Khamis, 30 September 2010

Ciri-Ciri Suami Dan Bapa Mithali

1. PANGGILAN MESRA
-Suami perlulah memilih kata-kata yang baik, indah dan menarik apabila berbicara dengan isteri.
-Kepekaan perasaan juga amat diperlukan apabila bercakap dengan isteri, hal ini dapat membuatkan hubungan atau komunikasi suami dan isteri menjadi menarik. Kemesraan dan keharmonian rumah tangga menjadi semakin kukuh.
-Contoh:
1)menghadap muka si isteri apabila berkomunikasi.
2)memberi perhatian penuh apabila brercakap
3)memandang dengan perhatian yang tulus
4)sentiasa tersenyum semasa bercakap
-Kata-kata indah juga mampu perisai daripada seksa neraka seperti sabda Rasulullah:“Jauhilah seksa neraka sekalipun hanya dengan bersedekah separuh buah kurma. Barangsiapa tidak mendapatkannya, maka cukup dengan kata-kata yang baik. ”(HR. Bukhari dan Muslim dari Adiy bin Hatim)

2. BERSUKA RIA
-Bersuka-ria dan berguarau-senda dapat merapatkan hubungan kasih –sayang suami isteri. Disamping itu, suami isteri juga dapat menghilangkan tekanan dan menghapuskan rasa jemu apabila bersama jika mereka mempraktikkan gurauan senda dalam hubungan rumah tangga mereka.
-Suami isteri dapat bergurau dimana-mana sahaja seperti ketika mandi, di rumah, di meja makan dan di lain-lain tempat.
-Bersuka-ria juga mempunyai bebera etikanya sendiri seperti:
1. Dalam bergurau tetap berpegang teguh pada nilai kebenaran, ia tidak dibenarkan menampilkan canda yang mengandungi unsure kebohongan mahupun kotor.
2. Tidak boleh bergurau berlebihan kerana gurauan yang berlebihan dapat mematikan kreativiti serta ketajaman hati. Selain itu, ia juga dapat melalaikan zikir kepada Allah serta menurunkan kewibawaan diri.
3. Gurauan yang mengundang rasa sakit hati, penghinan, kesombongan, mencaci maki orang lain, mengumpat dan perilaku yang boleh dikategorikan sebagai boleh menyakitkan hati orang lain merupakan gurauan yang tidak dibenarkan.

3. MENJAGA RAHSIA
-Berkongsi rahsia merupakan antara terapi yang bagus yang boleh diamalkan antara suami isteri. Aktiviti ini dapat menunjukan rasa cinta antara satu sama lain dan dapat mengukuhkan rasa percaya dan amanah antara satu sama lain.
-Rahsia suami isteri tidak patut didedahkan kepada orang luar kerana ia dapat menjejaskan hubungan dan kepercayaan diantara pasangan masing-masing.
-Adalah mewarisi sikap syaitan jika menceritakan rahsia keluarga, lebih-lebih lagi mengenai kenikmatan hubungan kelamin kepada orang lain. Selain itu, maruah diri akan jatuh jika menceritakan perkara tersebut kepada orang lain.
-Sabda Rasulullah:“Janganlah kamu lakukan hal itu, kerana perumpamaan perbuatan tersebut adalah ibarat syaitan lelaki bertemu dengan syaitan perempuan lalu melakukan penzinaan , sedang orang-orang banyak menontonnya. ”
(HR. Ahmad dari Asma’ binti Yazid, dan termasuk hadith hasan)
-Segala masalah rumahtangga boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat menolong dalam penyelesaian masalah yang dihadapi, orang itu hendaklah seseorang yang boleh di percayai dapat menyimpan masalah.

4. MEMBERI NASIHAT
-Nasihat, pengajaran dan pendidikan patut diberikan kepada isteri oleh seorang suami.
Al-Quran dan Al-Hadith perlu dijadikan sebagai panduan dalam membimbing isteri. Diantara wasiat Al-Quran adalah ketegasan Allah SWT : “Hai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu. ” (At-Tahrim:6)
-Isteri patutlah di ajar bersolat dan dinasihat supaya bersolat and melakukan ibadah. Hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT :“Peringatkanlah anggota keluargamu yang terdekat. ” (Asy-Syuara’)
-Rasulullah telah memerintahkan supaya suami selalu memberi pelajaran kepada isteri tentang pengatahuan agama mahupun ilmu yang lain supaya isteri mempunyai wawsan dan ilmu pengetahuan yang dapat menyumbang kepada kegemilangan rumah tangga serta dapat menyelesaikan segala masalah rumahtangga.
-Suami yang soleh mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang boleh di kongsi bersama isteri mereka.
-Mendampingi isteri untuk mendalami ilmu merupakan salah satu inisiatif seorang suami untuk menyokong nasihat-nasihat mereka kepada isteri-isteri mereka.

5. SIKAP PEMAAF
-Firman Allah SWT: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. ” (Al-A’raf:199)
-Rumahtangga yang dipimpin oleh yang seorang suami yang pemaaf serta yang sering berlapang dada akan sentiasa aman dan bahagia.
-Sikap pemaaf juga dapat menghilangkan rasa dendam yang boleh menyumbang kepada keruntuhan r umahtangga kerana perasaan ia merupakan punca utama berlakunya perceraian.
-Suami yang tidak boleh memaafkan salah isteri, haruslah menegur kesalahan isteri mereka dengan cara baik dan tidak menyinggung perasaan si isteri.
-Antara langkah-langkah yang betul untuk menegur seorang isteri ialah:
1. Jangan membesar-besarkan masalah yang dihadapi
2. Jangan mengumbar nafsu dan sedih hingga ucapan dan syak menjadi berlebihan.
3. Mulalah teguran dengan sindiran dan isyarat.
4. Tegurlah dalam bahasa yang mudah difahami dan jelas.
5. Jangan menegur kesalahan isteri dihadapan orang lain.
6. Pilih tempat dan keadaan yang sesuai jika hendak menegur isteri.
7. Teguran tidak patut disampaikan jika tahu akan akibat negatifnya.
8. Perasaan isteri haruslah dijaga ketika ditegur.

6. MENGHORMATI ISTERI
-Suami yang baik perlu menghormati isteri bagi mengelakkan isteri rasa terhina atau diperlekehkan.
-Isteri yang penat bekerja dan menjaga anak-anak seharian amat memerlukan perhatian dan rasa hormat dari suaminya.
-Sebagai tanda terima kasih, suami perlu menghormati si isteri. Walaubagaimana pun, rasa horamt itu tidak akan mengurangkan kewibawaan seorang suami malah dapat mengukuhkan kesetiaan dan perasaan cinta antara satu sama lain.
-Cara-cara yang elok untuk menghormati isteri:
1. Berbicara dengan penuh sopan-santun.
2. Menggunakan ayat-ayat yang elok atau senonoh ketika bercakap dan berbincang..
3. Jika memanggil isteri, perlulah memanggil dengan sopan dan tidak berteriak.
4. Jangan memotong percakapan si isteri
5. Ucapkan salam dahulu sebelum memulakan perbincangan.
6. Hormati isteri di hadapan khalayak ramai
7. Jangan mengejak isteri di hadapan khalayak ramai atau di mana-mana sahaja.
8. Raikan ulang tahun kelahiran isteri atau hari-hari yang penting dalam hidupnya.
9. Jangan bandingkan isteri dengan pembantu.
10. Perlakukan isteri sebagaimana kita ingin di perlakukan.

8. BERAKHLAK BAIK
-Suami yang baik tidak akan menunjukkan muka yang masam dan garang di hadapan anak-anak dan isteri dek kerana dia tertekan semasa keluar rumah. Hal ini akan mengundang perasaan takut dalam diri anak-anak dan juga isteri.
-Kelakuan si suami yang berakhlak buruk boleh membuatkan anak-anak menjadi manusia yang berakhlak buruk dan dicela.
-Perkara yang mampu mendorong kearah akhlak yang baik dan terpuji:
1. Hindari daripada sikap pendendam.
2. Sentiasa mengingati Allah SWT dan berzikir kepadaNYA.
3. Sentiasa bersyukur dan memuji Allah SWT
4. Meredhakan dan merelakan apa yang telah terjadi atau yang telah ditentukan.
5. Janganlah menambahkan keletihan isteri anda dengan memarahinya.
-Rasulullah SAW bersabda, “Akhlak yang baik merupakan separuh agama, ”Diriwayatkan dari Rasulullah SAW saat menguburkan Saad bin Mu’az.
-Rasulullah SAW bersabda , “Tak ada kehidupan yang indah daripada akhlak yang baik”.

9. JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN PUJUKAN ORANG LAIN
-Sebagai suami atau ketua rumah, seseorang lelaki itu tidak patut mudah terpengaruh dengan kata-kata orang luar sama ada keluarga atau kawan-kawan mengenai urusan rumahtangga kita.
-Pegaruh daripada ibu atau saudara perempuan selalunya akan memberi impak yang besar di dalam hidup seorang lelaki yang merupakan anak ibu selepas berkahwin. Isteri kepada anak ibu selalunya akan di anggap sebagai perampas dan segala kelemahannya akan di besar-besarkan olek ibu atau saudara perempuan lelaki tersebut.
-Suami haruslah pandai mengadili isteri jka terdengar hasutan atau kata-kata yang tidak elok pasal si isteri. 0leh itu, sikap adil dan pandai membuat keputusan amat diperlukan bagi menangani segala tohmohan tersebut.
-Kaum suami perlulah lebih bersabar dan bersikap hati-hati dalam menilai perkara berkenaan.

10. BERHATI-HATI DALAM MENJAGA PERIHAL KELUARGA
-Tanggungjawab suami sebagai seorang bapa juga amat dituntut dalam mendidik anak dan melindungi isteri dan anak-anak dari segala bahaya.
-Allah SWT berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimipin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.
Sebab itu maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada. ”
(An-Nisa:34)
-Suami juga disepatutnya membiarkan isterinya melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya. Malah sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, dia haruslah memerhatikan tindak tanduk isterinya.
-Seorang lelaki yang membiarkan iserinya menghadiri majlis yang penuh dengan maksiat dan perkara yang tidak baik akan dianggap sebagai penipu dan hina.
Rasulullah SAW bersabda:“Nasihatlah mereka(kaum wanita)dengan benar sebelum mereka memerintah kamu dengan kemungkaran dan mintalah pertolongan dari Allah dari keburukan mereka serta jadilah kamu sebaik-baik penjaga mereka. ”
-Kekerasan dan kekasaran akan membuatkan isteri menjadi keras kepala dan ingkar, oleh itu bimbinglah isteri dengan penuh kelembutan tetapi tegas.

11. BATASAN MEMUKUL ISTERI
-Isteri yang tidak patuh pada suami dan mengingkari arahan suami boleh dihukum menurut hokum syara’.
-Batas-batasan yang patut di ikuti oleh suami dalam menghukum atau memukul isteri:
1. Tujuan memukul haruslah semata-mata untuk kebaikan dan mendidik, bukanlah semata-mata untuk membalas dendam atau melepaskan marah.
2. Hendaklah menggunakan kayu kecil atau tangan untuk memukul seperti yang disebut di dalam riwayat memukul dengan kayu siwak.
3. Tidak boleh meninggalkan kesan pukulan seperti luka, lebam atau merah pada tubuh badan isteri kerana jika meninggalkan kesan, suami perlu membayar ganti rugi kepada isteri.
4. Tempat-tempat sensitif seperti mata, kepala dan perut tidak boleh dipukul sama sekali.
5. Pukulan perlulah dilakukan dengan lembut supaya tidak menimbulkan dendam dan perasaan marah seorang isteri kepada suami.
6. Suami haruslah ikhlas memukul isteri dan menetapkan di dalam hati akan terus hidup bersama dan terus menyintai isteri selamanya.
7. Isteri yang berpuasa, sedang haid dan sakit tidak boleh dipukul.

12. BERSIKAP SETIA
-Nilai kemanusiaan di samping ikrar yang diucapkan sewaktu akad nikah mewajibkan seorang suami menjadi seorang yang setia.
-Isteri merupakan orang yang sentiasa berada di sisi suaminya di waktu susah dan senang, oleh itu si isteri tidak patut di tinggalkan atau di aniaya oleh suami.
-Suami yang curang atau tidak setia akan dicela dan dibenci orang ramai termasuk keturunannay.
-Sifat setia merupakan sifat yang baik dan terpuji, oleh itu jadilah seorang yang setia.

13. MEMINTA KETURUNAN YANG BAIK
-Suami yang mithali akan meminta keturunan atau anak dari isterinya.
-Imam Ja’far bin Muhammad as-Shadiq berkata, “Merupakan kebahagiaan seseorang yang memiliki anak yang soleh. ”
-Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa ingin mengikut sunnahku, kahwinlah. Mintalah anak, kerana pada hari kiamat kelak aku berbangga atas ramainya uamtku, ”
-Allah SWT akan melipatgandakan rezeki pasangan suami isteri yang mempunyai anak.
-Hikmat bagi mendapatkan anak pada usia muda:
1. Anak yang lahir pada usia kedua-dua ibubapanya muda akan sihat dan kuat.
2. Cahayamata yang lahir di usia muda ibubapanya dapat menghabiskan banyak masa dengan kedua ibubapa mereka.
3. Kedudukan yang tinggi mampu digapai oleh anak yang yang lahir oleh ibubapa seperti yang disebut-sebutkan tadi.
4. Suami yang baik akan menerima apa jua jantina anaknya samaada lelaki atau perempuan dan akan sentiasa memuliakan anaknya walaupun anak perempuan. ALLAH SWT berfirman : “Dan apabila seseorang di antara mereka diberi kabar dengan (kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai, disebabkan buruknya cerita yang sampai kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. ” (An-Nahl ; 58-59)

5. Bapa yang baik tidak akan membezakan anaka-anaknya tidak kira lelaki atau perempuan.

14. MENYANTUNI PEMBANTU RUMAHTANGGA
-Adalah sesuatu yang normal bagi pasangan suami isteri pada zaman ini untuk mempunyai pembantu rumahtangga atau juga dipanggil orang gaji. Adalah menjadi kemestian bagi seorang suami untuk menyantuni pembantu rumahtangganya bagi mengelakkan dari terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini.
-Seorang pembantu rumah patut dilayan dengan baik kerana dia mempunyai hak untuk hidup dengan baik, sebagai contoh:
1. Tidak memperlakukan pembantu sebagai hamba.
2. Tidak boleh mencaci, mencerca dan merendah-rendahkan mereka
3. Menjaga martabat dan harga diri mereka.
4. Jangan mendera atau melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan pembantu rumahnya.
5. Menjaga adab dan pergaulan dengan pembantu.
6. Mengawal nafsu supaya tidak terjadi sesuatu yang sumbang antara pembantu dan majikan.
7. Memberi mereka rehat secukupnya bagi menghilangkan penat bekerja.
8. Memberikan pembantu rumah peluang untuk berhias kerana adalah menjadi kesukaan wanita untuk berhias.
9. Pembantu rumah juga perlu diberi peluang untuk bergaul dan berkawan.
-Walaupun begitu, majikan juga perlu memerhatikan dan mengambil tahu akan pergaulan dan pergerakan pembantu rumahnya. Hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara seperti:
1. Pembantu rumah tidak menjaga harta majikan dengan baik atau tidak amanah.
2. Segala cerita rumahtangga diceritakan kepada jiran tetangga.
3. Penyalahgunaan harta majikan.

15. MENDIDIK ANAK
-Anak-anak merupakan insan yang diharap akan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama, keluarga dan negara. Anak-anak juga diharapkan mejadi anak-anak yang soleh dan juga solehah.
-Terdapat 8 adab bagi pasangan yang mempunyai anak:
1. Tidak terlalu gembira mendapat anak lelaki dan bersedih apabila mendapat anak perempuan kerana selalunya anak perempuan akan membawa lebih kegembiraan.
2. Hendaklah membacakan kalimah azan di telinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri apabila lahirnya seorang bayi kerana hal ini dimaksudkan kalimah pertama yang bayi tersebut dengar ialah nama ALLAH.
3. Kalimah ini juga dapat mengelakkan bayi tersebut terkena ganggu syaitan.
4. Disunatkan bagi seorang kanak-kanak untuk mengucap sebaik sahaja dia pandai bercakap.
5. Bayi juga disunatkan dikhatankan pada hari ketujuh kelahirannnya.
6. Nama yang baik hendaklah diberikan kepada bayi itu kerana nama yang membawa maksud yang baik akan mempengaruhi keberkatan hidup bayi tersebut
7. Disunatkan untuk mengakikahkan bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya atau hari selepasnya.
8. Bayi yang lahir hendakalah ditawarkan atau disuapkan kurma atau manisan secukupnya.
- Dalam mendidik anak-anak, terdapat 3 faktor penting:
1. Jasmaniah
2. Aqliah
3. Rohaniah
- Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka kerana mereka merupakan guru yang pertama bagi anak-anak mereka.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Siti Fatihah Binti Mohammad

Enam Asas Dan Pedoman Kehidupan Muslim

Pengenalan
Enam Asas Dan Pedoman Kehidupan Muslim ini mengisahkan perkara-perkara penting bagi seseorang individu muslim dalam menjadi insan yang berguna dan berilmu. Tajuk ini juga menerangkan bagaimana untuk kita mengamalkan keenam-enam asas itu dan menyebarkan kepada individu muslim yang lain. Ia juga member peringatan bahawasanya kita ini hanyalah hamba Allah SWT dan kita tidak boleh membuat sebarang kerosakan atau pun kemungkaran di atas muka bumi ini. Enam asas ini akan dapat mengubah individu itu menjadi muslim yang sejati jika diamalkan keenam-enam perkara itu.

ENAM ASAS DAN PEDOMAN KEHIDUPAN MUSLIM

Akal

1. Akidah dan keimanan kepada Allah hendaklah berterusan hingga ke akhir hayat. Jika tidak maka perintah dan larangan Allah tidak ada ertinya. Tiap orang harus menjadi pengawas terhadap dirinya sendiri.

”Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ?” (al-Mu’minun 115)

2. Penyembahan berhala, patung dan arca menunjukkan akal fikiran manusia yang paling rendah. Sebelum Islam ada orang tertentu yang mengaku pemimpin agama mengangkat dirinya sebagai perantara antara manusia dengan Tuhan atau sebagai Tuhan. Mereka menggunakan agama untuk menguasai akal fikiran manusia, menyesatkan mereka dengan mantera dan bacaan yang hanya diketahui oleh mereka sahaja, dan semua peribadatan haruslah mengikut cara mereka.

3. Tugas Rasulullah hanyalah berdakwah dan tugas pengikutnya ialah melaksanakan ajaran agama. Rasulullah bukanlah pembuat syariat, peraturan hukum dan undang-undang. Semua adalah dari Allah SWT.

”Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan. Dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk kepadanya. ” (Ar-Ra’ad 7)

”Hai Rasul sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan berarti kamu tidak menyampaikan amanatNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. ” (Al-Maidah 67).

”Tidakkah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya ?” (At-Taubah 104)

Yang memberi pengampunan atas permohonan taubat dari manusia hanyalah Allah. Nabi dan Rasul tidak mampu mengampuni dosa manusia.

Ilmu Pengetahuan
Rasulullah SAW mewajibkan sahabat yang pandai mengajar yang tidak pandai. Kaum yang kurang pandai diwajibkan belajar. Dan sesiapa yang tidak mahu belajar atau mengajar, dia akan dianggap melanggar hak masyarakat dan diancam hukuman di dunia dan di akhirat.
Pada 14 abad yang lalu Islam sudah melaksanakan kewajipan untuk belajar bahkan kewajipan mengajar. Kewajipan belajar harus dilaksanakan sebelum masyarakat dihinggapi penyakit malas dan beku.

Tawanan perang Badar yang tidak ditebus oleh keluarganya kerana tidak berkemampuan, akan dibebaskan sesudah menunaikan tugas mengajar anak-anak muslim sebagai imbalan pelepasannya. Ini menunjukkan bahawa Ialam amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Ini kerana, ilmu itu adalah pelita hidup kita di dunia dan di akhirat. Tanpa ilmu, kita akan mudah ditipu dan dipermain-mainkan.

Peribadi
Ibadah dalam Islam mengarah kepada penyucian jiwa, tubuh dan harta. Ibadah merupakan makanan bagi kesuburan dan kelangsungan hidup keimanan.

Tanpa makan dan minum tubuh manusia akan mati. Begitu juga tanpa ibadah, keimanan akan mati. Ibadah hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk lain. Pada dasarnya semua ibadah dilarang kecuali yang disyariatkan Allah dan dicontohkan oleh Rasulullah.

Di zaman moden ini, kita sering kali mendengar tentang isu-isu ajaran sesat yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Para pengikutnya terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Jadi, kita haruslah mencegah diri kita dan orang lain dari terjebak dalam ajaran sesat. Untuk itu, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sosial Kemasyarakatan
Kehidupan manusia bersifat kemasyarakatan dan bukan individu (perorangan ). Islam mengharuskan persamaan dan mengutuk diskriminasi warna kulit, darah dan daging. Paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertakwa. Sebagai manusia, kita harus melaksanakan keadilan sosial, kasih sayang, tolong menolong melalui kebajikan dan takwa, pembahagian zakat, hak waris bagi wanita, mengakui hak milik perorangan, aturan nikah, berkeluarga dan berumah tangga. Manusia juga tidak boleh menggugat kepentingan masyarakat. Dalam masyarakat, kerjasama dan bertolak ansur adalah penting untuk menjana masyarakat yang harmoni dan aman. Ini kerana, dengan sikap kerjasama dan bertolak ansur, kita dapat menyelesaikan segala masalah dan dapat mencegahnya sebelum ia merebak. Pendek kata ‘‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh“.

Hukum
Tujuan perang atau penggunaan senjata hanyalah untuk mencapai keamanan dan perdamaian. Kita haruslah taat kepada Allah, Rasulullah dan para pemerintah. Kita juga harus tunduk kepada undang-undang negara yang dipersetujui. Pemerintah haruslah berwibawa dalam melaksanakan hukum, dan mampu menjatuhkan hukum. Pemerintah juga harus bijak menyedarkan masyarakat melalui pertimbangan akal, hati nurani, dan ancaman denda yang berat. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat patuh dan takut melakukan kesalahan. Pemerintah juga haruslah patuh kepada undang-undang dan hukum yang telah ditetapkan. Ini kerana, pemerintah adalah ketua kepada rakyat dan rakyat akan mengikut apa sahaja yang diperintahkan dan menurut apa yang dilakukan.

Akhlak ( Moral )

Tiap manusia harus menjadi anggota masyarakat yang berguna. Hendaklah sentiasa bersiap sedia, serius, gigih, berketerampilan dan mampu bersaing.
Sabda Rasulullah SAW :
”Allah menyenangi hambaNya yang bekerja”
”Sesungguhnya Allah senang kepada orang bila dia bekerja dengan baik dan dengan keahlian”
Al Imam Bukhori berkata :
”Saya mengutuk orang yang tidak punya pekerjaan untuk dunia mahupun akhirat”

Islam memerintahkan pengurangan pengangguran. Penganggur yang mempunyai wang tetapi tidak berakhlak akan merosakkan dan merugikan masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW : ”Sebaik-baik manusia yang bisa memberi manfaat kepada orang lain”.

Runtuhnya akhlak bererti runtuhnya umat dan bangsa.

Kesimpulan
Sebagai manusia kita haruslah memegang dan mengamalkan asas dan pedoman. Ini kerana keenam-enam asas dan pedoman itu merupakan halatuju ke arah keamanan, kesejahteraan dan kedamaian. Setiap asas-asas itu mempunyai kelebihan dan pengajaran yang tersendiri. Ia juga dapat menghalang manusia melakukan kerosakan, huru-hara dan kacau-bilau dalam sesebuah masyarakat. Ada juga yang dapat memupuk manusia agar menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Jadi kita kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini wajib berpegang teguh pada asas-asas ini.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Khairul Anwar Bin Husin

Halangan Perkahwinan

PENGENALAN

DEFINISI PERKAHWINAN

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan Kabul(akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditetukan oleh Islam.

HUKUM BERKAHWIN
•Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

•Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

•Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakkan dan bantahan untuk berkahwin.

•Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

•Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

1. 1 BAHAYA MEMBUJANG TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Islam telah mensyariatkan perkahwinan, malah menggalakkan dan memberangsangkan maka adalah haram seeorang muslim untuk mengelakkan diri daripada perkahwinan. Walaupun niat dan tujuannya untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada beribadah kepada Allah SWT. semata-mata.

Lebih-lebih lagi seorang Islam itu memenuhi syarat-syarat serta kemudahan-kemudahan untuk melangsungkan perkahwinan. Tambahan pula, membujang seumur hidup ini bertentangan sama sekali dengan semulajadi manusia dan amat meneleweng daripada kecenderungan serta keinginan semulajadi mereka.

Sabda Rasulullah SAW. : “Barangsiapa yang berkemampuan untuk berkahwin, kemudian tidak berkahwin, maka ia bukanlah daripada umatku. ”

Kesan daripada membujang dan melencong daripada jalan perkahwinan:

1. Bahaya terhadap kesihatan jasmani.

Apabila ramai masyarakat memilih untuk hidup membujang, maka kebanyakan daripada pemuda-pemudi ini akan menuju kearah satu kehidupan social yang meruntuhkan. Ini disebabkan nipisnya iman dalam diri mereka untuk menghalang diri atau membendung kearah kejahatan. Mereka cenderung melakukan perbuatan-perbuatan sumbang yang menjijikkan sebagai satu cara untuk melepaskan tuntutan kecenderungan atau keinginan semulajadi. Contohnya, pelacuran, perzinaan dan berbagai-bagai tindakan atau hubungan sumbang yang lain.
Apabila mereka melakukan perzinaan atau seks secara rambang, maka akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti:

i. Penyakit gonorea

Penyakit ini akan menular melalui proses perzinaan. Ia akan menimbulkan radang pada rahim dan pada kemaluan. Di samping itu, ia akan mengakibatkan kemandulan dan keradangan pada semua sendi-sendi. Seterusnya penyakit ini juga akan memberikan kesan pada bayi iaitu menyebabkan timbulnya radangan di kedua matanya sehingga akhirnya mengakibatkan buta.

ii. Penyakit siflis

penyakit ini merebak melalui perzinaan atau hubungan seksual yang diharamkan. Ianya akan menimbulkan radangan pada ruas-ruas berlendir dan kadang-kadang dapat menimbulkan bisul-bisul bernanah yang kronik. Seterusnya ia juga akan menyebabkan radang pada saluran kencing, rasa sakit-sakit pada sendi dan bengkak-bengkak atau lebam pada mata, kulit, muka, kuku dan lidah.

iii. Penyakit cacar lunak

Penyakit ini menular melalui zina. Ianya akan menimblkan bisul yang menyakitkan pada kemaluan. Mungkin ia akan tersebar luas ke seluruh kulit yang lain serta merosakkan kulit tersebut.

2. Bahaya dari segi akhlak dan kejiwaan.

Mereka yang melakukan perhubungan seks secara bebas akan menghidap pelbagai penyakit iaitu:

i. Penyakit homoseks dan lesbian.
ii. Penyakit gila seksual.
iii.

3. Bahaya masyarakat(sosial).

Kesan-kesan hidup secara membujang serta mengelakkan diri dari tanggungjawab perkahwinan dan rumahtangga adalah seperti berikut:

i. Ancaman kepada kemantapan dan keruntuhan rumahtangga.

Hal ini terjadi kerana pemuda dan pemudi yang hidup membujang itu sentiasa memenuhi selera nafsu syahwatnya secara haram. Begitu juga dengan orang-orang yang suka berzina atau melanggan pelacur yang menggunakan berbagai-bagai cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kehamilan ataupun melahirkan anak.

ii. Penganiayaan terhadap anak-anak dan kanak-kanak.

Anak-anak yang lahir daripada hubungan yang tidak sah akan mudah terjebak di dalam perhubungan atau pergaulan bebas yang tidak terbatas di mana mereka boleh melakukan apa sahaja. Kesannya mengakibatkan masyarakat yang dipenuhi dengan anak-anak yang kehilangan keturunan dan kehormatan. Jika mereka mengetahui bahawa mereka merupakan anak luar nikah, ini akan menyebabkan mereka berasa malu seterusnya membawa kepada perasaan rendah diri(inferiority complex) dalam jiwa mereka. Kemudian mereka akan bersikap memencilkan diri daripada masyarakat dan kemungkinan besar akan menjadi unsur-unsur yang akan menodai individu dan masyarakat serta keamanan dan kedamaian.

iii. Menimbulkan kesusahan dan kerunsingan terhadap lelaki dan wanita.

Setiap lelaki dan wanita tidak akan dapat menikmati suatu kehidupan yang tenang, aman , tenteram dan bahagia kecuali hidup beumahtangga yang bertunjangkan mawaddah dan rasa kasih dan sayang. Dalam perkahwinan, suami isteri umpama tubuh badan yang satu dari sudut ikatan, kerjasama dan kasih sayang sesama mereka. Perkara-perkara tersebut tidak terdapat dalam masyarakat yang memandang rendah terhadap perkahwinan.

iv. Putusnya hubungan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan(qarabah).

Apabila mereka tidak mahu berkahwin atau lebih suka hidup membujang, mereka cenderung untuk memuaskan nafsu mereka dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina. Keadaan ini menimbulkan sikap suka memberontak dan melakukan prkara-perkara yang melampau. Maka perkara ini akan menjatuhkan maruah keluarga dan menyebabkan pertengkaran dan perpecahan keluarga.

4. Bahaya ekonomi.

Mereka yang menjadikan keseronokan hawa nafsu sebagai kepentingan utama mereka untuk mengelakkan diri daripada melangsungkan perkahwinan secara sah dan mereka tenggelam dalam dosa-dosa yang mereka lakukan. Sebenarnya mereka inilah yang menyebabkan kehancuran ekonomi. Ini adalah kerana produktiviti mereka dalam pekerjaan dan mereka jugatidak dapat menghasilkan sesuatu dengan berkualiti.

i. Lemahnya kekuatan.

Orang-orang bujang yang memuaskan nafsu dengan melakukan perkara-perkara keji akan mudah menghidap penyakit akal, tubuh badan, akhlak dan penyakit jiwa. Mereka ini pastinya tidak akan mampu membangunkan kemajuan dan pembangunan.

ii. Kurang penghasilan.

Mereka tidak ikhlas dalam bekerja serta kurangnya ketelitian dalam menghasilkan sesuatu dengan baik.

iii. Pengambilan cara-cara yang tidak syari’i.

Hal ini terjadi dengan lahirnya peniaga-peniaga yang suka menipu. Mereka ingin menghasilkan sebanyak mungkin harta dengan melakukan perkara-perkara seperti melalui jalan riba dan perjudian, jalan hiburan yang melalaikan, jalan rasuah dan penipuan.

1. 2 CARA UNTUK MEMBANTERAS AMALAN MEMBUJANG

Bergantung kepada dua perkara yang asasi. Antaranya ialah:

i. Pembersihan

Pembersihan bermaksud membersihkan jalan-jalan kea rah perzinaan, tempat-tempat hiburan, tempat-tempat perkelahan, sekolah-sekolah dan masyarakat seluruhnya daripada sebarang perilaku-perilaku sumbang dan perbuatan-perbuatan keji atau tidak bermoral. Apabila mereka telah insaf akan kesilapan mereka telah lakukan dulu, pasti mereka sedar bahawa jalan untuk memenuhi nafsu seks adalah dengan berkahwin seperti yang telah disyariatkan oleh Allah kepada umatNya.

ii. Perkahwinan secepat mungkin(kahwin waktu muda)

Berkahwin dalam usia uda merupakan sunnah Islam. Rasulullah SAW. bersabda:

“Wahai para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu, maka berkahwinlah. ”

1. 3 HALANGAN-HALANGAN PERKAHWINAN

Perkara-perkara yang menghalang perkahwinan telah meningkatkan masalah suka membujang dan mendorong pemuda untuk hidup bersendirian adalah:

1. Keterlaluan dalam menentukan mahar.
Kebanyakan masyarakat kini berbeza dengan masyarakat dahulu yang merendahkan mahar. Kini, ibu bapa meletakkan mahar yang tinggi kepada sesiapa yang ingin mengahwini anak mereka. Keadaan ini seperti memperdagangkan barangan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. Mereka mengenepikan nilai-nilai akhlak dan agama yang memudahkan perkahwinan didirikan dan menjadi asas kepada binaan keluarga.

Kisah-kisah pada zaman Rasulullah.

Seorang lelaki telah menemui Rasulullah agar mengahwinkannya dengan seorang perempuan. Rasulullah bertanya:

“Apa yang engkau miliki// ”
“Demi Allah wahai Rasulullah, tidak ada apa yang kumiliki. ”
“Pergilah dapatkan sesuatu dari keluargamu. ”
Dia pun berlalu dan kembali selepas itu.
“Demi Allah, aku tidak memperoleh sesuatu pun. ”
“Dapatkanlah, walau sebentuk cincin dari besi”
Dia kembali semula.
“Tidak ada wahai Rasulullah kecuali selendangku ini yang boleh kuberikan padanyaseparuh. ”
“Apa yang dapat kau lakukan dengannya// Kalau kau memakainya, dia tidak dapat merasainya. Begitulah sebaliknya. ”
Lelaki itu pun duduk begitu lama. Dia lalu bangkit. Rasulullah melihatnya begitu dukacita lalu dipanggilnya. Baginda SAW bertanya:
“Adakah engkau menghafal surah// ”
“Ya. ”. Lalu disebut nama-nama surah yang dihafalnya.
“Engkau boleh mengajarnya// ”
“Pegilah!. Aku kahwinkan engkau dengan Al-Quran. ”

(maharnya ialah mengajar isterinya apa yang diketahuinya mengenai Al-Quran).


2. Bebanan perkahwinan yang melampau.

Bebanan ini merupakan beberapa mahar lain yang mesti diberikan kepada isteri dan beberapa perbelanjaan lain yang amat memberatkan bebanan orang yang hendak meminang. Di antaranya ialah hadiah-hadiah peminangan dan peryaan-perayaan tertentu, serta pengantin baru.

Pihak bapa-bapa, wali-wali dan keluarga mereka hendaklah menyedari bahawa Islam tidak mensyaratkan perbelanjaan semasa melakukan akad dan majlis pernikahan kecuali memberikan mahar kepada wanita yang dikahwini, mengadakan kenduri untuk meraikan pengantin baru dan menyambut tetamu bersesuaian dengan keadaan. Hadiah- hadiah, perbelanjaan dan sebarang tanggungan selain dari ini bukanlah satu kewajipan. Sebaliknya terserah kepada budi bicara lelaki yang meminang mengikut kedudukan kewangannya.

Jika ia berkemampuan dan berhasrat memberi hadiah kepada tunangnya atau menjamu manisan-manisan untuk para tetamu, ia hendaklah memastikan tidak smapi kepada pembaziran dan bermegah-megahan. Ini adalah memandangkan Nabi sendiri memerintahkan supaya memuliakan para tetamu di mana sifat ini dikira satu tanda keimanan.





3. Halangan pengajian.

Sebilangan besar dari anak-anak muda yang berpelajaran menjadikan beberapa faktor sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari memikirkan persoalan kahwin di benah para pemuda dan pemudi yang masih belajar sama ada di peringkat Universiti atau di peringkat sekolah menengah. Faktor- factor tersebut adalah:

i. Masalah kewangan dan perbelanjaan.
ii. Perkahwinan akan mengganggu pengajian.
iii. Sifat malu untuk berterus terang dengan keluarga.

4. Berleluasanya jalan-jalan memuaskan ‘instinc’ yang tidak disyarakkan.

Para pemuda sekarang ini tidak berkeinginan atau merasa perlu baginya untuk berkahwin kerana dipengaruhi oleh corak hidup yang penuh kegembiraan. Mereka menganggap perkahwinan sebagai satu beban dan bukan sebagai satu tanggungjawab.

5. Pendapatan yang rendah berbanding dengan taraf hidup yang tinggi.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah merasa bimbang untuk melaksanakan cita-cita membentuk keluarga dan melahirkan anak-anak yang mulia. Mereka berasa tidak mampu memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak mereka kelak.

6. Pengangguran yang berleluasa.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tidak akan terfikir untuk berkahwin kerana mereka tidak mampu untuk menyara diri sendiri apatah lagi untuk memikul tanggungjawab untuk menanggung keluarga.

7. Menyerahkan urusan pendahuluan kepada wanita.

Segala urusan peminangan diserahkan mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka. Begitu juga dalam segala urusan perkahwinan, mereka diberikan kebebasan penuh untuk campur tangan mengikut kehendak hati mereka. Perkahwinan yang hampir sempurna telah hancur berkecai jika diuruskan oleh wanita yang tidak pandai menguruskannya.

8. Iman yang lemah.
Salah satu faktor yang mendorong pemuda pemudi memilih cara kehidupan yang penuh dengan dosa serta melakukan perbuatan-perbuatan keji dan hina, seterusnya mereka hanyut dalam kesesatan hawa nafsu ialah apabila nipisnya iman seseorang itu. Mereka tidak takut akan dosa dan azab seksa.

1. 4 SEBAB-SEBAB DISURUH UNTUK BERKAHWIN DARIPADA MEMBUJANG

1. Memelihara keturunan manusia.

Perkahwinan merupakan satu jalan untuk mengembangkan keturunan manusia. Ianya adalah faktor yang paling asas untuk meneruskan dan mengekalkan keturunan manusia di muka bumi ini, sehingga Allah SWT. mewariskan bumi dan segala isinya kepada mereka. Firman Allah SWT. menjelaskan:

“Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, da daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripadanya keduanya Allah memperkembag biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. ” (An-Nisa:1)

2. Menjaga nasab (keturunan)

Melalui perkahwinan yang disyariatkan oleh Alah SWT. ini, anak-anak akan dapat berbangga dengan nasab mereka kepada ibu bapa mereka. Ini adalah kerana pada nasab tersebut mengandungi pengakuan diri mereka, kemuliaan diri mereka sebagai manusia dan juga kebahagiaan jiwa mereka. Seandainya tidak ada perkahwinan, pastilah masyarakat akan dipenuhi dengan anak-anak yang kehilangan kehormatan dan nasab. Maka, akan tersebarnya kerosakan moral serta kebebasan melakukan hubungan sejenis akan berleluasa.

3. Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral.

Dengan perkahwinan, masyarakat akan terhindar daripada keruntuhan moral dan masyarakat tersebut akan terselamat daripada kegiatan sosial. Ini disebabkan kecenderungan semulajadi terhadap jenis yang berlawanan itu dapat disalurkan dan dipuaskan melalui perkahwinan yang sah dan hubungnan yang halal. Rasulullah SAW. telah menjelaskan hikmah moral ini ketika baginda mengarahkan sekumpulan pemuda untuk berkahwin dengan seruan yang indah ini:

“Wahai sekelian pemuda, siapa diantara kamu yang berkemampuan, hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan itu akan menundukkan pandangan mata serta lebih dapat menjaga kemaluan…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. )

4. Kerjasama suami isteri dalam membentuk keluarga dan mendidik anak-anak.

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi tempat bernaung yang kukuh dan menjanjikan ketenangan di mana wujudnya suasana yang dikatakan “Rumahku Syurgaku”. Melalui perkahwinan akan terbinalah kerjasama antara suami isteri dalam membentuk keluarga, mendidik anak-anak dan menanggung bebanan kehidupan. Bapa adalah orang yang diletakkan harapan memberikan keperluan dan didikan, sementara ibu sebagai lambing kasih saying dan ketenangan.

Firman Allah SWT. yang bermaksud: “Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagianyang lain dan disebabkan kerana mereka(para suami) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. ” (An-Nisa:34)
Dengan demikian akan terbinalah semangat kerjasama di antara suami isteri. Keluarga juga akan terbentuk di atas asas-asas pendidikan yang utama. Seterusnya akan terbinalah sebuah rumah tangga yang penuh nikmat.

5. Menyelamatkan masyarakat daripada berbagai-bagai penyakit.

Dengan perkahwinan, masyarakat akan terselamat daripada berbagai-bagai penyakit merbahaya yang begitu menular dan tersebar luas kesan daripada perbuatan-perbuatan keji dan perzinaan yang berleluasa. Di antara penyakit-penyakit ini adalah penyakit siflis(penyakit kelamin), gonorea(penyakit kencing bernanah) penyakit aids dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya. Di samping itu, kelemahan tubuh badan mencacatkan nasab serta tersebarnya wabak yang merbahaya.

6. Ketenangan rohani dan jiwa.

Dengan perkahwinan, ikatan mawaddah dan rahmah(cinta dan kasih saying) antara suami isteri akan bertambah. Masing-masing akan dapat menikmati perasaan yang tenang, kelembutan serta mendapatkan kebahagiaan di bawah naungan antara satu sama lain.

Dengan demikian masing-masing akan menyambut setiap hari yang baru selepas pertemuan itu dengan penuh semangat, penuh keazaman, kesungguhan dan kegembiraan untuk melaksanakan tugas-tugas di bidang masing-masing. Situasi ini sudah pasti akan memperkuatkan lagi rasa tanggungjawab, memberikan dorongan dan semangat untuk melaksanakan tugas atau kerja-kerja, seterusnya akan mewujudkan kebahagiaan rumahtangga, keluarga dan anak-anak.

7. Membangkitkan rasa keibuan dan kebapaan.

Melalui perkahwinan, akan terpancarlah rasa kasih saying dari kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Perasaan kasih saying akan tumbuh dan berkembang subur pada kedua ibu bapa itu. Seterusnya rasa kecenderungan terhadap buah hati mereka itu akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Di samping itu juga, anak-anak akan sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk menjalani kehidupan utama serta menampakkan satu kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka.


Oleh sebab itu, jelaslah betapa hebatnya faedah-faedah dan hikmat perkahwinan tersebut kepada individu serta masyarakat.

1. 5 CARA-CARA MENGATASI MASALAH-MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN HALANGAN-HALANGAN PERKAHWINAN

// Negara hendaklah menegah perniagaan majalah-majalah lucah, cerita-cerita seks dan gambar-gambar yang mendedahkan dari pasaran dan percetakan. Sekatan juga harus dilakukan ke atas radio dan televisyen dari menyiarkan drama yang mengghairahkan.
// Memberikan perhatin yang serius terhadap orang-orang yang terlibat dengan kegiatan pelacuran iaitu dengan menambah bilangan mata-mata gelap di kawasan-kawasan yang diragui. Hukuman berat hendaklah dikenakan terhadap kes-kes berat.
// Media massa menyiarkan rencana untuk menyedarkan tentang pentingnya perkahwinan dan menyelitkan nilai- nilai murni supaya masyarakat sedar akan kesilapan masing-masing.
// Menyegerakan pemberian upah seorang pekerja.
// Menghulurkan upah yang setimpal kepada pekerja dan pegawai.
// Negara perlu menyediakan keperluan hidup yang cukup.
// Memberi sumbangan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.
// Membahagikan pungutan zakat.
// Mendidik anak-anak mangikut neraca pendidikan Islam dengan membiasakan anak hidup dalam kesusahan, berdikari, bertanggungjawab, bersikap benar, berterus terang dan berani dengan penuh adab sopan.
// Berpuasa.
// Menahan pandangan dari perkara-perkara haram.
// Menjauhi dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan keghairahan.
// Memenuhi masa kosong dengan perkara-perkara yang berfaedah.
// Memilih kawan yang baik.
// Mengikut nasihat perubatan seperti banyakkan melakukan latihan badan dan bersu


KESIMPULAN

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya sedar bahawa perkahwinan merupakan satu jalan penyelesaian bagi masalah sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini.

Tambahan pula, mengikut Sunnah Allah dan tabiat alam, penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi bagi masalah sosial adalah dengan berkahwin kerana ia dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi mengikut pandangan masyarkat dan system pendidikan kini, pilihan dapat dilakukan terhadap tiga perkara yang kesemuanya adalah tidak baik. Yang penting, kamu haruslah berfikir mengenai pilihan yang keempat iaitu berkahwin.

Cara-cara untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang mungkar ialah:
i. Berpuasa
ii. Menahan pandangan dari perkara-perkara haram.
iii. Menjauhi diri dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan keghairahan.
iv. Memenuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.
v. Memilih kawan yang baik.
vi. Mengikut nasihat perubatan seperti:
•Bersukan
•Mengurangkan minuman bergas dan berkafein.
•Tidak mengambil minuman beralkohol
•Menjauhi dadah
•Banyakkan minum air
vii. Merasakan takut terhadap Allah di setiap waktu.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nor Hafizah Binti Nafi

Perlukah Pendidikan Seks Di Utamakan

Perlukah pendidikan seks di utamakan?
Suatu pertanyaan yang tidak begitu sahaja dapat dijawab, sebelum kita mengetahui beberapa persoalan.

1. apakah itu seks?
2. apakah itu pendidikan seks dan apa tujuannya?
3. siapakah yang mengajar pendidikan seks?
4. apakah Islam tidak mempunyai pendidikan seks?
5. sudahkan ada di dunia ini, negara yang telah melaksanakan pendidikan seks bagaimana hasilnya?
6. Islam Mengajar Cara Mendidik Seks.
7. Pendidikan seks dan Agama Islam.

1. Apakah Itu Seks ?

Salah satu dari erti seks ialah Nafsu Syahwat iaitu suatu kekuatan pendorong hidup yang mempunyai beberapa nama di antaranya insting atau naluri yang dimiliki manusia. Naluri yang dimiliki lelaki dan perempuan yang mempertemukan mereka bagi meneruskan kelanjutan keturunan manusia.
Nafsu syahwat ini telah ada sejak manusia lahir di muka bumi ini lagi iaitu semasa mereka menyusu dengan ibu mereka. Mereka mula menghayatinya apabila kedua bibirnya bertemu dengan puting buah dada ibunya untuk menyusui kerana lapar. Inilah rasa seks pertama yang dialami manuasi.

Menurut FREUD seks berkembang melalui beberapa fasa iaitu;
•Fasa 1 - fasa oral(mulut atau bibir), berlaku pada usia 1-2 tahun
•Fasa 2 - dubur, berlaku pada usia 2-3 tahun di mana bayi akan merasai mereka ingin membuang air besar dan sering kali kita lihat pada tahap ini bayi memakan tahinya sendiri.
•Fasa 3 - zakar, iaitu bayi lelaki mengetahui mereka mempunyai alat kelamin yang dipanggil zakar. Berlaku pada usia 3-5 tahun.
•Fasa 4 – fasa di mana seks tidak menonjol, berlaku sejak mereka memasuki alam persekolahan. Berlaku sehingga ke alam remaja.
Perkembangan seks ini lebih menonjol pada anak lelaki berbanding dengan anak perempuan.
•Fasa 5 – fasa di mana kalenjar dan alat kelamin mula berfungsi serta perhatian seks terhadap lelaki dan perempuan yang berbeza dan pada tahap ini mereka akan menjadi manusia seksual.
Bagi anak lelaki fasa ini akan berlaku dalam lingkungan umur 16 tahun dan bagi anak perempuan seawal umur 12 tahun dengan perkembangan yang sangat berbeza.

Anak lelaki
Akil baligh atau tahap matang bagi anak lelaki berlaku apabila mereka bermimpi melakukan hubungan seksual dengan perempuan dengan mengeluarkan air mani disertai dengan rasa nikmat yang dianugerahkan oleh ALLAH swt. Mimpi ini dinamakan mimpi basah kerana mengeluarkan air mani di bahagian alat sulitnya.

Selepas peristiwa ini, anak lelaki akan mengalami perubahan yang ketara pada diri mereka seperti perubahan dalam bentuk badan yang makin membesar, suara menjadi lebih kasar, jiwanya mulai tertarik kepada perempuan.

Anak perempuan
Bagi anak perempuan, mereka akan mengalami pendarahan yang keluar dari farajnya, yang dinamai haid pertama, yang sering memberikan rasa ketakutan, tidak selesa dan yang jelas mereka tidak merasai nikmat seks, seperti mana yang dirasai oleh anak lelaki semasa tibanya akil baligh.

Mereka juga akan mengalami perubahan dalam bentuk fizikal dan rohaniah akibat kalenjar kelaminnya mulai berfungsi mengeluarkan telur pada setiap bulan iaitu ovum. Di antaranya ialah perubahan bentuk badan, buah dada mulai membesar dan mula menginginkan lelaki yang ideal, taat, pelindung serta mempunyai sifat pemimpinnya.

Tindakan seksual yang dilarang oleh Islam selepas akil baligh:
•Onani, iaitu memuaskan nafsu dengan merangsang alat kelamin sehingga mencapai kepuasan seks dengan diri sendiri.
•Homoseks, bagi perempuan yang mempunyai sifat lesbian iaitu mencari kepuasan seks dengan kaum sejenis baik secara rangsangan atau melalui hubungan seksual.
•Liwat, bagi lelaki iaitu memuaskan nafsu seks melalui rangsangan dengan merangsangkan zakar masing-masing atau memasukkan zakar ke dalam dubur pasangannya iaitu kaum sejenisnya.
•Zina, iaitu di antara lelaki dan perempuan bagi mencari kepuasan seks dengan meraba-raba tubuh, bercumbuan sehingga ke tahap melakukan hubungan seksual tanpa ikatan yang sah.
•Melacur, iaitu bagi memuaskan nafsu atau untuk mencari pendapatan yang memuaskan bagi perempuan dan bagi lelaki dilarang memuaskan nafsu mereka dengan melakukan zina dengan pelacur.

Tindakan di atas bukan sahaja tidak dirahmati oleh Allah SWT. malahan ia adalah dosa besar. Tindakan ini juga akan membawa kesan-kesan yang tidak baik pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Maka jauhilah diri dari melakukan tindakan yang tidak bermoral ini bagi menjaga kesihatan dari dijangkiti sebarang penyakit, mendapat kerahmatan dari Allah s.. w. t, dan sebagainya.

2. Apakah Itu Pendidikan Seks Dan Apakah Tujuannya

Menurut seksualogi, nafsu syahwat adalah kekuatan, naluri yang terkuat di antara naluri-naluri lainnya. Ini pun dijelaskan oleh ALLAH SWT. dalam surah Ali Imram ayat 14 yang bermaksud:
”Dihiasi hidup manusia dengan keinginan kepada wanita, dan anak-anak, kekayaan yang melimpah dari emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup manusia di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik. ”

Nafsu seks ini juga merupakan nafsu seks yang dapat menjerumuskan manusia ke jurang kejahatan seperti pembunuhan, zina dan sebagainya. Pembunuhan yang pertama yang terjadi pada anak-anak Adam dan Hawa, sebagai bapa dan ibu manusia yang pertama adalah kerana seks.
Ia dapat dirumuskan bahawa nafsu seks ini begitu besar bahayanya, sehingga Nabi Yusuf sendiri pun tidak luput dari dorongannya, sehingga ia hampir jatuh kepada kejahatan, andai Allah tidak melindunginya, sebagai yang dijelaskan oleh Allah SWT. di dalam kitab suci Alquranul Karim pada surah Yusuf ayat 23, 24, dan 24 yang bermaksud:

”Dan dia(Zulaikha) yang dia (Nabi Yusuf) tinggal di rumahnya, telah menggodanya untuk menurutkan hawa nafsunya dan dia menutup pintu-pintu serta berkata: ”Marilah ke sini”, Yusuf menjawab: ”Aku berlindung pada Allah, sesungguhnya dia Tuanku (suami Zulaikha), telah memberikan tempat yang baik buatku, sesungguhnya tidak beruntung orang-orang yang zalim. ”

Jelaslah bahawa nafsu syahwat itu dapat dikelompokkan ke dalam dua kelompok, iaitu:

•Nafsu yang dirahmati, dibimbing oleh Allah, yang akan membawa manusia kepada kebahagian, kesenangan, dunia dan akhirat, menjadi kekuatan utama dalam pembentukan rumah tangga. Nafsu yang memberikan kesenangan seks yang optimal dalam hubungan seksual, yang dihalalkan kerana dilakukan setelah adanya ikatan perkahwinan, ijab qabul, antara orang tua si gadis dengan si lelaki, yang merupakan suami isteri. Ijab qabul inilah yang membolehkan, memberi hak suami untuk melakukan segala macam tindakan seperti mencium, memegang, berduaan di tempat tidur, yang merupakan ibadah, dianjurkan oleh Islam. Malah perkahwinan ini adalah suruhan, sunnah, hal yang diamalkan Nabi Muhammad SAW. yang disuruhkan dengan ucapan beliau.

”Nikah itu adalah sebahagian sunnahku maka orang yang tidak mengamalkan sunnahku, dia tidak termasuk umatku. ”

•Nafsu syahwat yang tidak dirahmati Allah, nafsu yang liar, yang dibimbing oleh syaitan, maka ia akan membawa manusia kepada kemaksiatan, untuk melakukan perkara yang terlarang dan diharamkan:
a. Onani, iaitu melakukan berbagai tindakan hingga menghasilkan kepuasan seks pada diri sendiri. Di dalam hukum Islam ia di panggil kahwin tangan, tindakan ini adalah dilarang oleh Islam, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:
”Allah mengutuk orang yang kahwin, bersetubuh dengan tangannya. ”
Bagi seorang pemuda yang ingin berkahwin tetapi belum bersedia, maka Nabi Muhammad memberikan cara untuk menahan perasaan seks itu melalui berpuasa.

b. khalwat, berduaan dengan perempuan yang bukan muhrim, perbuatan ini adalah sangat dibenci oleh Allah SWT. dan dilarang oleh Agama Islam. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. yang membawa maksud bahawa ”Orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah berkhalwat, berduaan dengan perempuan tanpa disertai oleh muhrimnya, kerana yang ketiga adalah Syaitan. ”

c. zina, melakukan hubungan seksual di luar nikah dapat dikelompokkan menurut seksualogi ke dalam:
•premarital intercourse, zina pemuda-pemudi sebelum kahwin.
•Intramarital intercourse, zina yang dilakukan oleh suami atau isteri dengan orang lain atau pelacur.
•Postmarital intercourse, zina yang dilakukan oleh janda atau duda, dengan orang lain atau pelacur.

Semua bentuk zina dilarang oleh Allah SWT. , tercantum dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud:”Janganlah engkau mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalahsesuatu perbuatan keji dan jalan yang buruk. ”

d. Homoseks atau lesbian, tindakan mencapai kepuasan seksual dengan sejenis , lelaki dengan lelaki di namakan homoseks dan perempuan dengan perempuan di namakan lesbian. Tindakan homoseks ini pernah terjadi pada waktu Nabi Luth, yang melarang mereka, namun mereka tidak menghiraukan malah mengusirnya dari daerah tersebut. akhirnya Allah SWT. menghancurkan mereka dengan hujan batu, sebagai yang dijelaskan dalam surah Al-A’raf ayat 84 yang bermaksud:
”Dan Kami turunkan kepada mereka hujan batu, maka perhatikanlah kesudahan orang-orang yang berdosa. ”

Dari uraian tersebut dapat kita simpulkan bahawa pendidikan seks ialah mendidik nafsu syahwat sesuai dengan ajaran Islam, supaya ia menjadi nafsu yang dirahmati Allah, untuk mencipta ketenangan dan kebahagian dalam rumah tangga, tempat mendidik keturunan yang taat kepada Allah dan supaya manusia menjauhi zina.

Islam memerintahkan umatnya baik lelaki ataupun perempuan tanpa mengira usia suci dari melakukan zina. Si bujang dan si gadis, si dewasa tidak akan melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin, dan si duda atau si janda tidak akan melakukan hubungan seksual sesudah kematian atau penceraian isteri atau suami.

3. Siapakah Yang Mengajar Pendidikan Seks ?

Setiap manusia, baik lelaki mahupun perempuan, sejak lahir mereka telah diajar mengenai pendidikan seks. Mereka telah diajar oleh kedua ibu bapanya dengan mendidik anak-anaknya dan juga untuk dirinya sendiri. Selain ibubapa kakak, abang dan saudara terdekat juga akan bertanggungjawab untuk mendidik anak yang masih kecil mengenai asas-asas pendikan seks. Sebagai contohnya mereka mendidik anak kecil supaya menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan, menjaga aurat dan sebagainya.

Di sekolah, guru-guru juga mengajar pendidikan seks. Walaupun secara tidak mendalam tetapi setiap yang diajar oleh orang yang berpelajaran sangat berkesan pada anak-anak kecil sehinggalah mereka meningkat dewasa. pendidikan seks bukan sahaja diajar pada waktu pendidikan jasmani, pendidikan Islam tetapi diajar pada setiap masa, bagi melahirkan pelajar dan anak yang baik dengan mempunyai tingkah laku baik.

Masyarakat serta pemerintah juga mengutamakan pendidikan seks untuk membuat peraturan, undang-undang mencegah serta menghukum pelanggar seks. Pendidikan seks sangat dititikberatkan bagi memberi kesedaran yang mendalam pada setiap umat manusia supaya sentiasa menjaga aktiviti seksual mereka. Dengan adanya hukuman seperti ini, masalah yang berkaitan dengan seks dapat memberi kesedaran pada setiap pesalah.

4. Apakah Islam Tidak Mempunyai Pendidikan Seks ?

Menurut Islam pendidikan seks ialah sebahagian dari pendidikan akhlak, iaitu untuk menjadikan manusia beriman, mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan larangan Rasul-Nya. Seluruh pendidikan, termasuk pendidikan seks, etika seks, dimulai dari pengertian aurat, iaitu bahagian tubuh yang diwajibkan menutupinya, tidak boleh diperhatikan dan tidak boleh juga melihat aurat orang lain, secara mendalamnya dia adalah bahagian dari tubuh yang dapat membangkitkan nafsu seks, dan pelaksanaan nafsu seks.
Aurat bagi lelaki ialah bahagian yang terletak antara pusat dan lutut, termasuk penis, sebahagian pusatnya, dan pada perempuan seluruh tubuh selain muka dan tangan, dengan pusatnya faraj, vulva. Mengenai aurat ini marilah kita dengarkan dua hadis yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Aisyah RA. : Sesungguhnya Asma anak Abu Bakar masuk ke dalam tempat Rasul Allah SAW. dan dia berpakaian tipis, maka Rasulullah memalingkan pandangan dari Asma dan berkata: ”Hai Asma, sesungguhnya perempuan bilantelah mencapai haidh, maka tidaklah sah lagi dilihat dari padanya selain ini. ” Dan beliau mengisyaratkan kepada muka beliau dan kedua telapak tangannya.

Bersabda Rasulullah SAW. : ”Janganlah lelaki melihat aurat lelaki lainnya dan janganlah perempuan melihat aurat perempuan lainnya, dan janganlah bersentuhan lelaki dengan lelaki lain di bawah satu selimut dan janganlah perempuan bersentuhan dengan perempuan di bawah satu selimut. ” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim dan Abu Daud dan Tarmidzi).

Tingkah laku menutup aurat telah diajar sejak bayi lagi, iaitu semasa bayi mula membuang air kecil dan air besar. Pada setiap itulah, si ibu akan membersihkan dan menutup tubuh bayi tersebut dan tidak akan membiarkan si bayi mendedahkan auratnya dengan bertelanjang. Pada usia 2 tahun, mereka akan diajar untuk membuang air kecil atau besar di dalam kamar mandi yang tertutup, sehingga tidak kelihatan dari luar oleh orang lain. Dengan cara ini, maka manusia muslim telah diajar dan dilatih untuk berpakaian sejak mereka bayi lagi. Terutamanya untuk menutupi auratnya dengan bentuk badan yang berbeda antara lelaki dengan perempuan. Bagi perempuan auratnya mestilah dijaga untuk mengelak dari merangsang seksual.

Ibu bapa haruslah tidak pula memperlihatkan aktiviti sekssual mereka di hadapan anak-anak mereka, di muka bayi sekalipun, kerana walaupun si bayi tidak mengerti apa-apa tetapi aktiviti seksual itu telah mempengaruhi ke dalam otaknya, melalui pancainderanya terutama penglihatan dan pendengaran. Ibu bapa juga haruslah menjaga aurat di depan anak-anak mereka dengan berpakaian sopan, menjaga tingkah laku dan sebagainya. Perkara di atas telah dibuktikan oleh seorang psikologi WERNER WOLFF, yang berkata:

”Bahaya yang paling besar ialah di mana anak kecil tidak mengerti apa-apa mengenai reaksi-reaksi emosional atau seksual yang diperlihatkan orang tua mereka di hadapan anak-anak mereka, R. M Kindner mentafsirkan suatu material autobiografi iaitu di mana seorang pemuda menderita gangguan jiwa disebabkan teringat akan peristiwa yang berlaku semasa dia masih di dalam buaian. Penderitaan yang dialaminya ialah kerana mengingat peristiwa di mana orang tuanya melakukan hubungan seksual dengan jelas di hadapannya. ”

Penemuan psikologi ini memperkuatkan lagi isi hadis, yang menjelaskan bahawa kedua orang tualah yang pertama bertanggungjawab atas didikan akhlak anal mereka, termasuk akhlak seksual, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:”Setiap anak yang dilahirkan adalah suci, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi. ”

Jelasnya, jangankan tingkah laku, malah keyakinan lain mengenai Islam dapat dilahirkan pada si anak kerana tingkah laku, serta bicara yang diperlihatkan oleh kedua orang tua mereka dihadapan anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Di dalam Islam juga telah meletakkan dasar akhlak seks dilakukan dengan bicara atau menegur jika si anak yang masih kecil melakukan sesuatu yang tidak baik seperti tidak berpakaian, membuang air kecil di merata-rata tempat dan sebagainya. Rumah tangga juga haruslah beriklimkan Islam, seperti yang disunnahkan Nabi SAW. yang bermaksud: ”Hasilkan rumah tanggamu dengan solat berjama’ah dan membaca Alquran. ”

Dengan memberi didikan agama dan pendidikan seks sejak anak-anak masih kecil ia dapat membentuk seorang mukmin yang sejati apabila dewasa kelak. Ibu bapa haruslah mendidik dan melatih anak-anak bersolat sejak berusia 7 tahun lagi, mengajar mereka tentang aurat, najis, pencucian alat kelamin dari najis, iaitu cara berwudhu yang betul dan memelihara auratnya. Dengan melakukan solat sejak kecil ia dapat memberikan pengertian tentang Allah SWT. yang Mahakuasa, Mahapengasih dan Mahapenyayang, serta menanamkan kepatuhan kepada Allah SWT.. Anak-anak kecil juga haruslah menghasilkan dan menanamkan rasa iman ke dalam hati, sehingga dapat menjauhi diri mereka dari melakukan kejahatan dan kemungkaran, di antaranya kejahatan seksual.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

”Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Alquran dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat)adalah lebih besar(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain)dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”

Dengan perintah mengajar anak yang berumur tujuh tahun mendrikan solat, ia dapat mempersiapkan anak tersebut untuk menghadapi zaman remaja yang penuh dengan cabaran sehingga sekiranya pendidikan solat ini betul-betul dilakukan maka ia akan menjadi benteng atau tiang kepada setiap insan itu daripada terjerumus ke dalam lembah kesesatan yang penuh dengan maksiat. Islam mengatur pergaulan anak lelaki dan perempuan , mahupun lelaki dan perempuan di antaranya:

• Nabi SAW. melarang dan memperingatkan bahayanya berdua-duaan atau berkhalwat. Berdasarkan hadis ini yang bermaksud:
”Orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka ia tidak akan berkhalwat dengan seorang perempuan disertai muhrimnya, kerana yang ketiga adalah syaitan. ”

• Nabi SAW. menunjukkan cara memakai mata, penglihatan sebagai alat yang mudah menimbulkan nafsu syahwat.

Dari ’ Ali RA. dari Nabi SAW. beliau bersabda: ”Hai ’Ali, janganlah engkau perturutkan pandangan pertama dan kedua, kerana yang pertama halal bagimu dan yang lain tidak halal bagimu. ”(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

Allah SWT. sendiri juga memerintahkan untuk menjaga pandangan dan memelihara faraj kerana keduanya mempunyai kaitan. Mata adalah alat pancaindera yang sangat peka terhadap seks. Allah SWT. telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30 yang membawa maksud: Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: ” Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci dari mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. ”

Katakanlah kepada perempuan yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung mereka ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka. ”

Allah SWT. juga melarang kita mendekati zina, iaitu melakukan sesuatu yang mungkin mendekatkan diri kepada zina, seperti pergaulan bebas, mandi bersama lelaki dan perempuan, mengunjungi pusat hiburan(disko), membaca buku-buku porno, menonton video yang berunsur lucah dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: ”Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang busuk. ”


Allah SWT. berfirman dalam surah An-Nur yang bermaksud:

”Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, deralah mereka setiapnya seratus kali dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari akhirat, dan hendaklah(pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman). ”

Dari maklumat di atas dapat dirumuskan bahawa dalam pendidikan seks, Islam mengutamakan dahulu pendidikan rohaniah, moral, etika, sejak dari bayi lagi yang diajar oleh ibu bapa serta keluarga di dalam rumahtangga dengan meletakkan dasar Iman kepada Allah SWT.. Jelas bahawa Islam mempunyai pendidikan seks yang sempurna untuk mereka yang beriman.

5. Sudahkan Ada di Dunia ini Negara Yang Telah Melaksanakan Pendidikan Seks dan Bagaimana Hasilnya ?

Negara Eropah yang pertama memasukkan pendidikan seks ke dalam sekolah ialah negara Sweden, yang majoriti penduduknya menganut agama Katolik yang kuat, kerana melihat bahawa, baik remaja mahupun orang dewasa telah memperlihatkan penyimpangan hidup seksual. Yang jelas telah menunjukkan ia berlawanan dengan ajaran gereja, seperti hidup bersama, pendidikan seks juga haruslah neutral iaitu tanpa dipengaruhi oleh Agama. Sesudah hampir satu abad berjuang maka hasilnya jauh dari yang diharapkan dan sebab yang utama ialah kerana Gereja sudah lemah pengaruhnya.

Kenyataan ini memperkuatkan pendapat bahawa pendidikan seks tanpa iman untuk orang Islam tidak ada ertinya. Alat-alat pencegah hamil, seperti pil, kondom memberikan mereka keberanian untuk berzina, berani untuk menggugurkan kandungan, dan antibiotik yang dapat melindungi mereka dari penyakit kelamin.

Dari seluruh uraian dapat kita mengambil kesimpulan bahawa sudah tiba saatnya terutama ulama, pendidik muslim memikirkan untuk merumuskan pendidikan seks untuk orang tua, anak-anak, masyarakat dan undang-undang yang dapat menyelamatkan generasi penerus dari kehancuran. Maka memang perlu pendidikan seks di utamakan sejak kecil, kerana pemikiran seseorang akan cepat bertindak semasa kecil lagi. Apalagi sekiranya mereka tidak pernah mendapat pendidikan agama dan hidup dalam rumah tangga di mana kedua orang tua pun tidak melaksanakan kewajipan agama, baik untuk diri mereka sendiri, mahupun terhadap anaknya.

Pelajaran agama Islam yang diberikan di sekolah-sekolah umum tidak boleh diharapkan akan dapat memberikan keimanan kepada anak-anak kita, kalau tidak ditambah oleh orang tua dan di surau atau masjid, semasa kuliah mahgrib, subuh atau ceramah agama yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu.

Perbuatan jenayah dan salah laku seks di kalangan remaja adalah antara gejala kemerosotan akhlak yang kian membimbangkan. Apatah lagi apabila kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dua tahun lalu mendapati bahawa antara yang terbabit dalam kes jenayah dan kegiatan salah laku seks ialah remaja berusia 12 tahun. Mungkin kebimbangan inilah yang mendorong Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) mencadangkan supaya mata pelajaran seks diperkenalkan di sekolah menengah, walaupun belum ada kajian yang membuktikan bahawa ketiadaan pendidikan seks sebagai satu mata pelajaran atau kegiatan kokurikulum adalah faktor yang menyebabkan meningkatnya penyelewengan seks di kalangan remaja.

Namun, sesuai dengan fungsi dan tanggungjawab sosial institusi pendidikan, cadangan KPNPM yang dikemukakan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail adalah wajar. Malah dari perspektif pembangunan kemanusiaan, cadangan ini jika dilaksanakan dengan bijaksana boleh memberi sumbangan positif kepada matlamat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukanlah sesuatu yang keterlaluan apabila mengharapkan proses pendidikan yang bersepadu dan berterusan merangsang remaja mengenal pasti dan membezakan nilai murni kemanusiaan dan kehidupan dengan lebih rasional dan mampu menghayati nilai ini dengan bijaksana dan berhemah, khususnya berkaitan seks.

Bukan juga mustahil bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terancang, kefahaman seks dapat diterapkan untuk meningkatkan keprihatinan remaja terhadap gejala negatif seks. Setidak-tidaknya, program pendidikan yang terancang dan menyeluruh dapat mengubah tanggapan remaja terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani dan suci. Melalui pembelajaran dan perbahasan yang terpimpin mengenai fungsi seks misalnya, remaja setidak-tidaknya dapat memahami hakikat seks sebagai kegiatan reproduktif semula jadi yang penting dan yang diamanahkan untuk kesinambungan zuriat dan pewarisan genetik yang ditakdirkan, demi kelangsungan generasi. Dengan kefahaman ini, setidak-tidaknya, remaja dapat menyedari tanggungjawab masing-masing sebagai sumber baka keturunan bagi kesejahteraan dan keselamatan generasi akan datang. Bagaimanapun, tindakan memperkenalkan pendidikan seks sebagai mata pelajaran atau aktiviti kokurikulum secara tergesa-gesa akan hanya menyebabkan pelbagai kesan luar jangkaan. Ini kerana seks bukan sekadar kegiatan fizikal kehidupan tetapi suatu fenomena atau fitrah kewujudan yang kompleks dan abstrak.

Oleh itu, menganggap seks dari aspek yang berasingan, walau bagaimana saintifik dan sistematik sekali pun, tidak akan menghasilkan kefahaman atau gambaran menyeluruh yang realistik dan objektif selaras hakikatnya sebagai satu fenomena kewujudan. Apatah lagi seks bukan saja membabitkan elemen fisiologi, tetapi juga unsur berkaitan keghairahan dan kepuasan nafsu, kerelaan dan iltizam perasaan, serta kesediaan dan kesanggupan dari segi psikologi. Dengan demikian, sebarang kesilapan dan kecuaian dalam pelaksanaan pendidikan seks yang cuba diperkenalkan akan menyebabkan kerosakan kepada norma sosial dan nilai keagamaan yang sukar diperbaiki. Misalnya, memperkenalkan seks sebagai satu proses pengawanan dan pembiakan antara individu manusia, hanya akan memberi pengetahuan saintifik yang menyumbang kepada perkembangan kognitif (pengetahuan semata-mata tanpa membabitkan emosi) remaja.

Remaja akhirnya akan mencapai tahap literasi dan kefahaman seks dengan mengetahui struktur dan fungsi organ seks, memahami bagaimana proses pengawanan dan persenyawaan antara sel pembiakan (iaitu sperma dan ovum) berlaku, mengetahui fisiologi edaran haid dan edaran kesuburan wanita dan mengetahui peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu dan perubahan yang berlaku dalam tempoh hamil. Remaja juga akan mendapat gambaran sebenar mengenai bagaimana sperma boleh memasuki sistem pembiakan wanita melalui hubungan jenis dan berdasarkan gambaran ini mereka boleh, secara rasional, merumuskan kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kehamilan atau dijangkiti penyakit yang merebak melalui hubungan jenis.
Dengan pengetahuan yang diperolehi secara formal ini, mereka lebih berkeyakinan membincangkan isu seks dan mengadukan masalah yang mereka hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya.

Dalam pada itu, mereka juga diandaikan tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat. Bagaimanapun, pada masa yang sama, literasi dan kefahaman seks secara langsung atau tidak akan merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina di kalangan remaja. Inilah antara implikasi luar jangkaan yang tidak boleh diabaikan begitu saja. Kecenderungan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengetahuan semata-mata untuk mengubah sikap dan tingkah laku adalah berbahaya. Hal ini disedari pakar pendidikan di Barat terutama Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu. Misalnya, pada 1994 berdasarkan hasil penyelidikan mengenai program pendidikan seks, pakar ETRA Association yang berpusat di Santa Cruz, California, merumuskan bahawa pelajar yang menerima pendidikan seks lebih mengetahui mengenai haid, hubungan jenis, kaedah mencegah kehamilan dan cara mengelakkan jangkitan penyakit melalui hubungan seks. Malangnya perilaku seks mereka tidak selaras pengetahuan yang mereka perolehi. Menurut penyelidik terbabit, pengetahuan seks tidak mempunyai kesan bermakna dalam melakukan hubungan jenis atau untuk menangguhkannya, atau pun untuk mengurangkan kehamilan tanpa pernikahan.

Sebaliknya pelajar yang tahu menggunakan kaedah mencegah kehamilan berkemungkinan besar menggunakannya dengan lebih kerap untuk melakukan apa yang digelar di Barat sebagai seks selamat. Apa yang didapati juga ialah kebanyakan pelajar yang mengikuti pendidikan seks mengikut pendekatkan Pendidikan Seks Komprehensif (Comprehensive Sex Education), suatu pendekatan yang dikatakan menerima sokongan Persatuan Kebangsaan Sekolah Psikologi, Persatuan Perubatan Amerika, Lembaga Persatuan Kebangsaan Sekolah dan Persatuan Perubatan untuk Remaja - menganggap seks hanya sebagai sebahagian daripada kehidupan, sama penting seperti mata pelajaran lain dan kegiatan berkaitan seperti membaca dan membuat eksperimen. Demikianlah, dengan memperkenalkan mata pelajaran seks, remaja seolah-olah didedahkan kepada potensi seks yang ada pada diri masing-masing dan kaedah yang selamat untuk mereka
menyalurkan potensi itu.

Berdasarkan pengetahuan yang diberikan, remaja ini dapat memanfaatkan potensi seks masing-masing secara terancang untuk memenuhi keinginan dan keperluan seksual mereka tanpa memudaratkan diri atau pasangan masing-masing. Secara tidak langsung juga, pengenalan pendidikan seks akan dianggap remaja sebagai penurunan kuasa dan hak seks masing-masing, di samping memberi mereka pilihan menggunakan kuasa dan hak itu. Apakah tidak mungkin tanggapan ini disalahertikan sebagai kebenaran melakukan seks secara bebas? Inilah satu lagi implikasi luar jangkaan yang membimbangkan. Jika diabaikan, kesan kedua ini bukan sahaja akan mencemarkan norma sosial dan adat resam, tetapi juga maruah bangsa dan kesucian agama. Kegagalan program pendidikan seks di Barat perlu dijadikan teladan. Falsafah Pendidikan Seks Komprehensif di Amerika Syarikat yang menekankan bahawa pendidikan yang memberikan pengetahuan seks yang menyeluruh ialah strategi terbaik untuk melahirkan remaja yang lebih bertanggungjawab terhadap kelakuan hubungan seks masing-masing. Ini termasuk menahan diri daripada meneruskan hubungan seks bebas, hubungan seks selamat, hubungan seks menggunakan kondom dan bersedia melakukan onani yang tidak memudaratkan supaya bilangan remaja yang hamil dapat dikurangkan dan penyakit berjangkit melalui hubungan seks dapat dicegah.

Semua ini ternyata bukan falsafah yang sesuai di negara ini. Dari segi pelaksanaan, falsafah Pendidikan Seks Komprehensif menganjurkan pendekatan berasaskan fakta dan maklumat walaupun kaedah dan media penyampaiannya dipelbagaikan. Pendekatan akademik seperti ini tidak mungkin dapat menghuraikan secara objektif interaksi unsur bukan fizikal seperti emosi dan nilai hubungan kemanusiaan, harapan dan perasaan atau keinsafan tanggungjawab, kasih sayang dan kemelut psikologi yang turut mengaduni hubungan seks. Dengan demikian, apa yang akan diajar guru hanya seks sebagai proses atau kegiatan dengan kepentingannya dibincangkan berasaskan logik saintifik. Mungkin di negara yang remajanya diberi kebebasan seks, pelaksanaan pendidikan seks yang menggunakan pendekatan akademik semata-mata tidak janggal.

Malah mungkin inilah pendekatan yang paling sesuai dan mudah dilaksanakan. Dua implikasi luar jangkaan yang dinyatakan tidak memberi kesan yang besar kepada kehidupan dan maruah rakyat di negara terbabit, tetapi tidak di Malaysia. Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah di negara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh, khususnya dari segi falsafah, matlamat dan pendekatan yang akan digunakan. Sekiranya pendidikan seks yang hendak diperkenalkan itu hanya untuk 'memberi pengetahuan asas seks yang memadai' atau 'meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai seks' atau 'membendung penularan masalah sosial akibat kurang arif mengenai seks' atau 'memberi penjelasan serta berbincang mengenai seks dengan remaja', maka kaedah dan kurikulum pendidikan seks yang kini digunakan di sekolah sudah memadai.

6. Islam Mengajar Cara Mendidik Seks

•Mengazankan, mengiqamahkan bayi yang baru lahir, oleh kerana pancaindera pertama yang berfungsi ialah pendengaran, yang juga perhubungan dengan tangis yang dilakukan bayi begitu ia lahir ke dunia. Pancaindera, pendengaran yang menangkap suara akan meneruskannya ke kulit otak, di mana suara tersebut akan disimpan, kerana otak berfungsi sebagai tempat menyimpan maklumat. Dengan ini maka kata-kata pertama yang disimpan ialah Allahu Akhbar, syahadah baik terhadap Allah mahupun terhadap Nabi Muhammad SAW..

• Mendoakan, meminta perlindungan dari Allah SWT. Ini kerana pancaindera bayi mulai berfungsi mulai dari pendengaran kemudian diikuti oleh penglihatan, maka ibu dan bapa haruslah berhati-hati dalam berkata-kata, hendaknya perkataan yang keluar selalu adalah kata-kata yang baik kerana semuanya akan disimpan di otak pemikiran si bayi dan menjadi perbendaharaannya yang nanti akan dipakainya bila tiba saatnya, walaupun pada saat itu ia belum mengerti apa-apa. Selalulah membaca Alquran di hadapan si bayi kerana bayi dapat mendengar setiap apa yang dibaca oleh kita dan mereka akan menyimpan setiap apa yang dibaca oleh kita. Sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. ”Hiasilah rumahmu dengan solat berjama’ah dan membaca Alquran. ”

• Meng-aqiah-kan si bayi sewaktu ia berumur 7 hari, iaitu memotong 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk perempuan dan sebahagian dagingnya diserahkan kepada semiskin dan memberi ia nama yang baik.

• Mengkhatankan anak lelaki. Nabi SAW. juga telah bersabda yang bermaksud: ”Siapa yang masuk Islam, haruslah dikhatan. ”

Khatan bermaksud membuangkan kulit penutup alat kelamin di mana di bawahnya terdapat suatu tempat yang berbau dan sarang pada virus, yang boleh menyebabkan penyakit alat kelamin jika tidak bersunat. Faedah yang kedua diperolehi ialah si anak akan berasa diri mereka seorang muslim dan mereka akan diajar untuk menutup auratnya, dan tidak boleh melihat aurat orang lain, baik lelaki mahupun perempuan.

• Menutup aurat. Aurat adalah bahagian tubuh manusia yang harus ditutupi dan tidak boleh dilihat oleh orang lain atau memperlihatkannya kepada orang lain. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Bagi perempuan aurat adalah seluruh tubuh selain muka dan kedua telapak tangan. Terutama berhadapan dengan bukan muhrim dan sewaktu melakukan solat untuk menghadap Allah SWT. Islam mengutamakan umatnya menjaga aurat kerana aurat ialah bahagian tubuh yang boleh minimbulkan nafsu sehingga boleh merangsang orang lain.
• Mengajar solat kepada anak-anak mulai umur tujuh tahun dan orang tua haruslah wajib mendidik anak-anak mereka memelihara waktu solat. Mulai umur 10 tahun anak-anak lelaki dan perempuan harus dipisahkan tempat tidurnya baik dari ibunya, juga dari antara mereka sendiri kerana ia adalah suatu tindakan pencegahan pelanggaran seks.


• Larangan melihat aurat. Islam melarang umatnya melihat aurat, sebaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:” Janganlah lelaki melihat ’aurat lelaki dan janganlah perempuan melihat ’ aurat perempuan lain dan janganlah bersentuhan kulit lelaki dengan lelaki lain di bawah satu kain (selimut) dan janganlah bersentuhan kulit perempuan dengan perempuan lain di bawah sehelaik ain(selimut). ” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmidzi. ”)

Sering terjadi di asrama bahawa pemuda mandi bertelanjang dan sedang mandi mereka membandingkan alat kelamin mereka begitu juga dengan pemudi-pemudi di asrama mandi bersama dengan tidak memakai apa-apa, sambil memperhatikan kecantikan temannya. Walaupun mereka sejenis namun Islam melarang mereka melihat aurat teman, baik sejenis apalagi lawan jenis.

• Larangan melihat lawan jenis. Pertemuan pandangan dapat menimbulkan nafsu seks, maka Islam melarang melakukan ini dan diperintahkan untuk mengendalikan pandangan baik lelaki mahupun perempuan.

7. Pendidikan Seks Dan Agama Islam

Pendidikan seks adalah sebahagian dari pendidikan umum dan dasar pendidikan ini adalah IMAN, pendidikan yang menghasilkan akhlaqul Karimah, sebagai salah satu tugas Nabi Muhammad SAW. yang selalu diucapkan beliau yang bermaksud: ”Sesungguhnya aku ini dibangkitkan untuk menyempurnakan kesempurnaan akhlak. ”

Bila Iman telah bersarang di dalam kalbu manusia, maka dia sudah bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan Rasul-Nya dan menghindari dan menghentikan segala larangan. Di dalam Alquran Allah menjelaskan bahawa seks(Nafsu Syahwat) itu hanya bisa ditundukkan dan dididik dengan Iman, dengan Petunjuk Allah sebagai yang diucapkan oleh Nabi Yusuf ketika ia terlepas dari musibah seks yang ditimbulkan oleh godaan paksa dari Siti Zulaikha.

Pendidikan seks ini harus diberikan dan dipahami oleh setiap muslim dan diajarkan sejak ia lahir dan orang yang pertama bertanggungjawab atas pendidikan seks ini adalah orang tua, ibu bapa dan tempat pendidikan seks utama ialah rumah tangga. Berdasarkan surah At-Tahrim ayat 66 yang bermaksud:
”Jagalah dirimu dan keluargamu dari neraka. ”

Tidak sahaja dalam keyakinan yang lebih berat orang tua berpengaruh apalagi dalam pembentukan akhlak baik akhlak seksual mahupun akhlak lainnya. Nabi SAW. menjelaskan bahawa yang banyak membawa orang masuk ke neraka ialah kerana mulut dan alat kelamin yang bertindak sebagai pelaksana nafsu seks. Dari Abi Hurairah RA. bersabda: Ketika Rasulullah SAW. ditanya orang ”apakah yang banyak memasukkan orang ke dalam syurga” Baginda menjawab: ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik” dan ditanya ” Apakah yang banyak memasukkan orang ke dalam neraka” Baginda menjawab: ”Mulut dan faraj. ”

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat kita simpulkan ialah :

• Kehidupan seks remaja di kalangan remaja Islam pada saat ini sudah mencapai tahap yang membimbangkan dan perlu dititikberatkan oleh semua individu, supaya mereka tidak akan terus sesat ke jalan yang tidak dirahmati Allah SWT.

• Harus mempunyai satu usaha baik dari orang tua, guru, masyarakat, negara sendiri untuk mencari jalan bagi mencegah masalah seksual di kalangan anak-anak muda, supaya generasi muda dapat menjadi peneraju seterusnya dalam mentadbir negara dengan berlandaskan Islam.

• Dilihat dari segi Islam pendidikan seks tanpa Iman tidak akan membawa ertinya.

• Pendidikan seks Islam ialah akhlak seksual, akhlak yang mengatur kehidupan seksual manusia sejak mereka lahir lagi iaitu anak, remaja, orang tua, antara manusia baik sejenis mahupun berlainan jantina, pakaian, pergaulan berdasarkan Iman sebagai yang diatur dalam Islam.

• Pendidakan seks dimulai sejak bayi dilahirkan dengan mengazankan, mengaqihkan, khatan buat anak lelaki dan cara pendidikan yang terbaik ialah mengajar mereka solat sewaktu anak-anak berumur 7 yahun di mana waktu itulah tempat tumbuhnya IMAN.

• Seksual Islam adalah seksual yang dibimbing oleh ajaran Allah dan Rasul-Nya, bukanlah seksual bebas atau free sex. Seksual Islam sesuai dengan Islam sendiri akan membawa manusia kepada kebahagian diri, rumah tangga, masyarakat dan negar, serta kebahagian dunia dan akhirat.


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Amrina Binti Abdullah

Merawat Penyakit Hati

PENDAHULUAN
Sememangnya perjalanan menuju keredaan Allah adalah usaha yang sangat berat. Ia melalui banyak ujian dan halangan. Dan kerana itu, menjelaskan peraturan jalan kepada orang-orang yang berjuang di jalan Allah adalah sesuatu keharusan yang tidak dapat dielakkan. Peraturan ini bertujuan untuk menerangi jalan para penempuhnya khususnya ketika mempersiapkan segala bekal yang diperlukan dalam perjalanan tersebut. Dengan demikian, mereka tidak akan terputus di tengah jalan, patah semangat atau tidak mapu meraih kebahgian. Dan kerana itu juga diterangkan beberapa penyakit hati yang perlu dielakkan oleh kita semua. Antaranya, berbangga dengan diri sendiri (‘ujub), diperdaya oleh perasaan sendiri (ghurur), sombong atau tinggi diri (takabbur), menunjuk-nunjuk kerana ingin dipuji (riya’), buruk sangka tanpa sebarang alas an (su’uzzhan), kedekut atau enggan membantu (syuhh) dan dendam kerana iri hati (hiqd). Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya kerana mampu membuat mereka lalai dari terus mencari keredaan Allah. Kerana itu, ia perlu ditanggani segera agar kehidupan kita di dunia ini akan diberkati.

‘UJUB ATAU BERBANGGA-BANGGA (AL-IJAB BI AL-NAFS)
Penyakit pertama yang menjangkiti orang-orang yang menuju ke jalan yang diredai oleh Allah SWT adalah ujub atau membanggakan diri.

PENGERTIAN ‘UJUB
Dari sudut bahasa, berbangga-bangga atau ‘ujub (al-ijab) memiliki beberapa makna. Pertama : mengagumkan (membanggakan) dan menganggap baik seperti pada kalimah a’jabahu al-amr (urusan itu membuatnya kagum) dan ‘ujubabihi (ia dibuat dengan kagum dengan hal itu). Surah Al-Baqarah: 221, “katakanlah, tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyaknya yang buruk itu membuatmu kagum. ”

kedua: merasa tinggi dan besar serta sombong seperti pada kalimah ‘ajabahu al-amr (urusan itu membuatnya merasa tinggi, besar dan sombong) dan rajul mu’jab (lelaki yang merasa tinggi, besar dan sombong ketika memiliki sesuatu, baik secara positif atau negatif). Allah SWT berfirman : “ dan pada hari perang Hunain saat jumlah kamu yang banyak membuatmu sombong padahal tidak memberikan manfaat apa pun bagi kamu. (surah At-Taubah: 25).

Dari sudut istilah, al- ‘ijab bereti membanggakan diri dengan segala sesuatu yang muncul dari dirinya, samada dengan ucapan mahupun perbuatan, sambil tidak membandingkannya dengan orang lain. Jika seseorang membandingkan dirinya dengan orang lain dan ia meremehkan apa yang dilakukan oleh orang lain, perbuatannya itu

disebut al-ghurur(tertipu). Namun jika saat membandingkan dengan orang lain ia menghina peribadi orang lain dengan merasa lebih darinya, perbuatannya itu dinamakan at-takabbur (sombong).

FAKTOR- FAKTOR PENYEBAB ‘UJUB
1) LINGKUNGAN KELUARGA
Faktor pertama yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ ujub adalah lingkungan keluarga. Hal ini terjadi kerana seseorang itu membesar di dalam lingkungan keluarga yang salah satu atau kedua orang tuanya memiliki sikap sifat senang dipuji, selalu merasa benar sendiri, selalu mengabaikan nasihat dari orang lain yang merupakan tanda sifat ‘ujub. Oleh kerana itulah islam menganjurkan para ibu bapa yang berpegang teguh pada nilai-nilai agama dalam mendidik anak-anak. Ini adalah kerana hanya nilai-nilai agama sahajayang dapat menjaga ibu bapa dari sifat-sifat negatif sehingga mereka dapat menjadi teladan bagi anak-anaknya.
2) PUJIAN YANG TIDAK SESUAI DENGAN ETIKA SYARIAH
Faktor kedua yang boleh menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah pujian dari orang lain. Ada sebahagian orang yang mudah memuji orang lain secara terang-terangan tanpa memperhatikan etika syariat. Pujian seperti itu kemudiannya mempengaruhi orang yang dipujinya. Ia lalu merasa memilki lebih daripada orang lain dan kerana bisikan syaitan yang terus menerus, perasaan ini melahirkan sikap ‘ujub.

3) PERGAULAN DENGAN ORANG YANG SUKA UJUB
Faktor lain yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah pergaulan dengan orang yang suka membanggakan diri. Hal itu terjadi kerana seseorang boleh saja dipengaruhi oleh temannya. Jika temannya memiliki sifat suka membanggakan diri, ia akan terpengaruh oleh sifat temannya tersebut. Kerana itulah islam menekankan pentingnya berhati-hati dalam memilih teman. Pemilihan teman yang berakhlak terpuji akan memberikan implikasi positif bagi seseorang dalam berakhlak mulia. Begitu juga sebaliknya, teman yang buruk perangainya hanya akan memerangkapnya ke dalam akhlak yang tercela.

4) LUPA KEPADA PEMBERI NIKMAT
Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah lupa kepada Tuhan pemberi nikmat. Lazimnya, jika seseorang itu diberi kenikmatan oleh Allah seperi harta, ilmu kekuatan, kemulian dan lain-lain, ia akan menerima semua kenikmatan itu tetapi lupa untuk mensyukurinya.

KESAN NEGATIF SIKAP ‘UJUB

KESAN BAGI PELAKU

1) TERJERUMUS KE DALAM SIKAP TERPEDAYA DAN SOMBONG
Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu memandang rendah kepada kemampuan orang lain dan juga merasa dirinya lebih dari segala-gala hal berbanding dengan orang lain.

2) TERHALANG DARI BIMBINGAN ILLAHI( TAUFIQ ILAHI)
Sikap ‘ujub juga menjadikan seseorang itu lupa pada maha pencipta iaitu Allah SWT. Akhirnya, ia dibiarkan, tidak mendapat bimbingan dari Allah dalam setiap apa yang dilakukannya. Sunnatullah (ketentuan Allah) telah menetapkan bahawa Allah tidak akan member bimbingan kecuali kepada yang merendahkan dirinya di hadapan Allah, menghindarkan diri dari godaan syaitan, memohon perlindungan sepenuhnya kepada-Nya dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk tunduk dan patuh kepada-Nya.

3) PUTUS ASA SAAT MENERIMA COBAAN DAN MUSIBAH
Manusia yang bersikap ‘ujub akan mudah merasa terbeban ketika ujian Allah mendatanginya. Ia akan berputus asa pada setiap perkara yang tidak berjaya dilakukannya. Ini disebabkan oleh sikapnya yang melupakan Allah disaat kesengannya dan kerana itu Allah juga melupakannya disaat kesusahannya.
4) DIJAUHI ATAU DIBENCI ORANG LAIN
Sikap ‘ujub akan mengundang murka Allah SWT. Barang siapa yang dimurkai Allah, seluruh penduduk langit akan memurkainya. Akhirnya, orang yang ‘ujub pun akan dibenci penduduk bumi. Mereka akan menjauhi, membenci, tidak ingin melihat, juga tidak ingin mendengar suaranya.

TANDA-TANDA PENYAKIT ‘UJUB
1) MERASA DIRI ADALAH YANG TERBAIK
Orang yang mempunyai penyakit ‘ujub selalu merasa dirinya terbaik, ingin disanjungi dan ingin dihormati.

2) MENGABAIKAN NASIHAT
Orang yang berada dikalangan penyakit ini juga selalu mengabaikan nasihat dari orang lain bahkan menjauhinya sama sekali.

3) SENANG MENDENGAR AIB TEMANNYA
Orang sebegini juga selalunya senang mendengar aib orang lain terutamanya aib teman-temannya.

CARA MERAWAT PENYAKIT ‘UJUB
1) Selalu menyedari hakikat diri.
2) Selalu menyedari hakikat kehidupan dunia dan akhirat.
3) Sentiasa mengingati nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
4) Mengawal sikap sombong.
5) Sentiasa muhasabah diri.
6) Memohon pertolongan kepada Allah SWT

TERPEDAYA OLEH PERASAAN SENDIRI ATAU AL-GHURUR
Penyakit kedua yang menimpa umat manusia adalah terpedaya oleh perasaan sendiri atau al-ghurur. Mereka harus berusaha sekuat tenaga untuk membebaskan diri dari penyakit ini dan tidak terjerumus untuk kali keduanya.

MAKSUD AL-GHURUR
Kata al-ghurur mempunyai banyak erti antaranya. :
• Pertama: tertipu oleh diri sendiri atau orang lain.
• Kedua; segala sesuatu yang menjerumuskan dan mengakibatkan pada penipuan.
• Menurut istilah pula, al-ghurur bererti seseorang yang berjuang di jalan Allah merasa bangga terhadap dirinya sendiri sehingga meremehkan dan memandang rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain tetapi tidak menghina peribadi orang tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB AL-GHURUR
1) TIDAK BEKERJASAMA DENGAN ORANG LAIN
Ada dikalangan kita yang kadang-kala merasa bangga dengan diri. Padahal semangat yang ada sebenarnya cukup lemah hingga tidak dapat melepaskan perasaan yang ada dalam dirinya. Kerana itu dia memerlukan semangat kerjasama atau pertolongan dari sahabatnya untuk menyelesaikan sebarang tugas.

2) MEMPERDALAMKAN ILMU TANPA MENGAMALKANNYA
Seseorang itu kadangkala begitu bersemangat untuk mendalami pelbagai ilmu, terutamanya ilmu-ilmu yang sukar untuk dipelajari tetapi tidak menggunakannya atau mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya itu. Tiada gunanya ilmu yang diperolehi andainya tidak digunakan.
3) CENDERUNG PADA KEHIDUPAN DUNIA
Orang yang mempunyai sifat al-ghurur ini akan mengejar sesuatu yang lebih pada keduniaan berbanding dengan akhirat. Apa sahaja yang dilakukannya hanya untuk kebanggaan diri.

IMPLIKASI SIKAP AL-GHURUR
KESAN TERHADAP PELAKU

1) TERJERUMUS DALAM KANCAH PENDEBATAN DAN PERSELISIHAN FAHAM
Seseorang yang mempunyai sifat al-ghurur kerana terlampau membanggakan diri sendiri dan terlampau melihat amal kebaikan sendiri tanpa mahu melihat kepada amal orang lain, akan selalu berusaha membela dirinya dan selalu ingin menang dengan pelbagai cara samada sevara positif atau negatif.

2) DEGIL
Sifat ini juga akan mengakibatkan seseorang itu bersikap degil dan keras kepala. Ini kerana akibat terlalu memandang diri sendiri, ia berkeyakinan bahawa apa yang dilakukannya akan selalu benar, dan tidak mungkin salah. Sementara apa yang dilakukan oleh orang lain akan selalu salah dan tidak mungkin akan benar. Orang seperti ini sukar menerima kebenaran dari orang lain dan selalu memaksa fikirannya sendiri. Sikap keras kepala seperti ini akan membuatnya selalu hidup dalam kekeliruan dan akhirnya menemui kebinasaan.

TANDA-TANDA PENYAKIT AL-GHURUR
a)Selalu meremehkan dan memperlekehkan kebaikan orang lain
b)Selalu membicarakan, memuji dan membanggakan kebaikan diri sendiri
c)Sukar menerima kebenaran walaupun bersumber dari akhirnya.

CARA MENGUBATI PENYAKIT AL-GHURUR

1) BERSIKAP SEDERHANA DALAM SEGALA HAL
Bersikap sederhana dan seimbang dalam segala hal termasuklah dalam ketaatan dan mengerjakan hal-hal mudah dapat menjaga diri dari terjerumus pada sikap ghurur dan malas bekerja.

2) SENTIASA MENGINGATI KURNIA ALLAH
Sepenting mana pun pekerjaan kita, hingga menjadi sumber utama hidup kita dan keluarga, kita harus ingat ia bukanlah penjamin keselamatan kita. Keselamatan kita adalah kurnian Allah SWT sebagaimana sering di dalam banyak ayat Al-Quran. Allah SWT berfirman, “ Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kami akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Bagi mereka pasangan-pasangan suci. Dan kami memasukkan mereka ke tempat yang teduh dan nyaman. Surah An-Nisa: 57.

3) MENYIBUKKAN DIRI DENGAN URUSAN PENTING
Menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang penting dan mengabaikan permasalahan yang kurang berguna dan tidak bermanfaat dapat menghilangkan penyakit ghurur dalam diri kita. Oleh itu, waktu dan usia kita dapat dimanfaatkan dengan baik.

4) BERGAUL DENGAN ORANG YANG IKHLAS
Untuk menghilang penyakit ghurur, kita sebaiknya sering bergaul dengan orang-orang yang ikhlas dalam beramal di jalan Allah. Bergaul dengan mereka memberikan peluang bagi anda untuk mendapatkan pelajaran dan nasihat yang baik.

5) SENTIASA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT.
Memohon pertolongan Allah SWT. agar terhindar dari penyakit ghurur merupakan terapi efektif untuk melenyapkan penyakit ini. Ini kerana, Allah Ta’ala akan menolong setiap orang yang memohon pertolongan-Nya dan melindungi setiap orang yang memohon perlindungan-Nya.

SOMBONG ATAU BONGKAK (AT-TAKABBUR)
DEFINASI TAKABBUR
• Secara bahasa, takabbur bererti ‘merasa besar’ atau ‘menunjukkan kebesaran’ (at-ta’azum).
• Menurut istilah, takabbur bererti menunjukkankebanggaan pada diri sendiri dengan melecehkan peribadi orang lain dan tidak mahu menerima kebenaran yang datang dari mereka.

PERBEZAAN ANTARA SOMBONG (TAKABBUR) DAN HARGA DIRI (IZZAH)
Perbezaan antara sombong dan rasa harga diri sangat jelas. Kesombongan adalah perasaan bangga atas hal-hal yang negatif sedangkan rasa harga diri adalah sebaliknya. Sombong bererti mengingkari kenikmatan sedangkan rasa harga diri adalah menerima nikmat dan menyampaikannya kepada orang lain.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TAKABBUR

1) TAWADUK YANG BERLEBIHAN DARI ORANG LAIN
Sebahagian orang ada yang bersikap tawaduk secara berlebihan sehingga tidak mahu memakai pakaian yang bagus, tidak mahu memberikan sumbang saran kepada orang lain tentang sesuatu persoalan, tidak mahu melopori penyelesaian sesuatu masalah, ataupun engan menerima sebarang amanah pun.

2) MEMBANDING-BANDINGKAN NIKMAT DAN MELUPAKAN PEMBERINYA
Di antara manusia ada yang diberi nikmat khusus yang tidak diberikan kepada orang lain, seperti kesihatan, anak isteri, harta, pangkat dan kedudukan, ilmu, kehebatan dalam bertutur kata dan menulis dan lain-lain. Akibat dipengaruhi kenikmatan tersebut, seringkali ia lupa kepada pemberi nikmat itu(Allah) dan mula membanding-bandingkan antara kenikmatan yang diterimanya dan kenikmatan orang lain.

TANDA-TANDA SIFAT TAKABBUR
Ada beberapa perilaku yang tanda –tanda adanya sifat sombong dalam diri seseorang, antara :
1. Berlagak ketika berjalan dengan membongkokkan belakang dan memalingkan muka.
2. Melakukan kerosakkan di muka bumi apabila ada kesempatan dengan menolak nasihat dari menentang kebenaran.
3. Berlebihan dalam berbicara.
4. Menginginkan agar semua orang semasa memerlukan kepadanya, sementara ia merasa tidak memerlukan orang lain.
5. Ingin lebih dahulu daripada orang lain saat berjalan, dalam pertemuan, ketika berbicara dan sebagainya.

IMPLIKASI NEGATIF SIFAT TAKABBUR
1) Tidak mampu mengambil pengajaran
Seseorang yang sombong kerana kelebihannya berbanding orang lain, samada disedari atau tidak kadang-kadang melebihi Tuhan sendiri. Sikap seperti ini mengakibatkan ketidak mampuannya mengambil pengajaran (iktibar)sehingga ketika melihat ayat-ayat Allah yang begitu banyak pada dirinya dan alam sekitar, ia berpaling dari ayat-ayat itu.

2) Selalu melakukan kesalahan dan kekurangan.
Seseorang yang sombong kerana berasa sempurna dalam setiap hal, tidak akan melakukan muhasabah diri untuk mengetahui kelemahan dan kekurangan dirinya serta memperbaiki hal-hal yang perlu diperbaiki. Ia juga enggan menerima nasihat, petunjuk dan bimbingan dari orang lain sehingga akan terus berada dalam kekeliruan dan kesalahannya sampai akhir hayat.

CARA MENGUBATI PENYAKIT TAKABUR
1) Menghindari pergaulan dengan orang sombong
Untuk menghilangkan penyakit takabbur, kita harus menghindari pergaulan dengan orang-orang yang sombong, lalu bersahabat dengan orang-orang yang rendah diri.

2) Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu
Selalu menghadiri majlis ilmu yang dibimbing oleh para ulama yang selalu memberikan nasihat, terutamanya majlis-majlis zikir dan forum agama. Majlis sebegini akan melatih hati kita sehingga menjadi lembut dan mendapatkan kehidupan baru yang terhindar dari penyakit takabur.

3) Mengingati nilai kemulian dalam islam
Selalu mengingati nilai keutamaan dan kemulian dalam islam dapat menjauhkan kita dari penyakit takabbur.

4) Selalu taat kepada Allah
Jika seseorang selalu taat dan hanya hanya mengharapkan keredaan Allah, dirinya akan bersih, suci dan meraih darjat yang paling tinggi. Dengan demikian, ia pun akan terhindar dari penyakit takabbur.

5) Muhasabah diri secara berperingkat.
Untuk menyembuhkan penyakit takabbur, kita harus selalu bermuhasabah diri secara berperingkat, sehingga kita tahu apa yang harus diubati dalam diri kita. Tahu kebaikan dan kekurangan kita, lalu berusaha keras untuk menyemai kebaikan dan memperbaiki kekurangan diri.

6) Memohon pertolongan dari Allah
Agar kita dapat sembuh dari penyakit takabbur, kita harus selalu memohon pertolongan Allah. Ini kerana, Dialah penolong orang yang memohon pertolongan-Nya dan mengabulkan doa orang yang mengalami kesulitan.

SUKA MENUNJUK-NUNJUK (RIYA’) DAN INGIN DIDENGAR (SUM’AH)
PENGERTIAN RIYA’ DAN SUM’AH
Dari sudut bahasa, riya’ diambil dari kata ru’yah yang ertinya memperlihatkan. Manakala sum’ah pula diambil dari kata summa’ah (memperdengarkan) yang bermaksud, ia menunjukkan dan menceritakan amal-amal yang telah diperbuatnya yang sebelumnya tidak diketahui oleh orang lain.

Secara istilah, riya’ dan sum’ah adalah usaha seseorang untuk menunjuk-nunjuk amalan baiknya agar diketahui oleh orang lain dengan tujuan agar mendapatkan tempat dan kedudukan yang baik di sisi mereka atau kerana ingin mendapatkan keuntungan duniawi dari mereka. Seandainya amal-amal itu dilakukan di hadapan orang lain, perbuatan ini disebut riya’. Dan jika perbuatan itu tidak dilakukan di hadapan orang tetapi kemudian diceritakan kepada mereka, ia dipanggil sum’ah.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB RIYA’ DAN SUM’AH
1) Bergaul dengan teman-teman yang berakhlak buruk
Ketika seseorang itu bergaul, kadangkala teman pergaulannya adalah dari kalangan mereka yang bersikap buruk, yang sentiasa menunujuk-nunjuk, ingin dilihat orang lain, ingin disanjungi dan dipuja. Sifat seperti lambat laun akan menjangkiti pada dirinya apatah lagi seandainya ia tidak memiliki keperabadian kuat dan mudah terpengaruh dengan orang lain.

2) Tamak terhadap milik orang lain
Sifat tamak dan rakus untuk mendapatkan keuntungan material dari manusia, atau sikap tidak puas dalam mengejar kesenangan dan keuntungan duniawi akan mendorong seseorang berbuat riya’ dan sum’ah. Perilaku riya’ dan sum’ah itu dilakukan agar orang lain memandangnya sebagai orang baik dan mempercayainya sehingga hatinya tergerak untuk memberikan sesuatu yang dapat memenuhi kepentingan dirinya.

3) Mengharapkan pujian dan sanjungan
Sifat sentiasa ingin mendapatkan pujian dan sanjungan dari manusia akan menjadikan seseorang berbuat riya’ dan sum’ah. Ia selalu berharap setiap orang memujinya dan di dalam setiap majlis, kebaikannya disebut-sebut. Ia akan merasa terangkat dan tersanjung dengan hal itu.

4) Kekaguman pada orang lain
Rasa kagum orang lain yang ditunjukkan akan membuat seseorang menjadi riya’ dan sum’ah agar orang lain bertambah kagum dan tertarik pada amal-amalnya. Islam menjaga agar manusia tidak terjangkit penyakit ini sehingga melarang memuji atau menunjukkan kekaguman pada seseorang. Jika pujian itu perlu dilakukan, ia perlulah dilakukan dengan penuh hati-hati, jangan sampai orang yang dipuji dan dikagumi menjadi riya’ dan sum’ah.

TANDA-TANDA RIYA’ DAN SUM’AH
1. Bersemangat dan semakin bersungguh-sungguh dalam melakukan suatu amal apabila ada orang yang memuji dan menyanjungnya. Namun apabila dicela atau dihina, ia menjadi malas dan sekadar melepaskan batuk di tangga.
2. Bersemangat dan bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu pekerjaan ketika bersama orang lain, dan akan menjadi malas ketika bersendirian.
3. Menjaga dan memerhatikan batas-batas Allah ketika bersama orang lain, tetapi melanggarnya saat bersendirian, jauh dari pandangan orang lain.

IMPLIKASI NEGATIF RIYA’ DAN SUM’AH
1) Selalu resah dan gelisah
Orang yang riya’ dan sum’ah akan selalu merasa resah dan gelisah kerana ia melakukan suatu perbuatan dengan tujuan ingin mendapatkan keuntungan dari manusia, samada yang bersifat material atapun bukan seperti pujian dan sanjungan.
2) Lemah dalam menyempurnakan amal
Dalam melakukan pekerjaannya, orang yang riya’ dan sum’ah selalu mengharapkan pekerjaannya diawasi dan diperhatikan oleh manusia, bukan oleh pencipta. Padahal, manusia tidak akan dapat terus mengawasi dan memerhatikannya dalam berbagai situasi dan keadaan. Saat orang-orang sudah tidak mengawasi dan memerhatikannya lagi, akan timbul rasa malas untuk menyempurnakan amalnya hingga kemudiannya ia akan kehilangan kepercayaan dari mereka.

CARA MENGUBATI RIYA’ DAN SUM’AH
1) Sentiasa mengingati kesan riya’ dan sum’ah
2) Menjauhi teman yang bersikap riya’ dan sum’ah
3) Bersikap lembut kepada orang lain
4)Memohon perlindungan kepada Allah
5)Sentiasa mengingati Qada’ dan Qadar

BURUK SANGKA (SU’AL-ZHANN)

PENGERTIAN SU’AL-ZHANN
• Dari sudut bahasa, kata zhann memiliki banyak erti:
1. Ragu.
2. Tuduhan
3. Perkiraan
4. Keyakinan

• Manakala perkataan su’ pula memiliki dua maksud:
1. Segala sesuatu yang buruk, lawan bagi baik
2. Setiap sesuatu yang menghalangi manusia dari urusan-urusan dunia dan akhirat, samada berasal dari dirinya sendiri atau pun dari orang lain.
Secara kesimpulannya, maksud su’al-zhann secara istilah ialah mengira atau menyangka orang lain memiliki satu sifat buruk dan menuduhnya dengan segala kejahatan, tanpa sebarang bukti yang jelas.

TANDA-TANDA SU’AL-ZHANN

1)Melakukan kejahatan dan kemaksiatan
Orang yang berburuk sangka suka melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Hal ini dilakukan dengan alas an, Allah tidak melihat dan tidak mengetahuinya. Mereka juga menganggap tidak ada hari kebangkitan dan hari perhintungan di akhirat.

2) Berharap dan takut kepada makhluk
Orang yang sentiasa berburuk sangka amat senang bergantung harapan kepada makhluk. Ini kerana, mereka selalu merasa bahawa makhluk dapat memberikan bantuan kepada mereka. Selain itu, mereka juga selalu merasa takut kepada makhluk (selain Allah) kerana menyangkakan mereka dapat menolak mudarat.

3) Bersungguh-sungguh Beramal Ketika Terdesak
Orang yang berburuk sangka akan bersungguh-sungguh dalam beramal ketika terdesak oleh sesuatu keperluan atau kepentingan. Sebagai contohnya, mereka hanya bersungguh-sungguh mencari rezeki ketika memerlukannya dan hanya bersungguh-sungguh menghadapi kematian apabila sakaratulmaut sudah berada di ambang pintu.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB SU’AL-ZHANN

Terdapat pelbagai faktor yang mampu meyebabkan seseorang itu dijangkiti penyakit buruk sangka (Su’ Al-Zhann). Di antaranya ialah:

1) Niat dan Tujuan yang Buruk
Kadang-kadang seseorang itu dibesarkan dalm suasana yang tidak baik dan suasana tersebut menyebabkan ia terjerumus ke kancah maksiat dan kejahatan. Akhirnya, perbuatan tersebut mampu menyebabkan dirinya berburuk sangka kepada orang yang tidak tepat. Dalam hal ini, sikap buruk sangka telah lahir dari niat dan tujuan yang buruk.

2) Mengikut Hawa Nafsu
Seandainya manusia mengikuti hawa nafsunya sehingga bertuhankannya maka ia pasti akan terjerumus pada persangkaan dusta yang tiada dalil, alasan dan bukti. Kebencian pada seseorang itu mampu membutakan manusia dan sebagai contoh, kebencian mampu mendorong seseorang itu mencari-cari kesalahan orang yang dibenci olehnya. Kerana tidak menyenanginya, ditambah dengan tidak bersikap objektif, kebenciannya akan mendorongnya selalu berburuk sangka kepada insane tersebut.

Terjerumus dalam Perkara Syubhat
Antara faktor yang mampu menyebabkan seseorang itu berburuk sangka kepada insan lain ialah terjerumus kepada perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang masih samar-samar kedudukan hukumnya, sama ada disengaja ataupun tidak. Sekalipun jatuhnya tanpa sengaja maka ia tetap tidak dibenarkan. Ini kerana, ianya mampu menyebabkan seseorang itu bersikap buruk sangka kepada insan lain.

IMPLIKASI BURUK SANGKA
IMPLIKASI BAGI PELAKU
1)Terjerumus dalam kemaksiatan dan kejahatan
2)Berhenti melakukan kebaikan dan ketaatan
3)Menyesal yang tiada henti
4)Dibenci dan dijauhi orang lain

CARA MENGUBATI PENYAKIT BURUK SANGKA
1) Membina akidah yang sihat
Untuk menjaga diri dari berburuk sangka terhadap orang lain tanpa alasan yang benar, kita harus membina akidah yang sihat di atas prasangka baik kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin yang soleh. Akidah ini akan selalu menjaga kita dari berb uruk sangka. Dan, jika kita terlanjur berburuk sangka, kita dapat dengan mudah untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

2)Meninggalkan kemaksiatan
Untuk menghilangkan buruk sangka, seseorang harus melatih diri dalam meninggalkan kemaksiatan dan kejahatan, sertabersungguh-sungguh dalam berbuat ketaatan dan kebajikan. Latihan ini akan menjadikannya jauh dari sikap buruk sangka terhadap orang lain.

KESIMPULAN
Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan; suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji dan sebagainya. Perasaan begini bergolak dan berubah sangat cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negatif, amal yang lahir adalah keburukan. Kerana itu, Rasulullah bersabda, sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati. (Hadis Riwayat Ahmad)


Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Noorafizah Bt Azizan