Khamis, 30 September 2010

Hari Kiamat

Hari akhirat maksudnya masa-masa terakhir. Menurut kitab-kitab Islam, hal ini bererti sebuah jangka waktu yang dekat dengan Hari Kiamat. Dalam Rukun Iman yang kelima juga umat Islam diwajibkan beriman kepada hari akhirat. Maksudnya ialah kita wajib beriktikad dan yakin akan wujudnya hari akhirat atau hari kiamat. Harinya pasti. Bila waktunya berlaku tidak seorang pun yang mengetahuinya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui bila berlakunya hari kiamat itu.

Namun demikian ada dinyatakan beberapa tanda atau alamat berlakunya kiamat. Alamat kubra(besar) dan alamat syughra(kecil). Alamat syughra itu adalah tanda-tanda awal bahawa dunia ini akan kiamat tetapi waktunya masih lagi panjang, masih ada waktu untuk bertaubat, masih ada peluang untuk kembali ke jalan Allah. Sementara tanda atau alamat kubra, ertinya apabila sudah ada tanda-tanda kubra menunjukkan bahawa dunia sudah hampir benar ke saat kehancurannya. Pintu taubat sudah ditutup ketika itu.

Tanda Kecil

Yang dimaksudkan dengan tanda-tanda kecil kiamat adalah peristiwa dan perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S. A. W yang akan terjadi di akhir zaman sebagai syarat dan isyarat yang menunjukkan akan dekatnya kedatangan tanda-tanda besar kiamat, bahkan sebagai landasan permulaannya.

Apabila terjadi dan terbukti tanda-tanda kecil itu, maka tidak akan ada lagi sebab-sebab yang mengakhirkan kemunculan tanda-tanda kiamat besar kerana pengertian dari penamaan kata-kata “tanda-tanda” atau “syarat-syarat” tidak akan ada gunanya apabila kemunculannya tidak merupakan “isyarat” dengan apa-apa yang akan mengikutinya dan ia terjadi selepas dari tanda-tanda kecil kiamat. Tanda-tanda kecil kiamat antaranya ialah:

-Si anak tersebut memperlakukan ibunya seakan-akan ia adalah tuan dari ibunya. Kederhakaan anak pada ibu.

-Para pengembala kambing yang miskin, tidak beralas kaki dan tidak berpakaian akan menetap di gedung-gedung tinggi. (seperti yang berlaku di semenanjung arab)

-Banyak berlaku pembunuhan.

-Meminum arak dan menamakan perbuatan tersebut bukan dengan namanya.

-Penyerahan urusan-urusan bukan kepada ahlinya.

-Banyaknya perbuatan zina dan kotor.

-Kaum lelaki akan memakai sutera.

-Penghalalan lagu-lagu dan alat muzik.

-Pengambilan para penyanyi wanita.

-Tersebarnya pemutusan hubungan silaturahim.

-Tersebarnya pengkhianatan dan tuduhan terhadap orang yang jujur.

-Timbulnya mati secara tiba-tiba.

-Menjadikan masjid sebagai jalan-jalan, yang bermaksud seorang muslim
-melalui sebuah masjid tanpa melakukan solat.
-Terjadinya pertempuran antara dua kelompok besar dikalangan Kaum muslimin.
-Pendeknya waktu, yang bermaksud kurangnya berkat dalam waktu.
-Banyaknya berlaku gempa bumi.

Munculnya wanita yang tidak berpakaian iaitu wanita yang menutup sebahagian yang lain atau berpakaian ketat dan nipis. Dengan demikian mereka belum bererti menutup aurat.

-Ucapan salam(Assalamualaikum) hanya diucapkan oleh seorang muslim terhadap orang yang dikenali.

-Banyaknya sifat bohong, dan ia menjadi perkara umum.

-Manusia bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan keindahan Masjid dan peralatannya.

-Manusia akan mewarnai rambut dengan warna hitam agar kelihatan Muda.

-Berangan-angan dan berkeinginan untuk melihat Nabi Muhammad S. A. W. hal itu kerana banyak berlakunya fitnah dan agama menjadi perkara yang aneh.

-Berkurangnya keimanan manusia untuk melaksanakan ketaatan dan amal untuk akhirat.

-Harta kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran.

-Berkurangnya sifat amanah.

-Seorang lelaki hanya mentaati isterinya, sedangkan dia derhaka pada ibunya.

-Seorang lelaki bersikap kasar kepada bapanya tapi bersikap ramah dengan temannya.

-Suara-suara manusia berteriak di masjid-masjid.

-Yang jadi pemimpin adalah seorang yang hina dan fasik.

-Seorang lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikannya tetapi kerana orang takut akan kejahatannya.

-Lebih ramai jumlah anggota polis.

-Mendahulukan seorang lelaki menjadi imam solat kerana bagus suaranya, walaupun kurang ilmu dan keutamaannya.

-Penjualan jawatan iaitu jawatan diterima dengan wang.

-Iraq kena kepung dan ditahan makanan dan bantuan. Kemudian dikepung negeri Syam(Syria, Lebanon, Jordan dan Palestin).

-Wafatnya Rasulullah S. A. W.

-Fitnah(godaan dan kemaksiatan) telah memasuki setiap rumah.

-Adanya gencatan senjata dan perdamaian antara kaum muslimin dan Rom (Eropah dan Amerika) dan tanda ini merupakan tanda kiamat kecil Yang paling terakhir, kerana setelah peristiwa ini akan terjadi Peperangan besar lagi dahsyat yang terakhir.

Al-Mahdi Al-Muntazar(Imam Mahdi yang ditunggu) adalah seorang lelaki muda
dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga Nabi S. A. W dari keturunan Fatimah binti Rasulullah S. A. W. Namanya adalah Muhammad Ibnu Abdullah. Al-Majdi adalah
merupakan salah seorang dari khalifah Ar-Rasyidin dan pemimpin yang mendapat petunjuk.

CIRI-CIRI IMAM AL-MAHDI.


Sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S. A. W. bahawasanya Al-Mahdi yang akan muncul adalah berhidung panjang, mancung(bentuk berwajah cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan sebagaimana ianya dipenuhi sebelumnya dengan kezaliman dan ketidakadilan). Manusia akan hidup di zamannya setelah turunnya Isa Al-Masih a. s. dalam kedamaian dan kenikmatan yang belum pernah mereka rasakan sebelum itu.

TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL-MAHDI a. s.


Tanda-tanda tersebut adalah bahawa Al-Mahdi dibai’ah di kaabah yang mulia di antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim oleh suatu kelompok yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti, mereka mencari perlindungan dari keberkatan Kaabah. Sehingga diutuslah(oleh penguasa)sekelompok pasukan yang terdiri dari kaum Muslimin untuk memerangi dan menumpas mereka(Al-Mahdi dan para pengikutnya). Sehingga apabila tentera tersebut telah melalui kota Madinah dan sampai di suatu tempat dekat dengan Zulhulaifah, maka merekapun ditelan bumi.

Dengan demikian, semua orang akan tahu bahawa lelaki yang berlindung di Baitullah tersebut adalah Khalifatullah Al-Mahdi, dimana Allah S. W. T. memberi kekeramatan, perlindungan dan pembelaan untuknya dengan membenamkan tentera yang akan mengejarnya ke perut bumi.

PEPERANGAN-PEPERANGAN YANG BERLAKU DI ZAMAN AL-MAHDI a. s

Setelah berlakunya pembenaman terhadap pasukan yang mengejarnya, maka tersiarlah dan tersebarnya nama “Al-Mahdi” kemudian datanglah kepadanya utusan-utusan para pembai’ah dari timur dan barat yang berjanji untuk mendokong dan membai’ahnya dalam meninggikan kalimah Allah dengan syiar “memilih dua kebaikan” iaitu meraih kemengan atau mendapat mati syahid. Setelah itu, berkumpullah suatu pasukan di kalangan orang-orangg yang bertauhid yang tidak mengenal lelah dan malas, akan tetapi mereka memasuki peperangan-peperangan yang banyak lagi dahsyat.

Ketika itu juga akan terjadi kemurtadan yang sangat banyak. Maka, marilah kita berdoa semoga kita dilimpahkan Allah S. W. T. keselamatan dan ketetapan hati, Amin

Dengan memerhatikan peperangan yang dilalui oleh AL-Mahdi, kita dapat memahami bahawa ia akan memerangi seluruh dunia atau seluruh dunia akan memeranginya, yang akan terjadi dalam waktu yang pendek, tidak lebih dari beberapa puluh bulan sahaja. Maka Al-Mahdi akan memerangi:
1. Kaum Muslimin semenanjung Arab.

2. Kaum Muslimin Syiah.

3. Kaum Rome(Bani Ishaq atau Amerika dan Eropah)

4. Sekularis Turki(Konstantin)

5. Yahudi.

6. Rome.

7. Kaum Komunis(Bangsa Khauz dan Kirman:China, Russia dan Jepun)Sedangkan kemenangan akan berada di pihak Al-Mahdi dalam setiap pertempuran tersebut. Peperangan pertama Al-Mahdi adalah peperangan melawan semenanjung Arab, kemudian peperangan melawan Parsi, peperangan melawan Rome, peperangan melawan Konstatin, peperangan melawan Kaum Nasrani(Rome), peperangan melawan Turki dan Peperangan yang terakhir adalah melawan kaum Khauz dan Kirman(China, Russia dan Jepun.

Terdapat 10 tanda-tanda besar kiamat. Kaum mukminin hanya akan menyaksikan enam tanda-tanda besar kiamat, sedangkan baki empat tanda besar lagi hanya akan disaksikan oleh orang-orang kafir sahaja. Maka enam tanda-tanda yang akan dilihat oleh orang-orang mukmin adalah keluarnya Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam, keluarnya Yakjuj dan Makjuj, terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, keluarnya binatang bumi, dan keluarnya asap.

TANDA PERTAMA: MUNCULNYA DAJJAL
Dajjal adalah seorang lelaki dari kalangan anak manusia(anak Adam) dari kaum Yahudi yang berupa buruk, berperangai dan berbentuk seperti syaitan. Ia dikelilingi oleh syaitan-syaitan dan diikuti oleh 70, 000 orang Yahudi. Dajjal ertinya dusta dan penipu besar. Dajjal akan menyembunyikan dan mengubah perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya.

TANDA KEDUA: TURUNNYA ISA IBNU MARYAM
Turunnya nabi Allah Isa a. s. dari langit ke dunia. Ketika itu Dajjal masih bermaharajalela. Nabi Isa akan membunuh Dajjal tersebut dan menjadi hakim(raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan memusnahkan salib orang Kristian dan membunuh babi-babi.

TANDA KETIGA: KELUARNYA BANGSA YAKJUJ DAN MAKJUJ
Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulkarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. Di dalam dinding tembok itulah mereka terkurung. Apabila hampir kiamat, tembok itu akan roboh, lalu kedua-dua kaum itu merosakkan dunia.

TANDA KEEMPAT: MATAHARI TERBIT DARI ARAH BARAT
Susunan kejadian alam sudah berubah, matahari yang dulunya terbit dari arah timur menjadi sebaliknya. Matahari akan terbit dari sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur.

TANDA KELIMA: KELUARNYA BINATANG BUMI
Ketika matahari telah terbit dari barat pada waktu pagi, maka tertutuplah pintu taubat dan manusia akan dicop mengikut kelompok mereka (mukmin atau kafir) pada waktu terbitnya, kemudian pada hari tersebut iaitu waktu dhuha, muncullah binatang bumi yang akan menguatkan bahawa pintu taubat benar-benar telah tertutup dengan penandaan orang-orang mukmin dan kafir.

TANDA KEENAM: KELUARNYA ASAP
Asap ini mengenai orang mukmin lalu mereka semacam terkena penyakit selsema. Tetapi jika asap itu terkena orang kafir mereka akan menjadi mabuk terhoyong-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya, matanya, telinganya dan duburnya. Setelah kemunculan asap ini akan datang angin yang lembut dari arah Yaman, maka ia akan mencabut arwah setiap mukmin. Tanda-tanda besar kiamat yang tidak akan dilihat oleh orang mukmin ini ada empat:

// Pembenaman bumi di Timur
// Pembenaman bumi di Barat
// Pembenaman bumi di semenanjung Arab
// Api keluar dari dasar Teluk Aden atau dari timur yang akan membawa manusia ke Mahsyar.

“Pembenaman bumi” yang dimaksudkan di atas adalah terbelahnya bumi yang akan menelan manusia yang mana ia merupakan suatu azab.

TIUPAN SANGKAKALA

Apabila sangkakala yang pertama itu ditiup, semua makhluk yang bernyawa akan
mati. Apabila tiupan sangkakala yang kedua, semua makhluk akan dihidupkan kembali
dari kubur masing-masing dalam bentuk asalnya seperti mana mereka di dunia dahulu.

Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s. a. w. itu adalah benar belaka janganlah disangsikan dan ragu-ragu. Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah dan peristiwa di atas memang kebanyakannya telah berlaku kini. Tak perlu jadikan budaya barat untuk kita jadikan panduan atau ikutan seperti orang kafir atau menunggu hasil kajian saintifik tentang amalan dan sunnah Rasullullah s. a. w. Jadi sebagai umat Islam wajiblah bagi kita percaya akan berlakunya Hari Kiamat.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mohd Fauzee Bin Mohd Yusoff

Kewajipan Zakat

PENDAHULUAN

Zakat merupakan rukun Islam yang ke-3 dan wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat telah difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah dan ia telah disebut di dalam kitab suci Al-Quran sendiri. Sebagaimana sudah dimaklumi, zakat juga merupakan ibadah yang paling tinggi darjat dan kedudukannya berbanding ibadah-ibadah yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. seorang Nabi yang amat menekankan perihal zakat ini, dan wajarlah baginda menjadi teladan dan ikutan bagi seluruh umatnya yang bertakwa, kerana pengutusannya membawa rahmat kepada seluruh alam. Maka, perincian tentang kewajipan zakat haruslah difahami dengan jelas dan jitu selari dengan akidah umat Islam.

TAKRIF

Pengertian zakat dari segi bahasa ialah keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan. Hal ini jelas dapat diketahui kerana Allah s.w.t. berfirman: “ Pungutlah zakat dari sebahagian kekayaan mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka. ”(Surah At-Taubah: 103)

Seterusnya, menurut istilah syarak, ‘zakat’ bererti kewajipan atas harta atau kewajipan atas sejumlah harta tertentu untuk kelompok tertentu dan dalam waktu tertentu. Sebagaimana telah disentuh tadi, zakat mempunyai dua pengertian dari segi bahasa (fil Lughah) dan pengertian dari segi istilah (syarak).

HUKUM BERZAKAT

Zakat merupakan rukun ketiga dari lima rukun islam dan ia juga merupakan salah satu di antara panji-panji Islam di mana Islam tidak boleh ditegakkan tanpanya. Orang yang enggan membayar zakat boleh diperangi dan orang yang menolak kewajipan zakat adalah dianggap kafir. Dan firman Allah: “ Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah al-Ma’arij:23-24)

PERATURAN MENGELUARKAN ZAKAT
Zakat harta wajib dikeluarkan kepada empat golongan pertama yang berhak menerima zakat iaitu: Orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat dan mualaf. Manakala, empat golongan kedua yang berhak menerima zakat ialah: Hamba sahaya (hamba yang di benarkan untuk memerdekakan dirinya), orang yang berhutang, pejuang fisabilillah dan ibnu sabil, boleh diserahkan harta zakat kepada mereka dengan apa cara sekalipun.

MASA MENGELUARKAN ZAKAT
1)Zakat wajib dikeluarkan segera sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat malah tidak harus ditangguhkan mengeluarkannya selepas ia diwajibkan dan selepas memiliki keupayaan dan kemampuan untuk menunaikannya.
2)Kewajipan mengeluarkan zakat tidak akan gugur atau terhapus dengan kematian pemilik harta dan ia dikira sebagai hutang yang wajib dijelaskan di dalam harta pusaka sama ada ia diwasiatkan ataupun tidak.
3)Kewajipan mengeluarkan zakat juga tidak akan gugur atau terhapus dengan berlalu masa. Jika pembayar zakat terlewat membayar zakat hartanya pada akhir tahun dan telah memasuki tahun yang baru, maka dia wajib menjelaskan juga zakat pada tahun pertama kerana ia dianggap sebagai hutang yang wajib dijelaskan.
4)Apabila harta yang ingin dikeluarkan zakat itu rosak selepas cukup haul, kewajipan mengeluarkan zakat akan digugurkan dengan dua syarat:
a.Harta tersebut rosak sebelum mampu membayar zakatnya
b.Bukan kerana kecuaian pemilik harta di dalam menjaga hartanya.

ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Fakir
Fakir ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pendapatan yang halal mengikut pendapat jumhur ulama fiqah, atau orang yang memiliki harta kurangdari kadar nisab syar’ie zakat mengikut pendapat mazhab Hanafi.

Miskin
Miskin ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang memiliki harta atau mempunyai sumber pendapatan yang sesuai untuk menampung sebahagian dari keperluannya tetapi masih lagi tidak mencukupi mengikut pendapat jumhur ulama.

Amil Zakat
Amil Zakat ialah semua pihak yang bertugas melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penjagaan, pencatatan dan pengagihan harta zakat. Mereka dilantik oleh pemerintah di dalam negara Islam atau mereka di beri kebenaran atau dipilih oleh institusi yang diiktiraf oleh kerajaan.

Golongan Muallaf
Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fiqah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat.

Hamba Yang Mahu Merdeka
Memandangkan kepada golongan ini sekarang ini sudah tidak ada lagi, bahagian zakat mereka dipindahkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima harta zakat mengikut pendapat jumhur (majority) ulama fiqah.

Orang-Orang Yang Berhutang
Orang-orang yang berhutang yang termasuk di dalam pengertian golongan ini ialah:
1)Hutang tidak dibuat kerana maksiat
2)Mempunyai hutang sekeliling pinggang
3)Orang yang berhutang sudah tidak mampu lagi menjelaskan hutangnya
4)Hutang sudah tiba tempoh pembayarannya atau telah wajib dijelaskan ketika zakat diberikan kepada orang yang berhutang

Fi Sabilillah
Apa yang dimaksudkan dengan golongan yang berhak menerima zakat (Fi Sabilillah) adalah orang yang berjuang di jalan Allah dalam pengertian yang sangat luas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fiqah adalah dengan maksud untuk menjaga agama dan meninggikan kalimah Allah seperti berperang, berusaha menegakkan hukum Islam, menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam dan membendung arus pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ibnu Sabil
Ibnu Sabil iaitu orang asing yang tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini boleh diberikan zakat dengan syarat-syarat sebagaimana berikut:
1)Masih dalam perjalanan musafir di luar kawasan (negeri) tempat tinggalnya.
2)Perjalanan musafir tersebut bukan untuk urusan yang bertentangan dengan syarak supaya zakat yang diberikan tidak dijadikan sebagai bantuan untuk melakukan maksiat.
3)Pada masa tersebut dia tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke negerinya walaupun dia seorang yang kaya di negerinya.

HARTA YANG WAJIB DIZAKATI
Harta-harta yang wajib dizakati terdiri dari dua macam iaitu Zakat Harta dan Zakat Fitrah.
Zakat Harta dibahagi lagi menjadi beberapa sub bahagian seperti berikut:
1)Zakat Emas, Perak dan Perhiasan
2)Zakat Haiwan dan Produk Haiwan
3)Zakat Pertanian dan Hasil Bumi
4)Zakat Barang Perniagaan
5)Zakat Rikaz dan Barang Galian

Jenis-Jenis Harta Yang Wajib Zakat
1.Harta yang halal dan baik.
2.Harta Produktif (berkembang secara baik).
3.Milik Penuh dan Berkuasa Menggunakannya.
4.Mencapai Nishab (Ukuran Minimal Harta yang Dikenakan Zakat)
5.Berlebih dari keperluan asas dan Terbebas dari Hutang.
6.Haul (Sudah Berlalu Setahun).

JENIS-JENIS ZAKAT
Zakat Tanaman Dan Buah-Buahan

-Zakat diwajibkan pada setiap hasil tanaman yang tumbuh di muka bumi iaitu pada setiap hasil tanaman yang tumbuh di muka bumi iaitu pada seluruh hasil tanaman dan buah-buahan yang ditanam dengan tujuan untuk memanfaatkan serta mengembangkan tanah yang dimiliki mengikut pendapat mazhab Imam Abu Hanifah dan beberapa orang ulama fiqah yang lain.

Zakat Wang Tunai
-Semua jenis mata wang kertas dan syiling, sama ada mata wang tersebut digunakan di negeri yang ingin dikeluarkan zakat ataupun mata wang negeri lain. Kewajipan mengeluarkan zakat wang tunai telah ditetapkan di dalam al-Quran, hadis dan ijmak ulama.

Zakat Barang Perhiasan
-Perhiasan wanita yang dikhususkan untuk pemakaian peribadi tidak wajib dizakati selama tidak melebihi batas yang wajar diantara kaum wanita lainyang berada dalam status social yang sama. Namun perhiasan yang melebihi batas wajar dibayar zakatnya.

Zakat Hasil Pendapatan
-Hasil pendapatan ialah harta yang baru diperolehi oleh orang yang ingin membayar zakat di mana dia tidak memilikinya sebelum itu. Jika orang yang ingin membayar zakat telah memiliki harta yang mecukupi nisab dan sebelum cukup haul dia memperolehi harta dari jenis yang sama seperti keuntungan perniagaan atau hasil pengeluaran binatang ternakan.

Zakat Harta Rikaz
-Harta Rikaz ialah semua harta karun yang ditemui tertanam di dalam bumi. Untuk mengeluarkan zakat Harta Rikaz ini tidak disyaratkan cukup haul ataupun cukup nisab. Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak satu perlima atau 20% mengikut kata sepakat ulama fiqah.

Zakat Bahan Galian
-Kekayaan galian merangkumi seluruh bahan galian yang terdapat di dalam bumi atau di dasar laut sama ada bahan galian tersebut berbentuk cecair seperti minyak ataupun berbentuk pepejal seperti garam ataupun berbentuk gas seperti butana ataupun bahan tersebut dari jenis yang boleh dibentuk seperti besi atau dari jenis yang tidak boleh dibentuk seperti sulfur.

ZAKAT DAN CUKAI
Persamaan antara Zakat dan Cukai
-Bersifat wajib dan mengikat atas harta penduduk suatu negeri, apabila melalaikannya terkena hukuman.
-Zakat dan cukai harus disetorkan pada lembaga rasmi agar tercapai kecekapan penarikan keduanya dan penyalurannya.
-Tidak ada ketentuan memperoleh imbalan material tertentu di dunia.
-Dari segi tujuan ada kesamaan antara keduanya iaitu untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan mengurangkan kemiskinan yang terdapat di dalam mayarakat.
-Perbezaan antara Zakat dan Cukai
-Zakat bersifat kewajipan tetap dan berterusan, sedangkan kewajipan cukai sesuai dengan keperluan dan dapat dihapuskan.
-Dalam hukum Al-Quran dan As-Sunnah, suatu negara pembayaran zakat bernilai ibadah dan pendekatan diri kepada Allah sedangkan dalam membayar cukai hanya melaksanakan kewajipan warganegara.
-Nishab dan tarif zakat ditentukan Allah dan bersifat mutlak sedangkan cukai ditentukan oleh negara dan bersifat relatif.
-Nishab zakat memiliki ukuran tetap sedangkan cukai berubah-ubah sesuai dengan anggaran negara.

HIKMAH DISEBALIK PERINTAH BERZAKAT
1)Mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat.
2)Melalui zakat kita dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil. Ia juga merupakan benteng keamanan di dalam system ekonomi.
3)Zakat dapat menyucikan hati dan menyuburkan keharmonian kerana zakat bukanlah atas dasar belas kasihan tetap kewajipan dan terbukti memberi keharmonian dalam kehidupan.

“ Dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu Umat Islam yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat “. (Surah al-Hajj:40-41)

“ Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah Zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk “. (Surah al-Baqarah:43)


RUJUKAN
-Siri Keajaiban Rukun Islam (Hikmah Zakat) Rukun Ke -3 Dimensi Fiqah & Kerohanian, cetakan pertama Oleh Ahmad Syafi’i Khatib.
-Affar, Muhammad ‘ Abd al-Mun’im. 1977. An-Nizham al-Iqtishadi al-Islami. Al-Wa’yal-Islami, 154:36-43.
-Boisard, Masrcel A. 1980. Humanisme dalam Islam. Edisi Indonesia terjemahan Prof. Dr. H. M. Rasjidi. Jakarta:Bulan Bintang.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Jaliana Binti Abdul Jalil

Kewajipan menutup aurat adalah tuntutan Allah

PENDAHULUAN

Memandangkan islam adalah satu agama yang indah dan cantik, mendamaikankan setiap jiwa yang menganutnya dengan nama muslim dan muslimah, maka sudah tentulah pemakaian yang disyariatkan oleh allah untuk hambanya yang beragama islam sangat indah dan cantik, tenang mata bila memandang dengan pakaian yang sopan. Tetapi malangnya segelintir umat ialam tidak mengambil berat soal penutupan aurat dengan beranggapan perkara ini kecil, selain itu terpengaruh dengan kebaratan secara tdak langsung boleh dikatakan terdapat sebilangan jiwa umat munusia yang beragama islam telah dijajah dengan cara pakaian ala eropah dan kebaratan yang mana beranggapan itulah cara untuk mencapai kemodenan dan kemajuan.

Kewajipan menutup aurat adalah tuntutan allah yang dawajibkan untuk melindungi anggota badan yang dilarang untuk didedahkan, manakala hati merupakan tempat untuk berniat sama hendak memakai seperti yang disuruh atau sebaliknya, bagi hati yang baik akan akan menerima secara ikhlas dan terbuka. Sebaliknya hati yang busuk menandakan tidak baik.

PENGERTIAN AURAT

Aurat berasal dari kalimah arab ARIYA yang bermaksud sesuatu yang diminta supaya ditutup, manakala AURA pula ialah sesuatu yang terdedah tiada tutupnya oleh Ibnu Manzur, 1979:3164.

Pendapat kedua menyatakan aurat dari kalimah AURA atau AWARA bererti telanjang iaitu aib atau memalukan kerana keadaannya buruk dan tidak sopan (Muhammad bin Abu Bakar 1987M/1407H:249).

Ada juga yang mengatakan bahawa kalimah aurat menunjukkan sesuatu yang hodoh sekira diedahkan. Andainya ternampak hendaklah tunduk serta mengubah pandangan ke arah lain kerana jijik mata memandang dan buruk akibatnya (Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Fayumi: 437).

Pengertian aurat pada syarak bermakna anggota yang di haramkan oleh allah untuk didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya.

Tujuan utama disuruh menundukkan pandangan supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan orang lain. Pengertian aurat dari istilah syarak bermakna setiap anggota yang diharamkan oleh allah untuk didedahkan atau dibuka dihadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal dinikahi dengannya.

Allah mengharamkan demikian kerana pendedahan aurat dihadapan orang yang bukan mahram kerana akan mencacatkan sifat dan darjat kemanusiaan yang mulia. Pendedahan aurat boleh membawa kepada cirri-ciri kerosakan akhlak dalam masyarakat tanpa disedari oleh sesiapa.

Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya menutup aurat kepada semua ahli keluarga yang berpakaian tidak menutup aurat, maka rumah itu dianggap tidak baik seperti subdanya:

Seburuk-buruk rumah bagaikan bilik mandi, dimana ahlinya bercakap meninggi suara dan aurat-aurat terdedah di dalamnya”

Hadis ini menegaskan keadaan rumah dibayangkan buruk keperibadian penghuninya bersikap tidak sopan dalam kehidupan bersama keluarga yang tidak menutup aurat boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti sumbang mahram dan sebagainya.

MENGAPA ISLAM MEMENTINGKAN TUTUP AURAT ?

Aurat wajib ditutup dan haram didedahkan bagi setiap orang dewasa lelaki dan wanita, kerana memdedahkan aurat membawa kepada fitnah dan boleh menghampiri kepada zina. Islam memerangi kejahilan dalam kehidupan seharian kerana jahil seringkali membawa manusia mengikut hawa nafsu. Justuru itu allah memcipta manusia dan di lengkapkan dengan akal yang diletakkan diatas kepala tempat teratas pada jasad manusia sebagai lambang sebaik-baik kejadian.

KETIKA MANA HUKUM MENUTUP AURAT DIWAJIBKAN

Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Manakala aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke paras lutut. Aurat wajib ditutup kerana hukumnya adalah haram jika didedahkan mana-mana bahagian anggota badan kerana keburukan sering terjadi akibat daripada membuka aurat. Kerana pihak lawan terdiri daripada kaum lelaki lebih-lebih lagi remaja yang tidak dapat mengawal nafsu apabila melihat kulit yang cantik dan halus, lebih-lebih lagi gadis-gadis muda remaja apabila mendedahkan aurat.

Lantaran itu, islam sangat mengambil berat dan mengawasi soal aurat. Walaupun di dunia ini tidak ada undang-undang yang mengambil tindakan keras terhadap aurat, hanya peraturan yang menghadkan pendedahannya sahaja di atas dasar berhati-hati supaya tidak keterlaluan membuka.

Aurat wajib ditutup sepenuhnya ketika berada diluar rumah kerana mendedahkan mana-mana anggota adalah berdosa besar membawa kepada fitnah serta kecelakaan. Sebab itu dilarang membukan aurat dikhalayak ramai sama ada diluar atau didalam rumah kecuali bersama mahrannya sahaja seperti ayahnya, saudara seibu sebapa rinkasnya mereka yang tidak membatalkan air solat dan haram kahwin dengannya.

Anggota yang boleh dibuka ketika ini ialah kadar yang tidak keterlaluan seperti kepala, pergelangan tangan atau menampakkan perhiasan seperti subang, atau diistilahkan aurat kerja yang biasa dilakukan di rumah, atau ketika bekerja beramai-ramai bersama golongan wanita. Wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup sepanjang masa, kecuali ketika berada di dalam bilik mandi atau bersama suaminya.

HUKUM MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS DAN KETAT

Syariat melarang pakai pakaian yang nipis atau jarang serta ketat menampakkan bentuk badan dan warna kulit. Hukumnya sama seperti tidak berpakaian pada pandangan syariat dan hukum islam kerana seseorang itu sama ada lelaki atau wanita dianggap masih tidak berpakaian iaitu tetap membuka aurat berdasarkan sabda Rasullah s.a.w: ”akan datang umatku diakhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, diatas kepala mereka berbonggol-bongol seperti belakang unta. Mereka ini da laknat oleh allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.

Yang di maksudkan oleh Rasullah ”berpakaian dalam telanjang” ialah perempuan yang memakai pakaian yang nipis atau ketat menampakkan bayangan warna kulit atau bentuk badan, maka mereka itu samalah dengan tidak berpakaian dan tidak menutup aurat. Bahkan boleh dikatakan berpakaian sahaja, pada hakikat sebenarnya adalah telanjang. Mengikut imam syafie, menutup aurat dari pandangan mata adalah wajib. Begitulah ciri-ciri yang membawa kepada erti tidak tutup aurat seperti seluar serta baju yang ketat menampakkan bentuk badan atau bayangan warna kulit seperti baju jarang. Semua ini tidak boleh dipakai mengikut syariat islam.

Hukum memakai pakaian yang ketat, jarang serta pendek mendedahkan kulit adalah haram dan dosa besar kerana sengaja menzahirkan bentuk badan serta mendedahkan aurat yang sememangnya wajid ditutup. Disamping itu menampakkan gerak-geri serta lenggang-lenggok melalui susuk badan sewaktu berjalan yang boleh menarik perhatian mata memandang, menaikkan rasa keinginan dan nafsu syahwat dipihak kaum lelaki. Di samping itu wanita itu menempah fitnah ke atas dirinya sendiri.

HUBUNGAN AURAT DENGAN MARUAH

Maruah adalah satu nilaian yang sangat tinggi bagi seseorang. Andai maruahnya tercalar, seluruh ahli keluag dan orang yang bertanggungjawab terhadapnya turut terasa. Begitulah penting dan tingginya nilai maruah terhadap kedudukan harga diri seseorang. Sebab itulah Rasullah menekankan terhadap masalah tersebut sepertimana terdapat satu kisah di dalam sejarah yang terjadi di antara Rasullah dengan orang gajinya sepertimana yang ditegaskan melalui hadis ini: ”bahawa Rasullah telah keluar, tiba-tiba dia dapati orang gajinya sedang mandi telanjang, maka kata Rasullah: aku tidak menampakkan kamu merasai malu terhadap tuhanmu, ambillah wang upahan kamu dan kami tidak lagi berhajat denganmu. ”

Pengajaran dari hadis ini menunjukkan sama ada lelaki atau wanita, wajib menjaga dan menangani soal aurat atau pendedahan tubuh badan. Andai terjadi seperti orang gaji Rasullah menjerumus ke arah tidak berakhlak. Sebab itu Rasullah membuang kerja terhadapnya dengan membayar gajinya, mudah-mudahan dengan demikian dapat menginsafkan dirinya dari kesalahan yang di lakukan bagi menebus maruahnya serta bertaubat kepada allah.

Begitu juga wanita sekiranya gemar ke arah mempamerkan perhiasan badan seperti memakai pakaian yang menjolok mata serta ketat menampakkan bentuk badan, maka ia bukan wanita solehah. Andai isteri bukan isteri yang solehah. Dan juga bukan sebagai ibu yang boleh memberi kesan didikan yang baik kepada anak-anak kerana tabiatnya mengutamakan kecantikan luaran sahaja, tetapi memusnahkan harga dan kemuliaan diri serta maruahnya.

MENJAGA PAKAIAN SATU KEWAJIPAN DAN TUNTUTAN

Menjaga pakaian adalah sebahagian dari kewajipan wanita bagi menjaga kehormatan dirinya menutup aurat ketika menghadap allah ataupun ketika berdepan dengan orang tidak berhak melihat auratnya. Setiap wanita yang beriman wajib menutup aurat didalam solat dan didalam kehidupan seharian. Ini adalah untuk mengelak dirinyn dari godaan syaitan. Manakala dikhalayak ramai atau sebaliknya wanita disuruh munutup aurat kecuali perhiasan yang lahir sahaja kerana pendedahan aurat kepada orang yang tidak layak ini boleh memcacatkan sifat dan darjat kemunusaian yang mulia, serta tidak ada sopan santun dalam pergaulan. Oleh itu, didalam al-quran terdapat beberaps ayat menerangkan tentang pemakaian hijab untuk wanita. Firman allah taala:

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Berdasarkan demikian kaum wanita juga di suruh menundukkan pandangan supaya tidak menampakkan personaliti yang liar seperti wanita-wanita fasik yang tidak beriman serta mempamerkan harga diri yang murah dan rendah pada pandangan masyarakat umum.

CIRI-CIRI PAKAIAN DAN PERHIASAN YANG SESUAI MEGIKUT SYARIAT

1. MENUTUP SELURUH ANGGOTA

yariat islam telah menetapkan aurat wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. Manakala bagi lelaki pula ialah dari pusat hingga ke paras lutut. Manakala fesyennya terserah kepada sendiri bagi memilihnya mengikut adat kebiasaannya dan iklim di negara masing-masing. Seperti di negara kita biasanya berbaju kurung, baju melayu, baju kebaya dan lain-lain ianya tidak mencacatkan fesyen sekiranya di longgarkan, tidak menampakkan bentuk badan.

Apabila diperkatakan pakaian wanita menutup selurah badan maka termasuklah tudung kepala seperti mana yang disyariatkan oleh allah di dalam al-quran;
”Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Berdasarkan ayat di atas tudung kepala merupakan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap wanita yang beriman kepada allah dan Rasullah tanpa menampakkan seurat rambut pun. Namun demikian seringkali wanita menyalahgunakan tudung dan dijadikan sebagai fesyen, kadang kala tudung di pakai tidak lengkap seperti menampakkan sebahagian rambut. Ada juga hanya menyangkut di bahu ke pinggang bertujuan hendak bergaya supaya kelihatan cantik. Gaya terkini didapati tudung dikenakan dengan seluar jean dan baju T-shirt yang ketat tetapi dipakai tudung dirasakan lengkap.

2. LONGGAR DAN TIDAK JARANG

Pakaian yang dianjurkan oleh islam adalah longgar dan tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit ataupun nampak bentuk badan. Manakala bagi yang gemuk pula pakaian ketat ini menampakkan tonjolan tubuhnya bergoyang-goyang ketika berjalan. Hal ini bukanlah untuk mengenakan sesiapahanya sebagai peringatan dalam memilih pakaian untuk mengelakkan dai gejakla fitnah yang tidak diingini serta menbawa kepada kecelakaan. Kerana pakaian tidak dikatakan sempurna kecuali yang lenggar dan tebal bagi menjamin perlindungan anggota supaya tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan. Namun demikian, apa yang mendukacitakan adalah sebaliknya menjadi pilihan dikalangan remaja ini. Mereka sangat gemar menunjukkan gaya alunan badan tidak kira bagaimana bentuk badan mereka gemuk atau kurus.


Bentuk badan apabila dikenakan dengan pakaian nipis ataupun ketat nilaiannya sangat rendah dan jelek bagaikan wanita murahan menonjolkan badan yang keterlaluan untuk di tayang dikhalayak ramai. Inilah gambaran penampilan berpakaian masa kini. Jenis-jenis pakaian yang menilaikan kesopanan tidak menjadi pilihan dan hanya dipakai hanya dihari-hari perayaan untuk ke masjid atau majlis kematian atau majlis keagamaan sahaja, tetapi apabila ditempat lain hanya pakaian yang menjolok mata sahaja.

3. TIDAK MENYERUPAI JANTINA LAIN

Kejadian manusia lelaki dan wanita sejak adam dan hawa lagi adalah berlainan, dimana fizikal wanita berlainan dari lelaki. Wanita didapati tabiatnya lemah-lembut, suara merdu, berkulit halus, berwajah ayu maka pakaiannya juga wajid menunjukkan ciri-ciri kewanitaan yang mulia. Islam mengharamkan wanita menyerupai lelaki dan juga sebaliknya. Malangnya hari ini didapati keterampilan wanita dan lelaki tudak dapat dibezakan dengan sekali pandang kerana fesyen rambut, cara berpakaian, gaya berjalan tidak boleh dibezakan lelaki dan wanita.

Sekalipun wanita mesti berpakaian kemas dan rapi, tidak semestinya ke tahap menyerupai lelaki begitu juga sebaliknya sehingga meragui setiap orang melihatnya. Namun begitu, dalam masyarakat kita hari ini sudah berleluasa berpakaian begitu, anak-anak gadis memakai pakaian dengan gaya seluar ketat berbaju T-shirt, berambut pendek seperti menyerupai lelaki ketika keluar dari rumah. Sedangkan perbuatan seperti ini dilaknat oleh allah dan Rasullah.

Rahsia Dan Keistimewaan Solat Berjemaah

Abstrak:

Mengkaji Rahsia & Keistimewaan Solat Berjemaah ini banyak sekali manfaat yang diperolehi. Selain tatacara dan aturan-aturan solat berjemaah, ia mengandungi hikmah-hikmah, kelebihan-kelebihan, kesan-kesan positif dalam hidup seharian kita. Melalui ilmu yang diperolehi dari buku ini, ia menjadi panduan bagi kaum muslimin dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid-masjid, surau-surau, madrasah-madrasah, atau di dalam rumah sendiri.

PENDAHULUAN

Al- Quran menetapkan adanya keistemewaan solat berjemaah bagi kaum muslimin. Allah berfirman: “Dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk(yakni melakukan sembahyang dengan berjemaah)(Surah al- Baqarah: 43)

Sedangkan nabi dan para sahabat sendiri diingatkan agar tidak tertinggal menunaikan sembahyang berjemaah walaupun dalam keadaan sakit. Bagaimanapun kita sebagai umat nabi Muhammad rela menghabiskan waktu berjam-jam di depan televisyen dan enggan sembahyang berjemaah. Padahal banyak manfaat yang dapat diperolehi dari ibadah yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja. Selain melatih disiplin dan memperkukuhkan tali silaturrahim, sembahyang berjemaah juga boleh menjadi pemangkin untuk melaksanakan ketaatan yang lain. Dan kalau orang moden sering mengeluh kehampaan spiritual, maka lazimkanlah dengan bersembahyang secara berjemaah. Insya-Allah, naluri kita akan menjadi kaya-raya.

ANJURAN SEMBAHYANG BERJEMAAH

Rasulullah SAW sebagai teladan telah memberikan contoh dan mengajarkan kepada kita bahawa sembahyang sunat sebaiknya dilakukan sendiri-sendiri (kecuali sembahyang sunat tertentu) atau di rumah masing-masing, namun kalau sembahyang fardhu alangkah dilakukan berjemaah iaitu di masjid. Anjuran sembahyang berjemaah terdapat dalam banyak hadis-hadis Rasulullah SAW, antara lain ialah sabdanya: “ sebaik-sebaik sembahyang seseorang ialah di rumahnya, kecuali sembahyang fardhu” (Muttafaq ‘alaih)

Anjuran Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Demi (Tuhan) yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku rasanya hendak menyuruh (orang-orang) sembahyang, lalu diadakan azan buatnya, kemudian aku perintah seorang mengimami orang ramai, kemudian aku pergi kepada orang-orang yang tidak hadir sembahyang, lau aku bakar rumah-rumah mereka buat kerugian mereka. Dan demi Allah yang diriku di tanganNya, sekiranya seorang dari mereka mengetahui bahawasanya ia akan mendapat tulang yang berdaging gemuk atau daging dua rusuk yang baik, nescaya ia hadir sembahyang Isyak. ” (Muttafaq’ Alaih, tetapi lafazh itu bagi Bukhari

Dari keterangan hadis di atas dapatlah difahami bahawa sembahyang berjemaah sangat dianjurkan sekali di dalam Islam

SYARAT-SYARAT IMAM SEMBAHYANG

Dalam soal sembahyang berjemaah ini bukanlah setiap orang boleh sesuka hati tampil ke hadapan untuk menjadi imam bagi orang ramai. Islam telah mengatur dan menentukan siapa yang lebih berhak menjadi imam.

1. Orang yang disukai oleh rakyat: Dalam Islam imam atau pemimpin mesti ditaati, selagi dia tidak maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, pemilihan pemimpin mestilah dilakukan dengan berhati-hati. Rakyat diberi hak untuk menegur penguasa bila dia keliru, diberi hak untuk mencabut dan menggantikannya apabila dia menyimpang. Rakyat tidak boleh diheret dengan paksa untuk mengikuti pelbagai system ekonomi, social dan politik yang tidak mereka sukai. Siapa yang merenungkan prinsip-prinsip dasar Islam, Islam tidak membenarkan seseorang yang dibenci dan tidak disukai makmum untuk mengimami mereka. Dalam sebuah hadis disebutkan: “Ada tiga jenis orang yang sembahyangnya tidak naik di atas kepalanya walaupun satu jengkal. ”Disebutkan satu di antaranya adalah” orang yang mengimami satu kaum, sedangkan ia dibenci oleh kaum itu. ” (Riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Abbas)

Imam atau pemimpin bagi kaum muslim yang utama adalah orang yang faham tentang Al-Quran dan faham tentang hadis. Oleh itu, pemimpin yang ideal sebagaimana ada pada diri Rasul yang juga mesti diteladani

2. Shidiq(Benar): Seorang imam atau pemimpin mestilah berakhlak mulia dan benar ucapannya. Dia tidak pernah skandal, sama ada skandal harta apalagi skandal wanita. Oleh itu, pemimpin mestilah sentiasa melatih dirinya untuk kebaikan, agar kebaikan itu menjadi tabiat bagi dirinya, dan apabila telah demikian, maka mudahlah ia melakukannya. Pemimpin tidak sahaja mempertanggungjawabkan kekuasaannya di hadapan rakyatnya, tetapi Allah sentiasa kelak akan menyoalnya kelak pada hari kemudian nanti. “ Ibnu Umar RA berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: Pemimpin akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemimpin yang benar adalah pemimpin yang mampu berlaku adil, ertinya tidak memberikan hak istimewa kepada dirinya atau segolongan orang di dalam masalah hokum, semua diperlakukan sama. Pemimpin yang seperti itulah yang Allah akan diberi perlindungan di saat tidak ada perlindungan, selain perlindungan Allah.

3. Tabligh (menyampaikan): Seorang imam mestilah yang mampu berkomunikasi dengan para bangsawan atau orang-orang awam, bukan nama besar yang disandang oleh ibu bapanya atau sukunya, juga tidak sekadar membaca teks di atas mimbar, tetapi siap juga untuk berbincang mencari penyelesaian. Seorang pemimpin tidak sahaja dikagumi kerana akhlaknya, tetapi kemampuannya berbincang dan berdiplomasikan dengan kawan-kawan dan lawan-lawan politiknya. Nabi Muhammad SAW. diperintahkan Allah menyampaikan pesan-pesan Al-Quran dengan lisan dan tidak dengan diam. “sampaikanlah olehmu sekalian dari aku walaupun hanya satu ayat. ”

Dari keterangan di atas jelaslah, sebagai pemimpin bangsa yang tidak hanya berhadapan dengan rakyatnya semata-mata, tetapi juga akan berhadapan dengan negara-negara di dunia di mana perlu dihadirkan pemimpin yang punya kemampuan berucap.

4. Amanah(Jujur / Dipercaya): Imamah dalam hal ini adalah kekuasaan merupakan amanah yang diberikan Allah untuk dijalankan dengan sebaik-baiknya, di dalam negara yang berlandaskan Islam, ditegakkan berdasarkan ba’iat dan bermusyawarah, pemimpinnya terpilih dari kalangan orag jujur serta penuh perhatian.

5. Fatonah(cerdas/ intelek): Imam yang dikehendaki makmum mestilah mempunyai daya ingatan yang kuat untuk menghadapi era globalisasi. Oleh itu, seorang pemimpin perlulah cerdas dan mempunyai idea-idea yang futuristic dan progressif.

KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG BERJEMAAH

Sebahagian besar umat Islam memandang remeh akan sembahyang berjemaah. Mereka meremehkan ibadah ini dengan alasan kesibukan dan kesempitan waktu. Padahal di sebalik sembahyang berjemaah terdapat hikmah yang besar.

1. Mematuhi perintah Allah: Dengan sembahyang berjemaah bererti seseorang telah mematuhi salah satu perintah Allah kepada umat manusia yang beriman. Dalam mazhab Syafi’i, sembahyang berjemaah adalah fardhu kifayah yang mesti didirikan dalam sebuah perkampungan

2. Sebagai saksi keimanan : Sembahyang berjemaah adalah alat utama untuk memakmurkan masjid-masjid. Jika bukan dengan sembahyang berjemaah, tentu masjid-masjid menjadi lengang dan sepi. Allah bersaksi bahawa “ sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta tetap mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. ” (Tafsir Ibnu Kathir Jilid: 2, halaman :376)

3. Mendapat Tazkiyah: Bagi mereka yang melakukan sembahyang secara berjemaah, akan mendapat tazkiyah (pernyataan kesucian) dan anugerah besar dari sisi Allah. Mereka adalah orang-orang yang tidak lalai melaksanakan sembahyang hanya kerana bisnes, perniagaan mahupun kegiatan yang lain. Mereka selalu mengingat Allah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat.

4. Mengagungkan yang diagungkan Rasul: Sembahyang berjemaah memiliki erti yang besar dan penting sekali serta bentuk dari pengagungan apa yang diagungkan Rasulullah dan menekankan apa yang beliau tekankan. Perintah melakukannya tidak sahaja dalam suasana biasa, tetapi Allah memerintahkan dan menekankan sembahyang berjemaah sampai dalam suasana yang tidak aman dan menakutkan. Rasulullah juga menekankan tentang pentingnya sembahyang berjemaah. Beliau memerintahkan sembahyang berjemaah dan tidak memberikan keringanan (rukshah) kepada orang yang meninggalkannya.

5. Mematuhi perintah Rasul: Dengan melaksanakan sembahyang berjemaah, bererti mematuhi perintah Rasulullah dan megikut sunah baginda sama ada ucapan mahupun perbuatan. Rasulullah memerintah kepada umatnya untuk segera melaksanakan sembahyang berjemaah. Dalam hal ini Rasulullah telah menegaskan :” Sesiapa mendengar azan, lalu tidak mendatanginya, maka tidak ada sembahyang yangsempurna baginya, kecuali yang mempunyai uzur”. Dalam riwayat yang lain ditegaskan” Apabila mereka bertiga, maka hendaklah salah seorang di antara mereka menjadi imam. Dan yang paling berhak menjadi imam adalah yang paling pandai(fasih) membaca Al- Quran. ”

6. Melebihi sembahyang berjemaah: Sembahyang berjemaah keistimewaannya melebihi sembahyang bersendirian. Dua puluh tujuh kali ganda, bila disbanding dengan darjat sembahyang bersendirian.

7. Lebih mulia di sisi Allah: Sembahyang berjemaah, sekalipun dengan jumlah yang sangat sedikit, pelakunya lebih suci dan lebih mulia dalam pandangan Allah daripada sembahyang bersendirian, sekalipun jumlah orangnya lebih ramai.

8. Memelihara diri dari syaitan: Sembahyang berjemaah akan menyelamatkan pelakunya dari godaan syaitan yang menjadi musuh tradisinya. Sebab syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggodanya, hingga dia terjerumus ke jurang neraka.

9. Perbezaan dari orang munafik: Melaksanakan sembahyang berjemaah secara berterusan dapat menyelamatkan seseorang dari sifat munafik, yang mereka diancam akan dimasukkan ke neraka yang paling bawah. Di antara sifat orang-orang munafik yang paling nyata, adalah meninggalkan sembahyang berjemaah, lebih- lebih lagi sembahyang Isyak dan Subuh.

10. Mendapat ampunan dosa: Sembahyang berjemaah adalah salah satu diantara sebab diampuni segala dosa, sama ada yang baru sahaja dilakukan mahupun yang telah lalu.

11. Langkah kaki berpahala besar: Pahala besar yang diterima oleh orang yang melangkahkan kaki menuju masjid tidak sahaja ketika pergi, tetapi ketika pulang pun mendapat pahala yang sama.

KELONGGARAN DALAM SOLAT JEMAAH

- Sembahyang dalam cara berbaring: Kalau tidak boleh dikerjakan dengan duduk, boleh dengan berbaring, sambil seluruh anggota tubuh dihadapkan ke kiblat. Sedangkan rukuk dan sujudnya cukup dengan isyarat gerak kelopak mata. Jika dengan gerak kelopak mata pun tidak mampu, sembahyang boleh dilakukan dengan gerak hati sahaja.

- Sembahyang dengan cara telentang: Jika tidak mungkin atau tidak mampu dengan cara berbaring, sembahyang boleh dilakukan dengan telentang. Kaki dihadapkan kea rah kiblat dan kepala ditinggikan dari badan. Gerakan-gerakan sembahyang dilakukan seperti cara sembahyang berbaring atau bila rukuk cukup menundukkan kepala sedikit ke muka dan bila sujud agak lebih.

Demikianlah tata cara sembahyang orang sakit mengingatkan kita adalah ibadah yang sangat penting dalam keadaan apa pun.


ORANG YANG WAJIB SEMBAHYANG BERJEMAAH

Sembahyang yang berjemaah diwajibkan ke atas:

1. Kaum lelaki. Kaum wanita tidak diwajibkan menghadiri sembahyang berjemaah, mereka lebih dianjurkan mengerjakan di rumah dan lebih afdal lagi di dalam bilik.

2. Orang merdeka. Hamba tidak wajib menghadiri sembahyang berjemaah kerana ia sibuk melayani tuannya.

3. Tidak ada uzur(penghalang)

4. Sembahyang yang hendak dikerjakan adalah sembahyang yang wajib(sembahyang fardhu lima waktu), selain itu tidak wajib menghadirinya, seperti sembahyang Kusuf(sembahyang gerhana), sembahyang istisqa’, sembahyang yang terawih dan sembahyang-sembahyang lima waktu yang diqadha’.

SEKURANG-KURANG ORANG YANG SEMBAHYANG BERJEMAAH

Dikatakan sembahyang berjemaah bila berjumlah minimum dua orang, seorang imam dan seorang makmum. Semakin ramai peserta sembahyang berjemaah semakin disukai oleh Allah, berdasarkan sabda Nabi SAW. berikiut ini:

“sembahyang bersama orang lain berjemaah lebih baik daripada sembahyang bersendirian, sembahyang berjemaah bersama dua orang lebih baik daripada sembahyang berjemaah bersama satu orang. Semakin ramai jemaahnya semakin disukai oleh Allah. ”

Dan telah dikira jemaah meskipun makmumnya hanya seorang anak kecil atau seorang wanita. Dalam kisah lain yang diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik RA bercerita bahawa Rasulullah SAW. mengimaminya sembahyang bersama ibu dan mak saudaranya. Anas berkata:” beliau menyuruhku berdiri di sebelah kanan beliau dan para wanita di belakang kami. ”


UZUR-UZUR YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG BERJEMAAH

Tidak ada sebarang keringanan atau kelonggaran untuk meninggalkan sembahyang fardhu berjemaah kecuali bila ada uzur. Uzur terbahagi dua, uzur umum dan uzur khusus.

Uzur umum misalnya hujan deras, sama ada pada malam hari ataupun pada waktu siang, angina kencang pada malam kelam, hujan salji, udara sejuk yang menyegal, sangat lecak, udara panas yang bersangatan pada waktu tengah hari dan seumpamanya.

Uzur khusus ialah:

1. Sakit yang memberatkan penderitanya menghadiri sembahyang berjemaah. Tidak termasuk di dalam sakit ringan, seperti pening kepala, selesema ringan dan seumpamanya.

2. Keadaan tidak aman yang dapat membahayakan diri, harta dan kehormatannya. Allah berfirman: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ”(Surah Al- Baqarah: 286)

3. Menahan Al- Akhbathain. Al-akhbathain adalah buang air kecil dan buang air besar. Sebab hal itu akan menghalanginya sembahyang dengan khusyuk dan sempurna.

4. Saat makanan telah dihidangkan. Berdasarkan hadis yakni sabda Rasulullah : “ Tidak boleh mengerjakan sembahyang saat makanan telah dihidangkan. ”

5. Baru memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap. Kewajipan sembahyang berjemaah gugur atas orang yang baru memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap, seperti bawang merah, bawang putih dan seumpamanya. Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Jibir RA. , Rasulullah bersabda:
“ sesiapa memakan bawang merah atau bawang putih hendaklah menjauhi masjid kami dan hendaklah ia tetap di rumah sahaja. ”

6. Imam mengerjakan sembahyang terlalu panjang hingga memberatkan makmum. Berdasarkan riwayat Abdullah bin Mas’ud RA bahawa seorang lelaki mengadu: “ Demi Allah, wahai RAsulullah saya terpaksa tidak sembahyang subuh berjemaah kerana imam yang mengimami sembahyang terlalu panjang. ”

Maka belum pernah saya melihat Rasulullah SAW memberikan peringatan yang sangat keras kecuali pada hari itu, beliau berkata: “ sesungguhnya di antara kamu ada yang mebuat manusia lari. Sesiapa bertindak sebagai imam hendaklah meringankan sembahyang. ”

7. mengantuk sangat kuat, berdasarkan hadis Abu Qatah RA: “ Tidak dikira lalai kerana tertidur. Baru dikira lalai apabila dalam keadaan terjaga. Jika kamu terluput mengerjakan sembahyang hendaklah ia mengerjakannya saat ia mengingatnya. ”

8. Tidak punya baju

9. Dalam keadaan safar dan bimbang ditinggal rombongan.

10. Sibuk mengurus jenazah

11. Kerisauan yang menghalangi khusyuk di dalam sembahyang. Abu Darda’ RA berkata: “ Termasuk kedalam fiqah seseorang adalah menyelesaikan urusannya terlebih dahulu hingga ia dapat mengerjakan sembahyang dengan hati yang lapang. ”
Termasuk di dalamnya orang yang sedang sibuk mengurus urusan, mencari barangnya yang hilang, berusaha mengembalikan barangnya yang dirampas, mendapat gangguan di tengah jalan dan sebagainya.

Kesimpulan
Allah SWT telah menetapkan hambaNya melaksanakan solat sebagai salah satu bukti atau cara penghambaan diri kepada-Nya. Kita sebagai seorang hamba yang lemah harus patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan. Diharapkan dengan mengkaji rahsia solat berjemaah, kita akan dapat meluangkan sedikit waktu untuk memenuhi saf yang kosong –kosong di masjid.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Norfasuhada Bt Sahak

Kemusyikilan Wanita Dalam Hukum Islam

PENDAHULUAN
Terdapat banyak persoalan dalam hukum islam, di mana umat islam sendiri tertanya- tanya apakah sebenar jawapan dalam persoalan yang mereka ragui. Di sini saya kupaskan perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi kaum wanita mengenai hukum Islam yang mereka ragui. Kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah mengenai permasalahan ibadat dan muamalah kaum wanita.

Begitu juga perbezaan hukum mengenai kaum lelaki dan wanita. Dari segi tanggungjawab dan kewajipan mereka dalam islam. Islam menentukan peraturan berlainan untuk lelaki dan wanita. Contohnya mengenai ibadah mengerjakan solat.

Kaum wanita tidak diwajibkan solat ketika haid atau nifas. Ini bertujuan untuk menghindari kesusahan, lantaran solat itu wajib dikerjakan lima kali sehari dan semalam.

Namun begitu darjat diantara lelaki dan wanita adalah sama tinggi dan mulia.

Cuma faktor-faktor yang menyebabkan mereka menjadi mulia adalah berbeza. Oleh itu saya berharap dengan penerangan saya dapat menjawap segala kemusyikilan mereka mengenai hukum islam yang mereka ragui. Antara persoalan yang saya kupaskan adalah:

:: Hak wanita menurut islam
:: Kewajipan menunaikan solat
:: Tanggungjawab memberi nafkah
:: Hak pemilikan harta warisan
:: Sebab dan hikmah Islam membenarkan lelaki berpoligami
:: Benarkah Islam membenarkan memukul isteri yang derhaka terhadap suami
:: Pandangan islam mengenai amalan berkhatan yang biasa dilakukan kepada kanak-kanak
:: Bolehkah wanita haid lalu di masjid
:: Apakah yang tidak oleh dilakukan oleh wanita yang haid dan nifas.
:: Apakah solat batal jika rambut atau tumit terbuka sedikit ketika solat bagi wanita
:: Bolehkah anak mengqadakan puasa ibunya yang telah meninggal dunia::
:: Bolehkah wanita mencukur kepalanya::
:: Apakah ibadat yang khusus bagi wanita ketika manasik haji::
:: Bolehkah wanita bersanggul (memakai rambut palsu)::

:: Bolehkah ketika bersetubuh suami menghisap susu isterinya, dan apakah dia menjadi muhrim pada isterinya::

1)Hak wanita menurut islam
Darjat wanita dan lelaki adalah sama di dalam agama islam. Malahan islam menyamakan hak lelaki dan wanita sama ada dari segi pemilikan, mengadakan akad nikah, wasiat dan sebagai nya. Menurut Islam, peribadi seorang wanita di anggap sempurna sebagaimana kaum lelaki. Wanita yang belum berkahwin sedangkan akil baligh dan waras berhak menguruskan hartanya, malah walinya tidak berhak mencampur tangan kecuali dengan persetujuan atau dia telah memberi hak untuk menguruskan harta tersebut.

Jika sudah berkahwin sekalipun, hak yang dimilikinya tidak boleh dicampurkan dengan hak suaminya. Dia masih berhak menguruskan hartanya. Suami tidak berhak campur tangan kecuali dengan keizinan. Sementara dalam dunia islam si suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Suami juga tidak boleh menyentuh harta atau milik peribadi isteri dengan alasan telah memberi nafkah kecuali atas kebenaran isterinya. Jika isteri nya tidak bersetuju si suami wajib memeberi nafkah kepada nya, seolah-olah isterinya tidak mempunyai apa-apa. Seanadainya si suami enggan memberi nafkah isterinya wajib melapurkan kepada Mahkamah Syariah. Hakim akan memaksa suami memberi nafkah atau memisahkan mereka jika itu yang dikehendaki isteri.

2)Kewajipan menunaikan solat
Lelaki dan wanita berbeza dari segi watak dan tenaga, oleh itu Islam membezakan antara syariat yang dibebankan kepada lelaki dan wanita, sesuai mengikut keadaan dan kemampuan mereka. Ini bertujuan untuk meringan kerja mereka malah menunjukan kasih sayang Allah SWT kepada mereka. Misalnya islam menggugurkan kewajipan menunaikan solat dari wanita yang sedang haid atau nifas dan mereka tidak diwajibkan mengqadakannya, ini supaya mereka tidak menanggung beban yang berat.

Dan didalam bulan Ramadhan wanita yang sedang haid atau nifas dan mereka tidak diwajibkan mengerjakan puasa, begitu juga dengan wanita yang hamil dan menyusukan anak boleh tidak berpuasa. Walaubagaimanapun mereka wajib qada puasa yang mereka tinggalkan pada hari lain kerana ini tidak sampai menyusahkan.
Ulama fikah telah memperincikan perbezaan tanggungjawab yang dibeban kan kepada lelaki dan wanita. Antaranya ialah:

:: Mereka tidak boleh azan dan mengimamkan orang lelaki dalam solat
:: Tanda baligh bagi mereka lebih banyak, antaranya hamil dan haid
:: Aurat mereka lebih luas dari lelaki, yakni dari seluruh tubuhnya selain wajah dan telapak tangannya.
:: Wanita boleh memakai sutera dan memakai emas serta perak
:: Tidak wajib bersolat jemaah di masjid, bahkan wanita yang masih muda makruh berjamaah di masjid, manakala yang sudah bersuami tidak boleh pergi ke masjid tanpa izin suami, dan lebih afdal solat di rumahnya.
:: Tidak wajib mengerjakan sembahyang jumaat
:: Mereka tidak boleh membawa jenazah ke tanah perkuburan walaupun jenazah itu wanita atau kanak-kanak
:: Dalam segi hadanah(pengurusan anak) mereka di dahulukan dari lelaki
:: Mereka tidak diwajibkan berjihad
:: Tidak boleh menjadi saksi kecuali mengenai harta atau bahagian yang bukan bidang kaum lelaki

3)Tanggungjawab memberi nafkah
Dalam islam keperluan wanita, mulai dari makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya merupakan kewajipan walinya jika dia belum berkahwin. Jika tadak mempunyai wali atau kaum kerabat baitulmal bertanggungjawab menyediakan segala keperluan asasinya. Sedangkan wanita yang sudah berkahwin, suaminya bertanggungjawab memberi nafkahnya, si suami wajib memberi nafkah kepada isterinya setelah terjadi akad nikah yang sah. Semenjak itu si isteri pun wajib berbakti sepenuhnya kepada suami mereka.

Setiap suami wajib membri nafkah kepada isterinya sama ada isterinya miskin atau kaya. Suami wajib menanggung segala keperluan rumahtangga, malah membiayai perkahwinan. Mereka juga wajib memberi mahar kepada isteri mereka. Tetapi alangkah baiknya jika wanita yang bekerja dan mempunyai pendapatan lumayan turut membantu meringankan beban suami, apalagi suami sudah mengizinkan mereka bekerja sekalipun sedikt sebanyak akan menjejaskan hak-hak suaminya.

Memberi nafkah wajib berdasarkan Al-Quran
Seperti Firman dalam surah Al-Baqarah (ayat 233) yang bermaksud: Dan kewajipan suami memberi makan dan pakai kepada isteri dengan cara makruf. Seperti Firman dalam surah Al-Talaq(ayat 6)

Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu. Jangan kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri yang sudah di talak) sedang hamil, berikan mereka nafkah sehingga mereka bersalin. Dan jika menyusukan anak kamu, maka berikan mereka upah.

4)Hak pemilikan harta warisan
Setelah mengamati makna Al–Quran dan hadis yang menyentuh mengenai masalah warisan, para ulamak baru mengambil hukum darinya. Islam menyamakan hak wanita dan lelaki dalam harta yangdi usahakan dengan bekerja atau berniaga. Ini kerana dalam bekerja atau berniaga, harta yang diusahakan adalah atas usaha sendiri. Oleh itu hasil yang diusahakan setimpal dengan tenaga yang di kerah. Manakala dalam harta warisan, bukan berdasarkan usaha masing-masing. Islam memberi pembahagian yang lebih banyak kepada lelaki bukan kerana lebih sayang kepada mereka tetapi semata-mata melihat keperluan serta sesuai dengan tanggungjawab.

Ini kerana lelaki bertanggungjawab memikul beban rumah tangga, malahan mereka wajib mencari nafkah isteri dan anaknya, sedangkan wanita tidak mempunyai sesuatu tanggungjawab. Oleh itu, islam memberi bahagian lelaki dan wanita mengikut keperluan dan tanggungjawab.

5)Sebab dan hikmah Islam membenarkan lelaki berpoligami
Islam bukanlah agama pengasas poligami, dan islam tidak meyuruhnya, tetapi hanya membolehkannya, membatasi dan menentukan syaratnya. Praktik poligami sudah wujud telebih dahulu sebelum terpancar sinar islam. Imam Bukhari meriwayatkan dalam hadis sahihnya, bahawa; Seorang lelaki yang bernama Ghilan bin Salimah at-Tsaqafiy telah memeluk islam sedangkan ketika itu beliau mempunyai 10 isteri, maka Rasullah SAW telah bersabda kepada beliau”Pilih empat orang dari mereka”. Tatkala islam membolehkan seseorang mengahwini empat orang isteri, maka islam menetapkan syarat keadilan kepada isteri tersebut.
Baik dari segi makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Suami yang ingin berpoligami juga mesti berkemampuan untuk membimbing isteri mereka dan menjaga maruah mereka. Lebih penting mesti sangup memberi nafkah pada isteri-isterinya dan anak-anaknya.

Jika seorang itu tidak berkemampuan membimbing dan menjaga maruah mereka, tidak sanggup memberi nafkah kepada isteri dan anak, tidak sanggup berlaku adil pada para isteri maka beliau tidak boleh berpoligami. Ini kerana poligami dibolehkan bagi manafaat peribadi dan masyarakat. Jika didapati memudaratkan moral maka tidak dibenarkan berpoligami dan memadai beristeri satu. Faktor–faktor meybabkan poligami ialah isteri tidak sanggup melayan suami nya, oleh itu suami mencari wanita lain untuk melayan mereka.

Selain itu, kaum wanita menderita penyakit yang menyebabkan mereka tidak boleh mengandung, atau manyambung zuriat. Oleh itu wanita memberi keizinan kepada suaminya untuk berpoligami untuk menyambung zuriat suaminya. Bukan itu sahaja untuk mengelakkan berlaku zina.

6)Benarkah Islam membenarkan memukul isteri yang derhaka terhadap suami
Suami berhak menghukum isteri yang derhaka sebagai tanda dia seorang pemimpin dalam rumahtangganya. Walaubagaimanapun hukuman yang di beri kepada isteri bukan untuk menghina atau menyiksa mereka. Tindakan itu hanya untuk mendidik mereka dan mengelakkan kehancuran rumah tangga. Langkah pertama yang harus di ambil ialah menasihati dan mengingati mereka dengan cara bijaksana. Isteri yang melakukan kesalahan tidak boleh terus dimarahi dan dikasari, sebaliknya hendaklah dinasihati sebaiknya supaya ia kembali menunaikan hak-hak suaminya. Pada umumnya isteri akan kembali taat kepada suaminya setelah dinasihati tetapi ada jua yang masih ingkar, dan masih tidak mengubah sikap dan kelakuan sekiranya hanya di tegur dengan kata-kata. Malah sikapnya semakinmenjadi-jadi apabila di tegur. Wanita begini hendaklah diluruskan dengan langkah kedua.

Iaitu mengasingkannya dari tempat tidur mereka, seperti Firman Allah dalam ayat (An-Nissa 34) yang brmaksud
Dan pisahkan dari tempat tidur mereka

Mengasingkan diri dari tempat tidur maksudya suami membelakangkan isterinya dan tidak berpaling kepadanya. Ayat di atas tidak bermaksud meyuruh suami meninggalkan isterinya keseorangan di tempat tidur atau menyuruh suami keluar meninggalkan rumahnya.

Seandainya cara ini juga tidak berkesan, sebagaimana cara pertama, maka hendaklah di ambil tindakan lain, iaitu pukullah dia, seperti Firman Allah dalam ayat (An-Nissa 34) yang bermaksud
Dan pukullah mereka.

Hukuman seperti tidak boleh dikenakan kecuali kepada wanita seperti ini, iaiatu tidak berkesan dengan menasihati dan mengasingkan tempat tidur, sekalipun ayat itu menyuruh suami memukul isterinya yang derhaka tetapi harus diigatkan Rasullah telah menggariskan panduan untuk memukul.

Tidak satu riwayat pun mengatakan Rasullah s. w. a pernah menengking isterinya, apalagi memukul isterinya, Syarat yang telah ditetapkan ialah:

:: Jangan bertujuan untuk kekerasan
:: Jangan untuk menghina atau menyakitkan


Dalam menjalankan hukuman tesebut, hendaklah ketika berdua-duaan suami isteri. Ia tidak boleh dilaksanakan di hadapan kaum kerabatataupun orang luar, bahkan bukan di hadapan anak-anak, lantaran pengaruh tidak bek kepad mereka. Kerana ada kemungkinan menimbulan kebencian mereka kepada ibu bapa. Bahkan sebaiknya jangan diketahui sesiapa kerana si isteri akan berasa malu dan tersinggung. Kadang – kadang menyebabkan dai tidak mengubah sikap dan menjadi semakin teruk. Seandai mana-mana peringkat menunjukkan hasil maka handaklah dihentikan dan tidak boleh mengenakan hukuman yang lebih berat. Sekiranya terus melakukan juga, beliau diaggap zalim.

7)Pandangan islam mengenai amalan berkhatan yang biasa dilakukan kepada kanak-kanak
Memang banyak hadis meyuruh berkhatan dan ia merupakan sunah Rasullah SAW dan sebahagian para nabi s. a bersabda( H. R Bukhari)

Ibrahim Khalil Ar-rahman berkhatan ketika berusia 80 tahun dan beliau berkhatan dengan beliung. ( H. R Bukhari)

Tidak ada dalil yang mengatakan wajibnya berkhatan malahan hadis-hadis menyuruh wanita berkhatan adalah daif dan tidak boleh dipegangi. Ini disebabkan para ulamak bahawa berkhatan lelaki dan wanita adalah di syariatkan. Ummu Uthiah berkata” para wanita berkhatan di Madinah dan Rasullah SAW bersabda kepada mereka, ”Janganlah dipotong banyak kerana yang sebahagian lebih menarik bagi suami dan lebih menyerikan wajah”.

Hadis meyuruh mereka berkhatan kerana dengan berkhata mereka menjadi lebih sensitif ketika mengadakan hubungan jenis dan di larang memotongnya terlalu banyak kerana membuat mereka berasa hampa ketika bersetubuh. Beginilah pandangan syariat mengenai berkhatan, Sedangkan menurut ahli kesihatan tidak bersependapat sebagaimana pendapat para ulamak yang berlainan pendapat, Antara ada yang menyuruh berkhatan, dan ada juga yang melarang.

Kesimpulannya menurutkan kebanyakan ahli ilmu, wanita tidak wajib berkhatan dan orang tua yang tidak mengkhatan anak perempuannya tidak di katakan ia berdosa. Tetapi kaum lelaki di wajibkan berkhatan kerana adalah syiar Islam dan termasuk dalam ajaran Nabi Ibrahim AS dan berkhatan juga di wajibkan dalam mazhab Syafie dan Hambali.

8)Bolehkah wanita haid lalu di masjid

Boleh, sesuai dengan Firman Allah
Wahai orang- orang beriman janganlah kamu bersolat dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan, Dan janganlah kamu menghampiri masjid sedang kamu dalam keadaan berjunub, kecuali lalu sahaja sehingga kamu mandi. (An-Nisaa ayat43)

Ayat di atas menceritakan mesalah junub, maksudnya orang yang berjunub boleh sekadar lalu di masjid, Oleh itu orang haid pun jatuh di bawah hukum yang sama dengan orang junub. Riwayat dari An-Nisa dan Amad yang diterima dari Maiunah dimana beliau telah berkata” Rasullah SAW telah masuk kedalam rumah salah seorang isterinya yang sedang haid, Beliau meletakkan kepalanya di pangkuan isterinya sambil membaca Al-Quran, lalu isterinya itu mengambil tikar kecil dari dalam masjid dalam keadaan haid. ”dari Aisyah RAnha berkata Rasullahtelah berkata kepadanya”Tolong ambil tikar utukku dari masjid” Saya berkata ”Saya dalam haid”Beliau menjawab, ”Apakah haidmu berada dalam tangan mu:: Berdasarkan hadis ini, wanita yang sedia haid boleh berjaln di masjid. Sekalipun wanita boleh berjalan, tetapi mereka tidak boleh berhenti lama.

9)Apakah yang tidak oleh dilakukan oleh wanita yang haid dan nifas.
Terdapat 10 perkara yang tidak oleh dilakukan oleh wanita yang haid dan nifas:
:: Solat
:: Memasuki masjid
:: Menyentuh al-Quran
:: Iktikaf
:: Tawaf
:: Sujud tilawah
:: Membaca Al-Quran
:: Puasa
:: Talak
:: Jimak

10) Apakah solat batal jika rambut atau tumit terbuka sedikit ketika solat bagi wanita

Solatnya tidak batal jika sedikit aurat terbuka kerana menjaganya terlalu susah.

Ini adalah dimaafkan dengan lelakiyang auratnya sedikt terbuka. Lelaki yang terbuka sedikit auratnya ketika solat, maka solatnya tidak batal, menurut Hanafiah dan Ahmad. Ini bersesuian dengan riwayat Abu Daud yang diterima dari Amr bi Salmah yang mengatakan ” Ayahku telah bersama dengan rombongan kaumnya pergi berkunjung ke rumah Rasullah SAW, Baginda mengajar solat kepada mereka dan berkata”Hendaklah paling baik bacaya menjadi imam kamu” kebetulan ketika itu aku dikalangan mereka paling baik bacanya, Sebab itu mereka telah memilih aku. Ketika menadi imam, saya memakai selindang kecil dan meyebabkan sedikit aurat terbuka jika aku sujud, ada di antara jemaah wanita berkata, tutup aurat imam itu dari pandangan kami, lalu mereka embeli kain untukku, itu rasanya paling bahagia menjadi penganut islam.

Kesimpulan yang di ambil dari hadis itu adalah peritiwa aurat imam yang terbuka sedikit, itu memang menggemparkan. Walaubagaimanapun Rasullah tidak menegurnya, bererti solatnya tidak batal jika sedikit sahaja aurat terbuka.

Menurut Abu Hanafiah dua tmit tidak termasuk aurat dalam kerana ia selalu terbuka, dan hukumnya di samakan dengan wajah. Ini tentunya kalau sedikit sahaja yang terbuka. Kalau banyak terbka akan membatalkan solat jika tidak ditutup segera.

11)Bolehkah anak mengqadakan puasa ibunya yang telah meninggal dunia::

Hadis riwayat Bukhari berkata, ada seorang wanita berkata kepada Rasullah SAW”Sesungguh nya ibuku telah bernazar untuk berpuasa tetapi dia telah meninggal dunia sebelum membayar puasanya, ”Bolehkah aku membayar untuk ibuku:: Rasullah menjawap, ”Bagaimana jika ibu kamu berhutang adakah kamu bayar:: Wanita itu menjawap, ”Ya”, maka Rasullah SAW berkata ”Oleh itu puasalah untuk ibu kamu. Dan riwayat daripada Aisyah RAnha katanya Rasullah SAW bersabda” Sesiapa yang telah mati dan masih mempunyai hutang puasa, maka boleh di puasakan oleh walinya (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

12) Bolehkah wanita mencukur kepalanya::
Kaedah umum menetukan lelaki tidak boleh meyeruai wanita begitu juga sebaliknya. Oleh Rasullah SAW melarang wanita mencukur rambutnya. Rambut merupakan anugerah Allah SWT kepada wanita, leh itu mereka mesti memelihara dan menguruskannya. Rasullah telah bersabda”Sesiapa yang mempunyai rambut hendaklah memuliakannya. (H. R Abu Daud)

13) Apakah ibadat yang khusus bagi wanita ketika manasik haji ::
a. Wanita boleh memakai pakaian berjahit ketika ihram tetapi idsyaratkan tidak dicelupkandengan za’faran atau wars( sejenis kunyit)
b. Boleh memakai sarung tangan (menurut mazhab Hanafi sahaja)
c. Boleh memakai khuf
d. Boleh menutup kepala
e. Tidak boleh meguatkan suara ketika talbiah
f. Tidak boleh berlari ketika tawaf
g. Tidak boleh berjalan cepat ketika sa’ie tetapi hendaklah berjalan seperti biasa. (perlahan)
h. Disuruh menggunting rambut da tidak boleh mencukurnya
i. Tidak boleh menyentuh hajarul aswad ketika kaum lelaki sdang berebut-rebut untuk menyentuh dan menciumnya.
j. Sekalipun mereka meninggalkan tawaf wida’ disebabkan haid atau nifas, mereka tidak dituntut membayar dam. Begitu juga jika mereka melamatkan tawaf ifadah dari hari nahar, tidak membayar dam
k. Ketika mengerjakan tawaf, mereka lebih jauh dari hajarul aswad supaya tidak berhimpit dengan kaum lelaki.
l. Mereka juga tidak boleh berhenti lama di Jabal Rahmah supaya tidak berhimpit-himpit dengan kaum lelaki

14) Bolehkah wanita bersanggul (memakai rambut palsu)
Kalau sanggul di buat dari rambut asli(manusia) maka hukumnya haram, ini kerana perbuatan ini seperti mengandungi unsur penipuan. Di samping itu juga memakai organ mausia yang telah terpisah dari orangnya, tanpa darurat.

Sedangkan memakai sanggul dari rambut buatan(plastik dan sebagainya), maka hukum nya dilihat dari ada atau tidak illat yang mengharamkannya. Seandai orang yang meihat jelas mengetahui bahawa itu adalah ramut buatan, maka hukumnya mubah. Itu pun jika tujuan dia bersanggul untuk suaminya. Ini boleh keana tiada unsur penipuan. Namun jika sanggul yang diperbuat daripada rambut buatan tetapi orang yang melihat nya jelas akan mengatakan rambut itu asli maka haramlah hukumnya. Kerana ada illat yang mengharamkannya, iaitu terdapat unsur penipuan.

Riwayat Bukhari yang diterima dariAisyah RAnha ” Seorang hamba sahaya kaum Ansar berkahwin, kemudian dia sakit dan berguguran rambutnya, oleh itu mereka bermaksud untuk menyambung rambutnya dengan rambut lain dan merwka telah bertanya kepada Rasullah SAW mengenai hukumnya. Maka Rasullah SAW memjawap”Allah SWT melaknat orang yang menyambungkan dan meminta di sambungkan rambutnya. Dari Abu Zubiar, beliau mendengar Jabir bin Abdullah berkata:

Rasullah SAW melarang wanita menyambungkan sesuatu di kepalanya, (H. R Muslim)

Menurut mazhab syafie, menyambungkan atau membuat sanggul dengan amut tambahan dari rambut manusia haram hukumnya secara mutlak. Sedangkan sanggul yang disambung dengan rambut tiruan, hukumnya ada dua. Pertama jika yang disambung itu benda najis maka hukumna haram. Kedua jika rambut buatan diperbuatdari bahan suci maka ia mempunai syarat- syarat trtentu. Jika rambut yang disambungkan bukan untuk suami maka hukumnya haram. Namun jika dia menyambung hanya untuk berhias pada suaminya maka ada 3 pendapat menurut mazhab Syafie:

:: Boleh jika di izinan suami
:: Haram sekalipun di izinkan oleh suami
:: Boleh secara muthlak, ertinya tanpa izin atau tidak. Pendapat yang paling kuat adalah yang pertama.

Menurut mazhab Hanafi, menyambungkan atau membuat sanggul dengan rambut tambahan dari rambut manusia haram hukumnya. Sedangkan menggunakan rambut buatan adalah halal kerana tiada unsur penipuan dan tidak menggunakan rambut manusia. Namun menurut mazhab Hambali dan Maliki haram hukumnya.
Tidak kira rambut yang disambung itu rambut manusia atau rambut buatan.

15)Bolehkah ketika bersetubuh suami menhisap susu isterinya, dan apakah dia menjadi muhrim pada isterinya

Penyusuan yang mengakibatkan muhrim ialah jika penyusuan itu sudah lima kali menyusu, dalam tempoh berasingan dan juga penyusuan itu mestilah sampai mengenyangkan. Bahkan semua terjadi pada usia menyusu, iaitu bawah dua tahun.

Susu yang melibatkan muhrim adalah yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang. dan semua ini tidak mungkin berlaku kecuali pada usia kecil.

Penyusuan setelah dewasa tidak mengakibatkan muhrim, oleh itu sekalipun Si suami sempat meminum susu isterinya. , maka dia bukan menjadi muhrim, kerana syarat-syarat peyusuan seperti di atas tidak ditemui

PENUTUP
Segala puji hanya bagi Allah swt. Saya harap segala isu yang saya kupas dapat menjawap segala kemusyikilan umat islam mengenai hukum islam yang mereka ragui. Ini kerana kadang kala kita malu untuk menyuarakan persoalan kita mengenai hukum Islam kerana takut persoalan yang di kemukakan dianggap remeh. Sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna didunia ini, kita sebagai hambanya yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu kita hendaklah menjaga diri dari melanggar larangannya. Kita sebagai hambanya hendaklah taat atas segala perintahnya. Sesungguhnya hidup didunia hanya sementara, segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan buruk datangnya dari kita sendiri.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Noorafiza Binti Nordin

Hikmah Puasa

Pendahuluan
Setelah sedia maklum puasa adalah rukun Islam yang keempat dari lima rukun. Setiap umat Islam wajib menunaikan rukun Islam ini kerana rukun Islam adalah rukun yang perlu dilakukan untuk memperlengkapkan kehidupan sebagai seorang umat Islam.

Dari apa yang telah saya baca dalam buku ini terdapat banyak input-input yang berguna untuk mengetahui apa itu istilah puasa dan hikmah-hikmahnya.

Selain itu buku ini juga amatlah sesuai dijadikan panduan untuk mengetahui selok belok, hikmah, falsafah, fadhilat serta keutamaan dalam berpuasa dan hal-hal yang sepatutnya diketahui oleh setiap individu umat Islam.

Pengertian Puasa
Berpuasa adalah rukun Islam yang keempat. Puasa (ash-Shiyam) menurut bahasa bermaksud al-Imsak iaitu menahan. Dari sudut istilah atau pengertian syar’i ialah menahan diri dari makan, minum dan hal-hal yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari dengan niat beribadah kepada Allah s. w. t.
Jenis Puasa dan Hukumnya
Terdapat banyak jenis puasa dalam Islam. Antaranya adalah:
1. Puasa wajib iaitu puasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan. Selain itu ialah puasa gadha’ iaitu puasa sebagai qadha atau menggantikan puasa bulan Ramadhan yang tertinggal kerana sebab syar’i. Antara lain ialah puasa nazar iaitu wajib berpuasa apabila suatu perkara yang diingin dan dicita-citakan tercapai selepas membuat nazar.
2. Puasa sunat (mustahab) iaitu puasa seperti puasa Isnin dan Khamis. Selain itu puasa enam hari Syawal.
3. Puasa makruh iaitu puasa yang dilakukan pada hari yang masih diragukan. Ini bermaksud ketentuan masuknya waktu Ramadhan belum jelas. Begitu juga puasa dengan menjadikan hari Jumaat atau hari-hari lain diluar waktu-waktu puasa yang ditentukan.
4. Puasa haram iaitu berpuasa pada dua Hari Raya dan juga berpuasa pada hari tasyri’ iaitu tiga hari setelah Aidiladha.

Syarat Wajib Puasa
Terdapat empat syarat wajib puasa yang wajib diketahui iaitu Islam. Islam ini bererti wajib puasa kepada semua muslim yang beragama Islam. Kedua iaitu berakal, ia tidak wajib kepada orang gila yang tidak sedar apa yang berlaku terhadap dirinya. Ketiga iaitu dewasa. Dalam konteks dewasa ini wajib bagi seorang muslim itu berpuasa sekiranya mereka sudah tahu membezakan antara yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara itu. Dan yang keempat iaitu mampu, seorang muslim itu mestilah mampu dari segi mental dan fizikal untuk melakukan ibadah puasa itu.

Syarat Sah Puasa
Syarat sah puasa mengandungi enam syarat iaitu:
1. Islam : iaitu tidak sah puasa untuk orang kafir sebelum masuk Islam. Namun mereka akan dihukum di akhirat kelak kerana meninggalkannya.
2. Berakal : iaitu tidak sah puasa untuk orang gila sehingga kembali berakal.
3. Tamyiz : iaitu tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
4. Tidak haid : iaitu tidak sah puasa wanita haid, sebelum suci dari haidnya.
5. Tidak nifas : iaitu tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifasnya.
6. Niat : mestilah berniat dari malam hari setiap hari dalam puasa wajib.

Bila Kanak-kanak Disuruh Berpuasa

Para-para ulama mengatakan kanak-kanak disuruh berpuasa jika ia kuat, hal ini bertujuan untuk melatihnya. Sebagaimana ia disuruh sembahyang pada umur 7 tahun dan dipukul pada umur 10 tahun jika enggan supaya terlatih dan membiasakan diri.

Perkara-perkara Sunat Ketika Berpuasa

Ketika melakukan ibadah puasa terdapat perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Antara sedar dengan tidak sedar sahaja untuk kita melakukan perkara-perkara sunat ini untuk menambahkan pahala masing-masing. Ada enam sunat puasa. Yang pertama ialah melewatkan sahur hingga akhir waktu malam sehingga terbitnya fajar.

Kedua ialah segera berbuka puasa jika benar-benar matahari sudah terbenam. Ketiga pula ialah membanyakkan amal kebaikan terutamanya menjaga sembahyang lima waktu pada waktunya secara berjemaah, menunaikan zakat harta benda kepada orang-orang yang berhak menerimanya, membanyakkan sembahyang sunat, sedekah, membaca Al-Quran dan amal kebaikan lainnya.

Keempatnya ialah jika dicaci atau dimaki hendaklah tidak membalas cacian orang yang mencacinya itu tetapi membalas semua perbuatan itu dengan kebaikan supaya mendapat pahala dan terhindar dari dosa. Kelima pula ialah berdoa ketika berbuka sesuai dengan yang diinginkan. Contohnya “Ya Allah hanya untuk-Mu aku berpuasa, dengan rezeki anugerah-Mu aku berbuka. Maha Suci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah, terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ” Dan yang terakhir sekali ialah berbuka dengan buah kurma yang masih segar, jika tidak ada maka bolehlah dengan kurma yang kering, dan jika tidak ada cukuplah dengan air sahaja.

Kelonggaran Dalam Berpuasa
Dalam soal berpuasa ini, Allah s. w. t ada beberapa rukhsah yang diberikan kepada umat Islam khususnya kepada wanita diantaranya:
1. Rukhsah tidak berpuasa bagi wanita hamil dan menyusukan anak. Rasulullah s. a. w. bersabda “ Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla meringankan puasa bagi musafir dan separuh dari sembahyang ; begitu juga puasa bagi wanita hamil dan menyusukan. ” (Riwayat Lima perawi dan disahihkan oleh Turmuzi)

Dalam hal ini mereka boleh membayar fidyah atau qadha.
2. Kelonggaran juga bagi orang tua yang sudah lanjut usia dan tidak mampu lagi berpuasa.
3. Mencicipi rasa makanan bagi kaum muslimah dan suri rumah. Sebagai orang yang paling banyak bekerja di dapur dan sebagai pengurus rumah tangga sudah tentu tidak boleh dipisahkan dari masakan. Oleh kerana itu mereka dibenarkan mencicipi makanan dengan ujung lidah mereka dan hal itu tidak sampai membatalkan puasa mereka.
4. Mengubati penyakit dengan suntikan. Pengubatan boleh dilakukan ketika puasa walaupun ia dengan cara suntikan sama ada melalui otot ataupun nadi. Tidak menjadi persoalan masuknya sesuatu ke dalam tubuh kerana tidak melalui yang biasa iaitu mulut.
5. Mandi, menggosok gigi dan berkumur-kumur.
6. Berciuman.

Dari Umar berkata, “Pada suatu hari ghairahku timbul lalu aku mencium isteriku padahal aku sedang berpuasa, ” Maka aku datang kepada Rasulullah s. a. w. lalu berkata, “Hari ini aku telah melakukan perkara besar, aku telah mencium isteriku sedangkan aku sedang berpuasa. ”

Maka sabda Rasulullah, “Bagaimana pendapatmu jika kamu berkumur-kumur dengan air padahal kamu puasa?” “Ia tidak mengapa?” jawabku. “Maka lebih-lebih lagi yang engkau tanyakan?” (Riwayat Abu Daud Ahmad dan Nasa’I; menurut Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban serta Hakim, hadis ini adalah sahih)

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja. Jika dilakukan kerana lupa maka tidak batal puasanya itu.
2. Jimak (bersenggama).
3. Memasukkan makanan ke dalam perut. Termasuk dalam hal ini ialah suntikan yang mengenyangkan dan transfuse darah bagi orang yang berpuasa.
4. Mengeluarkan air mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarnya tanpa sengaja.
5. Keluar darah haid atau nifas. Kalau seorang wanita mendapati haid atau nifas, batallah puasanya sama ada pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.
6. Sengaja muntah iaitu mengeluarkan minuman atau makanan dari perut melalui mulut.
7. Murtad dari Islam. Perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan. Firman Allah s. w. t. “Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan” (Al-An’am:88)

Adab Puasa
Terdapat banyak adab-adab berpuasa. Sebagai muslim yang berpuasa kita mestilah mengetahuinya dan mudah-mudahan Allah s. w. t merahmati. Puasa tidak sempurna jika tidak mengetahui enam perkara ini iaitu :
1. Menundukkan pandangan serta menahannya dari pandangan-pandangan liar yang tercela dan dibenci.
2. Menjaga lisan dari bercakap tidak keruan, mengumpat, mengadu domba dan berdusta.
3. Menjaga pendengaran dari mendengar setiap yang haram atau yang tercela.
4. Menjaga anggota tubuh lainnya dari perbuatan dosa.
5. Hendaklah tidak membanyakkan makan.
6. Setelah berbuka, hendaklah hatinya antara takut dan harap. Ini adalah kerana ia tidak tahu apakah puasanya diterima, sehingga ia termasuk orang-orang yang dekat kepada Allah s. w. t ataukah ditolah sehingga ia termasuk orang-orang yang dimurkai.

Kesimpulan
Terdapat banyak hikmah-hikmah yang Allah s. w. t berikan kepada kita umatnya dalam berpuasa ini. Setiap umat Islam wajib menunaikan rukun Islam ini kerana rukun Islam adalah rukun yang perlu dilakukan untuk memperlengkapkan kehidupan sebagai seorang umat Islam.

Salah satu perkara yang jelas sekali adalah dengan berpuasa kita boleh mengawal segala nafsu-nafsu jahat yang ada di sekeliling kita. Setelah sedia maklum puasa adalah rukun Islam yang keempat dari lima rukun. Dari apa yang telah saya baca dalam buku ini terdapat banyak input-input yang berguna untuk mengetahui apa itu istilah puasa dan hikmah-hikmahnya.

Selain itu buku ini juga amatlah sesuai dijadikan panduan untuk mengetahui selok belok, hikmah, falsafah, fadhilat serta keutamaan dalam berpuasa dan hal-hal yang sepatutnya diketahui oleh setiap individu umat Islam.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Azah Binti Adnan@Musa

Cabaran Mendidik Generasi Umat Islam

Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan. Generasi Muda seharusnya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Mereka adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa. ) Generasi Muda tidak seharusnya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya menginsafi diri dan berusaha menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku. Pada masa kini, untuk membentuk generasi yang berkualiti amat sukar kerana merupakan cabaran serius dalam mendidik generasi manusia di zaman kini. Biarpun ianya adalah tanggungjawab kepada kita untuk untuk membentuk akhlak mulia, namun dalam usaha untuk mendidik generasi pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang untuk kita mendidik generasi masa kini supaya mempunyai akhlak jati diri yang cemerlang. Cabarannya meliputi cabaran dalaman dan cabaran luaran, dimana Firman Allah dalam Surah Aali Imran ayat 104 yang bermaksud “Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya”. Antara cabaran dalaman yang ketara adalah Serangan Pemikiran, Serangan pemikiran pada hari ini sering kali menggugat generasi Islam hari ini dan seluruh Dunia Islam. Dalam hal pentadbiran, barat kian melaungkan slogan sekular yang kini telah sering membataskan agama di tembat-tempat ibadat dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama di dalam usaha meperbaiki, merubah, membawa kemajuan kepada kearah pembentukan tamadun yang utuh dan berkualiti. Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum, barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat. Dalam fokus ekonomi pula, barat sering kali mengecam dengan melaungkan dasar- dasar kapitalisme dan melalui bidang sosial barat kini melaksanakan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan dan ianya telah menjadi dasar pengharusan terhadap semua perkara. Bahkan ianya juga telah menjadi senjata untuk menyerang nilai-nilai murni, aklah dan agama. Urusan politik pula, Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan. Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan. Melalui kesan serangan pemikiran ini juga telah menyebabkan manusia kini bebas melakukan penindasan, penipuan, dan perkara yang boleh meruntuhkan akhlak kerana mereka tidak sesekali terikat dengan akidah ketuhanan. Seterusnya ialah Lemah Jiwa, cabaran ini adalah antara cabaran yang paling hebat dan ketara yang harus kita kikis kerana seseorang individu itu akan dilanda kelemahan iman dan ianya akan terdedah kepada dosa, kesalahan dan penyelewengan akhlak. Ianya lebih ketara lagi jika mereka tewas dan terpaksa mengikut hawa nafsu jahat dan seringkali didampingi dengan suasana sekeliling yang dipenuhi dengan lautan bergelora hasad dan dengki. Di dalam Ihya Ulumuddin dimana Imam Ghazali telah menegaskan tentang penerimaan jiwa manusia terhadap kebaikan dan juga kejahatan serta persediaanya untuk beristiqamah di atas jalan yang lurus atau pun menyeleweng untuk ke jalan yang sesat dan ketika itu beliau berkata: “ Kanak-kanak adalah amanah kepada kedua ibubapa nya dam jayomua Nerada di dalam keadaan bersih. Sekiranya kanak-kanak tersebut diajar dengan kebaikan, maka dia akan membesar dalam kebaikan dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Dan sekiranya dia disediakan dan diajar dengan kejahatan serta dibiarkan seperti binatang ternakan, dia akan menderita dan binasa. Untuk menjaganya hendaklah ia dididik dan diajar dengan akhlak yang mulia. ”

Cabaran yang bersifat dalaman seperti ammarah yang menyeru manusia kepada kejahatan dan keinginan nafsu yang hina. Disamping itu, ugutan syaitan juga tidak kurang hebatnya untuk menyesatkan manusia, seperti surah al-A’raf 14-17 dan surah Fathir: 6, menjelaskan bahawa syaitan itu adalah musuh kepada manusia. Manakala, apabila berbicara tentang nafsu, kita harus tahu bahawa nafsu terbahagi kepada tiga iaitu; nafsu Ammarah, nafsu Lawwamah, dan nafsu Mutmainnah. Nafsu ammarah ialah nafsu yang tidak dihiasi dengan keimanan, ketaqwaan dan ianya tidak beriltizam dengan agama rabbani. Kebanyakannya ianya akan mendorong manusia untuk melakukan pelbagai kezaliman, kemungkaran, dan apa saja yang negatif kerana ianya didorong oleh dorongan syahwat dan adanya penerimaan kejahatan yang telah dibekalkan kepadanya untuk mendapatkan kelazatan. Dan begitu juga dengan berbagai-bagai dorongan. (Surah Yusuf: 53). Nafsu Lawwamah pula menurut Mujahid adalah nafsu yang mengeji dirinya sendiri di atas apa yang telah berlaku dan menyesali perbuatan jahat yang telah dilakukan serta menyesali terhadap kebaikan, kenapa dia tidak memperbanyakkannya. Dia sentiasa mengingatkan dirinya walaupun dia telah bersungguh-sungguh melakukan ketaatan. Nafsu Mutmainnah pula adalah nafsu yang berada di atas keimanan, ketaqwaan, dan Islam. Dalam Surah al-Fajr: 27-30, nafsu ini merupakan nafsu yang paling mulia dan tinggi darjatnya kerana nafsu ini jauh berbeza dari nafsu-nafsu lain kerana ianya memiliki keistimewaan dengan ketepatan iman, keteguhan dalam keyakinan, ketaatan yang berterusan dan istiqamah di atas manhaj Islam. Didalam Al-quran juga, Allah telah menggesa hambanya(manusia) supaya menjadi orang yang benar-benar beriman, bertawakal dan berlindung dengan Allah daripada Syaitan. (Surah al-nahl: 98- 100). Selain itu manusia yang lalai dari mengingati Allah, beribadat dan mentaatinya maka, syaitan akan menjadi teman yang akan menyesatkan dan memperdayakannya. (Al-Zuhruf: 36-37). Oleh itu, Umat Islam haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga dan sedar selepas ditimpa kealpaan dan segera bertaubat serta meninggalkan perkara-perkara kemaksiatan. Cabaran seterusnya adalah kristianisasi. Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan perkara baru yang tidak diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golngan yang berjaya disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran kristian dan seterusnya masuk menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan. Golongan pendita dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih. Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat sedikit sebanyak membendung dan memelihara Umat Islam umumnya dari gejala Kristianisasi. Oleh itu, langkah-langkah untuk kita mengatasinya kita haruslah mengukuhkan jentera dan agenda dakwah Islam menentang diayah. Seruan dan diayah mereka sebenarnya adalah seruan ke arah kesesatan dan penyimpangan. Mereka boleh menambahkan pengikut dalam keadaan jentera dakwah Islam lemah dan tertekan. Oleh sebab itu usaha hendaklah digandakan untuk meningkatkan kefahaman Islam dan penghayatan ibadah dan nilai-nilai agama dalam masyarakat agar tidak ada di antara anak-anak orang Islam yang boleh terjerumus dalam kemurtadan dan bertukar agama menjadi pengikut faham kekufuran. Selain dari kejahilan kemiskinan juga antara penyebab mengapa segelintir umat Islam bertukar agama. Oleh itu usaha untuk membenteras kemiskinan dan kefakiran mesti ditingkatkan. Dana-dana membantu orang miskin perlu dimanfaatkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang semakin meningkat hasil dari kaadaan ekonomi yang merudum. Pengaruh budaya Barat dikatakan ikut menyebabkan orang Melayu menukar nama dan masuk agama Kristian, terikut-ikut menjadi pengamal budaya kufr. Pihak yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agama perlu peka dan melonjakkan usaha dakwah agar kekebalan dalaman di kalagan umat Islam dapat menjadi benteng akidah Islam yang ampuh menghadapi serangan Kristian dan Judaism.

Selain itu, terdapat juga cabaran luaran selain daripada cabaran dalaman. Antaranya ialah cabaran Islamophobia iaitu Media massa tempatan dan di luar negara sama ada elektronik atau media cetak mempunyai peranan yang penting dalam penyebaran ilmu. Walau bagaimanapun jika disalahgunakan ianya akan mengakibatkan beberapa kesan negatif seperti perlakuan jenayah, kegoncangan akidah, kehancuran akhakdan mampu memusnahkan nilai-nilai mulia. Ini disebabkan media massa mampu berbicara kepada berjuta-juta orang melalui program dan rancangannya menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dengan apa jua yang dilihat dan dibaca dan media massa ini tidak henti-henti menyiarkan rencana, pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya. Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia. Mereka mencipta musuh dan nama-nama baru tertentu untuk memungkin secara tersirat mereka mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia. Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan. Seterusnya ialah factor Komunis dan Aliran Kebendaan, factor factor ini membiarkan umat Islam dengan hiburan yang melailaikan dan penghayatan akidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx “ Apakah ganti kepada akidah Uluhiyah?” Beliau menjawab: “Gantinya hiburan dan pementasan. Alihkan mereka daripada menghayati akidah Uluhiyah dengan hiburan dan pementasan”. Pendekatan yang digunakan ialah melalui penggunan bahan bacaan seperti novel, majalah, akhbar, karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan, menghina dan memperolokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-mata serta mmenjadikanya sebagai tuhan.

Secara kesimpulannya, sebenarnya banyak sekali ayat al-Qur’an dan hadith Nabi yang mengajar manusia dan orang Islam supaya menghayati dan mencontohi nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat yang buruk dan keji seperti bohong, khianat, menipu, zalim, dengki, tamak, angkuh, suka berkelahi, suka mengumpat, suka mencela dan memfitnah, gila kuasa, gila pangkat dan lain-lain penyakit moral yang dikupas secara mendalam oleh ulamak silam yang terkenal seperti Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu umat Islam perlu memberi perhatian yang lebih mendalam kepada aspek kesucian moral dalam pengajaran, kefahaman dan penghayatan agamanya dan dalam membina keperibadiannya, supaya ia dapat menepati kehendak Allah (SWT. ), iaitu “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia; kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah. ” (Al-Qur’an 3:110). Berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar dan pengaruh budaya bebas yang berkembang dalam negara masa kini, tidak syak lagi bahawa usaha yang berterusan dan komitmen yang ikhlas daripada pihak kerajaan dan rakyat amat diperlukan untuk meningkatkan mutu integriti moral masyarakat Malaysia supaya matlamat negara maju mengikut “acuan kita sendiri” dapat dicapai. Pendekatan Islam Hadhari bertujuan membawa masyarakat Malaysia ke arah itu – suatu model kemajuan dan pembangunan yang holistik, dalam mana terdapat gabungan dan perimbangan yang wajar antara kemajuan kebendaan dan kemajuan moral, agar tercapai “kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di akhirat. ”. Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang pernah menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila kekuatan moral dan rohani yang menunjang integriti dan maruah bangsa dan negara lumpuh, musuh-musuh dari luar pun mengambil kesempatan untuk menyerang dan akhirnya berjaya menakluki negara-negara yang sebelum itu terkenal maju dan kuat. Seorang penyair Arab zaman moden yang termasyhur, Ahmad Shauqi Bey (1868-1932) telah mengingatkan umat Islam tentang kenyataan ini dalam sebuah rangkap syairnya yang bermaksud: “Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh, Jika akhlak mereka sudah lumpuh mereka pun akan lenyap. ”

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mohamad Faizol B. Che Ismail