bahawa bumi pun tunduk dan patuh kepada Allah.
4. Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguhmenuju Robbmu, maka pasti akan kamu menemuiNya.
Dengan kesempurnaan manusia, manusia menjadi makhluk yang paling mengenal Tuhannya dan juga lebih taat daripada bumi dan seluruh isinya. Sheikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa perkataan “kaditun” dalam ayat ini mengandungi makna bersungguh-sungguh bekerja untuk dirinya sendiri, meliputi pekerjaaan yang baik mahupun yang keji sambil menunggu batas akhir kehidupannya menuju Tuhannya.
5. Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya) (ayat 13 dan 14)
Pertama, Orang seperti itu memang patut masuk neraka sair, sebab masih hidup di dunia, mereka bersenang-senang bersama-sama keluarga dan kaumnya tanpa mahu melakukan ibadat kepada Nya. Kedua ketika di dunia mereka hanya berhuru-hara sahaja, tidak mahu peduli perintah Allah. Dikatakan penjara bagi orang mukmin kerana gerak merka dibatasim dengan larangan yang tidak boleh dilakukan, sebaliknya banyak kewajipan yang harus dipenuhinya.
6. (Bukan demikian) yang benar, Sesungguhnya Tuhan selalu melihatnya (ayat 15)
Dalam ayat ini, Allah menegaskan bahawa semua perbuatan manusia dapat dilihat dan diketahuiNya. Itulah sebabnya kelak, mereka akan dibalas dengan balasan yang setimpal dan dengan perhitungan yang adil.
7. Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja dan dengan malam dan apa yang diselubunginya, dan dengan bulan apabila jadi purnama, sesungguhnya kamu melalui tongkat demi tingkat (dalam kehidupan) (ayat 16 hingga 19)
Ayat yang menceritakan tentang sumpah Allah dengan cahaya merah apabila senja dan dengan malam serta yang diselimutinya itu mengandungi erti bahawa ia bersumpah dengan seluruh malam itu. bahkan dengan seluruh makhlukNya. Sebab kata “wasaqa” dala ayat itu beerti mengumpulkan atau membawanya. Jadi pada malam hari, ia mengumpulkan binatang-binatang dan manusia kembali ke tempatnya masing-masing. setelah Allah bersumpah dengan makhlukNya, Manusia akan diciptakan tingkatan demi tingkatan.
8. Mengapa mereka tidak mahu beriman? (ayat 20).
Pertanyaan yang diajukan oleh Allah didalam ayat ini merupakan titik balik dari keterangan-keterangan ayat sebelumnya yang berisi tentang Kebesaran dan KekuasaanNya. Sungguh sangat keterlaluan dan menghairankan, bahawa orang-orang kafir itu tetap saja tidak mahu beriman kepadaNya.
9. Dan apabila Al-Quaran dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu bersujud (ayat 21)
Ayat ini menerangkan tentang orang-orang kafir tidak mahu bersujud dan tunduk kepada Al-Quran sebagai pembawa kebenaran yang disampaikan melalui Rasulullah saw.
10. Bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya) (ayat 22)
Sikap orang kafir yang keras kepala dan bongkak mendustakan Al-Quran disebabkan kerana ras dengki dan iri hati pada Rasulullah saw. Sebab kehadiran beliau di tengah-tengah umatnya saat itu, dikhuwatiri dapat mengancam kepimpinan dan pengaruh kekuasaan mereka.
11. Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka (ayat 23)
Allah swt mengetahui segala sesuatu tidak terkecuali yang tersirat dalam hati manusia, seluruh isi alam semesta bahkan semua maksud dan motif manusia yang belum terucapkan sekali pun dapat diketahui oleh Allah
12. Maka berilah khabar kepada mereka dengan azab (siksa)yang pedih (ayat 24)
Sebagai balasan bagi mereka yang mendustakan dan tidak mahu tunduk kepada Al-Quran, maka Allah akan mendatangkan azab (siksa) yang keras dan menyakitkan.
13. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka pahala yang tidak terputus-putus (ayat 25)
Ayat ini merupakan janji Allah swt bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dianugerahi-Nya pahala yang tidak terputus-putus untuk selama-lamanya bagi seseorang yang telah mengikrarkan tekad : ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya” serta mengamalkan segala kebaikan dengan sikap yang istiqamah. Janji Allah adalah pasti, Maka ayat terakhir dari surah Al-Insyiqaq yang sedang kita bicarakan ini merupakan motivasi bagi seseoramg hamba yang tekun beribadah.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah semoga Dia member taufik dan hidayah kepada kita agar sentiasa taat dan takut kepada-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. sesungguhnya kiamat itu pasti berlaku walaupun kita tidak mengetahui bila ianya akan berlaku.
Jadikan setiap kisah yang kita dengar pada zaman Rasullullah sebagai teladen kita agak ia dapat membimbing kita menjadi umat Rasulullah iaitu umat akhir zaman yang bersyukur. Dan semoga kita mendapat syafaat daripada Rasulullah dan selamat sampai sepanjang melalui titian sirat. Dan kita berdoa semoga kita semua selamat sampai ke syurga.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Noor Asikin Binti Ab Ghani

Wanita Solehah Sebagai Isteri
PENDAHULUAN
MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan.
Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci. ” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. ” (Riwayat A-Tabrani)
Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup.
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu. ” (Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.
Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis diatas.
Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.
Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambilkira dalam memilih calon isteri.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang. ”
Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Su’bah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, “Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang. ” (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah).
Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu.
Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsangkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu. Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa.
Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya.
Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumahtangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin). ”
Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak.
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan, jika wanita yang dikahwini mempunyai ciri-ciri wanita solehah, sementara suami pula ialah lelaki beragama dan benar-benar mengamalkannya, insya Allah, rumahtangga yang dibina tiada banyak halangan untuk memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH SEBAGAI ISTERI
AL WALUUD (SUBUR TIDAK MANDUL)
Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul!” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii).
Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga.
Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri.
AL WADUUD (RASA CINTA)
Iaitu yang besar cintanya kepada suami. Perkara ini telah dapat kita ketahui pada saat ia menentukan mas kahwin ataupun hantaran. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya). ”
Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga.
Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami.
AS SITTIRAH (MENYIMPAN RAHSIA)
Iaitu pendiam atau menyimpan rahsia dengan kuat. Kerana isteri merupakan tempat tertumpahnya perasaan dan keluh kesah suami, maka seorang lelaki akan melihat apakah pasangannya seorang wanita yang suka bebicara dan membuka rahsia orang. Atau seorang pasangan yang sentiasa mulutnya dari berkata yang tidak bermanfaat.
Wanita yang senang membincangkan perkara yang kecil-kecil pun merupakan gambaran bahawa ia seorang yang senang membuka rahsia suaminya. Seorang isteri yang baik hendaklah menjaga rahsia dan masalah-masalah suaminya, jangan mudah menceritakan kepada sesiapapun tentang keperibadian suaminya. Jika ia ingin menceritakan juga, maka sampaikanlah perkara yang baik-baik.
Seorang isteri hendaklah tinggal diam di rumah suaminya, jika ingin keluar rumah hendaklah dengan izin suaminya, atau dalam keadaan yang terpaksa seperti ke klinik, hospital dan perkara yang penting lainnya. Janganlah kaum wanita suka berkunjung ke rumah tetangga kemudian membuka aib dan rahsia keluarga sendiri atau mengumpat orang lain. Itulah sebabnya Islam menyuruh agar memilih calon isteri yang mampu menyimpan rahsia dengan baik.
AL ZIIZH FIIL AHLIHA (TEGUH PENDIRIAN)
Sifat ini iaitu teguh dalam menghadapi bencana rumahtangga. Ia tidak suka mengadu kepada orang lain atas segala penderitaan yang dialaminya, walaupun kepada orang tuanya sendiri. Segala penderitaan yang dirasakannya di dalam rumahtangga dihadapinya dengan ketabahan dan sentiasa menyerah diri kepada Allah SWT.
Hanya kepada suaminya ia membincangkan sesuatu yang sukar untuk dihadapi dan diselesaikan. Kemudian hanya kepada Allah SWT dia berdoa untuk memohon rahmat dan mengharapkan rezeki yang luas. Wanita semacam ini tidak akan mendorong kepada suaminya untuk melakukan dosa dalam menghadapi kesukaran rumahtangga. Tetapi ia berusaha mengajak suaminya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, agar segala aktiviti kehidupan yang mereka kerjakan dinilai sebagai suatu ibadah.
Seorang wanita muslimah harus memahami bahawa ketabahan seorang isteri dalam menghadapi penderitaan dalam rumahtangga merupakan motivasi dan modal asas bagi suami untuk menguatkan semangatnya dalam mencapai cita-cita. Oleh sebab itu di saat menghadapi kesukaran, isteri hendaklah banyak memberikan nasihat kepada suaminya agar tetap ingat kepada Allah SWT dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal.
Ramai di kalangan wanita di zaman ini, ketika menghadapi kesukaran dalam rumahtangga malah ia mendorong suaminya untuk membuat sesuatu yang haram, ataupun mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati suaminya. Mungkin ia menyuruh suaminya mengambil wang di tempat kerja dengan cara rasuah, atau ia mengucapkan kata-kata menyinggung perasaan suami seperti “Semenjak aku berkahwin denganmu, aku tidak pernah merasakan kebahagiaan”. Banyak ungkapan lain lagi yang dapat mengguris perasaan suami.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya
“Aku pernah melihat neraka, tiba-tiba di kalangan penghuninya adalah kaum wanita, iaitu mereka yang tidak pandai berterima kasih kepada suaminya. Jika suaminya berbuat baik kepada seseorang di antara mereka setahun kemudian ia melihat cela padamu maka ia berkata : “Saya tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan dari dirimu…” (Riwayat Bukhari)
Isteri yang pandai berterima kasih terhadap suaminya iaitu isteri yang mengerti tentang keadaan dan kemampuan suaminya. Jika sudah mempunyai kelebihan rezeki, maka isteri mengajak suami agar membantu kaum kerabat serta ahli keluarga yang masih dalam kekurangan. Kemudian mengajak suami agar lebih banyak bersedekah.
Seorang isteri juga menyedari bahawa tugasnya untuk meluruskan akhlak dan agama suaminya, bukan sahaja memberatkan suaminya dengan berbagai tuntutan untuk kesenangan duniawi. Kesenangan yang berlebihan itu kadangkala hanya membawa ke jalan dosa. Sedikit sekali isteri yang mempunyai akhlak yang mulia semacam ini.
AZ ZALIILAH MA’A BA’LIHAA (MERENDAHKAN DIRI)
Sifat ini iaitu yang merendahkan diri atau patuh kepada suami. Ini merupakan sifat yang paling sukar dan berat untuk dilakukan oleh wanita. Ramai di kalangan isteri ingin masuk campur segala urusan suaminya. Mereka berasa berhak untuk mengendalikan gerak-geri suaminya. Keperibadian isteri semacam ini akan mempengaruhi keharmonian rumahtangga. Kerana ramai di kalangan wanita hanya menonjolkan perasaan cemburunya tetapi jika dibincangkan dengan baik itu dianjurkan.
Isteri yang baik bukan mengendalikan segala gerak-geri suaminya kemudian membenci dan memarahinya. Tetapi isteri yang baik itu ia sebagai penasihat suaminya jika suaminya melakukan perkara yang tidak baik ataupun membiarkan keadaan rumahtangga menjadi tidak harmoni. Jika suami telah melakukan kewajipannya terhadap anak dan isteri dengan baik dan sesuai dengan tuntutan Islam, maka isteri tidak boleh mencemburuinya dengan tanpa alas an.
MUTABARIYYAH (SUKA BERHIAS)
Mutabarriyah ertinya wanita yang suka berhias atau yang suka bersolek. Yang dimaksudkan wanita yang pandai bersolek dalam Islam iaitu mereka yang berhias dan mencantikkan diri di hadapan suaminya. Kerana isteri seorang muslimah mempunyai hasrat dan berusaha untuk menyenangkan hati suaminya.
Salah satu cara untuk menggembirakan hati suami, isteri yang solehah berpakaian dengan pakaian yang menarik dan dandanan yang menawan di hadapan suaminya. Ertinya seorang isteri telah berusaha untuk berbakti kepada suaminya, sehingga suami merasa rindu dan menaruh harapan terhadap isterinya.
Seandainya isteri di zaman moden ini bersolek untuk diitunjukkan di hadapan orangramai, maka ini merupakan keperibadian yang tercela. Mereka hanya mempunyai keinginan untuk menunjukkan nafsu keinginan mereka, bahkan mereka merasakan bahawa bersolek merupakan kekuatan yang dapat menarik perhatian lelaki.
Islam membatasi keinginan wanita bersolek dan berhias diri hanyalah di lingkungan rumah suaminya dan di hadapan suami sahaja. Wanita muslimah janganlah bersolek ketika keluar dari rumah kerana Islam hanya membenarkan wanita bersolek di dalam rumah suaminya dan di hadapan suaminya sahaja.
Tidak diizinkan bersolek di luar rumah tidak bererti seorang isteri muslimah tidak boleh memakai yang baik dan bersih ketika di luar rumah. Di manapun di hadapan sesiapapun seorang wanita harus berpakaian rapi dan bersih. Tetapi kita harus membezakan antara bersolek dengan berpakaian rapi dan bersih. Kerana di dalam bersolek sudah ada niat untuk memberikan pelayanan kepada seseorang. Oleh sebab itu perkara ini hanya dibolehkan seorang isteri kepada suami.
Memang secara fitrah bahawa niat mempunyai keinginan untuk menampilkan diri secara lebih menarik di hadapan oranglain, baik sesama kaum wanita mahupun dengan lelaki. Oleh sebab itu Islam memberikan jalan yang terbaik bagi seseorang wanita yang mengisi fitrahnya itu. Ia boleh melakukan di hadapan suaminya sendiri, dengan cara ini segala fitnah akan terhindar sebab wanita yang bersolek itu akan menimbulkan semangat berahi dan ransangan bagi kaum lelaki.
Ramai di kalangan wanita di zaman ini merasa bahawa dirinya selalu di ganggu, kadangkala ada yang di rogol. Itu semua terjadi kerana kaum wanita di abad ini apabila keluar rumah selalu bersolek yang akan menimbulkan ransangan nafsu lelaki. Maka cara yang terbaik untuk menghindarkan daripada gangguan tersebut, wanita muslimah hendaklah meninggalkan bersolek apabila keluar rumah. Memadailah dengan berpakaian bersih, rapi dan menutup aurat.
AL HASHAANU (MEMBATASI DIRI)
Al Hashaanu ertinya pembenteng atau pembatas. Kerana isteri muslimah wajib membatasi dirinya dalam bergaul dengan orang lain. Ia hanya boleh menunjukkan dirinya secara bebas di hadapan suaminya sahaja. Walaupun ia berada di dalam rumah, tetapi jika ada orang lain yang bukan muhrimnya, namun ia tetap harus menutup dirinya dengan pakaian muslimah.
Seorang wanita muslimah walaupun terhadap anak kandungnya sendiri tidaklah dibenarkan menampakkan auratnya yang dapat menimbulkan rangsangan. Oleh sebab itu seorang isteri yang baik walaupun berada di rumah, jika keluar dari kamarnya tidak hanya memakai baju tidur, kerana ia harus menjaga dirinya dari menutup aurat.
Menutup aurat dengan baik supaya dapat menjaga diri daripada timbulnya fitnah sehingga mengganggu hubungan antara suami isteri. Kerana jika seorang suami penuh keyakinan bahawa aurat isterinya hanya semata-mata diperlihatkan untuknya, maka suami akan merasakan cemburu dengan isterinya. Dengan demikian kecintaannya terhadap isterinya semakin mendalam. Jika ini dapat dilaksanakan maka rumahtangga akan menjadi aman dan damai.
MENDENGAR DAN MENTAATI PERINTAH SUAMI
Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam. Dengan demikian suami merasa redha dan puas atas bantuan isteri, begitu juga isteri merasa puas dengan layanan dan tanggungjawab suami terhadapnya.
MENYERAHKAN DIRI KEPADA SUAMI SECARA BAIK
Seorang isteri yang solehah bersedia secara keseluruhan untuk melayani suaminya tatkala mereka berdua. Ia dengan penuh kemesraan dan keikhlasan memenuhi keinginan suaminya. Kerana apabila isteri bersikap acuh tak acuh atau bersikap dingin terhadap suaminya akan menimbulkan prasangka buruk dari pihak suami terhadap isteri. Jika ini terjadi maka ini merupakan langkah awal menuju keruntuhan rumahtangga.
Banyak kekecohan rumahtangga terjadi pada masa ini kerana sikap dingin isteri terhadap suaminya baik dalam menjalin hubungan batin mahupun keperluan lainnya. Isteri yang menceburi bidang kerjaya yang ditekuninya selalunya akan menganggap bahawa kehadiran suami hanyalah merupakan faktor sampingan sahaja. Mungkin kerana merasa malu jika dikatakan bahawa dia seorang yang tidak laku dan sebagainya.
Wanita yang bekerja bahkan telah tergolong dalam usahawan, tidak akan mengharapkan bantuan ekonomi daripada suaminya, sehingga tidak merasa ketergantungan terhadap pasangan hidupnya itu. Sehingga ia merasa berhak untuk mengatur suaminya baik dalam kehendak hubungan intim mahupun keperluan yang bersifat keperluan hidup. Isteri yang seperti ini telah mendorong kepada suaminya untuk melakukan penyimpangan dan berakhlak buruk di luar rumah.
Maka isteri yang baik harus memahami keperluan suaminya kerana hubungan batin antara suami isteri itu merupakan bunga-bunga yang mewarnai kehidupan agar tidak sepi dan gersang. Kerana jika hubungan ini terganggu akan menyebabkan jiwa dan segala aktiviti terganggu.
KESIMPULAN
Wanita merupakan salah satu kelompok dari makhluk Allah SWT yang paling banyak mendapat sorotan dan perhatian. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai buku yang telah ditulis oleh para ulama tentang wanita, bahkan di dalam Al-Quran ada satu surah yang dinamai dengan An-Nisa yang ertinya wanita.
Wanita solehah adalah wanita beriman serta beristiqomah dalam melakukan amal-amal kebajikan manakala isteri solehah merupakan suatu anugerah Allah SWT. kepada manusia. Di mana mereka sanggup berkorban apa saja dan menganggap suami mereka adalah segala-galanya.
Kesimpulannya, wanita dan isteri solehah adalah impian yang patut dikejar oleh kaum hawa masa kini dalam menjamin keindahan Syurga kelak.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nor Azleza Binti Ab Aziz

Rahsia Ketenangan Jiwa
PENDAHULUAN
Jiwa adalah hakikat diri seseorang. Manusia terdiri daripada dua bahagian, iaitu zahir dan batin. Ketenangan jiwa adalah perkara yang sangat penting bagi kehidupan seseorang dimuka bumi ini. Dengan ketenangan jiwa, timbulah perasaan tenteram, puas dengan apa yang diperolehi, tidak kecewa dengan diri sendiri serta selalu menaruh harapan terhadap masa depan. Memperolehi ketenangan jiwa adalah ibarat kebahagiaan dan kejayaan sudah dapat dicapai. Oleh yang demikian, kita semua perlu mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan melalui ketenangan jiwa. Oleh itu, ketenangan jiwa haruslah dicari. Usaha-usaha dalam mencari ketenangan jiwa adalah sia-sia jika ketenangan jiwa yang sebenarnya tidak akan diperolehi. Ketenangan yang dibawa oleh Islam adalah ketenangan yang sebenar-benarnya iaitu ketenangan jiwa yang abadi.
SEBAB - SEBAB JIWA TIDAK TENANG
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan kebaikan
5. Tidak percaya wujudnya Allah SWT
7. Orang yang diuji bila imannya lemah atau tidak beriman
8. Orang yang pemarah
9. Bersifat pendendam
10. Hasad dengki terhadap orang lain
11. Bakhil dan kedekut
12. Orang yang tamak
13. Tidak sabar dalam hidupnya
14. Orang yang egonya tinggi
16. Cinta kepada dunia sahaja
RAHSIA KETENANGAN JIWA
1. HIDUPKAN MALAM DENGAN BERIBADAH KEPADA ALLAH
Malam adalah waktu yang sunyi dan tenang. Sesuai untuk beribadat kepada Allah SWT dan mendekatkan diri kepadaNya. Antara ibadat-ibadat yang boleh dilakukan pada waktu malam ialah solat malam, solat tahajud, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ada 4 keistimewaan yang kita akan dapat daripada solat pada waktu malam :
i. Merapatkan diri kita kepada Allah, apabila kita bangun solat pada waktu malam dan berdoa kepada Allah, jiwa kita akan semakin dekat dengan Allah.
ii. Mencegah diri daripada melakukan maksiat. Bila jiwa kita bersih, kita tidak akan buat benda-benda yang tidak elok dan dilarang oleh Allah.
iii. Menghapuskan dosa kepada Allah SWT. Dosa-dosa yang kita lakukan akan diampunkan oleh Allah.
iv. Menghapuskan penyakit dalam badan. Jika kita sakit, kita makan ubat tapi tak sembuh penyakit yang kita hidapi. Oleh itu kita bangun dan solat pada waktu malam dan berdoa kepada Allah supaya sembuhkan penyakit dalam badan kita.
Selain keistimewaan yang kita akan dapat daripada solat pada waktu malam, ada 9 kelebihan yang Allah berikan kepada orang-orang yang bangun solat Tahajud. Daripada 9 kelebihan itu, 5 kelebihan kita akan dapat di dunia manakala 4 kelebihan lagi kita akan dapat di Akhirat.
5 kelebihan di dunia4 kelebihan di Akhirat
i. Selamatkan diri daripada bencana.
ii. Keberkatan akan nampak di muka.
iii. Akan disukai oleh hamba-hamba Allah yang lain.
iv. Jika bercakap, ucapannya penuh hikmah.
v. Dikurniakan kebijaksanaan kepadanya.
i. Dipimpin tangan keluar dari kubur dengan wajah yang berseri-seri.
ii. Menerima buku catatan amalanya dari tangan kanan.
iii. Diringankan perhitungan.
iv. Mudah meniti titian Siratalmustakim seperti kilat menyambar.
2. MENYEDARI WAKTU YANG ALLAH BERIKAN TIDAK BOLEH DIGANTI BALIK
Empat waktu yang kita kena manfaatkan sebaik mungkin supaya tidak timbul penyesalan di hari kemudian.
a)Waktu terima nikmat
Waktu kita diberi nikmat, kita wajib bersyukur di atas nikmat yg diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Jika kita tidak bersyukur, Allah akan tarik balik nikmat yg diberikanNya kepada kita.
b)Waktu ditimpa bencana
Kita haruslah sabar dan reda di atas dugaan yang Allah berikan kepada kita. Banyakkan beribadat dan berdoa kepada Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah tidak akan memberi ujian dan dugaan kepada umatnya jika kita tidak mampu menghadapi dugaan yang diberikanNya kepada kita.
Doa menghadapi musibah : Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna. Allaahumma ajirnii fii mushiibatii wakhluf lii khairan minhaa. Ertinya : Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah berilah kami pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik.
c)Waktu taat
Ketika kita beribadat kepada Allah, kita haruslah menunaikannya dengan bersungguh-sungguh. Jangan melengah-lengahkan solat dan jangan meninggalkan puasa. Setiap ibadat yang wajib dan sunat haruslah dilakukan segera dan bersungguh-sungguh.
d)Waktu melakukan dosa
Kita haruslah bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripadaNya. Tanamkan keazaman dalam diri untuk berubah dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.
3. MEMAHAMI KEISTIMEWAAN ZIKRULLAH
Jika kita rasa jiwa kita tak tenang, maknanya hati kita kosong, kita tak berzikir kepada Allah, kita tidak memuji Allah. Banyakkan berzikir kepada Allah dan kurangkan mengumpat serta mengeluh. Basahkan lidah kita dengan berzikir kepada Allah. InsyaAllah kita akan mendapat ketenangan di dunia dan di Akhirat.
4) SENTIASA BERTEMAN DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH
Kita haruslah pandai memilih kawan dan berkawan dengan orang yang baik-baik sebagaimana sabda Rasulullah : “ Jangan kamu berkawan melainkan dengan orang yang baik-baik sahaja ”
Pengaruh kawan adalah pengaruh yang paling kuat dalam hidup seseorang. Kawan yang baik akan membawa kita ke arah kebaikan manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke arah kejahatan. Kejahatan diibaratkan seperti penyakit, ia cepat berjangkit dan merebak dalam tubuh badan manusia. Jika kita berkawan dengan orang yang jahat, kita juga akan terarah untuk melakukan kejahatan. Kawan yang baik akan bersama dengan kita di waktu susah dan senang.
5) MEMBERSIHKAN JIWA DARI SIFAT YANG TERCELA
Dalam hidup kita, ada 2 jenis penyakit iaitu penyakit jasmani dan penyakit rohani.
i. Sakit gigi, sakit perut, demam dan sebagainya adalah penykit jasmani. Jika ingin sembuh, kita perlukan dapatkan rawatan doktor dan makan ubat yang diberikan oleh doktor.
ii. Sombong, riak, takbur dan kedekut adalah contoh penyakit rohani. Ubatnya adalah bertaubat dan tanamkan keazaman untuk berubah. Kita kena bersihkan hati kita dari sifat-sifat yang tidak elok supaya jiwa kita akan sentiasa tenang.
6)SENTIASA MUHASABAH DIRI
Sebelum melakukan sesuatu, kita seharusnya berfikir baik dan buruknya terlebih dahulu. Bila dah melakukan sesuatu yang tidak baik, timbul penyesalan dah tak berguna. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Fikir dulu sebelum bercakap, jangan sampai tersalah cakap dan mengguris hati orang yang mendengar. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jika kita melakukan kesalahan pada seseorang, kita haruslah memohon maaf daripada orang yang terlibat supaya hati kita tenang tenteram untuk menjalani kehidupan seharian kita.
7) MERASAKAN ALLAH SENTIASA DI SISI DI MANA PUN KITA BERADA
Sebagai umat Islam, kita haruslah menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT. Allah Maha Melihat dan sentiasa nampak apa yang kita lakukan. Jika kita di dalam kesusahan, Allah akan sentiasa bersama dengan kita dan membantu kita. Allah tidak akan membiarkan umatnya menghadapi kesusahan sendirian. Untuk menjadi muslim yang sejati, kita haruslah cinta melakukan ibadat dan takut melakukan maksiat.
8) MELAKUKAN SESUATU DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
Setiap perkara yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Jika kita belajar, kita haruslah belajar dengan bersungguh dan jika kita bekerja, kita haruslah bekerja dengan bersungguh-sungguh. Ibadat yang wajib tidak ditinggalkan dan dilakukan dengan betol. Ibadat yang sunat pula, kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. Bila kita mempunyai jiwa yang tenang kerana kita rapat dengan Allah, semua masalah kita akan dimudahkan oleh Allah. Setiap cubaan dan dugaan yang Allah berikan kepada kita dapat dihadapi dengan tenang.
9) BERSEGERA MELAKUKAN AMAL SOLEH
Umat Islam digalakkan bersegera melakukan amal soleh. Jangan tanamkan sifat suka bertangguh dalam diri. Rasulullah berpesan : “ Rebutlah 5 perkara sebelum 5 keadaan”
i)Masa muda sebelum tua
Sewaktu kita muda, kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita dapat melakukan ibadat kepada Allah dengan sempurna. Apabila masa berlalu tanpa kita sedari, badan kita dah tak sihat, umur sudah meningkat, kita tak mampu untuk menunaikan ibadat kita dengan sempurna.
ii)Masa kaya sebelum miskin
Harta boleh membuatkan manusia lalai dan lupa kepada Allah SWT. Apabila Allah menarik balik nikmat yang dikurniakan, barulah kita ingat kepada Allah. Kita haruslah membantu orang-orang di sekeliling kita yang memerlukan bantuan selagi kita mampu menghulurkan bantuan.
iii)Masa lapang sebelum sibuk
Masa lapang yang kita ada haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Banyakkan beribadat kepada Allah dan melakukan kebaikan. InsyaAllah masa itu akan terisi dengan baik dan kita tidak akan menyesal di kemudian hari.
iv)Masa sihat sebelum sakit
Selagi kita mampu melakukan ibadat, lakukanlah dengan sebaiknya. Apabila dah terlantar sakit dan tak mampu untuk melakukan ibadat dengan baik, baru timbul penyesalan dalam diri dan menyesal.
v)Masa hidup sebelum mati
Ajal maut di tangan Tuhan. Sebagai manusia, kita tidak dapat menjangka bila ajal kita akan tiba. Oleh itu, beribadatlah kepada Allah SWT selagi bernyawa.
10) SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH
Jika kita melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah, kita haruslah segera bertaubat kepadaNya. Jiwa kita akan merasa tidak tenang dan resah jika kita tidak bertaubat. Terdapat 2 kelebihan orang yang bertaubat iaitu mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.
DOA KETENANGAN JIWA
Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina.
Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu.
Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi.
Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika
Ertinya : Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran ke atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.
Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Norarmeira Bt Aris

Langgan:
Catatan (Atom)