Khamis, 30 September 2010

Mengingati Mati

Husnul Khatimah adalah cita-cita akhir bagi seorang mukmin, dengan mengharap agar segala yang dikerjakan bernilai ‘amal soleh’ dan diterima di sisi-Nya sebagai hamba yang soleh.

Namun tidak semudah yang kita bayangkan, perjalanan untuk mencapainya penuh cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Kita harus melalui sakaratul maut terlebih dahulu.

Kematian terletak di tangan Allah, jika suah tiba masanya, kita sebagai hamba yang kerdil tidak dapat menundanya walaupun sesaat. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 34 yang bermaksud: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah dating ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkanya. ”

Daripada manusia yang paling intelek sampai yang paling bodoh menyedaribahawa ia akan hadir di hadapan-Nya. Itulah sebabnya dalam salah satu firman-Nya, kematian ini di ibaratkan sesuatu yang harus diyakini. Firman Allah dalam surah A-Hijr, ayat 99 yang bermaksud: “Dan sembahlah TuhamMu sampai datang kepadamu yang diyakini”

Kedatangan ajal tidal mengenal waktu, tempat dan keadaan manusia. Jika ajal telah datang menjemput kita, kita terpaksa menerima. Maka ketika hidup penuh dengan ujian dan cubaan ini menuntut kita agar lebih berhati-hati, di dunia sebagai ladang yang akan kita petik hasilnya di akhirat kelak.

KEWAJIPAN MENGINGATI MATI

Setiap muslim yang sentiasa mendalami wahyu Allah Taala pasti mempunyai keyakinan bahawa setiap insan pasti menghadapi saat kematiannya, mereka tidak ragu bahawa setiap insan akan dihidup dan dibangkitkan semula, mereka akan menghadapi suatu rangkaian hidup yang abadi. Bermula dengan datangnya ajal dan diikuti babak peristiwa alam barzakh, iaitu suatu kehidupan di alam kubur yang penuh dengan berbagai pancaroba, hingga menemui hari kebangkitan di Mahsyar dan alam akhirat, bagi menentukan kesudahan hidup seseorang sama ada akan menjadi ahli syurga atau neraka.

Peristiwa di alam barzakh bagi orang-orang yang beriman dan berbekalkan amal yang soleh dan ketaqwaan yang unggul, akan merasai suatu kerehatan yang damai, sementara menunggu datangnya hari kebangkitan. Tetapi bagi manusia yang ingkar yang sarat dengan beban dosa, maka alam barzakh itu merupakan episod ngeri yang dipenuhi azab sengsara, menjelang suatu kesengsaraan dan azab yang lebih besar akan dirasai ketika di mahsyar kelak.

Oleh kerana iktiqad orang yang beriman meyakini adanya kehidupan selepas mati itu, maka tidak dapat tidak manusia mesti mengetahui hal-hal yang berkait dengannya. Rasulullah telah memberitahu melalui mutiara sabdanya mengenai alam barzakh dan alam akhirat, yang semua itu mesti difahami dan diambil pengertian secara bersungguh-sungguh. Apabila tiba saatnya melalui alam tersebut, maka tidaklah terlalu terkejut dan terpinga-pinga seperti seorang yang terjebak dalam mimpi ngeri.

Terutama di akhir zaman ini semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam barzakh dan seterusnya hari mahsyar. Kerana manusia sedang membangun dunianya, kebanyakan mereka dilalaikan oleh kesenangan, keindahan dan kelazatan dunia yang sementara. Sesungguhnya mereka yang memburu kesenangan duniawi ini bagaikan memburu bayang yang bergerak, sehingga kehabisan umur dan kematian pun tiba. Akhirnya mereka terkejut besar apabila Malaikat maut datang dengan mengejut untuk mencabut nyawanya, kerana tiada sebarang persiapan atau bekalan untuk menghadapi suatu perjalanan yang jauh.

Saiyidian Ali RA. pernah berkata: "Bahawa manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. " Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam lalai atau bagaikan orang yang tertidur lena, dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak.

Berbeza dengan orang yang hatinya sentiasa mengingati mati atau tazkiratul maut, maka kematian itu bagi mereka ibarat sebuah jambatan untuk menuju kepada suatu pertemuan dengan Allah SWT yang sering disebut dan mengingatinya. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim Khalilullah yang didatangi oleh malaikat maut.

"Apakah ana hendak mengambil nyawaku?" tanya Nabi Ibrahim kepada Izrael.

"Benar", jawab malaikat maut.
"Tidakkah anda tahu bahawa aku adalah Khalilullah (kekasih Allah), yang selalu didampingi dan mendampingi-Nya? Adakah menasabah seorang kekasih hendak mengambil nyawa kekasihnya?"

Dengan kata-kata Nabi Ibrahim AS. itu maka malaikat maut kembali semula mengadap Allah SWT, lalu Allah perintah Izrael supaya menemui Nabi Ibrahim dengan membawa pesanan dari Allah. Malaikat maut pun berkata kepada Nabi Ibrahim: "Justeru dengan kematian itu, bererti Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput kekasih-Nya agar datang menemui-Nya. " Dengan penjelasan malaikat maut itu maka Nabi Ibrahim AS. amat gembira menghadapi kematian itu.

Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup, " bertanya Abu Hurairah: "Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?" Jawab Rasulullah: "Zikrul maut" iaitu mengingati akan mati.

Kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar terhadap sifat lalai manusia, lalai dalam solat juga berpunca dari kelazatan dunia, dan manusia yang sedang diuliti oleh kesenangan dan kelazatan dunia pasti tidak ingin didatangi maut, kerana baginya maut adalah noktah kepada kesenangan yang sedang dikecapi di dunia ini.

Kematian menyebabkan dia rugi besar, segala kekayaan dan pangkat kebesaran akan berakhir secara mendadak, isteri atau suami disayangi terpaksa ditinggalkan, kemewahan yang melazatkan hidup akan berpindah milik kepada para waris, orng akan bersenang lenang mendapat harta pusaka tetapi dia kesepian di dalam kubur. Lantaran itu dia tidak ingin mati malah sesetengahnya ada yang benci akan kematian.

Sesungguhnya mencintai kelazatan dunia itu boleh menyebabkan manusia tidak ingat akan kematian, padahal kematian itu pasti datang sama ada dia ingat atau lupa kepadanya, sama ada dia benci atau suka kepada mati. Justeru kematian adalah suatu permulaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup yang tidak akan disudahi dengan kematian.

Oleh kerana kehidupan selepas mati ibarat suatu perjalanan yang jauh yang memakan masa lama. Menyedari hakikat itu pasti insan memerlukan suatu persiapan yang mencukupi dan sempurna, orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menghadapi mati. Bayangkan jika secara tiba-tiba seseorang itu terlantar di padang pasir yang tandus, bila dahaga telah mencekik kerongkongnya lantas diapun terbayang mustahaknya air, tetapi baru dia sedar bahawa sedikitpun dia tidak mempunyai bekalan air itu.

Orang sering bercakap tentang rakan atau sahabat mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi, si pulan telah mati dan si anu telah mati, tetapi sayangnya jarang sekali dia memikirkan bilakah kematian itu akan sampai kepada giliran dirinya. Sebelum mati itu datang, apakah persiapan yang telah dibuat?

MENGINGATI MATI PERKUKUHKAN IMAN

KEMATIAN akan datang tidak mengira siapa atau di mana kita berada. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 78 yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam kota-kota yang tinggi dan kukuh". Dan dalam firman-Nya yang lain dalam surah Al-A'raf ayat 34 bermaksud: "Apabila datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat".

Apabila ajal telah datang maka ketika itu barulah seseorang itu akan merasakan bahawa dia tidak lain hanyalah seorang hamba yang terpaksa akur kepada sunnah alam dan terpaksa bersiap sedia untuk menemui Tuhannya. Di kala itu, barulah manusia merasakan segunung penyesalan dan sedar untung nasibnya yang sebenar.

Oleh sebab itulah, telah menjadi amalan kepada salafussoleh dan ulama terdahulu menjadikan tazkiratul maut atau mengingati mati ini sebagai suatu zikir harian. Rasulullah saw sendiri pernah mengingatkan sahabatnya agar banyak mengingati mati melalui sabdanya yang bermaksud: "Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnahkan kelazatan dunia (mati)".

Sahabat dan ulama adalah contoh dan teladan terbaik sebagai peribadi muslim. Mereka hidup dalam kehidupan yang murni dan sejahtera. Mereka maju dalam bidang keduniaan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak lupa untuk mengingati bahawa mati pasti datang. Ibnu Muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. Beliau berkata: "Andai kata kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu. Andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". Lalu beliau terus menangis.

Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.

Dengan kesedaran ini, manusia pasti akan berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini. Mengingati mati iaitu dengan membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu terlepas peluang melainkan dengan membanyakkan amal ibadat. Bukan setakat itu saja bahkan mengingati mati akan mendorong mereka menjauhi segala macam kemaksiatan dan kemungkaran. Hasilnya kehidupan manusia akan sentiasa di dalam kesejahteraan dan keharmonian.

Oleh kerana itu, adalah selayaknya umat Islam menjadi umat yang hidup dalam aman dan harmoni disebabkan sikap berlumba-lumba melakukan kebajikan dan bebas daripada gejala kemaksiatan dan kemungkaran.

Antara faktor kekuatan yang membuahkan hasil sedemikian adalah adanya sifat mengingati mati di dalam diri setiap individu Islam di dalamnya. Sering memikirkan mengenai untung nasib selepas mati akan menyebabkan seseorang itu amat takut untuk melakukan kemungkaran seperti menerima rasuah, pecah amanah, menabur fitnah, mencuri, berzina dan sebagainya. Mengingatkan akan saat-saat kematian dan seterusnya azab seksa yang bakal diterima nanti, bukan saja dapat menjauhkan seseorang itu daripada melakukan maksiat bahkan ianya tidak akan terlintas langsung di kotak pemikiran mereka.

Oleh kerana itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu cara dalam pendidikan Islam dan manhaj pembentukan peribadi. Tidak dinafikan juga bahawa mengingati mati atau inginkan syahid menjadi rahsia kekuatan umat Islam dalam meluaskan empayar Islam sehingga menguasai lebih sepertiga daripada muka bumi ini.

Oleh yang demikian, mengingati mati bukanlah alasan membawa kepada kemunduran dan ketinggalan di dalam segenap bidang di dunia ini bahkan ianya menjadi pendorong dan titik tolak kepada kemajuan dan kecemerlangan umat Islam di muka bumi. Sekiranya manusia tidak pernah memikirkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi nescaya mereka akan terus memburu dunia dengan apa cara sekalipun tanpa mempedulikan sebarang batasan dan undang-undang. Akhirnya kehidupan manusia itu sendiri akan hancur dan porak peranda.

Bagi mengetakkan perkara ini daripada berlaku maka Islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut ini sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.

KELEBIHAN MENGINGATI MATI

1) Akan segera bertaubat kepada Allah

2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya

3) Akan rajin mengerjakan ibadah.

Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia lupa dari mengingati mati.

1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah

2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya

3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

MAKRUH MENGHARAPKAN MATI

Sebahagian ulama dan pendukung As-Syafie menghukumkan makruh sekiranya mengharapkan kematian kerana bahaya yang menimpanya. Namun, harus mengharapkan mati kerana risau terhadap agama, kerosakan zaman telah merebak dan seumpamanya.

Maksud sabda baginda saw :
“Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah : Ya Allah Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku”

TANDA-TANDA SEBELUM MATI
Tanda 100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

KESIMPULAN / PENUTUP
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )

Sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari manusia. Kematian tidak mengenal sesiapa. Apabila sampai ajal yang ditetapkan oleh Allah, maka tiada yang boleh menolaknya.
Para ulama mengibaratkan nyawa ini seperti daun pokok yang rendang. Daun-daun ini akan gugur apabila tiba masanya; tidak kira hijau atau kuning, tua atau muda. Adakah kita telah bersedia untuk menemui masa-masa tersebut ?
Menjadi kewajiban manusia mengambil peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut. Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Razia Hanim Binti Hussain

Panduan Dan Kelebihan Qiamullail

Muqadimmah
Islam ialah satu rahmat Allah Taala yang dikurniakan kepada umat ini. Rahmat yang di maksudkan seiring dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW sabagai rasul akhir zaman. Oleh itu, kita sebagai umat Islam wajib bersyukur kepada Allah kerana kita terpilih menjadi umat Islam yang penuh dengan kerahmatan dan kemuliaan ini.
Allah telah memberi nikmat nyawa, kesihatan, pancaindera dan nikmat anggota tubuh badan yang lain. Namun begitu, ramai di kalangan manusia tidak mengetahui apakah matlamat mereka diciptakan oleh Allah.
Dalam al-quran telah jelas dinyatakan tujuan Allah menjadikan manusia ialah untuk beribadah. Dunia tidak boleh dijadikan matlamat utama kerana ia adalah sementara dan hanya pinjaman dari Allah.
Golongan yang sedar daripada kalangan penduduk dunia ialah hamba Allah yang sebenar-benarnya, dan orang berakal daripada kalangan mereka ialah orang yang zuhud
Ibadat yang menjadi matlamat kepada mempunyai skop yang amat luas. Objektif utama ibadat ialah membersihkan jiwa dengan memandunya kearah mencintai Allah.
Ibadat qiamullail ialah ibadat yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu mungkin masih ramai yang belum mengetahui secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan qiamullail, dan bilakah kita boleh berqiamullail.


Qiamullail
Definisi qiamullail
// Perkataan qiamullail sebenarnya gabungan 2 perkataan iaitu qiam dan al-lail.
// Qiam bermaksud bangun atau berlawanan dengan duduk
// Al-lail bermaksud malam
// Waktu qiamullail bermula bermula selepas tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar sadik.
// Qiamullail dari segi bahasa ialah bangun pada waktu malam.
// Menurut istilah fuqaha qiamullail ialah mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadat solat atau selainnya dan tidak disyaratkan menghabiskan sepanjang malam.

Hukum dan pensyariatan qiamullail
- Islam peruntukkan kepada penganutnya beberapa kategori hukum seperti wajib dan sunat.
- Wajib bermaksud setiap amalan yang diberi pahala kepada pelakunya dan dikenakan dosa keatas mereka yang meninggalkannya.
- Sunat pula bermaksud setiap amalan yang diberi pahala kepada pelakunya tetapi tidak dikenakan dosa keatas mereka jika tidak melakukannya
- Para fuqaha sama ada mazhab syafi’I, hanafi, maliki, dan hanbali bersepakat mengatakan bahawa ibadat qiamullail ini disyariatkan.
- Ibadat qiamullail disyariatkan dalam Islam berdasarkan kepada al-quran dan juga hadis-hadis Rasulullah.

Kelebihan Qiamullail
// Qiamullail adalah sunat muakkad yang sangat dituntut.
// Banyak dalil-dalil yang menunjukkan kelebihannya sama ada daripada hadis sama ada dalam al-sahihain dan selainnya yang menyebut tentang qiamullail
// Antara kelebihan qiamullail ialah seperti:
1. Perintah Allah kepada Nabi SAW
2. Perintah ini sekalipun khusus kepada Nabi SAW namun sekalian umat Islam termasuk dalam perintah tersebut kerana mereka dituntut mengikut Nabi SAW
3. Al-Muhsinun golongan yang berhak mendapat kebaikan dan rahmatNya
4. Al-Abrar (baik-baik) golongan orang yang mendapatpujian dan sanjungan daripada Allah
5. Allah Taala menafikan persamaan antara mereka yang qiamullail dan mereka yang tidak melakukan qiamullail
6. Allah Taala menyasikan bahawa mereka yang berqiamullail adalah golongan yang beriman dengan ayat-ayat Allah Taala
7. Sebab seseorang itu dimasukkan Allah ke dalam syurga
8. Ibadat yang sentiasa dilakukan oleh para al-Solihin
9. Qiamullail merupakan kemuliaan kepada orang Mukmin





Faktor – faktor yang membantu seseorang untuk berqiamullail
- Allah SWT memuji orang-orang yang beriman yang mengerjakan sunat qiamullail di mana mereka menjadikan waktu malam sebagai jambatan untuk memasuki syurga Allah.
- Oleh kerana qiamullail suatu ibadat yang dipuji Allah, seseorang yang ingin mencapainya perlu berusaha gigih.
- Terdapat beberapa faktor yang membantu seseorang untuk melatih dirinya melakukan qiamullail.
- Para ulama telah menggariskan beberapa factor yang boleh membantu kita untuk bangun qiamullail antaranya ialah:

// Ikhlas kepada Allah SWT
Allah Taala memerintah hamba-hambaNya supaya ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan.
Justeru, setiap kali keikhlasan seseorang itu bertambah kuat ia akan diberi taufik untuk menunaikan ketaatan dan ibadat taqarrub kepada Allah.
// Seseorang yang ingin melakukan qiamullail perlu melahirkan rasa dalam dirinya bahawa Allah SWT menyeru hamba-hambaNya berqiamullail.
Apabila seseorang itu dapat merasakan bahwa Allah menyeru supaya ia mengerjakan qiamullail sedangkan Allah sebenarnya tidak berhajat kepada ketaatan sekalian manusia, maka inin akan menggalakkan seseorang itu untuk menyahut seruanNya.


// Mengetahui kelebihan qiamullail
Barang siapa yang mengetahui kelebihan dan fadilat ibadat ini nescaya akan bertambah hasrat dan keinginan untuk bermunajat kepada Allah.
Melihat sejarah dan kisah pada al-salaf al-soleh yang terdahulu tentang ibadat qiamullail mereka serta komitmen mereka dengannya.
// Tidur mengikut sunah Rasullulah SAW iaitu di atas lambung kanan.
Cara tidur mengikut sunah
1. Di atas lambung kanan
2. Lengan kanan di bawah pipi kanan
3. Menghadap kiblat
// Tidur dalam keadaan suci
Antara sunah Rasulullah SAW ialah tidur dalam keadaan bersuci yakni berwuduk.
// Tidur awal
Antara wasiat dan nasihat Nabi SAW ialah tidur awal selepas waktu Isyak. Ia merupakan satu amalan terpuji dan adat menjaga kesihatan yang baik.
Selain itu, perkara yang berkaitan degan tidur ini ialah seseorang hendaklah memilih temapt tidur yang sesuai. Maksudnya tidak melampau dalam mencari tempat tidur seperti tilam yang lembut dan empuk. Ini akan menyebabkan kita berasa malas dan susah untuk bangun. Oleh itu kita akan lalai dalam mengerjakan sunat qiamullail.



// Beramal dengan zikir-zikir yang disyariatkan sebelum tidur.
Zikir-zikir merupakan benteng dan pendinding kepada setiap Muslim dengan izin Allah daripada segala gangguan jin dan syaitan. Ia turut membantu untuk qiamullail pada malam tersebut.
// Mengamalkan tidur qailullah pada waktu siang
Qailullah ialah tidur sekejap sama ada tidur sebelum Zuhur atau selepasnya.
// Menjauhi banyak makan dan minum
Sesungguhnya memperbanyakkan makan dan minum adalah antara halangan besar yang menjauhkan seseorang itu daripada qiamullail.
// Mujahadah nafsu (melawan nafsu) untuk qiamullail.
Ini adalah antara factor yang besar mendorong kita melakukan qiamullail. Ini kerana nafsu manusia secara semula jadi adalah nafsu ammrah bi-al-su’(menyuruh kepada kejahatan). Nafsu yang cenderung kepada kejahatan dan mungkar.
// Menjauhi dosa dan maksiat
Apabila seseorang Muslim ingin mencapai kemuliaan bermunajat kepada Allat Taala dan menyepikan diri dengan berikir kapdaNya ketika kegelapan malam maka dia hendaklah menjauhi perbuatan dosa.
// Menghisab dan mencela diri kerana meninggalkan qiamullail.
Antara syiar atau lambang orang-orang soleh ialah sikap menghisab atau menghitung diri sendiri.



Perkara –perkara penting yang perlu tahu tentang qiamullail
1. Sunat qailullah
Iaitu tidur sekejap atau rehat pada waktu tengahari sebelum matahri tergelincir. Tujuan qailullah adalah untuk member kekuatan ketika bangun dan berjaga pada waktu malam.
2. Berniat ketika hendak tidur
Sunat berniat untuk bangun qiamullail pada malam itu ketika hendak tidur agar kita mendapat ganjaran niat tersebut.
3. Membaca doa sebelum tidur
Sebelum tidur pada malam tersebut, suant membaca doa atau zikir. Bahkan sunat pada setiap malam kita membaca doa tidur.
4. Sunat bersiwak dan memandang ke langit apabila bangun tidur.
Sunat bagi setiap orang yang berjaga pada waktu malam menyapu mukanya seterusnya ia bersiwak dan memandang langit.
5. Kejutkan ahli keluarga
Sunat bagi orang yang bangun untuk qiamullail pada malam itu mengejutkan ister dan ahli keluarganya untuk turut serta berqiamullail.
6. Sunat memulakan qiam dengan dua rakaat yang ringkas
Sunat bagi setiap orang yang ingin qiamullail membuka solat malamnya dengan 2 rakaat yang ringan kemudian barulah dia solat mengikut apa yang ia inginkan.
7. Sunat memberi salam tiap 2 rakaat
Sunat member salam tiap 2 rakaat.
8. Lamakan qiam daripada sujud atau rukuk.

Ibadat – ibadat yang boleh dilakukan dalam qiamullail
Ketika berqiamullail, terdapat solat-solat sunat dan amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan. Sebagaimana yang telah dijelaskan, ibadat yang dilakukan hendaklah mengikut kadar kemampuan masing-masing. Allah Taala suka amalan yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit. Antara amalan itu adalah:
// Solat tahajjud
// Solat Tasbih
// Solat taubat
// Solat istikharah
// Solat hajat
// Solat witir

Waktu afdal untuk qiamullail
// Qiamullail boleh dilakukan selepas solat Isya’ samada di dahului dengan tidur atau tidak.
// Qiamullail selepas tidur lebih afdal dilakukan walaupun sekejap.
// Dalam mazhab Maliki, sebaik-baik waktu qiamullail ialah sepertiga malam terakhir untuk orang yang pada kebiasaannya akan terjaga daripada tidurnya pada akhir malam.
// Jika kebiasaannya tidak akan terjaga pada waktu akhir malam, maka sebaiknya dia melakukan qiamullail pada waktu malam.

Bilangan Rakaat Solat ketika Qiamullail
// Sesungguhnya Islam merupakan agama yang sangat terindah dan mudah. Islam tidak menyuruh umatnya melakukan ibadat sehingga menyebabkan mereka jatuh sakit atau demam.
// Allah tidak menwajibkan solat sehingga beratus-ratus rakaat.
// Bagi mereka yang mampu melakukan solat hanya dua rakaat pada satu malam, itu sudah memadai mengikut kadar kemampuan.
// Apa yang penting dalam Islam ialah ibadah hendaklah dilakukan dengan penuh konsisten dan istiqamah.
// Terdapat tiga pendapat tentang kadar rakaat oleh beberapa ulama:
- Pendapat pertama : kadar rakaat yang paling banyak ialah lapan rakaat. (pendapat mazhab Hanafi)
- Pendapat kedua : rakaat yang paling banyak ialah sepuluh atau dua belas rakaat. (pendapat ini dipelopori oleh mazhab Maliki dan Hanbali)
- Pendapat ketiga : tiada had bilangan bagi solat qiamullail. (pendapat mazhab Syafi’i)

Kesimpulan
Qiamullail dijamin syurga
// Qiamullail termasuklah dalam salah satu cirri kelebihan orang yang soleh, yang dijamin masuk syurga. Mereka hampir tidak pernah meninggalkannya, termasuk ketika jihad dan dalam perjalanan. Mereka sedar bahawa qiamullail mempunyai kelebihan dan pahala yang besar.
// Allah bangga terhadap hambaNya yang solat malam di hadapan para malaikat.
Pintu-pintu laingit dibuka lebar bagi hamba yang bermunajat dalam keheningan malam.

Rujukan
// Indahnya Saat Bersama-MU –Panduan Praktikal Qiamullail (Nik Abd. Rahim Nik Abd. Ghani Zahazan Mohamed)

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nurul Huda Binti Ramli

Ramadhan Dan Kepentingannya

Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh setiap umat Islam kerana ia menyimpan jutaan pahala dan keberkatan yang tidak ada pada bulan lain.

Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasullallah SAW. bersabda yang bermaksud :

“Sudah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu semua berpuasa dalam bulan itu. Pada Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan di kunci semua pintu-pintu neraka. Pada bulan itu syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang diharamkan kebajikannya, bererti di haramkan segala rupa kebajikan. (Riwayat Ahmad, al-Nasa’i dan al-Baihaqi)

Antara persediaan yang dituntut menjelang Ramadhan ialah : ?Mengulangkaji setiap perkara berkaitan puasa seperti hokum bepuasa, adab berpuasa dan hikmahnya agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

-Memperbanyakan doa agar ditambahkan kekuatan, kelapangan, dan kesempatan dan keikhlasan untuk menempuh Ramadhan.
-Mencegah diri daripada melakukan pembaziran seperti berbelanja lebih ketika berbuka.
-Kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keazaman untuk melipatgandakan amalan.
-Mengetegahkan rasa senang dan gembira menyambut Ramadhan.

Ini adalah amalan menjelang Ramadhan dan sentiasa dilakukan Rasullallah SAW. serta sahabat ketika menyambut kedatangannya.

Kita sebagai umat Islam yang betul-betul patuh kepada ajaran Islam hendaklah melakukan ibadat puasa ini dengan bersungguh-sungguh agar amaln puasa kita selama sebulan di terima oleh Allah SWT.

Pengertian Puasa
Maksud puasa boleh di kategorikan kepada dua iaitu :
i. Mengikut Bahasa: Menahan diri atau menguasainya.
ii. Mengikut Syara’: Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan syarat-syarat yang tertentu.
Umumnya puasa terbahagi kepaada dua :
i. Puasa wajib iaitu puasa pada bulan Ramadhan serta pusa qada’, puasa kirafat dan puasa nazar.
ii. Puasa sunat seperti: puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam(dibulan Syawal), puasa pada hari Arafah, hari ‘Asyura, hari-hari putih iaitu hari yang ke 13, 14, dan 15 tiap-tiap bulan, hari Mi’raj dan puasa satu hari dalam bulan Muharam, Rejab, Zulqa’idah, Zulhijjah dan Sya’ban.

Waktu yang diharamkan puasa adalah pada hari pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha serta tiga hari sesudah Aidil Adha (hari Tasyrik) iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Ibadah puasa wajib ditunaikan setahun sekali, iaitu pada bulan Ramadhan. Ini berdasarkan firman Allah SWT. yang mafhumya : “wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah ayat 183)

KATEGORI PUASA
Puasa terbahagi kepada tiga kategori:

Puasa umum
i-Darjat puasa seseorang yang menahan perut dan farajnya dari mengecapi kesyahwatan, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa peringkat ini merupakan puasa yang paling banyak sekali dikerjakan orang dengan menyangka bahawa mereka telah berjaya mengerjakan ibadah puasa. Rasullallah SAW. pernah mengingatkan akan keadaan sekian ramai orang yang berpuasa tetapi mereka tidak memperolehi sesuatu dari puasanya, selain daripada lapar dan dahaga. Sabda baginda yang mafhumnya : “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Majah)

ii-Puasa khusus
Puasa ini lebih tinggi darjatnya. Puasa ini merupakan puasa anggota lahirdari sebarang dosa seperti menahan pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang tidak member faedah, menjaga penglihatan daripada melihat benda-benda yang dilarang oleh agama dan menjaga lidah daripada bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak berfaedah. Selain dar itu tidak melakukan maksiat, tidak meludah-ludah, tidak makan dan minum berlebihan, tidak boros berbelanja dan tidak banyak tidur di siang hari.

iii-Puasa khusul khusus
Bermaksud berpuasa dengan menyertakan semua perbuatan yang tersebut diatas tadi dan disertai dengan berpuasanya daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Dengan yang demikian akan bersihlah seseorang itu daripada apa sahaja yang tidak sesuai dengan iman dan keikhlasan.

RUKUN DAN SYARAT PUASA

Rukun puasa
i. Niat pada malam hari (sebaik-baiknya waktu untuk berniat ialah di akhir malam);. Orang yang tidak berniat puasa Ramadhan pada malam hari semelum terbit fajar, tidak dikira puasa pada siang hari itu. Hanya puasa sunat sahaja yang dibolehkan berniat selepas fajar terbit.
Maksud niat puasa:”sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
ii. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan pusa mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Syarat Puasa:
1. Syarat Wajib Puasa
Untuk mengerjakan ibadah puasa, sesudah diketahui rukun puasa, perlu juga diketahui syarat-syarat wajibnya iaitu:
i. Beragama islam;
ii. Berakal. Orang yang gila tidak wajib berpuasa;
iii. Baligh(cukup umur). Biasanya 15 bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan;
Sabda Rasullallah. SWT yang mafhumnya : “Tiga orang yang terlepas daripada hukum:

=Orang yang tertidur sehingga ia bangun;
=Orang gila sampai ia sembuh;
=Kanak-kanak, sampai ia baligh. ” (Riwayat Abu Daud dan al-Nasai’)

iv. Berdaya(berkuasa) mengerjakan puasa. Orang yang tidakberdaya kerana sudah tua tau sakit, tidaklah wajib keatasnya berpusa;
v. Menetap di suatu tempat atau bermukim.

2. Syarat Sah Puasa
i. Syarat-syarat sah puasa adalah seperti berikut:
ii. Beragama islam. Orang bukan Islam tidak sah puasa.
iii. Mumayyiz atau berakal – orang yang dapat memebezakan yang baik dengan yang tidak baik.
iv. Suci daripada haid, nifas dan wiladah. Orang yang dalam keadaan haid, nifas dan wiladah, tidak sah puasanya tetapi kaduanya wajib megqada’(membayar) puasa yang tertinggal secukupnya; “Diriwayatkan dari ‘Aisyah katanya: “Kami disuruh oleh Rasullallah SAW. mengqada’ puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada’ sembahyang. ” (Riwayat al- Bukhari)

v. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa padanya. Haram berpusa pada dua hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari-hari tasyrik.


KEPENTINGAN PUASA
Puasa didik diri bijak urus masa
PUASA mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang dijangka mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan hasil lebih lumayan pada akhirat kelak.

Permulaan puasa fardu setahun sekali pada Ramadan menandakan betapa pentingnya untuk setiap manusia menghargai nilai masa yang dianugerahkan Allah berjumlah 365 hari.

Solat melambangkan proses penyusunan jadual kerja wajib lima kali sehari, puasa pula suatu proses perjadualan perjalanan hidup manusia setahun sekali.

Allah berfirman bermaksud: ”Maka sesiapa yang menyaksikan bulan itu (Ramadan), hendaklah dia berpuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Berdasarkan perjadualan ini, setiap manusia sepatutnya mendisiplin diri dengan mengadakan kegiatan tahunan utama yang dapat memantapkan lagi visi dan misi sesuatu pengurusan.
Kewajipan berpuasa pada Ramadan juga menandakan kepentingan manusia merancang kegiatan tahunan yang tidak terlalu lewat hingga penghujung tahun.
Ramadan bulan kelima akhir mengikut kalendar hijrah. Perancangan kerja awal dapat menghindarkan kemungkinan pelbagai masalah dan kerumitan memerlukan penyelesaian jangka masa panjang.

Puasa mempunyai waktu khusus untuk melakukannya. Puasa yang dilakukan tidak pada waktunya akan terbatal. Ketepatan ini meliputi masa mengikut bulan dan hari.

Menepati janji dan masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.

Organisasi yang tidak menghargai dan menghormati ketepatan masa pasti tidak cemerlang.

Inilah pentingnya pengurusan masa kerana ia adalah aset dan bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian.

Kepentingan masa dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran seperti firman-Nya bermaksud: ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. ” (Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3)

Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia memotong kamu. ”

Puasa adalah ibadat yang difardukan oleh Allah kepada umat Islam. Ia mempunyai kesan positif dalam mewarnai nilai kemanusiaan yang lebih baik.

Kaitan ibadat puasa dengan pengurusan masa adalah sebahagian panduan penting untuk seseorang manusia membimbing organisasi dirinya dan masyarakat.

Islam sentiasa mengajak umat manusia menjadikan perkara duniawi saling berkaitan dengan ukhrawi, tidak ada pemisahan antara kedua-duanya.

Puasa Meningkatkan Etos Kerja

Puasa sebagaimana dimaksudkan di atas, sepintas kilas dan secara kasat mata akan menyebabkan seseorang mengalami kelelahan fisik sebagai akibat dari tidak makan dan tidak minum sepanjang hari, namun kenyataan mencatat bahwa sesungguhnya orang yang berpuasa akan mendapatkan kondisi fisik dan kesehatan yang prima sebab puasa memberikan peluang kepada perut untuk beristirahat mencerna makanan yang selama ini tidak pernah berhenti. Dengan puasa makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut akan teratur dan mesin perutpun akan mendapatkan waktu istirahat yang memadai mencerna makanan. Kenyataan ini sejalan dengan hadits Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan, "Puasalah agar kamu sihat".

Hal ini tercermin dari Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan kampung akhirat dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari kenikmatan duniawi. Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (Q. S. Al-Qashash : 77).

Senada dengan Firman Allah SWT tersebut, adalah Hadits yang disampaikan oleh Rasulullah SAW : "Bekerjalah untuk kepentingan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu mati esok pagi".

Kenyataan lain juga menunjukkan bahwa sukses-sukses besar yang diperoleh ummat Islam pada masa Nabi Muhammad SAW adalah diperoleh pada bulan Ramadhan di saat ummat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa Ramadhan seperti kemenangan ummat Islam atas kaum kuffar Quraisy dalam peperangan Badar yang terkenal dahsyat dan tidak berimbang itu. Sekalipun ummat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa ramadhan, namun justru puasa ramadhan itulah yang memberikan dorongan, motivasi dan etos kerja Islami kepada ummat Islam untuk memperoleh kemenangan.

Dari kenyataan tersebut dapat disimpulkan bahwa sesungguhnya puasa sekalipun secara kasat mata akan melemahkan fisik, namun secara hakiki justru kondisi puasa ramadhan itu akan memberikan dorongan tersendiri untuk meraih hasil yang terbaik dan mengalahkan musuh yang paling besar yang terdapat dalam diri manusia yaitu hawa nafsu. Oleh karena itulah maka sangat tepat apa yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika bersama dengan sahabat-sahabatNya pulang dari perang Badar dengan kemenangan yang gilang gemilang, beliau bersabda,

"Anda semua pulang dari peperangan kecil menuju peperangan besar". Para sahabat bertanya, "Peperangan apa lagi itu ya Rasulullah". Nabi menjawab, "Peperangan melawan HawaNafsu ".
Hadits Nabi ini memberikan penjelasan kepada kita bahwa sesungguhnya musuh utama yang paling besar dan abadi sesungguhnya ada pada diri kita masing-masing yaitu hawa nafsu. Melawan hawa nafsu ini, yang paling utama untuk mengalahkannya adalah dengan berpuasa. Oleh karena itulah maka puasa ramadhan diwajibkan oleh Allah SWT kepada kita, bukanlah untuk mengendorkan semangat, tetapi sebalik-nya untuk mendatangkan semangat baru dan motivasi baru untuk meningkatkan kinerja sebagai aparatur pemerintah.

Dengan demikian maka tidak ada alasan bagi setiap pegawai negeri sipil maupun ABRI untuk meninggalkan ibadah puasa ramadhan dengan alasan berpuasa, sebab ibadah puasa ramadhan itu sendiri justru untuk meningkatkan kinerjanya sebagai realisasi dari fungsi dan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Mudah-mudahan Ibadah Puasa Ramadhan yang akan kita laksanakan ini, selain meningkatkan spritualitas kita, juga dapat meningkatkan kepedulian sosial dan kualitas kinerja kita sebagai aparatur pemerintah yang berkewajiban memberikan pelayanan prima kepada masyarakat.

PUASA BERI KEKUATAN DALAMAN

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahawa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku. ''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah SWT. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa. , Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat di simpulkan bahawa ramadhan yang merupakan ibadah wajib umat Islam mempunyai banyak kepentingan yang diperolehi oleh semu umat Islam yang patut dilaksanakan oleh umat manusia yang begelar muslimin atau muslimat di muka bumi ini. Antara kepentingan puasa ialah puasa mengajar kita bersabar. Ini kerana, melalui puasa kita melatih diri agar menyabarkan diri daripada makan atau minum disiang hari. Selain itu, puasa dapat melahirhan perasaan insaf dan berperikemanusiaan sebagai seorang hamba Allah SWT. Melalui puasa ini juga seseorang itu mampumenjauhkan maksiat zahir dan batin. Melalui puasa inilah manusia mampu mencegah dirinya daripada benda yang terkutuk yng membawa seseorang itu ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Oleh itu umat islam wajib untuk perpuasa dibulan ramadhan, pada bulan ramadhan memepunyai banyak rahmat yang di berikan oleh Allah yang pelu direbut oleh semua umat islam. Marilah kita sama-sama menurut perintah Allah agar hidup kita sentiasa dirahmati oleh Allah. Insyaallah.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Faiz Rizhan Bin Mamat

Kelebihan Malam Dan Hari Jumaat Serta Amalannya.

PENDAHULUAN
Nabi Musa as. serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa as. Pula hari Ahad, Nabi Ibrahim as. hari Isnin, Nabi Zakaria as. hari Selasa, Nabi Yahya as hari Rabu dan Nabi Adam as hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW. dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah. Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya Nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana baginda wafat. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap ilahi.

AMALAN-AMALAN MALAM JUMAAT.

1) Membaca Surah Al-Kahfi.

Sesiapa yg membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, Allah akan mengampunkan dosanya
dari Jumaat ke Jumaat(ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat). Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Dari Abu Said Al-Khudri ra. dari Nabi SAW. bahawa Baginda bersabda : Siapa yang mem baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginyadengan antara dua Jumaat. ”

2) Membaca Surah Yaasin.

Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan. ”

Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad SAW. telah menyebutkan dalam hadisnya:
“Dari Anas ra. Ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati al-Quran adalah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis
baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali. ”

3) Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang

beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi). ”

Dari Abdullah bin Mas’ud ra. Bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(member rahmat) kepadanya

sepuluh kali kerana selawatnya itu. ”

4) Solat malam Jumaat.

Mendirikan Solat malam Jumaat adalah antara Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat. Tiap dua

rakaat dengan satu salam.

Lafaz niat

“Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala. ”

Rakaat pertama selepas doa iftitah, baca al-Fatihah dan kemudian baca surah

al-ikhlas sebanyak 11 kali.

Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.

Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.

5) Berjimak.

Malam Jumaat merupakan salah satu malam yang disunatkan melakukan jimak. Berjimak

dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh

Islam. Ini adalah di antara kurnia Allah kepada hambanNya yang senantiasa mengamalkan

yangdiperintah dan meniggalkan yang dilarang.

6) Qiyamullail(Solat Malam)

a) Erti Qiyamullai – Bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

b) Diterangkan dalam sebuah hadis yang berasal dari Aisyah ra. Ia berkata, bahawa Rasulullah

SAW melakukan solat antara solat isyak dan solat fajar sebanyak 11 rakaat, yang setiap rakaat

diakhiri dengan salam, kemudian solat witir pada satu rakaat terakhir.

Antara solat-solat sunat yang dilakukan ialah solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat

sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir.

AMALAN-AMALAN SUBUH DI HARI JUMAAT.


1) Doa sebelum solat subuh.

Sebelum solat subuh membaca doa (3 kali) ini yang bermaksud:

“Aku memohon keampunan Allah, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup lagi yang Berdiri dengan

Sendirinya, aku bertaubat kepadaNya. ”

2) Membaca surah As-Sajadah.

3) Membaca surah Al-insan.

Kedua-dua ayat ini dibaca dalam solat subuh.

4) Memperbanyak zikir kepada Allah SWT.

Setelah mengerjakan solat jumaat, perlulah memperbanyakkan mengingati Allah dengan

berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT.

5) Selawat terhadap Rasulullah SAW.

Selawat menghapuskan dosa 80 tahun.

Selawat mengangkat darjat dan kebaikan.

Selawat mohon hajat dunia dan akhirat.

Selawat mohon Husnul Khatimah.

Selawat murah rezeki dan menghindari bahaya.

Selawat agar mendapat ampunan Allah.

6) Memperbanyak doa.

Hari Jumaat adalah hari dan masa yang paling mustajab kerana Allah akan memakbulkan

doa –doa hambaNya.

Antara doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. agar kita mengamalkannya ialah:

Doa kebaikan dunia dan akhirat.

Doa mendapat kenikmatan (syurga) Ilahi.

Doa menjauhi gangguan syaitan.

Doa agar diampunkan dosa.

Doa agar terhindar perkara buruk.

Mohon rahmat dan ampunan Allah.

Doa terhindar daripada segala bencana.

Doa meluruskan hati.

Mohon ampunan lahir dan batin.

Mohon perlindungan daripada kemarahan Allah.





AMALAN – AMALAN PADA SIANG HARI JUMAAT.

BEBERAPA AMALAN SEBELUM SOLAT JUMAAT.

1) Solat Sunat Dhuha.

Iaitu solat ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8. 00 pagi hingga 11 pagi. Jumlah rakaat

tidak terbatas dari 2 – 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.

2) Mandi sebelum pergi solat Jumaat.

Dalam sebuah hadis diterangkan dari Ibnu Umar ra. Bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda :

“Siapa di antara kamu yang datang ke Jumaat maka hendaklah ia mandi. ”

Permulaan waktu mandi ialah mulai dari terbit fajar sadik di hari Jumaat hingga masuk waktu

sembahyang Jumaat. Yang lebih utama ialah mandi ketika hendak berangkat ke Jumaat.

Tujuannya ialah untuk menghalang bau yang tidak sedap melekat di badan.

3) Memakai wangi-wangian.

Rasulullah sangat suka dengan wangi-wangian. Baginda tidak pernah menolak hadiah yang

diberikan seseorang dalam bentuk minyak wangi ini.

Rasululllah bersifat zuhud, tawaduk serta mengutamakan orang lain, baginda gemar kepada

kebersihan badan dan pakaian.

Rasulullah SAW. memotong kukunya, menggunting rambutnya pada hari Jumaat sebelum

berangkat ke masjid untuk solat.

4) Bersegera ke Jumaat.


Pergi ke Jumaat dengan segera itu besar sekali pahalanya daripada berlengah – lengah.

Jika Imam telah naik ke mimbar, maka sekalian malaikat yang menjaga di pintu – pintu masjid

yang menuliskan nama – nama orang yang masuk itu, akan melipat buku catatannya.



5) Mengerat kuku dan mencukur misai.

6) Berdoa ketika pergi ke masjid.

7) Berjalan kaki dan langkah yang tidak terburu – buru.

8) Berdoa ketika masuk ke masjid pada hari Jumaat.

9) Janganmelangkah tengkuk orang lain.


Jangan melangkahi tengkuk orang – orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang di

hadapan.

Dari Abdullah bin Basr ra. Berkata:

“Pernah datang seorang lelaki dengan melangkahi tengkuk orang lain di hari Jumaat, sedang

Nabi SAW. berkhutbah, maka baginda berseru kepadanya : Duduklah engkau, maka

sesungguhnya engkau telah menyakiti orang. ”

Banyak berzikir dan berdoa.


BEBERAPA AMALAN SELEPAS SOLAT JUMAAT.


1) Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

2) Membaca Surah Al – Falaq sebanyak 7 kali.

3) Membaca Surah An-Nas sebanyak 7 kali.

4) Membaca doa mendapat keutamaan.

5) Solat sunat Ba’diah Jumaat (selesai solat Jumaat).

6) Mencari rezeki.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebarlah kamu di muka bumi ; dan carilah

kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak – banyak supaya kamu beruntung. ”

(Al – Jumu’ah : 10)

HIKMAH HARI JUMAAT.

1) Hari yang paling utama.

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata.

Rasullullah SAW. bersabda :

“Sesungguhnya yang utama dari hari – harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi

Adam as, dan dihari itu juga ia meninggal, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala,

dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakkanlah membaca selawat

kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah,

bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rosak dan habis. Nabi SAW.

bersabda :”Dapat kamu katakana aku akan rosak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan

atas bumi untuk memakan jasad para Nabi – nabi.


2) Masa yang mustajab untuk berdoa.

Dari Abdullah bin Yazid dan Abu Lubabbah bin abdil Munzir, Rasulullah SAW. bersabda :

“Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari Hari Aidilfitri dan AidilAdha dan di

dalamnya ada 5 kelebihan:

Pada hari itu Allah menjadikan Adam as.

Pada hari itu Allah menurunkan Adam as ke bumi.

Pada hari itu meninggalnya Nabi Adam as.

Pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan

Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram
.
Pada hari itu akan berlakunya Kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrah di langit

atau di bumi melainkan merasa khuatir(sayang) dari hari Jumaat. ”

3) Hari Penambahan kurnia.

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa hari Jumaat merupakan hari tambahan kurnia dari

Allah SWT untuk para hambanya.

4) Hari penuh keampunan dan barakah.

Dalam buku “Duratun Nashihin” oleh Usman Asy Syakir Al – Khaubawiyyi diceritakan bahawa

Allah SWT telah menciptakan sebuah menara dari perak putih di samping Baitul makmur.

Panjang menara perak itu sejauh perjalanan lima ratus tahun. Pada hari Jumaat jibril akan naik

ke ata menara tersebut lalu menyerukan azan.

5) Hari untuk umat Muhammad SAW.

Hari Jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW. penghulu sekelian hari yang mengandungi

ketinggian.

Dari Abu Lababah bin Abdul Munzir ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW. :

“Sesungguhnya hari Jumaat itu ialah kepala sekalian hari, dan hari yang terbesar di sisi Allah

lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri. ”
(HR Ibnu Majah dan Baihaqi)

6) Terpelihara dari fitnah kubur.

Orang –orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah

kubur.

7) Baik untuk melangsungkan pernikahan.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW. ditanya orang tentang

hari Jumaat. Maka baginda menjawab : Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan.

Sebahagian ulama mengatakan telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para

aulia’ pada hari Jumaat iaitu :


Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa.

Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.

Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa.

Pernikahan antara Nabi Muhammmad SAW. dengan Siti Khadijah.

Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Noor Suhailah Bt Shuhaimi

Halal dan haram

Sesusatu benda itu atau perbuatan tidak terlepas dari lima perkara, iaitu halal, haram, syubhat, makruh dan mubah. Kepada barang yang halal secara mutlaknya kita disuruh oleh Allah untuk memakannya; manakala terhadap yang haram kita disuruh supaya menjauhinya. Ini kerana makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat terkabulnya doa dan makanan yang haram dapat menggelapkan hari serta terdindingnya doa kita. Allah Ta’ala berfirman “ Wahai sekalian manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di muka bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”. (Surah Al-Baqarah:168)

Dalam Al-Qur’an Surah Mukminin ayat 51, Allah telah befirman “Makanlah olehmu makanan yang baik-baik (halal), dan kerjakanlah amal soleh”. Ayat di atas bermaksud kita diperintah oleh Allah supaya memakan makanan yang baik-baik (halal), ini bererti kita disuruh supaya berusaha dan bekerja mencari makanan-makanan yang halal.

Mencari rezeki yang hahal dalam rangka untuk mencukupi keperluan peribadi dan keluarganya, adalah suatu yang sangat terpuji bahkan terampun dosa-dosanya. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang merasa payah (penat) kerana bekerja sehari suntuk untuk mencari rezeki yang halal, nescaya akan diampuni segala dosanya”. Oleh itu, marilah kita semua giat dalam mencari rezeki yang halal dengan disertai niat untuk memelihara agamanya supaya tidak meminta-minta kepada orang lain, kemudian bila ada kelebihan dari harta itu, kita sedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Memakan harta yang halal itu adalah baik, dan juga menghasilkan yang baik. Seseorang yang akan membiasakan memakan harta yang halal akan menambah cahaya dan sinar keimanan pada hati. Juga akan menimbulkan kegentaran dan kekhusyukan terhadap kebesaran Allah Ta’ala, menggiatkan seluruh anggota badan untuk beribadat dan ta’at, mengurangkan kecenderungan hati kepada dunia serta menambah ingatan terhadap Hari Kiamat. Dengan demikian akan diterimalah amal ibadat serta doa-doa kita.

Untuk menentukan halal haramnya sesuatu perkara adalah Allah. Hanya Allah sajalah yang menentukan segala hukum. Para paderi, pendeta, raja dan sultan tidak berhak menentukan halal dan haram suatu benda. Barangsiapa yang bersikap demikian , ertinya mereka menentukan hokum halal haram terhadap manusia, maka bererti mereka itu melanggar dan menentang hak Allah. Barangsiapa yang menerima serta mengikuti sikap tersebut, bererti dia telah menjadikan mereka itu sebagai sekutu Allah, manakala pengikutnya disebut “musyrik”.

Lawan kepada halal adalah haram. Ianya adalah satu istilah dalam ilmu yang berhubungan dengan ketentuan hukum, iaitu sesuatu yang dilarang oleh syara’. Berdosa jika kita melakukannya dan mendapat pahal a jika kita meninggalkannya. Terhadap sesuatu atau barang-barang yang haram, baik haramnya itu zatnya atau hasil dari yang haram juga kita disuruh oleh Allah untuk menjahui sejauh-jauhnya. Sebab dengan makanan barang/sesuatu yang haram itu mengakibatkan terdindingnya doa kita dan sekali gus akan menggelapkan hati kita untuk cenderung kepada hal-hal yang baik, bahkan dapat mencampakkan diri ke dalam neraka. Dalam surah Al-Baqarah ayat 188 Allah berfirman, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu denagan (jalan) kebathilan”.

Secara ijmal (keseluruhan) benda-benda yang dianggap haram itu dikelompokkan menjadi dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah benda yang haram itu memang zat/bendanya sendiri misalnya bangkai, arak, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah (atau tidak menyebut nama Allah). Kesemuanya itu dilarang dan tidak halal untuk dimakan, baik sedikit mahupun banyak, kecuali dalam keadaan yang sangat terdesak; iaitu merasa dirinya akan binasa sekiranya ia tidak memakannya, dan makanan yang lain tidak terdapat ketika itu. Maka hanya dalam keadaan terpaksa inilah, baru dibolehkan untuk memakannya. Dalam surah Al-Baqarah ayat 173 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah hanya mangharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika itu disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang”.

Mengenai benda yang haram kerana benda (zat) nya itu sendiri dapat diperinci secara mendalam, iaitu segala sesuatu yang ada dipermukaan atau di dalam perut bumi ini terdiri dari tiga jenis, iaitu berupa bahan galian, tanaman dan haiwan. Bahan galian adalah merupakan bahagian bumi atau segala sesuatu yang dikeluarkan dari bumi. Benda-benda semacam ini halal untuk dimakannya, kecuali kalau dengan memakannya itu akan mengakibatkan kematian, baik memakan sedikit mahupun banyak, maka dengan demikian maka hukumnya haram. Jangankan bahan galian, roti juga kalau membahayakan jika memakannya, roti tadi menjadi haram hukum memakannya, bahkan lumpur atau tanah liat sekalipun, andai kata ada yang biasa memaknnya, dan tidak memudaratkan jiwanya, maka tidaklah haram. Jadi pengharaman terhadap sesuatu perkara itu kerana adanya kemudaratan dan berbahaya kepada diri sahaja.

Berkenaan tumbuh-tumbuhan pula, tidak ada sama sekali yang diharamkan untuk memakannya, melainkan yang dapat melenyapkan kesedaran atau menghilangkan akal, juga yang dapat memusnahkan kehidupan atau merosakkan kesihatan. Tentang yang melenyapkan akal itu ialah seperti ganja, dadah, arak, dan benda lain yang memabukkan. Yang memusnahkan kehidupan ialah semacam racun, yang merosakkan kesihatan seperti ubat-ubatan yang bukan diminum sesuai dengan keadaan dan resepi. Jadi secara ringkasnya semua itu diharamkan kerana adanya bahaya yang timbul dari benda-benda. Hal ini terkecuali untuk arak atau apa sahaja yang sifatnya memabukkan, sebabdalam persoalan arak atau memabukkan itu, sekalipun bagi seseorang yang mungkin tidak akan mabuk kerananya, hukumnya tetap haram, meskipun hanya sedikit yang dituangkan ke dalamperutnya. Kerana masalah arak ini hukumnya sedah qat’ei (sudah pasti) dari nas al-Quran, tidak boleh diungkit-ungkit lagi.

Mengenai haiwan ini ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh. Misalnya kambing, lembu itu halal untuk dimakan apabila disembelih menurut syariat agama, seperti dengan menyebut nama Allah, pisaunya tajam dan sebagainya. Kalau binatang-binatang itu tidak disembelih menurut syariat tertentu atau mati dengan sendirinya, atau ditikamdicekik maka haram memakannya sekalipun haiwan itu pada asalnya halal zatnya. Jadi binatang yang mati dengan sendirinya itu tidak dihalalkan untuk memakannya sekalipun haiwan itu halal zatnya. Kerana sudah menjadi bangkai kecuali ikan dan belalang.

Bahagian kedua pula adalah benda-benda yang haramnya itu dengan sebab cara memperolehnya. Mengenai hal ini dapat dibahagikan menjadi beberapa bahagian. Yang pertama adalah, sesuatu yang diperoleh kerana tiada bahan galian pemiliknya seperti benda tambang, menghidupkan tanah mati (terbiar), berburu, mencari kayu atau mengalirkan air dari sungai dan juga mencari rumput. Semua ini hukumnya halal dengan syarat bahawa apa yang diambil itu tidak dikhususkan untuk kepentingan umat manusia. Oleh sebab itu mengambil kayu bakar di hutan, jika mengakibatkan kelongsoran tanah, maka haram hukumnya sekalipun kayu-kayu itu tidak ada pemiliknya, sebab dengan kelongsoran tanah itu akan menyebabkan kemudaratan masyarakat atau dengan gondolnya hutan, akan mengakibatkan banjir.

Yang kedua pula, sesuatu yang diambil secara paksaan dari siapa saja yang dianggap tidak ada kehormatan diri baginya, seperti harta rampasan dari peperangan, pembahagian dari rampasan perang itu, dan semua harta milik orang-orang kafir yang mengadakan perlawanan dalam pertempuran. Semua itu hukumnya halal bagi kaum muslimin, apabila telah dilkeluarkan yang sepertinya dan dibahagi-bahgikan kepada yang berhak menerimanya dan tidak lagi diambilnya itu dari orang kafiryang mendapat perlindungan hukum seperti yang menyerah kemudian mengikuti ketentuan hukum agama.

Yang ketiga, sesuatu yang diperoleh dengan jalan redha sama redha, seperti tukar menukar. Inipun halal hukumnya, apabila telah dijaga syarat-syarat yang sesuai dengan tuntutan syariat dan telahdi hindari semua syarat yang merosakkan.

Di dalam ibadah juga terdapat hal-hal yang dilarang dan diharamkan seperti, mendatangi dukun atau bomoh. Allah berfiman , “Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah”. (An-Naml:65). Nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah pembawa risalah, datang di tengah-tengah masyarakat, di mana dalam masyarakat itu terdapat segolongan yang disebut “kuhhaan” (dukun) dan “arraaf” (tukang ramal). Mereka itu mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu atau mahupun untuk masa yang akan datang, dengan cara mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya. Jesteru rasulullah saw mengadakan perang dengan kedustaan yang tidak berlandaskan ilmu petunjuk, mahupun dalil syarak. Akhirnya Rasulullah mengajukan di hadapan mereka itu sebuah firman Allah yang merupakan sanggahan dan tentangan terhadap sikap mereka, sebagaimana yang ada di atas itu. Islam tidak membatasi dosa hanya kepada tukang tenung (kahin) dan para pendusta saja, akan tetapi semua orang yang datang dan bertanya serta membenarkan kesilapan dan kesesatan mereka itu akan bersekutu dalam dosa. Sebagaimana sabda Nabi saw, “barangsiapa yang datang kepada peramal (tukang tenung), kemudian bertanya tentang sesuatu dan membenarkan apa yang dikatakan, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh hari”. (Riwayat Muslim).

Menganggap sial kerana adanya sesuatu juga merupakan dilarang dan diharamkan dalam ibadah. Merasa sial (gagal) kerana adanya sesuatu, tempat, waktu burung dan sebagainya adalah termasuk perbuatan tathayyur. Orang yang mempunyai anggapan demikian adalah termasuk kufur kepada Allah, dan hal ini dilarang keras oleh ajaran yang dibawa Rasulullah Muhammad saw. Rasulullah dalam sebuah hadisnya bersabda yang berkenaan dengan masalah tathayyur ini, “Bukan termasuk golongan kami siapa yang merasa sial, atau minta diramalkan, kesialannya, atau menenung, atau minta ditenungkan, atau mensihir, atau minta disihirkan” (Riwayat Thabrani).

Selain itu, mencaci angin juga adalah dilarang dan diharamkan. Angin adalah udara yang bergerak, ia diciptakan oleh Allah, berhembus ke mana sahaja menurut kehendak-Nya. Allah berfirman, “Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira. (Ar-Rum:48). Kita sebagai orang mukmin yang mengakui akan kebesaran dan keagungan Allah, hendaknya apabila melihat sesuatu yang tidak disenangi, misalnya berupa angin, mohom perlindungan dan berdoa kepada-Nya. Jangan mencaci dan mencela kepada angin sama halnya menghina dan mencaci kepada yang menciptanya iaitu Allah SWT..

Di dalam akhlak juga terdapat perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan. Perkara pertama ialah riak. Dalam masalah riak ini Allah Ta’ala berfirman “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia... ” (Al-Baqarah:264). Riak adalah menunjuk-nunjuk atau memperlihatkan suatu amal ibadat kepada orang lain supaya dihormati dan disanjungi. Misalnya seseorang yang melakukan solat, zakat, haji, bersedekah, berjihad fi sabilillah, membaca al-Quran dengan motif supaya disanjung dan dihormati oleh khalayak ramai, tidak kerana mengharap pahala dari Allah. Amalan yang diiringi dengan riak ini seperti syirik kecil (samar), dan syirik kecil inilah yang paling ditakuti oleh Rasulullah saw

Perkara yang kedua adalah derhaka kepada kedua orang tua. Allah berfirman “Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepad ibu bapanya, ibunya telah mengandung dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan”. (Al-Ahqaf:16). Kewajipan anak terhadap kedua orang tua ialah berbuat baik, taat dan hormat. Ini sesuai dengan panggilan fitrah yang harus dipenuhi dengan sebaik-baiknya dan yang lebih utama lagi atau lebih berhak untuk ditaati dan dihormati adalah ibu, sebab dialah paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui, mengasuh dan mendidik. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan , bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi dan bertanya: Siapakah manusia yang lebih berhak saya pergauli dengan baik? Beliau menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Beliau menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Beliau menjawab: Ayahmu! Memandangkan betapa beratnya penderitaan yang ditanggung oleh kedua orang tua, lebih-lebih lagi ibu, maka Allah menempatkan berbuat baik kepada kedua orang tua di tangga kedua selepas berbakti kepada-Nya. Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menganggap derhaka kepada kedua orang tua sebagai dosa besar, sesudah syirik.

Perkara yang ketiga adalah mengumpat (ghibah). Allah berfirman, “ Wahai orang-orang yang beriman! Jahuilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan jnganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahgian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat:12). Mengumpat atau ghibah adalah menybeut-nyebut keburukan orang lain di belakang orangnya yang bersangkutan, yang apabila orang itu mendengar ia menjadi marah. Keburukan yang dibicarakan itu baik tentang keadaan dirinya sendiri atau keluarganya, badannya atau akhlaknya. Oleh kerana itu Islam melarang perbuatan yang demikian itu baik dengan kata-kata, isyarat atau sebagainya, sebab seorang muslim terhadap muslim lainnya adalah bersaudara, yang mana haram darahnya untuk dibunuh: haram hartanya untuk dirampas.

Di dalam makanan juga terdapat hal-hal yang dilarang dan diharamkan. Perkara yang pertama adalah bangkai. Allah berfirman, “ Telah diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang (mati) kerana dicekik, yang mati kerana dipukul, yang (mati) kerana jatuh dari atas, yang (mati) kerana dimakan oleh binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih untuk berhala: (Al-Maidah:3). Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut atau pun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati. Binatang yang demikian ini disebut bangkai. Sekalipun bangkai itu dari binatang yang halal, kalau matinya tercekik maka diharamkan memakannya. Al-Mauquudzah adalah binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya. Binatang yang mati kerana di pukul dengan tongkat ini dinamakan bangkai. Al-Mutaraddiyah adalah binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Begitu juga binatang yang mati kerana jatuh ke dalam kolam, tasik, atau telaga. Al-Nathihah adalah binatang yang berlawanan antara satu dengan yang lain, sehingga mati. Binatang an-Nathihah ini adalah termasuk bangkai. Maa Akalas Sabu’u adalah binatang yang diterkam oleh binatang buas kemudian dimakan sebahgian dagingnya sehingga mati. Binatang yang mati kerana dimakan oleh binatang buas ini termasuk bangkai.

Perkara kedua yang adalah daging babi. Daging babi adalah merupakan makanan yang diharamkan dalam Islam. Hasil kajian dari penyelidikan yang dibuat oleh para ilmuan, menunjukkan bahawa terdapat sejenis kuman dalam daging babiyang boleh memudharatkan pemakannya. Selain itu ia juga akan menyebabkan wujudnya sejenis cacing di dalam tubuh pemakannya.

Sebagai umat Islam kita hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang halal dan disuruh oleh Allah SWT. dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan. Apabila kita melakukan perkara-perkara tersebut, ia akan memberi kesan positif dalam hidup kita, maka kita akan lebih berasa tenang dan damai dalam menjalani hidup ini. Sesungguhnya Islam itu adalah benar.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Syahmi Bin Sapuan

Asas-Asas Islam

FASAL PERTAMA: AGAMA ISLAM
Terdapat bermacam-macam agama yang wujud di atas muka bumi ini memperoleh nama misalnya diambil daripada nama seorang lelaki khas atau umat yang menubuhkan dan mengembangkan agama berkenaan. Contohnya agama Buddha diambil daripada nama pembawanya, Gautama Buddha. Agama Zarathustra dimashyurkan kerananya pendiri dan panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenali dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itu dinamakan Yahudi.

Berlainan dengan agama Islam ia tidak diambil berdasarkan nama seorang lelaki yang khas atau umat yang menubuhkannya sebaliknya menunjukkan sifat khas yang mengandungi makna perkataan “Islam” itu sendiri. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Sesiapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia zaman kini ia adalah Muslim. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Maha Esa dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan. Maka kerana itulah dinamakan Islam bagi mengajar umatnya patuh kepada Allah SWT. dan tunduk kepada perintahNya tanpa bantahan.

Hakikat Islam

Tiap yang wujud di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang khas. Bulan, matahari dan bintang-bintang melakukan peredaran mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dari kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar pada paksinya dan tidak berputar lebih daripada kadar yang ditentukan. Air, udara, cahaya semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak mengecut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturnya. Bahkan manusia sendiri mesti mengikut ketentuan Ilahi. Ia tidak bernafas dan tidak mati melainkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Pendek kata setiap apa yang wujud di atas muka bumi ini adalah ciptaan Yang Maha Esa. Jadi setiap apa yang ada di langit dan di bumi ini mesti tunduk kepada Yang Maha Esa. Dari sudut ini nyatalah bahawa Islam itu adalah agama sejagat kerana Islam bermakna takluk dan mengikut perintah Maha Esa dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan. Matahari, bulan dan bumi adalah benda-benda Muslim. Udara, air cahaya, panas dan kegelapan juga adalah benda-benda Muslim. Bahkan manusia yang tidak mengenali Tuhannya dan yang mengingkari wujudnya, yang mengingkari tanda-tanda kebesarannya atau orang yang bertuhankan selain Allah SWT atau yang menyekutukan Allah dengan yang lainNya adalah seorang Muslim dari segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepadaNya dan menjalani kehidupan mengikut landas-landas Islam inilah yang dinamakan Muslim yang sempurna. Dia telah menyempurnakan Islamnya kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri.

Hakikat Kufur

Dia dilahirkan Muslim, hidupnya Muslim sepanjang hayatnya, yang keislamannya tidak diketahui atau disedarinya, tetapi dia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membuka pendengaran dan penglihatannya. Dia mengingkari wujudnya Allah SWT.. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT.. Dia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kebesaran Allah SWT.. Inilah dia orang kafir. Erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Dia menutup baju besinya dengan bajunya yang bermaksud menutupi fitrahnya dan melingkupi dengan tudung kejahilan dan kejahatan.
Sesungguhnya kita telah pun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan fitrah Islam. Setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dunia sekelilingnya tidak beredar mengikut edarannya melainkan menurut sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluput dari pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Kita melihat orang-orang kafir ini tidak menggunakan kekuatan fikiran dan ilmu mereka melainkan mengenai perkara-perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Mereka tidak melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi sekarang kita dapat bayangkan sendiri apa yang diputar belitkan oleh orang-orang kafir tentang kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata yang mereka amalkan dalam kehidupan mereka di dunia ini.

FASAL KEDUA: IMAN DAN TAAT

Islam ialah taat akan Allah SWT. dan patuh kepada perintahNya. Walaubagaimanapun terdapat manusia yang tidak mampu mentaati Allah dan mengikut undang-undangNya kerana tiada perasaan yakin dihatinya. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah yakin dalan hatinya akan adanya Allah SWT.. Jika kita tidak yakin akan kewujudanNya maka susahlah untuk mentaati dan mengikut perintahNya. Perkara kedua ialah mengikut jalan yang benar untuk menjalani kehidupan di dunia ini iaitu jalan yang lurus dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.. Kita mestilah memilih jalan yang disukai dan menjauhi perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.. Kita mestilah mengenali undang-undang Allah dan yakin bahawa undang-undang itu berasal daripada Allah SWT.. Dan keredhaan tidak akan diperolehi sehinggalah mengikut undang-undang Allah SWT. dan mempraktikkan dalam kehidupan. Perkara ketiga ialah hendaklah kita mempunyai pengetahuan mengenai kesan-kesan perbuatan kita jika tidak memilih mengikuti suruhan Allah SWT.. Jadi kita mesti yakin pada diri akan hari akhirat. Kita akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Esa kelak. Kita juga haruslah yakin akan pembalasan Allah SWT. di atas segala amalan yang dilakukan di atas muka bumi ini.

Iman bermaksud yakin. Setiap orang yang mengenali Allah Maha Esa, sifat-sifatNya yang hakiki, undang-undangNya dan pembalasanNya pada hamba-hambaNya pada Hari Khiamat dan meyakiniNya maka itulah dia orang mukmin. Seseorang manusia itu tidak mungkin menjadi seorang muslim melainkan apabila dia seorang mukmin. Hubungan iman dan islam itu adalah seperti hubungan benih dengan pokok. Pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan adanya benih. Walaubagaimanapun tidak mungkin seseorang manusia itu menjadi muslim apabila dalam hatinya tiada iman. Ada juga yang hatinya terdapat iman tetapi islamnnya tidak sempurna disebabkan kelemahan tekadnya atau sesuatu kekurangan di dalam pendidikannya.

Manusia terbahagi kepada empat golongan iaitu golongan pertama: mereka yang beriman kepada Allas SWT. yang imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang mentaati Allah SWT.. Mereka menjauhi setiap pekerjaan yang ditegah oleh Allah SWT.. Mereka mengerjakan amal yang diredhai Allah SWT. seperti mencari rezeki yang halal. Mereka inilah yang dinamakan mukmin yang sebenar. Golongan yang kedua ialah mereka yang beriman kepada Allah SWT. tetapi imannya tidak menjadikan mereka taat kepadaNya dan tidak mendorong mereka mengikuti hokum-hukumNya dengan sempurna. Meskipun iman mereka tidak sampai kepada peringkat sempurna tetapi mereka adalah muslim dalam setiap keadaan. Mereka akan diseksa sebanyak mana maksiat yang mereka telah lakukan. Mereka ditempatkan di tempat orang yang berdosa tetapi tidak sehingga ditempatkan di tempat pemberontak yang murtad kerana mereka masih mengakui kewujudan Allah SWT. dan mengaku tunduk kepada perintahNya. Golongan ketiga ialah mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT. tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyerupai perbuatan muslimin. Mereka ini pada hakikatnya adlah pemberontak. Segala amalan yang mereka lakukan tidak akan diambil kira. Golongan yang terakhir ialah mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT. juga melakukan perbuatan keji yang berlawanan dengan hokum dan perintah Allah SWT.. Mereka ini sejahat-jahat manusia dan pemberontak yang menimbulkan kebinasaan.

FASAL KETIGA: PEMBAHAGIAN IMAN

Beriman Kepada Allah “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah ini membezakan seorang Muslim daripada orang kafir, musyrik dan mulhid. Mereka yang beriman kepadanya ialah golongan yang mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Apabila kita pegang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” ia dapat menghalang kita melakukan syirik besar atau kecil, kufur atau penentangan agama baik dalam aqidah mahupun dalam amalan. Namun kalimah ini tidak akan memberi manfaat kepada kita sekiranya kata-kata ini tidak meresap dalam hati sanubari kita. Kita hanya mengucapkan kalimah ini tanpa mengetahui akan maknanya. Untuk beriman kepada Allah SWT. , kalimah ini perlu meresap di lubuk hati kita dan yakin bersungguh-sungguh akan kebenarannya. Setelah kita memahami kalimah ini dan yakin dengan hati barunya kita menjadi Muslim sejati yang beriman kepada Allah SWT.. Pada hari ini ramai umat Islam memegang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” tetapi tidak menjiwai ertinya yang sebenarnya.

Beriman Kepada Malaikat
Perkara kedua yang disuruh Nabi Muhammad SAW. untuk kita beriman selepas Allah ‘Azza Wa Jalla’ adalah malaikat. Faedah rukun iman yan paling besar ialah supaya kita bersihkan aqidah tauhid daripada syirik dan kufur. Malaikat adalah hamba Allah yang mulia. Mereka suci daripada kesalahan dan dosa. Mereka telah difitrahkan supaya tidak menderhakai Allah dan mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka. Malaikat mendampingi manusia dalam setiap waktu dan ketika. Mereka menyaksikan apa yang dilakukan oleh manusia, tingkahlaku yang baik dan tidak baik. Mereka mendengar dan menulis semua amalan manusia yang dilakukan di dunia ini. Semua amalan yang dicatat oleh malaikat itu akan ditunjukkan kepada manusia dalam mahkamah Allah SWT. pada hari akhirat kelak. Tidak kiralah apapun jua amalan yang dilakukan sama ada baik atau jahat, dengan sembunyi atau terang-terangan semua malaikat dapat melihatnya.

Walaupun kita tidak mengetahui hakikat kejadian malaikat ini tetapi kita diduruh untuk mengimani tentang kewujudannya. Sesungguhnya tiada alasan bagi seseorang untuk mengingkari kewujudan Malaikat. Jika kita tidak percaya wujudnya Malaikat itu bererti kita juga mengingkari suruhan Nabi Muhammad SAW.

Beriman Kepada Kitab-kitab Allah

Perkara ketiga yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW. ialah beriman kepada kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi dan Rasul-rasulNya. Allah SWT. telah menurunkan Al-quran kepada Nabi Muhammad SAW.. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS.. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS.. Manakala kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS.. Terdapat juga kitab-kitab lain yang diturunkan kepada semua nabi tetapi tidak mendapat bukti yang sahih. Walaubagaimanapun, kita hendaklah percaya bahawa semua kitab yang datang dari sisi Allah SWT. adalah benar.

Terdapat perbezaaan antara Al-quran dengan kitab-kitab yang lampau antaranya ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-quran naskah yang asli sudah pun hilang. Yang tinggal hanyalah terjemahannya. Al-quran sentiasa terpelihara ayat-ayat dan huruf-hurufnya sebagaimana diturunkan dari sisi Allah SWT.. Tiada sedikitpun perubahan pada huruf atau harakatnya. Dalam kitab-kitab terdahulu manusia telah mencampurkan perkataannya sendiri dengan kalam Allah. Jadi agak sukar untuk dibezakan antara kalam Allah dan perkataan ciptaan manusia. Kandungan Al-quran adalah menyeluruh ditujukan kepada semua umat dan sesuai diamalkan sepanjang zaman. Sebab itulah Al-quran diamalkan sehingga kini. Berbeza dengan kitab-kitab lain yang isinnya ditujukan kepada sesuatu umat yang khas dan terhad pada sesuatu masa. Kitab-kitab selain Al-quran tidak diketahui tentang sejarahnya. Memang ada yang diturunkan kepada nabi yang berkenaan, tetapi banyak pula kitab agama yang tidak dikenali asal-usulnya, kepada siapa ia diturunkan dan bila waktunya ia diturunkan. Sesungguhnya Al-quran telah dipastikan oleh saksi-saksi sejarah bahawa ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. yang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun. Bahasa Al-quran mudah difahami. Al-qur’anu ‘I-Karim ialah bahasa yang hidup, yang diucapkan oleh berpuluh-puluh juta manusia dan difahami oleh beratus-ratus juta manusia lagi pada masa ini. Ia adalah mudah bagi setiap orang yang mahu belajar untuk mempelajari isi kandungannya.

Beriman Kepada Rasul-rasul Allah

Selepas mengimani kitab-kitab Allah SWT. , kita disuruh untuk mengimani Rasul-rasulNya. Rasul-rasul Allah didatangi untuk menyeru manusia kepada Islam. Sesungguhnya tiada perbezaan di antara Nabi Muhammad SAW. dengan nabi-nabi lain. Semua mereka diutus dari sisi Allah SWT. untuk memberi petunjuk kepada jalanNya yang lurus. Disuruh agar kita beriman kepada setiap orang di antara rasul-rasul ini. Hanya terdapat tiga perbezaan di antara Nabi Muhammad SAW. dan nabi-nabi yang lain iaitu nabi-nabi yang lain diutuskan kepada sesuatu umat yang khas pada suatu waktu yang terhad. Tetapi Nabi Muhammad SAW. diutuskan kepada seluruh alam sehingga hari Khiamat. Perbezaan yang kedua ialah pengajaran nabi-nabi yang terdahulu telah terpesong seluruhnya atau tiada lagi terpelihara dalam bentuk-bentuk yang asal walaupun ianya masih ada di dunia. Pengajaran Nabi Muhammad SAW. masih digunakan dari dahulu sehingga Hari Khiamat kelak. Perbezaan yang ketiga ialah pengajaran Islam yang didatangkan oleh para nabi yang terdahulu belum merupakan pengajian yang sempurna. Akhirnya didatangkan kepada Nabi Muhammad SAW. yang unggul kepada seluruh umat Islam.

Seluruh umat Islam mestilah beriman kepada Nabi Muhammad SAW. dan mengikuti ajarannya. Bagi seorang Muslim hendaklah beriman kepada Nabi Muhammad SAW. itu mengenai tifa perkara iaitu Bahawa Muhammad itu adalah Rasul yang benar dari sisi Allah SWT. , bahawa petunjuk yang dibawanya adalah sempurna, tiada kekurangan atau kesalahan dan bahawa beliau adalah nabi yang akhir yang datang kepada manusia dari sisi Allah SWT. kepada seluruh umat hingga Hari Khiamat.

Percaya Kepada Hari Khiamat
Perkara kelima yang disuruh kita percaya ialah Hari Khiamat. Kita wajib percaya bahawa hari itu Allah SWT. akan meleburkan alam dan segala makhluk yang ada di dalamnya pada suatu hari yang dikenali dengan Hari Khiamat. Kemudian Allah SWT. akan menghidupkan semula dan mengumpulkan kita dihadapanNya. Ini adalah perhimpunan dan kebangkitan. Kemudian Allah SWT. menghadapkan kita di hadapan mahkamahNya untuk dinilai semua amalan kita sama ada baik atau jahat selama hidup di dunia ini. Kemudian bagi mereka yang diampunkanNya akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka yang dihukum dimasukkan ke dalam api neraka. Hari Khiamat akan tiba dan sebagai umat Islam kita wajib mempercayainya.

Di dunia sekarang ini terdapat tiga aqidah mengenai akhirat dan kehidupannya iaitu satu golongan mengatakan yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja. Kita hidup dan kita mati, tiada kehidupan selepas mati. Ini adalah aqidah orang mulhid yang menyebut dirinya sebagai pakar sains. Golongan yang kedua ialah golongan yang mengatakan bahawa manusia itu berturut-turut mati dan hidup, supaya memperoleh balasan amalannya. Apabila amalannya pada kehidupan yang pertama adalah jahat, pada kehidupannya yang berikut menjadi binatang seperti kera, anjing atau kucing atau dengan rupa pokok atau menjadi seorang lelaki yang hina. Apabila amalannya baik, akan terangkatlah kedudukannya dan menjadi tinggi darjatnya. Aqidah ini dikemukakan oleh sebahagian manusia yang fikiran keagamaannya tidak berkembang. Golongan yang ketiga ialah golongan yang beriman kepada Hari Khiamat, berkumpul , hadir di hadapan Allah SWT. dan mengimani pembalasanNya ke atas amalan manusia. Ini adalah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para nabi.

FASAL KEEMPAT: IBADAT
Ibadat ialah pengabdian. Kita adalah abdi dan Allah adalah tempat pengabdian kita. Setiap yang dilakukan oleh seorang hamba dalam mematuhi perintah Allah SWT. adalah ibadat. Apabila kita menjauhi dusta, mengucapkan kata-kata yang baik dan mengemukakan kebenaran maka kata-kata ini adalah suatu ibadat kepada Allah SWT. meskipun semuanya memperkatakan hal ehwal dunia. Begitu juga apabila kita berbuat baik ke atas orang miskin, melawat orang sakit dan menolong orang yang teraniaya tanpa mengharapkan pujian maka itu dikira ibadat kepada Allah SWT.. Apabila kita berkecimpung dalam dunia perniagaan atau melakukan perkhidmatan kepada masyarakat dengan niat untuk menunaikan kewajipan dengan amanah kerana Allah SWT. dan kemudiannya mengusahakan dengan jalan halal maka segala kegiatan itu dianggap ibadat kepada Allah SWT. meskipun semuanya kita lakukan untuk mencari rezeki untuk diri di atas muka bumi ini. Kesimpulannya apabila kita takut akan Allah SWT. , melakukan suruhanNya, meninggalkan laranganNya, mengingati Allah sepanjang masa dan sabar menempuh segala dugaan dari Allah SWT. maka semua itu adalah ibadat dan kehidupan bermula dari hidup sehingga mati adalah juga ibadat kepada Allah SWT..

Solat
Umat Islam diwajibkan menunaikan solat. Setiap hari kita mulakan dengan solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sesungguhnya solat itu memperkuatkan asas Islam pada setiap hari dan mempersiapkan diri kita untuk melakukan pengabdian kepada Allah SWT.. Allah SWT. telah memerintahkan agar kaum Muslimin melakukan kewajipan sembahyang berjemaah dan melakukan solat Jumaat seminggu sekali dengan berjemaah. Solat berjemaah akan membentuk penyatuan, kasih sayang dan persaudaraan di antara umat Islam. Apabila kita berkumpul, berdiri, rukuk dan sujud bersama-sama akan timbul perasaan rendah diri kerana kita semua adalah sama sahaja di sisi Allah SWT. tanpa mengira harta dan pangkat. Solat berjemaah juga melatih kita untuk taat kepada perintah Allah SWT.. Ia mendidik kita agar menjalani hidup dengan teratur, menepati waktu, tolong-menolong, berkasih sayang dan memperkuatkan ikatan ukhwah sesame umat Islam.

Puasa
Puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Apabila kita berpuasa bererti kita kewajipan, menguji kesabaran dan sanggup menahan hawa nafsu. Bulan Ramadhan didatangi setiap tahun. Ia mendidik diri selama 30 hari untuk mempunyai sifat dan akhlak yang tinggi. Apabila datangnya bulan Ramadhan seluruh umat Islam dilingkupi oleh udara kesucian, kebersihan, keimanan, takut kepada Allah SWT. , taat kepada hukumNya, kelembutan akhlak dan melakukan amalan-amalan baik. Hamba-hamba Allah yang sahih saling tolong-menolong sesama mereka untuk melakukan perbuatan baik dan melakukan kebaikan. Bagi yang kaya timbul perasaan untuk membantu golongan yang miskin. Mereka membelanjakan harta pada jalan Allah SWT.. Pada malam hari dalam bulan Ramadhan diserikan pula dengan solat tarawih.

Zakat
Allah SWT. mewajibkan ke atas tiap-tiap orang Muslim apabila terdapat harta yang berlebihan daripada nisab dan samapi haul(tahun)nya yang sempurna supaya mengeluarkan zakat kepada orang fakir atau miskin, atau orang musafir, atau orang yang mendapat petunjuk kepada agama Islam, atau orang berhutang atau pada salah satu daripada jalan-jalan Allah. Allah SWT. menetapkan 2. 5% harta orang Muslim yang kaya untuk diberikan kepada fakir miskin. Tetapi bagi mereka yang ingin mengeluarkan lebih daripada kadar itu adalah lebih baik baginya dan mendapat pahala yang lebih besar.

Allah SWT. telah berfirman kepada hambaNya: Sesungguhnya apabila kamu sedekahkan sesuatu kepada saudara kamu yang miskin kerana Aku dan mengharapkan wajahKu, dengan hati yang baik dan dada yang lapang sesungguhnya kamu telah bersedekah kepadaKu; tetapi janganlah kamu harapkan apa-apa daripadanya, jangan kamu sakiti dia, jangan kamu hinakan dia, jangan kamu mengharapkan balasan dan terima kasih daripadanya, dan jangan kamu melakukannya agar manusia mengetahui sedekah itu supaya mereka menyebut-nyebutnya dan supaya mereka menunjuk-nunjuk kamu, apabila kamu tunaikan kepada orang fakir, miskin dan orang-orang berhajat, akan bahagian mereka yang kutitipkan kepada kamu, kamu bersihkan hati kamu dari fikiran yang batal seperti tersebut tadi, dari sangkaan yang rendah, nescayaku beri kepada kamu sejumlah besar harta untuk menjadi bahagian kamu, tiada kering dan tiada habis.

Tiada sifat angkuh melainkan daripada tabiat orang kafir yang diajar oleh tamadun mereka supaya memelihara kekayaan yang ada di tangan mereka. Dengan harta yang ada mereka berhak untuk mengambil harta dari tangan orang lain. Berlainan dengan orang Muslim, agama Islam mengajar kita untuk memberikan harta kepada saudara kita yang ketiadaan harta jika harta itu melebihi daripada keperluannya sendiri.

Mengerjakan Haji
Islam tidak mewajibkan orang-orang Muslim yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan haji di Makkah. Bagi yang berkemampuan pula cukuplah hanya mengerjakan haji sekali seumur hidup. Tetapi tidak salah dilakukan berkali-kali. Mengerjakan haji banyak mempunyai manfaat duniawi di samping manfaat keagamaan. Sebahagian daripadanya ialah Makkah Al-Mukarramah telah dijadikan pusat kaum Muslimin, tempat tumpuan mereka yang datang dari seluruh pelusuk duniadari pelbagai keturunan dan bangsa. Dengan ini akan wujud persaudaraan sesame umat Islam. Mengerjakan haji adalah pengabdian diri kepada Allah SWT.. Ia merupakan muktamar tahunan dunia di mana berduyun-duyun umat Islam dari pelusuk dunia. Ia merupakan cara yang terbesar dan jalan yang paling berjaya untuk mendidik saudara-saudara Muslim sejagat supaya bersatu, berkasih sayang dan saling tolong-menolong.

Kesimpulan
Islam itu begitu indah dan lengkap. Ia mengatur kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia begitu mudah untuk difahami dan tidak menyusahkan umatnya untuk mengikuti ajarannya. Namun, dalam dunia teknologi yang serba moden ini ramai umatnya yang terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim sejati. Mereka lebih mementingkan duniawi semata-mata tanpa melengkapkan diri dengan bekalan untuk ke akhirat kelak. Banyak gejala-gejala sosial yang timbul ekorannya daripada sikap individu Islam itu sendiri. Golongan-golongan seperti ini sukar untuk ditegur kerana masyarakat pada zaman sekarang ini mengamalkan sikap tidak bertegur sapa. Jadi masing-masing melakukan apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan orang lain.

Bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak senonoh ini daripada terus berleluasa, kita mestilah sedar dan kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah SWT. itu adalah Maha Pengampun dan menerima taubat daripada hambaNya. Selalu mengingati Allah SWT. adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan seseorang itu daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.. Berpeganglah pada kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” serta yakin dan memahami makna kalimah itu yang sebenar. Insyaallah, kita tidak akan terpesong daripada jalanNya dan menjadi Muslim yang sejati.

Dalam kehidupan di dunia ini, kita mestilah sentiasa mengamalkan “Amar Makruf Nahi Mungkar”. Sentiasa membelanjakan rezeki pada jalan yang halal, bersedekah, membantu fakir-fakir miskin serta mengamalkan cara hidup berlandaskan hukum-hukum Islam. Sesungguhnya mereka yang mengamalkan cara hidup sebegini akan mendapat keredhaan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat kelak. Allah SWT. menjanjikan syurga kepada hamba-hambaNya yang soleh. Kita mestilah sentiasa beringat yang kehidupan di dunia hanyalah suatu persinggahan dan ianya tidak kekal. Jadi kita sebagai hamba-hambanya mestilah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan baik dan sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk dijadikan bekalan untuk berhadapan denganNya di akhirat kelak.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Marinah Syazwani Bt. Mokhtar